Ilide.info Penulisan Kg Morten Pr 6ab040febd7936f5cb88d3487154817a

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

KERTAS CADANGAN: TRANSFORMASI KAMPUNG MORTEN DARIPADA

PERKAMPUNGAN TRADISIONAL KEPADA TARIKAN PUSAT PELANCONGAN DI


MELAKA, 1923- 2000

NUR SYAKIRAH BINTI ABD SAMAD

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA


ABSTRAK

Penulisan ini berkisarkan tentang transformasi Kampung Morten dari sebuah perkampungan
tradisional kepada pusat tarikan pelancongan berikutan pengekalan identiti dan warisan. Dalam
bab satu, pengkaji akan menggalurkan latar belakang pembukaan Kampung Morten sejak
penubuhannya pada awal 1920-an. Bab ini juga akan memfokuskan beberapa peristiwa yang
melibatkan perpindahan Kampung Morten daripada tapak asal kepada tapak baharu.
Seterusnya, pengkaji akan menganalisis sejarah perkembangan Kampung Morten dari pelbagai
aspek seperti kegiatan ekonomi, aktviti sosial dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat
setempat dalam bab dua. Bab ini akan menjelaskan perkembangan budaya di Kampung Morten
sejak awal penubuhannya sehingga diiktiraf sebagai sebuah pusat pelancongan. Bab tiga pula
memfokuskan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan taraf Kampung Morten dari
perkampungan tradisional kepada pusat pelancongan. Dalam bab ini, pengkaji turut menilai
sejauhmana faktor-faktor tersebut memberi impak terhadap pengiktirafan Kampung Morten
sebagai pusat tarikan pelancongan di Melaka. Selain itu, bab yang seterusnya akan
menjelaskan modenisasi Kampung Morten dari segi pengekalan warisan dan identiti Melayu.
Dalam bab ini, pengkaji ingin mengenalpasti perbezaan dan persamaan kegiatan sosial,
ekonomi dan kependudukan masyarakat setempat dalam tempoh masa tertentu. Akhir sekali,
bab kelima akan menerangkan penilaian secara menyeluruh terhadap transformasi dan
pengiktirafan Kampung Morten daripada sebuah perkampungan tradisional kepada salah
sebuah pusat tarikan pelancongan yang terkenal di Melaka.
BAB 1: PENGENALAN

Penulisan ini berkisarkan tentang transformasi Kampung Morten dari sebuah perkampungan
tradisional kepada pusat tarikan pelancongan berikutan pengekalan identiti dan warisan. Dalam
bab satu, pengkaji akan menggalurkan latar belakang pembukaan Kampung Morten sejak
penubuhannya pada awal 1920-an. Seterusnya, pengkaji akan menganalisis sejarah
perkembangan Kampung Morten dari pelbagai aspek seperti kegiatan ekonomi, aktviti sosial
dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat setempat dalam bab dua. Bab tiga pula
memfokuskan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan taraf Kampung Morten dari
perkampungan tradisional kepada pusat pelancongan. Bab yang seterusnya akan menjelaskan
modenisasi Kampung Morten dari segi pengekalan warisan dan identiti Melayu dengan
mengenalpasti perbezaan dan persamaan kegiatan sosial, ekonomi dan kependudukan
masyarakat setempat dalam tempoh masa tertentu. Akhir sekali, bab kelima akan menerangkan
penilaian secara menyeluruh terhadap transformasi dan pengiktirafan Kampung Morten
daripada sebuah perkampungan tradisional kepada salah sebuah pusat tarikan pelancongan
yang terkenal di Melaka.

1.1 LATAR BELAKANG PEMBUKAAN KAMPUNG MORTEN

Kampung Morten merupakan sebuah perkampungan yang unik dan memiliki keistimewaan
tersendiri yang membezakannya dengan perkampungan lain. Kampung Morten yang disebut
juga dengan jolokan ‘Kampung Baru’ terletak di satu sudut, seolah-olah terpencil di Bandar
Melaka yang bersejarah itu mempunyai sejarahnya sendiri yang menarik. 1 Hal ini kerana
kampung ini masih lagi memiliki dan memelihara identiti Melayu walaupun sudah melewati
beberapa zaman dan generasi. Kampung Morten menyimpan khazanah Melayu Melaka yang
berusia berabad lamanya.2 Kampung ini terletak di tengah-tengah kota bandaraya Melaka yang
dikelilingi Sungai Melaka.

