Salah Satu Dari Faktor Utama Pelabuhan Melaka Sempat Maju Dalam Kegiatan Perdagangannya Ialah Disebabkan Oleh Kejayaan Pentadbiran Dan Kerajaan Melaka Menegakkan Syiar Islam Di Rantau Melayu Nusantara
didirikan oleh Parameswara pada abad ke-15.Kerajaan ini dianggap sebagai sebuah kerajaan yang agung pada zamannya.Keagungan Kesultanan Melayu Melaka dapat dikenal pasti melalui kemasyhurannya sebagai pusat perdagangan,pusat perkembangan agama Islam,keluasan tanah jajahan dan mempunyai politik antarabangsa dengan kuasa besar ketika itu seperti negeri China.Pendek kata,Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah empayar yang agung ketika itu. Antara faktor yang mempengaruhi kegemilangn Melaka pada abad ke-15 ialah peranan Sultan.Sultan berperanan sebagai lambang perpaduan rakyat.Selain menyelaras kegiatan-kegiatan ekonomi,Sultan juga berperanan sebagai ketua agama Islam dan ketua istiadat Melayu.Sultan juga mengetahui hubungan diplomatik antara hubungan luar seperti China,Pasai,Kampar,Siak,Siam,Ryukyu, Gujerat dan Arab.Sultan juga dianggap mempunyai kuasa multak dalam segala aspek iaitu dalam pemerintah peperangan,hubungan,diplomatik dan agama Islam.
Selain itu,Sistem Pembesar Empat
Lipatan merupakan satu sistem yang sistem yang sistematik dan berwibawa.Sistem pentadbiran ini yang hampir sama dengan Sistem Jemaah Menteri sekarang.Hal ini membolehkan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dapat dipertahankan.Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melincinkan pentadbiran.Tanpa sistem pentadbiran ini sudah tentu kerajaan akan lemah.
Selain daripada itu,kedudukan
geografi juga menyumbang kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.Hal ini kerana,Melaka terletak di tempat yang startegik di Selat Melaka,iaitudi pertengahan jalan oerdagangan antara Timur dan Barat.Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India(Barat) dan China(Timur) akan berdagang di Melaka,selain mendapat bakalan makanan dan air ataupun membaiki kapal.Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera.
Kemudahan Pelabuhan yang ada di
pelabuhan Melaka juga turut menyumbang faktor kegemilangannya.Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang- pedagang asing ke pelabuhan Melaka.Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal,menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang.Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal,perahu,jong,lancara,gajah dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke gudang.
Keberkesanan Undang-undang yang
digubal oleh pemerintah Melaka secara tidak langsung menyumbang kegemilangannya.Untuk melicinkan lagi urusan aktiviti perdagangan,kerajaan Melaka telah menggubal undang-undang seperti Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi 24 fasal,peraturan dan tatatertib berniaga,cara berjual beli,hukum-hukum jenayah yang berlaku di kapal dan larangan dan tanggungjawab nakhoda. Cukai Perdagangan yang merupakan sumber ekonomi Melaka juga menyebabkan Melaka menjadi pelabuhan yang maju dan terkenal sekaligus kegemilangannya dipertahankan.Di samping itu,penggunaan Sistem Mata Wang membuatkan Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melalui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang.
Selain itu,Bahasa Melayu sebagai
Lingua Franca juga menyumbang kepada kegemilangan Melaka.Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka.Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka.Serta hubungan diplomatik dengan negara serantau menyebabkan Melaka terkenal sekaligus dapat mempertahankan kegemilangannya.
Salah Satu Dari Faktor Utama Pelabuhan Melaka Sempat Maju Dalam Kegiatan Perdagangannya Ialah Disebabkan Oleh Kejayaan Pentadbiran Dan Kerajaan Melaka Menegakkan Syiar Islam Di Rantau Melayu Nusantara