pdfcoffee.com_kertas-cadangan-kejohanan-futsal-pdf-free

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

1

KERTAS KONSEP

KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP PIALA PENGETUA SMKJ3 2012

1. TUJUAN

1.1 Memaklumkan dan mendapatkan persetujuan Pihak Pengurusan Sekolah Menengah


Kebangsaan Jalan Tiga (SMKJ3) mengenai cadangan pelaksanaan Kejohanan Futsal
Piala Pengetua SMKJ3 2012. Kejohanan ini adalah bertujuan memenuhi keperluan
subjek Pembangunan Komuniti SKPM3053. Kertas cadangan ini juga bertujuan
memohon kelulusan dan pertimbangan serta bantuan kewangan / teknikal daripada Unit
Kokurikulum SMKJ3 bagi menjayakan program ini.

2. PENDAHULUAN DAN RASIONAL

2.1 Futsal adalah permainan yang semakin meningkat. Untuk memastikan peningkatan sukan
ini dapat diteruskan pihak unit sukan perlu memberi peluang kepada penganjuran aktiviti ini di
sekolah.

2.2 Aktiviti fizikal seperti penganjuran sukan seperti ini merupakan pengalaman yang sangat
penting dalam kehidupan seharian. Pengalaman seperti ini seharusnya meningkatkan
pembangunan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan
selain menyediakan belia yang mantap secara keseluruhan (mental dan fizikal). Aktiviti
ini berfokus kan pelajar supaya pelajar dapat mengamalkan hidup aktif yang aktif dan
sihat dengan menyediakan skop pengalaman yang rapi dan tersusun.

3. MATLAMAT

3.1 Mencungkil bakat pelajar dalam sukan futsal dan sebagai pemilihan untuk mewakili
sekolah dalam sukan ini.
2

4. TEMA KEJOHANAN

4.1 Satu Murid Satu Sukan.

4.1.1 Tema 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah. Tema ini adalah selaras dengan usaha untuk menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini,
setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah
sepanjang tahun. Tema ini juga adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk
membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat
sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

5. OBJEKTIF

5.1 Kejohanan ini mempunyai beberapa objektif antaranya:

a. Meningkatkan keupayaan fizikal pelajar dengan membangun sifat mudah menyesuaikan


diri dalam situasi berbeza.

b. Membolehkan setiap pelajar mengalami perasaan kejayaan melalui aktiviti fizikal.

c. Memupuk semangat setia kawan dan bekerja dalam satu kumpulan.

d. Memupuk dan menanam budaya penjagaan kesihatan fizikal dan mental.

e. Mengelakkan aktiviti yang tidak berfaedah di kalangan pelajar.

6. KUMPULAN SASARAN

6.1 Pelajar-Pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan bawah 18 dan 15 tahun di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (SMKJ3) sahaja.
3

7. KATEGORI

7.1 Sebanyak dua kategori akan dipertandingkan iaitu:

a. Kategori lelaki

b. Kategori wanita

7.2 Setiap pasukan akan mempunyai 6 orang pemain yang terdiri daripada:

a. 5 orang pemain

b. 1orang pemain simpanan

c. 1 orang pengurus pasukan (boleh bermain)

8. KAEDAH PELAKSANAAN

8.1 Pembentukan Jawatankuasa

8.1.1 Pelaksanaan Kejohanan Futsal Piala Pengetua 2012 (SMKJ3) akan dikendalikan oleh
Jawatankuasa Induk yang akan dibentuk.

8.2 Cadangan Jawatankuasa Induk

a. Pengerusi - Puan Rozita Binti Ahmad (Pengetua SMKJ3)

b. Timbalan Pengerusi - Mahfol Bin Basiron (Penolong Kanan Kokurikulum SMKJ3)

c. Pengelola - Mejar Hamizal Bin Musa

d. Setiausaha - Muhammad Hilmi Bin Mahfol


4

e. AJK Bersekutu - Omar Shaheran Bin Zainudin

- Mohd Aliff Bin Abdul Wahab

8.3 Penganjuran

8.3.1 Kejohanan Futsal Piala Pengetua 2012 (SMKJ3) akan dianjurkan oleh Bahagian
Pembangunan Sukan Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga
(SMKJ3) dengan kerjasama daripada pelajar Program Pembangunan Manusia Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM).