Kampung Morten merupakan kampung yang diduduki seratus peratus orang Melayu dan
mempunyai keluasan 5.02 hektar dengan anggaran penduduk seramai 600 orang.3 Sebelum
1
‘Kampung Morten or Kampung Baru to the locals is as unique, quaint and picturesque as it is another paradoxical
oddity in the historical city of Malacca’ (Bonny Wee, ‘Village where time stands still’, New Straits Times, 7 June
1999, 7)
2
Menjejaki Kampung Morten buat kali pertama dapat membawa pengunjung bersama-sama ‘kembali’ kepada
zaman Kerajaan Melayu Melaka. Hal ini kerana pengunjung berpeluang melihat kesemua rumah yang tersusun
dalam bentuk tradisi sama ada dari segi bentuk bumbung, tangga, hiasan dalaman, cara menghias serta barangan
antik seperti pinggan, tembikar dan seramik di Rumah Budaya yang terletak di hujung kampung. (Azlinariah
Abdullah, ‘Keindahan Kampung Morten’, Melaka Kini, 22 Mac 2002, 12)
3
Baharuddin Yusoff, Nasarudin Rahman, Rahman Safian, Zaidee Daut, Latifah Latiff & Hazzlan Sama , Warisan
Kampung Morten, Melaka (Melaka: Pusat Sumber JKMM dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia,
pembukaan Kampung Morten secara rasmi, terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku.
Rancangan pembinaan Pasar Besar Melaka di Kampung Johol atau dikenali sebagai Kampung
Jawa pada tahun 1922 dalam rangka pembangunan bandar telah mendorong British mendirikan
sebuah pasar di tapak kampung tersebut.4 Hal ini menyebabkan penduduk kampung telah
diarahkan untuk berpindah ke tempat lain. Justeru, penduduk Kampung Johol telah
bermuafakat mencari suatu tempat baru iaitu di kawasan tanah kosong yang dimiliki oleh Encik
Abdullah bin Maarof dan Pak Khalil yang dirasakan sesuai untuk dijadikan penempatan. 5
Walaubagaimanapun, masalah pembelian tanah timbul apabila tuan tanah tidak mahu
menjualnya.6 Justeru, dua orang wakil daripada penduduk tersebut iaitu Demang Haji Abdul
Ghani dan Dato’ Othman telah mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah tersebut dengan
meminta bantuan daripada pihak British.

Selepas melakukan perundingan bersama Pesuruhjaya Tanah dan Hasil pada ketika itu
iaitu J.F Morten, para penduduk berjaya mendapatkan pinjaman wang sejumlah RM 10,000
untuk harga belian tanah.7 Berikutan bantuan tersebut, penduduk-penduduk Kampung Johol
dan sekitarnya telah beransur-ansur membeli tanah dan mendirikan rumah di kawasan
perkampungan baru. Dalam tahun 1923, penduduk-penduduk kampung yang belum bernama
itu menubuhkan sebuah lembaga kampung dan melantik Dato’ Othman bin Haji Mohamad Nor
sebagai ketua kampung secara rasmi.8 Penduduk kampung telah mencadangkan beberapa
nama seperti Kampung Bunga Raya, Kampung Tanjung Bunga dan Kampung Morten. 9 Setelah
mendapat kata sepakat, nama Morten telah dipilih bagi mengenang jasa dan usaha yang telah
disumbangkan oleh J.F Morten.10 Sehingga kini, Kampung Morten dikenali juga dengan nama

Melaka, 2012)
4
Ab. Samad Ahmad, Kampung Morten (Suatu kenangan sejarah), dalam Bunga Rampai, Jilid 3 Bilangan 2 (Melaka:
Persatuan Perpustakaan Sekolah-Sekolah Melaka, 1983), 17-19.
5
Kawasan tanah kosong ini dulunya dipenuhi dengan pokok-pokok nipah dan sungai-sungainya yang dipenuhi
dengan buaya telah berjaya didirikan sebuah perkampungan baru secara bergotong-royong. (Azlie Halim, ‘Kg.
Morten Venice Timur’, Majalah Santai@Malaysia Bil.1, Oktober 2002)
6
Pihak berkuasa tanah pada ketika iaitu J.F Morten telah campur tangan dalam masalah tersebut dengan
mewujudkan undang-undang kenaikan harga cukai tanah yang berlipat ganda daripada asalnya. Undang-undang ini
menyebabkan tuan tanah telah bersetuju menjualkan tanahnya. (Ab. Samad Ahmad, Kampung Morten (Suatu
kenangan sejarah), dalam Bunga Rampai, Jilid 3 Bilangan 2 (Melaka: Persatuan Perpustakaan Sekolah-Sekolah
Melaka, 1983), 17-19)
7
Baharuddin Yusoff et. al., Warisan Kampung Morten, Melaka (Melaka: Pusat Sumber JKMM dan Institut Kajian
Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Melaka, 2012
8
Ibid., hlm. 16.
9
Suara terbanyak memilih nama Kampung Morten yang telah dicadangkan oleh Dato’ Othman sendiri dengan
alasan ianya diambil sempena mengenang jasa J.F Morten. (Ibid., hlm. 17)
10
Sumbangan J.F Morten sebagai pihak berkuasa British dengan mewujudkan undang-undang cukai tanah yang
baharu serta memberi pinjaman wang untuk pembelian tanah, perbelanjaan ukur dan pecah tanah sempadan
telah menyelesaikan masalah pembahagian tanah sehingga terbinanya Kampung Morten yang berkekalan sehingga
Kampung Baru. Justeru, penubuhan Kampung Morten ini telah membuka satu lembaran baru
dalam warisan negara khususnya identiti Melayu melalui sejarah perkembangan perkampungan
tersebut merentasi zaman.

