Kertas Konsep Nyanyian Solo Duet Duo Frs 2022

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO/DUET

@FESTIVAL RANCAK SENI


PERINGKAT DAERAH 2022

1
FESTIVAL RANCAK SENI
PERINGKAT DAERAH TAHUN 2022

- PERTANDINGAN NYANYIAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH

1. MATLAMAT

Penganjuran festival ini melibatkan pertandingan-pertandingan yang merangkumi


semua aspek dalam seni persembahan tradisional dan moden. Penglibatan murid
murid dalam festival dan pertandingan- pertandingan yang diselaraskan ini memberi
pendedahan dan memupuk penghargaan terhadap seni budaya dari pelbagai
bidang kesenian kepada murid peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah
serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai
teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2. RASIONAL

2.1 Mengembangkan bakat seni yang ada di dalam jiwa murid ke arah hobi yang
berfaedah;
2.2 Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang;
2.3 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti muzik yang
dijalankan di peringkat sekolah secara terancang;
2.4 Sejajar dengan Pelan Pendidikan Seni Kebangsaan (PPSK) 2021-2030, seni
adalah pelengkap kepada hidup berkualiti seperti yang dinyatakan oleh Mantan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed (2018), “Tidak ada negara yang
boleh mengaku sudah menjadi negara bertamadun tanpa ada nilai seni
tersendiri...”. Sehubungan dengan itu, PPSK dirancang untuk
memperbanyakkan program wajib di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
seperti berikut:

TERAS 1: Seni Untuk Semua


1.0 (a) Menjalankan 18 program kesenian wajib dipelbagai peringkat;

2.5 PPSK juga menyarankan bahawa setiap sekolah perlu mempunyai satu
kebitaraan seni bagi menyemarakkan seni di sekolah dan mencungkil bakat
dan potensi murid dalam bidang kesenian seperti berikut;

TERAS 1: Seni Untuk Semua


1.3.1(b) Setiap sekolah mempunyai satu (1) kebitaran seni dengan:
1.3.1(c) Pihak pentadbir sekolah boleh memilih kebitaraan sekolah
berpandukan modul kesenian dan kekuatan serta minat murid
dalam program kesenian;
1.3.1(d) Mewajibkan penubuhan Kelab/Persatuan/Badan Beruniform yang
berasaskan seni persembahan; dan
1.3.1(e) Mewajibkan satu (1) aktiviti kesenian dalam program khas seperti
pertandingan kesenian.

3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan platform pameran bakat yang lebih besar di peringkat


kebangsaankepada murid-murid sekolah di setiap negeri untuk mengasah dan
serlahan bakat dalam pelbagai cabang seni persembahan;
3.2 Menggalakkan murid kekal berkarya dalam mendepani cabaran pandemik
Covid-19 sebagai usaha menyemarakkan aktiviti kokurikulum dalam seni
persembahan dalam kalangan murid KPM;
3.3 Meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam penggunaan teknologi bagi
menyediakan seni persembahan secara dalam talian; dan
3.4 Menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap elemen Love,
Respect, Happiness and Humanity (LR2H) dalam pendidikan dan
meningkatkan pembinaan jati diri dan kemenjadian murid.

4. MOD PROGRAM SOLO/DUET

4.1 Pertandingan Peringkat Daerah


4.2 Pertandingan secara berperingkat
- saringan ke peringkat akhir daerah.
4.3 Acara saringan perlu dilakukan terlebih dahulu secara dalam talian
(penghantaran video rakaman)
4.4 Dengan menggunakan akaun youtube, muatnaik video anda dan tetapkan video
itu sebagai ‘unlisted’.
4.5 Penghantaran penyertaan video - sertakan pautan video youtube anda ke dalam
google form yang akan disediakan ole PPD nanti.
4.6 Kos penyediaan video adalah ditanggung oleh pihak sekolah atau peserta

5. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah (Tahun 1 hingga
Tahun 6) dan menengah (Ting. Peralihan hingga Ting.6) sekolah kerajaan /
bantuan kerajaan ;

5.2 Jumlah penyertaan setiap sekolah melibatkan DUA Kategori ( SR : solo/duet, SM:
solo/duet)
5.2.1 Kategori Sekolah Rendah
2.2.1. 1 Solo
2.2.1. 1 pasukan Duo/Duet

5.2.2 Kategori Sekolah Menengah


2.2.1. 1 Solo
2.2.1. 1 pasukan Duo/Duet

5.2.3 Peserta/penyanyi DIBENARKAN untuk menyertai LEBIH daripada 1


Kategori.

6. PERINGKAT AKHIR DAERAH


6.1 Setelah saringan dijalankan, hanya Video rakaman terbaik akan dipilih dari setiap
katogari untuk penilaian SECARA BERSEMUKA.
- 15 video rakaman terbaik solo SR
- 10 video rakaman terbaik duet SR
- 10 video rakaman terbaik solo SM
- 10 video rakaman terbaik duet SM

7. FORMAT PERSEMBAHAN, PENYEDIAAN VIDEO RAKAMAN & SYARAT AM


PERTANDINGAN

7.1 Penyertaan peserta dengan penghantaran pautan video Youtube (unlisted);

7.2 Rakaman persembahan mestilah dirakam dari satu arah sahaja.

7.3 Penggunaan layar hijau (green screen) adalah TIDAK DIBENARKAN;

7.4 Penghantaran hasil karya video kreatif hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan
dipaparkan dalam pelbagai bentuk media video. Format yang dibenarkan
adalah AVI, WMV, MOV, FLV DAN MP4 dengan menggunakan resolusi
1080HD;

7.5 Dilarang meletakkan nama sekolah, dalam video persembahan;

7.6 Nyanyian diiringi dengan Minus One sahaja;

7.7 Tema Lagu yang dipersembahan adalah BEBAS

7.8 Lagu-Lagu hendaklah dinyanyikan dalam BAHASA MELAYU dan merupakan


ciptaan dari Malaysia.
7.9 Lagu-lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh mana mana sensitiviti
kaum di Malaysia dan lagu yang DIHARAMKAN di Malaysia;

7.10 Di akhir rakaman, semua penyanyi hendaklah mengucapkan slogan


#SeniUntukSemua bagi menyemarakkan kesenian di kalangan murid, guru dan
masyarakat.

8. MASA PERSEMBAHAN

8.1 Masa persembahan yang diperuntukkan bagi setiap persembahan minima 3


minit dan tidak melebihi 5 minit (tidak perlu montaj persembahan)

5
9. ETIKA PAKAIAN

Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian dengan lagu yang


dinyanyikan.

10. PEMARKAHAN

10.1Keseluruhan - 100 markah

Mutu Suara (ton, pitch, dinamik) - 30 markah


Tempo - 20 markah
Sebutan - 10 markah
Kreativiti - 10 markah
Penghayatan - 10 markah
Gaya Persembahan - 10 markah
Kualiti Rakaman Audio Muzik & Vokal - 10 markah

6
11. HADIAH/SIJIL SOLO/DUET

BIL PERKARA CATATAN

1 Johan Hadiah berupa trofi dan sijil

2 Naib Johan Hadiah berupa trofi dan sijil

3 Tempat ke-3 Hadiah berupa trofi dan sijil

4 Tempat ke-4 Hadiah berupa trofi dan sijil

5 Tempat ke-5 Hadiah berupa trofi dan sijil

12. TARIKH TUTUP PENGHANTARAN VIDEO (SARINGAN)

12.1 Tarikh tutup penghantaran video rakaman acara saringan bagi dua kategori
SR dan SM adalah sebelum atau pada 3 OKTOBER 2022 (Isnin).

13. TARIKH PERTANDINGAN AKHIR SOLO/DUET BERSEMUKA

13.1 Tarikh pertandingan akhir bagi dua kategori SR dan SM adalah pada
11 OKTOBER 2022 (Selasa)

14. KEPUTUSAN PERTANDINGAN


14.1 Setiap penyertaan persembahan solo/duet akan dinilai berdasarkan
kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan oleh panel juri yang
dilantik oleh pihak penganjur.
14.2 Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dari
bantahan tidak akan dipertimbangkan.

15. Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan


PT Daerah : Pn Hasnatun Noor bt Mohamed Sabri 016- 5974717

15

You might also like