8.4 Cadangan Tarikh Dan Tempat

8.4.1 Kejohanan Futsal Piala Pengetua 2012 (SMKJ3) akan dilaksanakan di Gelanggang
Futsal SMKJ3 pada tarikh cadangan iaitu 20 hingga 21 Mei 2012 (Sabtu dan Ahad).

8.5 Hadiah Pertandingan

8.5.1 Cadangan hadiah pertandingan adalah seperti berikut :

a. Hadiah - Lelaki

i. Pertama : hamper + *piala pusingan + medal + sijil penyertaan

ii. Kedua : hamper + medal + sijil penyertaan

iii. Ketiga : hamper + sijil penyertaan

iv. Anugerah Bola Emas (Pemain lelaki terbaik perlawanan akhir)

: hamper + piala iringan + sijil penghargaan


5

b. Hadiah - Wanita

i. Pertama : hamper + *piala pusingan + medal + sijil penyertaan

ii. Kedua : hamper + medal + sijil penyertaan

iii. Ketiga : hamper + sijil penyertaan

iv. Anugerah Bola Emas (Pemain wanita terbaik perlawanan akhir)

: hamper + piala iringan + sijil penghargaan

*Piala Pusingan Pengetua SMKJ3

8.6 Makan Minum

8.6.1 Makan minum peserta di sepanjang kejohanan akan diuruskan sendiri oleh pasukan yang
bertanding.

8.6.2 Pihak penganjur akan membantu pasukan-pasukan lain untuk menyediakan sarapan
pagi (dibayar oleh pasukan) di tempat pertandingan sekiranya terdapat permintaan.

8.7 Undang-Undang Pertandingan

8.7.1 Berikut merupakan undang-undang bagi Kejohanan Futsal Piala Pengetua 2012
(SMKJ3):

a. Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang futsal yang berkuat kuasa


sebagaimana yang diperuntukkan oleh FIFA serta telah diterima oleh Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM).
6

b. Bilangan minimum pemain untuk 1 pasukan seramai 6 orang, 5 orang pemain dan 1
pemain simpanan.

c. Tiada had pertukaran semasa perlawanan. Seseorang pemain yang telah diganti boleh
masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.

d. Sekiranya dalam perkara di mana pemain di perintah keluar padang dan salah satu
pasukan tinggal kurang dari 3 pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan dan
kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3-0 atau jaringannya
yang terbesar.

e. Masa perlawanan adalah 6 minit x 1 minit x 6 minit pada pusingan awal peringkat
kumpulan, separuh akhir dan akhir.

f. Hanya 2 minit masa menunggu sahaja diberikan kepada pasukan yang lewat. Jika
sekiranya pasukan yang bertanding lewat tiba melebihi masa yang diberikan maka
kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya dengan tiga(3) mata dan
jaringan tiga
(3) – kosong (0).

g. Semua pasukan diletakkan di dalam 2 kumpulan. Perlawanan dalam peringkat kumpulan


dijalankan secara liga. Dua pasukan yang mendapat mata tertinggi di peringkat kumpulan
layak ke perlawanan separuh akhir bagi penentuan tempat ke akhir.

h. Cara pemberian mata adalah seperti

berikut: Menang - 3 mata

Kalah - 0 mata

Seri - 1 mata

i. Keputusan seri; penentuan dibuat secara “SUDDEN DEATH” iaitu mengikut sepakan
penalti.

j. Jawatankuasa pertandingan adalah berhak meminda / mengadakan peraturan tambahan


selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti.
7

k. Sebarang bantahan hendaklah dibuat oleh pengurus pasukan sahaja dan hendaklah
diserahkan kepada jawatankuasa pengelola pertandingan futsal atau wakilnya dalam masa
15 minit berserta dengan bayaran RM5.00 selepas tamat perlawanan.

l. Wang cagaran akan hilang sekiranya bantahan itu tidak diterima, wang cagaran akan
dikembalikan sekiranya bantahan dan rayuan diterima.