BAB 2: SEJARAH PERKEMBANGAN KAMPUNG MORTEN

2.1 ASPEK EKONOMI

Perkampungan yang didiami sekelompok manusia mewujudkan kegiatan harian yang menjadi
sumber pendapatan dan punca rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kedudukan
Kampung Morten yang terletak berhampiran dengan sungai membentuk kegiatan ekonomi yang
pelbagai. Penduduk asal Kampung Morten, kebanyakannya bekerja ‘menadir’ (nadir: sejenis
perahu), yakni mengangkut barang-barang dengan perahu dari kapal dibawa ke darat atau
sebaliknya.11 Kaum wanitanya pula bekerja menyiat daun nipah untuk dibuat daun rokok yang
kemudiannya dijual sehingga ke Sumatera, Indonesia dan mendapat upah sebanyak 5 sen
untuk setiap 100 helai daun nipah yang disiatkan. 12 Kegiatan ini menunjukkan bahawa
penduduk Kampung Morten telah memanfaatkan ciri-ciri fizikal dan kedudukan geografi iaitu
sebuah kawasan yang dipenuhi dengan pokok-pokok nipah dahulunya dan dikelilingi sungai-
sungai bagi menjalankan kegiatan harian.

2.2 ASPEK SOSIAL

Perkembangan Kampung Morten turut dipengaruhi oleh aktiviti sosial yang menjadi
identiti masyarakat setempat. Aktiviti kemasyarakatan melibatkan upacara kelahiran, majlis
perkahwinan, pengurusan jenazah dan pengebumian dilaksanakan secara gotong-royong. 13
Aktiviti-aktiviti ini amat bertepatan dengan budaya orang Melayu yang mengamalkan semangat
bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti sosial. Hal ini bersesuaian dengan kependudukan
masyarakat Melayu di kampung tersebut. Selain itu, ahli jawatankuasa dalam sesebuah
kampung perlu dibentuk bagi memastikan penduduk dapat hidup secara harmoni dan bersatu
padu dalam kehidupan bermasyarakat. Beberapa jawatankuasa berkaitan hal ehwal kebajikan
seperti Biro Badan Kebajikan Kampung Morten, Lembaga Surau, Unit Perhubungan

kini. Bacaan lanjut sila rujuk (Ab. Samad Ahmad, Kampung Morten (Suatu kenangan sejarah), dalam Bunga Rampai,
Jilid 3 Bilangan 2 (Melaka: Persatuan Perpustakaan Sekolah-Sekolah Melaka, 1983), 17-19)
11
Ab. Samad Ahmad, Kampung Morten (Suatu kenangan sejarah), dalam Bunga Rampai, Jilid 3 Bilangan 2 (Melaka:
Persatuan Perpustakaan Sekolah-Sekolah Melaka, 1983), 17-19
12
Ibid., hlm. 19
13
Misalnya majlis perkahwinan akan diadakan secara muafakat atau lebih dikenali oleh penduduk sebagai
“Menginai Raya”. Bacaan lanjut sila rujuk (Baharuddin Yusoff et. al., Warisan Kampung Morten, Melaka (Melaka:
Pusat Sumber JKMM dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Melaka, 2012)
Masyarakat, Kelas Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Gerakan Daya Wawasan telah
dibentuk.14 Kesemua jawatankuasa yang dibentuk adalah penting bagi memastikan
kesejahteraan masyarakat Kampung Morten.

2.3 ASPEK BUDAYA MELAYU

Bukan sahaja aktiviti ekonomi dan sosial yang giat dijalankan, aktiviti-aktiviti kebudayaan
turut dijalankan dengan aktif di Kampung Morten. Disebabkan penduduk yang majoritinya
adalah masyarakat Melayu, kebanyakan aktiviti kebudayaan yang diamalkan menunjukkan ciri-
ciri dan identiti Melayu tradisional yang diwarisi secara turun temurun. Penduduk Kampung
Morten menubuhkan Kumpulan Rebana Keras, kumpulan silat serta kumpulan Kompang
Kelalang dari tahun 1957 hingga 1996. 15 Tujuan penubuhan kumpulan-kumpulan ini adalah
untuk merapatkan lagi hubungan sesama penduduk kampung. Di samping itu, seni bina rumah
Melayu di Kampung Morten turut mempengaruhi perkembangan Kampung Morten. Rumah-
rumah tradisional yang dibina sejak awal penubuhan Kampung Morten masih mengekalkan ciri-
ciri reka bentuk walaupun melewati beberapa zaman. Villa Sentosa adalah salah satu rumah
tradisional Melayu yang dibina pada tahun 1920-an dan diubahsuai menjadi muzium peribadi
yang dirasmikan pembukaannya pada 11 Disember 1991. 16 Justeru, kegiatan ekonomi, sosial,
kebudayaan serta keunikan seni bina rumah Melayu memberi sumbangan terhadap
perkembangan Kampung Morten sebagai sebuah perkampungan yang menarik dengan
identitinya tersendiri.

