Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

PROGRAM TOYOTA ECO YOUTH

KERTAS KERJA PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH DALAM


CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) MELALUI LUKISAN
MURAL DAN GOTONG ROYONG DI HUTAN BANDAR

KERJASAMA
MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU
PIBG/PIBK SMK SULTAN ISMAIL
KELAB ALAM SEKITAR SMK SULTAN ISMAIL
KELAB INOVASI SMK SULTAN ISMAIL
PENGENALAN
TEY atau Toyota Eco Youth adalah merupakan program usaha kerjasama antara UMW
Toyota Motor dan Kementerian Pendidikan, untuk memupuk kesedaran alam sekitar dan
menggalakkan penghormatan terhadap alam sekitar dalam kalangan belia di sekolah menengah. TEY
pertama berlaku pada tahun 2001 dan sejak itu telah berkembang pesat untuk menjadi program
kesedaran alam sekitar sekolah di seluruh negara.

Kehadiran Toyota dalam komuniti di seluruh dunia bertujuan untuk memberi kesan positif
kepada alam sekitar. Ia berharap dapat merealisasikan pembangunan mampan bersama-sama
masyarakat. Objektif inisiatif ini adalah untuk memupuk kesedaran alam sekitar dan menyemai tabiat
alam sekitar yang baik daripada belia kerana mereka adalah penjaga alam sekitar masa depan.

Pada kali ini ,15 buah sekolah telah terpilih dari seluruh negara bagi menjalankan program ini.
SMK Sultan Ismail merupakan sekolah yang dipilih oleh pihak Toyota bagi mewakili negeri Johor pada
tahun ini. Setelah melawat tiga tapak projek, wakil Toyota bersama-sama 4 orang pelajar telah
memilih Hutan Bandar Johor Bahru sebagai kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti
kesedaran alam sekitar. Berikut adalah sebahagian paparan dokumen yang telah dipersetujui oleh
pihak Toyota.
Bagi menjalankan program ini, kumpulan Green Beans telah dipertanggungjawabkan untuk
menjalankan program ini dan telah membuat persetujuan kerjasama dengan MBJB, UTM dan lain-lain
organisasi bagi membantu perjalanan program supaya lancar dan teratur.

MISI TOYOTA ECO YOUTH


Merealisasikan pembangunan mampan bersama-sama masyarakat dan untuk memupuk
kesedaran alam sekitar serta menyemai tabiat alam sekitar yang baik daripada belia kerana
mereka adalah penjaga alam sekitar masa depan.

VISI TOYOTA ECO YOUTH

Untuk meletakkan UMW Toyota Motor sebagai warga korporat yang bertanggungjawab
dengan menangani isu alam sekitar melalui pendidikan dan mewujudkan kesedaran. Untuk
memastikan kita tiba di destinasi esok, kita mesti melabur dalam belia hari ini.

OBJEKTIF KERTAS KERJA


1. Memohon kerjasama dan persetujuan dengan pihak MBJB bagi menjalankan program Toyota
Eco Youth di Hutan Bandar Johor Bahru.
2. Membuat perancangan bagi 3 bulan pertama pelancaran program ini dari bulan November
hingga Disember 2023 dan pelaksanaan Green Beans Mobile Startup Center di Hutan
Bandar bagi jangka masa panjang.
3. Mewujudkan kumpulan gerak kerja dan sukarelawan dalam pemuliharaan Hutan Bandar.
TARIKH CADANGAN AKTIVITI : PEMELIHARAAN KAWASAN HUTAN BANDAR

BIL AKTIVITI KAWASAN TENAGA KERJA TARIKH KELOLAAN


1 Mengecat dan lukisan En Hatta Hashim (Pelukis Mural 6-10 NOVEMBER Green Beans
mural Playground Profesional) 2023 Kelab Inovasi
Pelajar-pelajar Sekolah Kelab Alam
Menengah Johor Bahru Sekitar
GreenBeans

