.

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA

ABAD KE-15M

Kerajaan Melayu Melaka telah


didirikan oleh Parameswara pada abad
ke-15.Kerajaan ini dianggap sebagai
sebuah kerajaan yang agung pada
zamannya.Keagungan Kesultanan Melayu
Melaka dapat dikenal pasti melalui
kemasyhurannya sebagai pusat
perdagangan,pusat perkembangan agama
Islam,keluasan tanah jajahan dan
mempunyai politik antarabangsa dengan
kuasa besar ketika itu seperti negeri
China.Pendek kata,Kesultanan Melayu
Melaka merupakan sebuah empayar yang
agung ketika itu.
Antara faktor yang mempengaruhi
kegemilangn Melaka pada abad ke-15
ialah peranan Sultan.Sultan berperanan
sebagai lambang perpaduan rakyat.Selain
menyelaras kegiatan-kegiatan
ekonomi,Sultan juga berperanan sebagai
ketua agama Islam dan ketua istiadat
Melayu.Sultan juga mengetahui hubungan
diplomatik antara hubungan luar seperti
China,Pasai,Kampar,Siak,Siam,Ryukyu,
Gujerat dan Arab.Sultan juga dianggap
mempunyai kuasa multak dalam segala
aspek iaitu dalam pemerintah
peperangan,hubungan,diplomatik dan
agama Islam.

Selain itu,Sistem Pembesar Empat


Lipatan merupakan satu sistem yang
sistematik dan berwibawa.Sistem
pentadbiran ini yang hampir sama dengan
Sistem Jemaah Menteri sekarang.Hal ini
membolehkan kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka dapat
dipertahankan.Setiap pembesar diberikan
tugas dan tanggungjawab untuk
melincinkan pentadbiran.Tanpa sistem
pentadbiran ini sudah tentu kerajaan akan
lemah.

Selain daripada itu,kedudukan


geografi juga menyumbang kepada
kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka.Hal ini kerana,Melaka terletak di
tempat yang startegik di Selat
Melaka,iaitudi pertengahan jalan
oerdagangan antara Timur dan
Barat.Pedagang-pedagang asing yang
berulang alik di antara India(Barat) dan
China(Timur) akan berdagang di
Melaka,selain mendapat bakalan makanan
dan air ataupun membaiki
kapal.Pelabuhan Melaka juga terlindung
daripada tiupan angin Monsun Timur Laut
oleh banjaran Titiwangsa dan angin
Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera.

Kemudahan Pelabuhan yang ada di


pelabuhan Melaka juga turut
menyumbang faktor
kegemilangannya.Pelbagai kemudahan
disediakan oleh pemerintah di pelabuhan
Melaka untuk menarik pedagang-
pedagang asing ke pelabuhan
Melaka.Antara kemudahan-kemudahan
tersebut ialah kemudahan membaiki
kapal,menyediakan rumah persinggahan
dan gudang untuk menyimpan
barang.Kemudahan pengangkutan juga
disediakan oleh Syahbandar seperti
kapal,perahu,jong,lancara,gajah dan
pekerja untuk kemudahan para pedagang
untuk membawa barangan ke gudang.

Keberkesanan Undang-undang yang


digubal oleh pemerintah Melaka secara
tidak langsung menyumbang
kegemilangannya.Untuk melicinkan lagi
urusan aktiviti perdagangan,kerajaan
Melaka telah menggubal undang-undang
seperti Undang-undang Laut Melaka yang
digubal mengandungi 24 fasal,peraturan
dan tatatertib berniaga,cara berjual
beli,hukum-hukum jenayah yang berlaku
di kapal dan larangan dan tanggungjawab
nakhoda.
Cukai Perdagangan yang merupakan
sumber ekonomi Melaka juga
menyebabkan Melaka menjadi pelabuhan
yang maju dan terkenal sekaligus
kegemilangannya dipertahankan.Di
samping itu,penggunaan Sistem Mata
Wang membuatkan Melaka menjadi
tarikan pedagang asing kerana urusan
niaga dijalankan melalui sistem tukar
barang dan penggunaan mata wang.

Selain itu,Bahasa Melayu sebagai


Lingua Franca juga menyumbang kepada
kegemilangan Melaka.Bahasa Melayu
telah digunakan dengan meluas di
Melaka.Bahasa Melayu dianggap sebagai
Lingua Franca kerana digunakan dengan
meluas oleh pedagang di pelabuhan
Melaka.Serta hubungan diplomatik
dengan negara serantau menyebabkan
Melaka terkenal sekaligus dapat
mempertahankan kegemilangannya.

You might also like