BAB 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN TARAF KAMPUNG


MORTEN DARI PERKAMPUNGAN TRADISIONAL KEPADA PUSAT PELANCONGAN

14
Penglibatan Kampung Morten sebagai peserta di bawah Gerakan Daya Wawasan dapat membentuk jati diri
penduduk kampung yang berdaya tahan serta berupaya untuk mengeksploitasi sumber yang sedia ada untuk
dijadikan sebagai sumber kekayaan mereka. (Rosniza Aznie CR, Nor Amirah M., Rosmiza MZ, Novel L., ‘Pengurusan
Kampung Tradisional di Kampung Morten Melaka’, Journal of Social Sciences and Humanities, Bil. 1 (2016), 97-106)
15
Kumpulan-kumpulan kebudayaan yang ditubuhkan memberi sumbangan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
di mana kumpulan ini akan melakukan persembahan di khalayak ramai. (Ibid., hlm. 43)
16
Villa Sentosa dikenali sebagai The Malay Living Museum kerana masih ada ahli keluarganya masih hidup dan
tinggal di rumah ini. Villa Sentosa menjadi tarikan utama pelancong yang ingin melihat sejarah Kampung Morten
dan beberapa tinggalan dari pemilik asal rumah ini. Bacaan lanjut sila rujuk (Yatie Sahlan, ‘Villa Sentosa muzium
hidup di tengah Bandaraya Melaka,’ MelakaKini, 8 Ogos 2018, 10)
Keunikan dan nilai-nilai sejarah yang dimiliki menyebabkan Kampung Morten ini telah
diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun
1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu dan pusat tarikan pelancong.17
Perubahan taraf Kampung Morten daripada sebuah perkampungan tradisional kepada pusat
pelancongan dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran.

3.1 FAKTOR DALAMAN

Faktor dalaman iaitu kedudukan fizikal Kampung Morten yang terletak di tengah-tengah
kota raya menjadi faktor utama pengiktirafannya sebagai tarikan pusat pelancongan.
Kedudukan Kampung Morten sebagai satu-satunya perkampungan Melayu di dalam bandar
Melaka telah menjadikan kampung itu sebuah lokasi yang menarik dan unik bukan sahaja di
kalangan masyarakat di negeri ini, malah pelancong dari luar negara.18 Tambahan lagi,
kewujudan aktiviti pelancongan seperti menaiki river cruise yang menjadi pengangkutan utama
di sepanjang Sungai Melaka telah menjadi faktor penarik para pelancong untuk melawat
Kampung Morten. Hal ini berikutan kedudukan Kampung Morten yang berhampiran dengan
Sungai Melaka memudahkan para pelancong melihat sendiri keindahan dan keunikannya
sebagai perkampungan yang wujud di pinggir bandar semasa menyusuri sungai. Justeru,
kemajuan pengangkutan di Sungai Melaka yang berkembang daripada penggunaan sampan
kepada feri menggiatkan lagi aktiviti pelancongan di Kampung Morten. Selain itu, pembinaan
jambatan Kampung Morten yang merentasi Sungai Melaka menjadi salah satu tarikan yang
istimewa.19 Dari sudut sejarah, bandar Melaka pernah digelar ‘Venice Timur’ yang
menghubungkan perdagangan di antara timur dan barat semasa zaman kegemilangan Melayu
Melaka pada kurun ke-15.20 Justeru, kewujudan Kampung Morten sebagai sebuah kampung di
pesisir sungai yang mempunyai persamaan dengan bandar Venice yang mempunyai
penempatan di sekitar sungai menarik lebih ramai pelancong dari pelbagai pelusuk dunia.

Selain kedudukannya yang unik, peranan dan sumbangan masyarakat setempat


membawa kepada kenaikan taraf Kampung Morten. Dalam konteks ini, penduduk kampung
memainkan peranan penting terhadap pembangunan dan pengekalan warisan di Kampung

