Surat Lantikan Pengawas PSS 2011

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI 36300 SUNGAI SUMUN PERAK DARUL RIDZUAN

TEL : 05-6489213 FAX : 05-6489213

1 MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Tuan, Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2012 1. Perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah bersetuju untuk melantik anak jagaan tuan / puan sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi sesi persekolahan 2012. 2. Sehubungan dengan itu, tuan / puan diminta untuk melengkapkan borang tawaran seperti yang dilampirkan. Borang tersebut haruslah dikembalikan selewat-lewatnya hari Jumaat, 17 November 2011 bagi merancang perjalanan badan pengawas Pusat Sumber Sekolah supaya lebih bersistematik. 3. Pakaian pengawas Pusat Sumber Sekolah adalah sama dengan pakaian murid biasa iaitu berbaju kurung putih dan berkain biru tu ( untuk pengawas PSS perempuan ) manakala bagi murid lelaki pula, berkemeja putih dan berseluar panjang biru tua. 4. