Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Pihak Universiti mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat

di Universiti Kebangsaaan Malaysia bagi jawatan seperti berikut:

● PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19

Jadual Gaji Minimum - Maksimum Gred N19:

Gaji Minimum Maksimum


RM1,352.00 RM4,003.00

Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM300.00


Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM115.00
Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300.00

Taraf Jawatan Kontrak/Tetap

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon:

a) Permohonan secara dalam talian hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UKM melalui pautan
berikut: https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm;

b) Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi untuk Ujian Tapisan Kompetensi
Pelantikan Kakitangan UKM dan sesi temu duga.;

c) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses;

d) Permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh empat (4) bulan daripada tarikh
tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat


Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Aras 1, Bangunan Perpustakaan Lingkungan ke-2
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor

e-mel : hrukm@ukm.edu.my

Tarikh Buka Iklan : 21 Mei 2024 (Selasa)


Tarikh Tutup Iklan: 03 Jun 2024 (Isnin)

Nota : Pengisian jawatan adalah tertakluk kepada kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan keperluan
semasa Universiti.

You might also like