17
Rosniza Aznie CR, Nor Amirah M., Rosmiza MZ, Novel L., ‘Pengurusan Kampung Tradisional di Kampung Morten
Melaka’, Journal of Social Sciences and Humanities, Bil. 1 (2016), 97-106.
18
Baharuddin Yusoff et. al., Warisan Kampung Morten, Melaka (Melaka: Pusat Sumber JKMM dan Institut Kajian
Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Melaka, 2012
19
‘The Kampung Morten bridge over Melaka River is another popular attraction in the village. Some stop by while
walking along the pedestrian walkaway that fronts the house’ (R.S.N. Murali, ‘Showcase of Malay village in
Melaka,’ Starmetro, 9 July 2018)
20
Azlie Halim, ‘Kg. Morten Venice Timur’, Majalah Santai@Malaysia Bil.1, Oktober 2002.
Morten. Sebagai contoh, rumah Villa Sentosa yang dimiliki oleh waris Datuk Haji Hashim Dato
Demang Haji Abdul Ghani menjadi tarikan pusat pelancongan sehingga kini. 21 Sejak beberapa
tahun lepas, Haji Ibrahim merupakan salah seorang anak Datuk Haji Hashim yang masih setia
melayani para pelancong yang berkunjung ke Villa Sentosa. Himpunan pelbagai bahan sejarah
seperti pakaian tradisional Melayu, alat muzik tradisional, seramik-seramik lama, senaskhah al-
Quran yang berusia lebih 100 tahun serta barangan antik yang disimpan di villa ini
memperlihatkan usaha yang gigih secara turun temurun untuk mengekalkan bahan sejarah. Hal
ini menunjukkan bahawa peranan masyarakat bagi memelihara identiti Melayu adalah signifikan
terhadap perubahan taraf Kampung Morten sebagai salah satu pusat tumpuan pelancong yang
wajib dilawati. Sumbangan ikhlas dan derma yang disalurkan oleh para pelancong yang
melawat Villa Sentosa turut menyumbang terhadap kos-kos penambahbaikan struktur rumah
serta aktiviti yang dijalankan di muzium hidup ini.22 Selain itu, rumah yang dimiliki oleh Puan
Hajah Zaleka bte Mohd telah dipindahkan dari tapak asal berhadapan Sungai Melaka untuk
mengelakkannya daripada rosak akibat banjir.23 Usaha dan peranan pemilik-pemilik rumah
tradisional di Kampung Morten bagi memastikan keaslian rumah Melayu terus kekal terpelihara
menunjukkan sumbangan masyarakat amat penting terhadap perubahan taraf Kampung
Morten.

3.2 FAKTOR LUARAN

Faktor luaran yang mempengaruhi perubahan taraf Kampung Morten adalah hasil usaha
kerajaan negeri yang menaikkan nama Kampung Morten sehingga dikenali dalam kalangan
pelancong tempatan mahupun dari luar negara. Sebanyak RM 10 juta diperuntukkan untuk
mengindahkan lagi Kampung Morten termasuk menyelaraskan bumbung rumah di kawasan
kampung.24 Ini merupakan salah satu usaha kerajaan yang membawa kepada perubahan taraf
Kampung Morten sebagai pusat pelancongan. Selain itu, kemajuan Kampung Morten sebagai

21
Sejak tahun 1960 lagi iaitu semasa Datuk Haji Hashim iaitu anak kepada Datuk Othman Md Nor, beliau telah
menggalakkan para pengunjung untuk melawat ke Villa Sentosa. Kini anak Datuk Haji Hashim menghuni dan
menjaga semua tinggalan bapa mereka. (Yatie Sahlan, ‘Villa Sentosa muzium hidup di tengah Bandaraya Melaka,’
MelakaKini, 8 Ogos 2018, 10)
22
Haji Ibrahim B. Haji Hashim, ‘Pembukaan Villa Sentosa sebagai muzium hidup,’ Ditemubual oleh Nur Syakirah,
IPGK Perempuan Melayu, 16 Mac 2019.
23
Ketika proses pemindahan dibuat, bahagian-bahagian utama rumah dibuka satu persatu dan ditanda untuk
memudahkan pemasangan semula rumah. Bacaan lanjut sila rujuk: Pusat Jaringan Masyarakat dan Industri,
Universiti Malaya, Laporan Pemeriksaan Rumah-Rumah Terpilih di Kampung Morten (Melaka: CItRa, 2014)
24
Pada tahun 1978, Ketua Menteri Melaka ketika itu, Datuk Seri Adib Adam telah memastikan semua bumbung
rumah di kampung itu ditukar daripada jenis atap nipah kepada atap jenis ADDEC. Tujuannya adalah untuk
mengukuhkan struktur utama rumah bagi memastikan seni bina asal kekal terpelihara. (Azlinariah Abdullah,
‘Keindahan Kampung Morten’, Melaka Kini, 22 Mac 2002, 12)
pusat pelancongan selepas tahun 1988 membolehkan penduduknya menerima pelbagai dana
daripada kerajaan. Misalnya, pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan sumber
modal dan peralatan seperti 18 buah kiosk perniagaan bagi penduduk yang berminat berniaga
secara kecil-kecilan untuk mencari pendapatan sampingan selain melibatkan diri sebagai
pengusaha homestay.25 Selain itu, organisasi pengurusan dan pentadbiran kampung seperti
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pembentukan Rukun Tetangga
serta Rela yang ditubuhkan di bawah usaha kerajaan negeri Melaka juga memainkan peranan
penting bagi memastikan keberkesanan dalam sistem pengurusan kampung tradisional serta
memperketat kawalan keselamatan di Kampung Morten.26 Selain usaha masyarakat setempat,
peranan-peranan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan memperkukuhkan lagi faktor yang
mempengaruhi perubahan taraf Kampung Morten daripada sebuah perkampungan tradisional
kepada pusat pelancongan yang wajib dilawati di Melaka.