8.8 Format pertandingan

8.8.1 Pertandingan akan dilaksanakan dalam bentuk liga satu pusingan.

8.8.2 Johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan ke pusingan kedua. Pusingan kedua
dan seterusnya akan dilaksanakan dalam bentuk kalah mati.

8.9 Yuran pertandingan

8.9 Cadangan bagi yuran pertandingan Kejohanan Futsal Piala Pengetua 2012 (SMKJ3)
adalah sebanyak RM 20.00 per kumpulan.

8.10 Jadual pertandingan

8.10.1 Cadangan jadual pertandingan adalah seperti berikut:

TARIKH MASA PERKARA

14 Mei 2012 – 19 Mei 2012 Pendaftaran pasukan


9 pagi - 6 petang
bertanding
(Isnin-Jumaat)

20 Mei 2012 8.00 pagi Perasmian pembukaan


8

8.30 pagi Taklimat kejohanan


(Sabtu)
9.00 pagi Pertandingan

8.00 pagi Pertandingan

11.00 pagi Perlawanan separuh akhir


21 Mei 2012
12.00 pagi Perlawanan akhir
(Ahad)

Majlis penutup dan


01.00 petang
penyampaian hadiah

*Sebarang perubahan tentatif akan dimaklumkan dalam mesyuarat pengurusan bagi


penyelarasan program.

9. ACARA SAMPINGAN

9.1 Acara sampingan akan turut diadakan bagi memeriahkan program serta menarik
kehadiran pengunjung. Antara acara yang dicadangkan ialah:

a. Persembahan pentas

b. Cabutan bertuah

c. Demonstrasi sukan ekstrem

d. Pertandingan ratu kebaya

10. PAMERAN DAN JUALAN

10.1 Dicadangkan agar gerai pameran dan jualan turut diadakan bagi menarik penonton ke
kejohanan ini.
9

11. PERLAKSANAAN PROGRAM

a. Mengenal pasti peserta yang akan mengambil bahagian.

b. Mengenal pasti tarikh dan tempat kejohanan.

c. Mengenal pasti Pegawai Kejohanan.

d. Menyediakan perbelanjaan Kejohanan.

e. Mengenal pasti sumber kewangan.

f. Menyediakan Jadual Kejohanan.

g. Menghantar surat panggilan pegawai.

h. Menghantar Surat jemputan kepada tetamu kehormat.

i. Membuat tempahan padang yang akan digunakan.

j. Menyediakan Hadiah dan Sijil kepada pemenang.

k. Membuat pesanan makan dan minum kepada pegawai kejohanan.

l. Menyediakan bahan-bahan untuk digunakan semasa kejohanan.

m. Menyediakan borang-borang hakim , Penjaga Masa dan lain-lain yang diperlukan.

n. Menyediakan Surat dan Sijil Penghargaan kepada pegawai kejohanan.

o. Menyediakan peralatan yang akan digunakan semasa kejohanan.

p. Menyediakan dan memastikan semua alat kegunaan kejohanan berfungsi dengan baik.

q. Melantik AJK / Urus setia Kejohanan.

r. Menyediakan bidang tugas Urus setia / AJK Kejohanan.


10

s. Menyediakan giliran urus setia bertugas.

t. Menyediakan prosedur keselamatan semasa kejohanan.

u. Menyediakan peraturan kejohanan.

v. Mengenal pasti tempat letak kenderaan bagi pegawai dan tetamu.

w. Menyediakan cenderamata kepada pegawai dan petugas.

x. Mengenal pasti perasmi kejohanan.

y. Menghantar surat jemputan kepada perasmi.

z. Menyediakan cenderamata kepada perasmi.

12. TINDAKAN PIHAK SEKOLAH

a. Mencalonkan dan membenarkan pelajar serta memberi pelepasan kepada pelajar


untuk mengambil bahagian.

b. Memberi kerjasama memberi galakan kepada atlet di sekolah.

c. Menerangkan kepentingan dan keberkesanan kecemerlangan atlet dengan adanya


kejohanan sukan seperti ini.

d. Memberi kerjasama dan bantuan memantapkan program yang dijalankan.

e. Membantu meningkatkan kecemerlangan sukan khususnya melalui sekolah.

f. Sentiasa memberi galakan dan dorongan serta semangat kepada atlet supaya
meningkat mutu sukan sekolah.