2 Membersihkan Playground Kelab Inovasi SMK Sultan Ismail 6-10 NOVEMBER Green Beans
kawasan tempat duduk Kelab Alam Sekitar 2023 Kelab Inovasi
dan mengecat papan Kelab Alam
tanda Sekitar
3. Pembersihan kawasan Pintu masuk hutan PIBG/PIBK sekolah-sekolah 22 November 2023 Green Beans
dan gotong royong bandar hingga ke berdekatan Kelab Inovasi
kawasan taman tema Pengunjung-pengunjung Hutan Kelab Alam
air Bandar yang berminat Sekitar
SUMBANGAN KEWANGAN
● Sumbangan orang ramai RM1000++
● Toyota- RM3000

ANGGARAN KEWANGAN
BIL PERKARA KUANTITI RM PERUNIT RM
1. Cat Mural 1 1500.00
2. Filler 5 6.00 30.00
3 Kos Perjalanan pergi balik 1 300.00 300.00
pelukis mural
4 Berus cat 20 3.00 60.00
5 Roller 20 4.00 80.00
4 Cat Varnish 6 30.00 180.00
5 Upah mengecat mural 5 hari 100 500.00
8 Mineral Water 5 crtn 14.00 70.00
9 Wall sealer 2 170.00 340.00
10 Jamuan makan 26 Nov 40 8.00 320.00
11 Cenderahati Sukarelawan 20 20.00 400.00
yang terlibat
JUMLAH 3375.00

ANGGARAN JUMLAH PENGLIBATAN

BIL INSTITUSI/SEKOLAH/ORANG JUMLAH AKTIVITI


RAMAI
1 Sekolah- sekolah berdekatan 40 Mengecat , membersih,
dengan Hutan Bandar Chicken Wire ART
2 SMK SULTAN ISMAIL 30 Mengecat/membersih
3 KELAB INOVASI SMK SULTAN 10 Membersih dan mengecat
ISMAIL
JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Penaung : UMW Toyota Sdn Bhd

Penasihat : Majlis Bandaran Johor Bahru

( Jabatan Landskap)

Pengerusi : En Razali bin Tamadi

Pengetua SMK Sultan Ismail

Naib Pengerusi I Pn Hajah M. Runah binti Saikubi


PK Kukurikulum SMK Sultan Ismail

Naib Pengerusi II Pn Noor Linda bt Halil


PK Hal Ehwal Pelajar SMK Sultan Ismail

Naib Pengerusi III Pn Hjh Norazuraini binti Ishak


PK Kokurikulum SMK Sultan Ismail

Penasihat Program IO Toyota Eco Youth

Penasihat Dana dan Pn Azleena Hadan


Kewangan

Pengurus Program Juhaida bt Mispan dan Team Green Beans

Setiausaha Nurul Ain Roslan

Promosi Nur Haida binti Ab Razak

AJK Pemeliharaan Ahli Kelab Inovasi


Hutan Bandar

AJK Kitar Semula PIBK / PIBG SMK Sultan Ismail


PENUTUP

Diharapkan program CSR antara komuniti yang dirancang ini dapat memberi
manfaat kepada murid dalam memantapkan jati diri dan dilatih untuk membuat
program-program CSR yang seterusnya dan menjadi contoh kepada remaja dan
sekolah- sekolah yang terlibat.
KEPUTUSAN DARI MAJLIS BANDARAN JOHOR BAHRU ( JABATAN
LANDSKAP)

Meluluskan Kertas Cadangan Program CSR Toyota Eco Youth 2023

Atau

Tidak meluluskan Kertas Program CSR Toyota Eco Youth 2023

Ulasan:

Disokong untuk menjayakan Program CSR Toyota Eco Youth 2023 pada
tahun ini, bermula 1 November 2023 hingga 13 Disember 2023

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

………………………………..
Pengarah Landskap
LA.r Mustika Ally binti Zulkifli

Tarikh :
LAMPIRAN 1:
Gambar kawasan lukisan mural yang akan dikelola oleh Toyota Eco Youth

You might also like