BAB 4: MODENISASI KAMPUNG MORTEN DARI SEGI PENGEKALAN WARISAN DAN


IDENTITI MELAYU

Seiring dengan peredaran zaman, Kampung Morten mengalami modenisasi tetapi masih
mengekalkan warisan dan identiti Melayu yang tetap terpelihara. Jika dilihat pada proses
perubahan taraf Kampung Morten bermula daripada perkampungan tradisional sehingga dinaik
taraf sebagai pusat pelancongan, terdapat beberapa perbandingan yang boleh dibuat. Dalam
konteks ini, modenisasi Kampung Morten dapat dilihat melalui aspek ekonomi, sosial dan
pengurusan kampung tradisional di kampung tersebut.

4.1 PEMBANGUNAN EKONOMI

Dari segi ekonomi, penduduk tempatan bekerja sebagai nelayan atau menadir berikutan
ciri fizikal Kampung Morten yang terletak berhampiran sungai. Namun menjelang abad ke-21,
kebanyakan penduduk tempatan lebih terbuka dalam pemilihan pekerjaan iaitu memegang
jawatan sebagai pegawai kerajaan, pekerja sektor awam, pengusaha homestay dan
sebagainya.27 Dalam konteks ini, penyertaan penduduk dalam program homestay dan
peruntukan dalam perniagaan, keusahawanan serta aktiviti perusahaan secara kecil-kecilan
yang dilaksanakan atas usaha kerajaan Negeri Melaka membantu menjana pendapatan
25
Rosniza Aznie CR, Nor Amirah M., Rosmiza MZ, Novel L., ‘Pengurusan Kampung Tradisional di Kampung Morten
Melaka’, Journal of Social Sciences and Humanities, Bil. 1 (2016), 97-106.
26
Ibid., hlm. 104.
27
Generasi baru dan anak-anak muda telah mula berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur untuk
mendapatkan pekerjaan dan ada juga yang lebih memilih untuk menceburi bidang sektor awam. ( Haji Ibrahim B.
Haji Hashim, ‘Pembukaan Villa Sentosa sebagai muzium hidup,’ Ditemubual oleh Nur Syakirah, IPGK Perempuan
Melayu, 16 Mac 2019)
sampingan dan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.28 Hal ini menunjukkan
perubahan zaman mempengaruhi pemilihan sektor pekerjaan dan penjanaan pendapatan
penduduk Kampung Morten yang lebih meluas.

4.2 PEMBANGUNAN SOSIAL

Dari sudut sosial pula, pemodenan yang berlaku tidak menjejaskan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan yang masih mengekalkan ciri-ciri dan identiti Melayu sejak dahulu lagi. Setelah
diwartakan sebagai pusat tarikan pelancong pada tahun 1988, ahli-ahli Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Morten mengambil inisiatif
mempromosikan Kampung Morten dengan menyediakan aktiviti yang membabitkan penyertaan
dan kerjasama penduduk bagi menarik perhatian pengunjung dan pelancong. Antara langkah
yang diambil adalah seperti memperkenalkan masakan Melayu dan kuih tradisional kepada
pelancong, menganjurkan pertandingan memasang pelita sempena malam Aidilfitri dan berhari
raya bersama pelancong serta mengadakan aktiviti permainan tradisional bersama pelancong. 29
Berbanding dengan kegiatan sosial terdahulu yang lebih menumpukan aktiviti dalam penduduk
kampung sahaja, kegiatan sosial pada masa kini lebih memfokuskan penyertaan penduduk dan
penglibatan pelancong dari luar. Buktinya, pengunjung mahupun pelancong amat dialu-alukan
untuk mengadakan majlis perkahwinan di rumah Villa Sentosa.30 Secara tidak langsung,
kegiatan-kegiatan sosial ini menunjukkan bahawa penduduk Kampung Morten masih lagi
mengekalkan identiti masyarakat Melayu walaupun zaman dan generasi telah berubah.