13. TINDAKAN AHLI JAWATANKUASA BERSEKUTU


11

a. Memantau sepanjang perjalanan kejohanan diadakan.

b. Menyediakan sijil kemenangan dan sijil penghargaan kepada yang terlibat.

c. Memastikan segala peraturan kejohanan dipatuhi.

d. Memastikan jadual kejohanan dipatuhi oleh semua peserta.

14. BELANJAWAN

Rujuk Lampiran A

15. SENARAI ALATAN KEPEERLUAN

Rujuk Lampiran B

16. PROMOSI / PUBLISITI / PENAJAAN

16.1 Untuk memastikan program ini mendapat sambutan dari peringkat akar umbi, adalah
dicadangkan promosi diadakan melalui media cetak dalam bentuk poster kejohanan atau
kain rentang dan melalui pengumuman kejohanan di dalam perhimpunan rasmi sekolah.

16.2 Urus setia akan bekerjasama dengan Bahagian Pembangunan Sukan Unit Kokurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (SMKJ3) bagi penyelarasan program.

16.3 Sebarang bentuk penajaan daripada pihak sekolah amat dialu-alukan.

17. JANGKAAN PROGRAM


12

17.1 Kejohanan Futsal Piala Pengetua 2012 (SMKJ3) ini merupakan satu aktiviti sukan yang
sangat baik kerana dapat memberikan kesan yang positif. Berikut antara beberapa
jangkaan daripada program yang berlangsung.

a. Masyarakat belia terutama golongan pelajar mampu membudayakan sukan.

b. Pertandingan ini seterusnya mampu mencungkil bakat pelajar yang terpendam dalam
bidang sukan dan menjadi satu platform yang baik kepada pelajar untuk menunjukkan
kebolehan bersukan.

c. Merealisasikan dasar kerajaan “Satu Murid Satu Sukan”.

18. KESIMPULAN

18.1 Program pertandingan futsal ini diharapkan dapat memberikan pengalaman kepada kami
(pelajar pembangunan manusia) dalam pembangunan aktiviti belia dalam komuniti.
Diharap juga agar objektif yang diinginkan untuk penganjuran aktiviti ini tercapai selain
selaras dengan hasrat UKM yang ingin melahirkan mahasiswa/I yang mahir daripada
pelbagai aspek.

Lampiran A

BELANJAWAN
13

1.0 Pendapatan

1.1 Berikut adalah anggaran pendapatan yang diperoleh dalam penganjuran kejohanan ini:

Butiran Pendapatan

a. Yuran Peserta RM 400

b. Tajaan / Sumbangan RM 1000

c. Sumbangan Universiti RM 1000

d. Lain-lain (jualan tapak gerai dan pameran) RM 200

Jumlah Keseluruhan RM 2600

2.0 Perbelanjaan

2.1 Berikut adalah anggaran perbelanjaan yang digunakan dalam penganjuran sukan ini:

Butiran Perbelanjaan
14

a. Pentadbiran RM 600

Percetakan [Buku Cenderamata/Sijil/Kad Jemputan/Risalah/dll]


Telekomunikasi
Pentadbiran Urus setia - Pengadil kejohanan

b. Logistik RM 300
Pengangkutan [tuntutan perjalanan]
Sewaan dewan, siar raya, hiasan dll

c. Cenderahati RM 1000

Cenderahati Perasmi
Honorarium [sagu hati]
Hamper
Medal

d. Publisiti RM 100
Banner
Poster

e. Kontingensi RM 100
(Kontingensi ini biasanya digunakan untuk tujuan kecemasan)
- 5% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan.

Jumlah Keseluruhan RM 2100


15

Lampiran B

SENARAI ALATAN KEPERLUAN


16

1.0 Berikut adalah senarai alatan keperluan untuk kejohanan ini:

Alatan Kuantiti

a. Wisel 4

b. Bola 3

c. Payung Besar 6

d. Meja 6

e. Kerusi 12

f. Stopwatch 3

g. Bibs 12

h. Kotak kecemasan (First aid kit) 2

i. Walkie-talkie 4

j. Khemah Urus setia 1

*Diharap pihak sekolah dapat menyediakan peralatan bagi menjayakan kejohanan ini.

You might also like