Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

No.

Ruj : BBA4037/KURI/2024/600-3/2/12

KERTAS CADANGAN
PROGRAM PELANCARAN HARI NILAM SELANGOR &
JELAJAH SEKOLAH BERSAMA BLINK

YBrs.
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kajang Utama

PROGRAM HARI NILAM SELANGOR &


JELAJAH SEKOLAH BERSAMA BLINK SESI 2024/2025
SEKOLAH KEBANGSAAN KAJANG UTAMA
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan
budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarkat ialah melalui
amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan
pelbagai program galakan membaca di sekolah- sekolah. Walau bagaimanapun kesan
daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan
demikian Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah perlu mencari pendekatan baru bagi
melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara
berterusan.

2. OBJEKTIF PROGRAM
1.1. Meningkatkan minat membaca yang berterusan.
1.2. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai
untuk pembacaan di kawasan sekolah.
1.3. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.
1.4. Mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta
mempunyai sifat- sifat kepimpinan.
1.5. Menampilkan murid yang mengamlkan ciri- ciri pembaca berkualiti.
1.6. Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.

3. KUMPULAN SASARAN
3.1 Semua warga SK Kajang Utama

4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


TARIKH : 7 Mei 2024 (Selasa)
TEMPAT : Dewan Sekolah
ANJURAN : Unit Pusat Sumber Sekolah kolaborasi Bersama Penerbitan BLINK Sdn Bhd
5. JAWATANKUASA KERJA

5.1 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Pn. Rohlaizatul ‘Akmal binti Mohamad Sanusi Guru Besar SK Kajang Utama
Timbalan Pengerusi : En. Ruzaimie Bin Razak PK Pentadbiran
Naib Pengerusi : Pn. Rosidah Binti Ibahim PK Hal Ehwal Murid
: Pn. Wahidah binti Muhildin PK Kokurikulum
: Pn. Noor Zalila binti Ramli PK Petang
Penyelaras Program : Pn. Razifah Binti Radzi
Setiausaha : Pn. Azlinda Binti Amran

5.2 JAWATANKUASA PELAKSANA


BIL JAWATAN BIDANG TUGAS
1 PENYELARAS PROGRAM  Menyediakan Kertas Kerja
Pn. Razifah Binti Radzi  Memastikan setiap AJK
menjalankan tugas yang diberi.
SETIAUSAHA PROGRAM  Mengelola dan memantau
Pn. Azlinda Binti Amran agar majlis berjalan lancar.
2 PENGACARA MAJLIS  Mengendalikan perjalanan majlis dengan
Pn. Nazatushima (sesi pagi) sempurna.
 Menyusun urutan aturcara majlis.
 Menyediakan teks yang sesuai dengan
majlis.
 Mempengerusikan majlis daripada awal
sehingga tamat program.
 Memastikan majlis berjalan lancar.
3 JK BUKU PROGRAM  Menyediakan buku program yang
Pn. Zarifah Binti Ismail bersesuaian dengan majlis
 Mengedarkan buku program kepada VVIP
4 JK BACAAN DOA  Membaca doa
En. Abdul Hafiz Bin Mamat
6 JK PERSIAPAN TEMPAT  Memastikan majlis mengikut protokal yang
Pn. Azwati Binti Abdullah betul dan tiada gangguan.
 Memastikan majlis berjalan lancar mengikut
masa yang ditetapkan.
7 JK PA SISTEM
En. Mohd Ariff bin Ismail (sesi pagi)  Menyediakan PA sistem yang baik.
 Memastikan majlis berjalan lancar.
 Memastikan PA Sistem berfungsi sepanjang
program berlangsung.
8 JK BANNER  Menyediakan Banner yang bersesuaian
Pihak Penerbitan BLINk dengan program
9 JK VIDEO DAN FOTOGRAFI  Mengambil gambar dan video
En. Noor Sabri Bin Hamzah sepanjang majlis berlangsung.
En. Mohd Sofi Bin Harun  Memastikan gambar sentiasa
cantik dan terang.
 Gabungkan semua gambar yang
diambil oleh guru-guru lain dalam
semua acara dalam bentuk video.
10 JK JAMUAN DAN CENDERAHATI  Menempah makanan untuk jamuan tetamu.
Pn. Rashidah Binti Abd Rahim  Memastikan hidangan tersedia dengan baik
 Menyediakan cenderahati tetamu dan
memberikannya pada hari kejadian.
11 JK SIJIL  Menyediakan Sijil Jaringan & memastikan
Pn. Aisyah Binti Sapirin sijil dijana mengikut format yang betul.

12 JK DOKUMENTASI
Pn. Norlina Binti Awang Hamat  Mengumpul semua bahan/ gambar
daripada semua JK untuk
didokumentasikan
 Menyediakan laporan bergambar.

6. TENTATIF PROGRAM :

7.30-8.00 pagi Murid-murid berkumpul di dalam dewan.


Guru-guru setiap unit mengambil tempat.
8.00-8.10 pagi Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor
Ikrar Rukun Negara (wakil pengawas PSS)
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
8.15 pagi Ucapan aluan PK Pentadbiran
En. Ruzaimie Bin Razak
Ucapan perasmian daripada Puan Guru Besar.
8.20 pagi Slot Bicara Buku
8.30 pagi Simbolik Perasmian & Tandatangan Sijil Jaringan
9.00 pagi Sesi Bersama Penulis BLINK
10.00 pagi Penyampaian cendehati
Bersurai

7. IMPLIKASI KEWANGAN
7.1 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci

BIL AKTIVITI / BAHAN ITEM KOS SEUNIT JUMLAH KOS


(RM) (RM)
1 Sijil Jaringan 4 0.50 2.00
2 Cenderahati Tetamu 1 60.00 60.00
3 Jamuan Tetamu 4 5.00 20.00
JUMLAH KESELURUHAN 82.00

8. PENUTUP
Melalui program yang dianjurkan ini, diharapkan agar warga SK Kajang Utama terutama para
pelajar dapat meninggkatkan kadar bacaan mereka dalam usaha membudayakan amalan
membaca.
DiDisediakan oleh: Disemak oleh:

(Razifah Binti Radzi)


Guru Perpustakaan & Media
SK Kajang Utama
2 Mei 2024
2 Mei 2024
KERTAS CADANGAN
PELANCARAN HARI NILAM SELANGOR & PROGRAM
JELAJAH SEKOLAH BERSAMA BLINK SESI 2024/2025

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

8. / Meluluskan Kertas Cadangan Pelancaran Hari NILAM


Selangor & Program Jelajah Sekolah Bersama BLINK
Sesi 2024/2025

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Pelancaran Hari


NILAM Selangor & Program Jelajah Sekolah bersama
BLINK Sesi 2024/2025

Ulasan:
.....................................................................................................
.....................................................................................................
.....................................................................................................

(Pn. Rohlaizatul ‘Akmal binti Mohamad Sanusi)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kajang Utama
43000, Kajang Selangor
Tarikh: 5 Mei 2024

You might also like