4.3 PENGURUSAN KAMPUNG TRADISIONAL MELAYU

Pengiktirafan Melaka sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO telah meningkatkan
jumlah kemasukan pelancong pada setiap tahun iaitu mencecah hampir enam juta. 31
Pengisytiharan Melaka sebagai bandaraya bersejarah yang menjadi tarikan pelancong
mempengaruhi modenisasi Kampung Morten. Dalam konteks ini, pembangunan di Kampung
Morten dikawal oleh beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan seperti Majlis
Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan

28
Kelengkapan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang disediakan mendorong penduduk melibatkan diri
dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan taraf hidup mereka. (Rosniza Aznie CR, Nor Amirah M., Rosmiza MZ,
Novel L., ‘Pengurusan Kampung Tradisional di Kampung Morten Melaka’, Journal of Social Sciences and
Humanities, Bil. 1 (2016), 97-106)
29
Baharuddin Yusoff et. al., Warisan Kampung Morten, Melaka (Melaka: Pusat Sumber JKMM dan Institut Kajian
Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Melaka, 2012
30
Haji Ibrahim B. Haji Hashim, ‘Pembukaan Villa Sentosa sebagai muzium hidup,’ Ditemubual oleh Nur Syakirah,
IPGK Perempuan Melayu, 16 Mac 2019.
31
Jason Gerald John & R. Gomathy, ‘New foreign invasion of Malacca,’ New Straits Times, 15 July 2008, 4.
Kementerian Pelancongan dan Perbadanan Hang Tuah Jaya.32 Sejak awal penubuhan
Kampung Morten, pengurusan perkampungan lebih didominasi oleh Lembaga Kampung yang
terdiri daripada penduduk kampung itu sendiri. Walaubagaimanapun, pembangunan di
Kampung Morten selepas pengiktirafannya sebagai pusat tarikan pelancong pada tahun 1988
bukan sahaja melibatkan masyarakat setempat dalam pengurusan kampung, malahan turut
mendapat perhatian daripada pelbagai pihak luar terutamanya pihak kerajaan negeri bagi
memelihara lambang sejarah dan warisan negeri Melaka.

BAB 5: KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, transformasi Kampung Morten daripada sebuah perkampungan


tradisional kepada tarikan pusat pelancongan melibatkan usaha yang besar dan berterusan
bagi memastikan identitinya terus kekal terpelihara. Dalam konteks ini, peranan dan
sumbangan msayarakat itu sendiri yang menghargai nilai sejarah merupakan faktor utama
terhadap pembangunan dan perkembangan sesebuah tempat sehingga menjadi tumpuan
dunia. Bagi menjawab objektif kajian, pengkaji akan membuat rumusan secara ringkas
berkaitan transformasi Kampung Morten sejak awal penubuhannya sehingga diiktiraf sebagai
pusat tumpuan pelancongan di Melaka.

a) Menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pengiktirafan Kampung Morten


sebagai tarikan pusat pelancongan

Keunikan Kampung Morten sebagai sebuah kampung yang terletak di tengah-tengah


bandar Melaka telah mewujudkan sebuah tapak warisan bersejarah yang berharga. Nilai-nilai
sejarah dan kedudukan fizikal yang strategik menjadi salah satu faktor utama pengiktirafan
Kampung Morten sebagai tarikan pusat pelancongan. Dalam konteks ini, pelbagai faktor lain
yang mendorong pemeliharaan khazanah warisan dan identiti Melayu di Kampung Morten. Bagi
menjawab objektif kajian yang telah diusulkan, pengkaji berpendapat bahawa inisiatif yang
diambil oleh pihak kerajaan dalam mempromosikan Kampung Morten menjadi faktor penting
terhadap pengiktirafan Kampung Morten sebagai pusat tarikan pelancongan. Namun begitu,
peranan dan penglibatan penduduk kampung lebih signifikan bagi memastikan identiti Melayu
dan khazanah warisan yang disimpan terus kekal terpelihara sebagai bahan tontonan kepada
para pelancong yang berkunjung ke Kampung Morten. Selain itu, usaha dan komitmen yang
ditonjolkan oleh penduduk kampung bagi mempertahankan warisan Kampung Morten memberi

32
Rosniza Aznie CR, Nor Amirah M., Rosmiza MZ, Novel L., ‘Pengurusan Kampung Tradisional di Kampung Morten
Melaka’, Journal of Social Sciences and Humanities, Bil. 1 (2016), 97-106.
kepercayaan kepada kerajaan untuk menjadikannya sebagai salah satu tapak bersejarah yang
perlu dipelihara.

b) Mengenalpasti identiti Kampung Morten dan warisan yang masih dikekalkan

Perkembangan zaman yang berlaku memperlihatkan transformasi Kampung Morten


daripada sebuah perkampungan tradisional yang kecil kepada pusat tarikan pelancongan yang
terkenal di seluruh pelusuk dunia. Walaupun mengalami beberapa proses modenisasi,
Kampung Morten masih lagi mengekalkan ciri-ciri identiti Melayu yang diwarisi secara turun
temurun. Pengekalan warisan dan identiti Melayu ini dapat dikenalpasti melalui pelbagai aspek
seperti aktiviti ekonomi dan kegiatan sosial serta budaya yang masih diamalkan oleh
masyarakat setempat di Kampung Morten. Bukan itu sahaja, seni bina rumah penduduk di
Kampung Morten yang tetap mempertahankan ciri-ciri rumah Melayu tradisional walaupun telah
mengalami pelbagai peristiwa seperti banjir memperlihatkan warisan sejarah yang masih utuh
dipertahankan. Melalui aspek-aspek ini, pengkaji dapat mengenalpasti identiti Melayu dan
warisan yang terus dipelihara oleh penduduk Kampung Morten meskipun telah mendepani
cabaran modenisasi. Secara tidak langsung, pengkaji dapat menyangkal hipotesis kajian iaitu
warisan dan identiti Melayu telah dihapuskan.

RUJUKAN

Akhbar

Azlinariah Abdullah, ‘Keindahan Kampung Morten’, Melaka Kini, 22 Mac 2002, 12.
Bonny Wee, ‘Village where time stands still’, New Straits Times, 7 June 1999, 7.

Jason Gerald John & R. Gomathy, ‘New foreign invasion of Malacca,’ New Straits Times, 15 July 2008, 4.

R.S.N. Murali, ‘Showcase of Malay village in Melaka,’ Starmetro, 9 July 2018.

Yatie Sahlan, ‘Villa Sentosa muzium hidup di tengah Bandaraya Melaka,’ MelakaKini, 8 Ogos 2018, 10.

Artikel
Ab. Samad Ahmad, Kampung Morten (Suatu kenangan sejarah), dalam Bunga Rampai, Jilid 3 Bilangan 2
(Melaka: Persatuan Perpustakaan Sekolah-Sekolah Melaka, 1983), 17-19.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Mengurus Bandar Warisan Dunia UNESCO, (Melaka: Majlis
Bandaraya Melaka Bersejarah, 2008), 1-2.

Rusnah Johare, Status Antarabangsa Kesultanan Melaka, dalam Dewan Masyarakat (Kuala Lumpur: Arkib Negara
Malaysia, 1987), 41-42.

Buku
Baharuddin Yusoff, Nasarudin Rahman, Rahman Safian, Zaidee Daut, Latifah Latiff & Hazzlan Sama ,
Warisan Kampung Morten, Melaka (Melaka: Pusat Sumber JKMM dan Institut Kajian Sejarah dan
Patriotisme Malaysia, Melaka, 2012)

Dokumentasi

Hafeza Mat Jusoh & Anis Burhan, Transkripsi Temubual Bersama Tokoh Haji Ibrahim Bin Haji Hashim Mengenai
Sejarah, Rekaan dan Koleksi Yang Terdapat di Rumah Tradisional Villa Sentosa, The Living Museum, (Fakulti
Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara, Selangor, 2015).

Majalah

Azlie Halim, ‘Kg. Morten Venice Timur’, Majalah Santai@Malaysia Bil.1, Oktober 2002

Jurnal

Er Ah Choy, Pembangunan pelancongan lestari di Melaka: Perspektif pelancong, Malaysian Journal of


Society and Space, Bil. 3 (2013): hlm. 12-23.

Rohaslinda Ramlee, Zarina Isnin, Izatul Laili, Urban morphology of buffer zone and its survival in the
historical city of Malacca, Built Environment Journal, Vol. 7 No. 1 (2010): 23-35.

Rosniza Aznie CR, Nor Amirah M., Rosmiza MZ, Novel L., ‘Pengurusan Kampung Tradisional di Kampung
Morten Melaka’, Journal of Social Sciences and Humanities, Bil. 1 (2016): 97-106.
Laporan

Pusat Jaringan Masyarakat dan Industri, Universiti Malaya, Laporan Pemeriksaan Rumah-Rumah Terpilih di
Kampung
Morten (Melaka: CItRa, 2014).

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Draf Rancangan Kawasan
Khas:
Pelan Pengurusan Kawasan Pemeliharaan Bandaraya Melaka Bersejarah (Melaka: MBMB, 2005).

Prosiding

Jamil Jusoh, Azizan Marzuki, Fatimah Hamid, ‘The Challenges of Malay Cultural Heritage Products as a Tourist
Attraction in Melaka,’ 12th APacCHRIE Conference 2014 (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2014).

Zuliskandar, Rizal, Deni, Sharifah Zarina, Kadir, Syafiq, ‘Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran,’
Prosiding Seminar Antarabangsa ke 8 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran (Kedah: Institut
Alam Sekitar dan Pembangunan, 21-22 September 2015).

Seminar
Abdul Murat Mat Jan, ‘Sejarah Tempatan dan Pembangunan,’ (Kertas Kerja 13: Suatu Tinjauan Awal di Melaka
1900-
1957, Kuala Lumpur, t.t).

Sumber lisan (Temubual)


Haji Ibrahim B. Haji Hashim (Pemilik rumah Villa Sentosa), ‘Pembukaan Villa Sentosa sebagai muzium hidup,’
Ditemubual oleh Nur Syakirah, IPGK Perempuan Melayu, 16 Mac 2019.

Tesis

Fadhlina Ahmad, ‘Gaya Rupa dan Perletakan Ornamen Senibina Pada Rumah Tradisional Bumbung
Panjang Melaka,’ (Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia, Johor
Bahru, 2016), hlm. 160.

You might also like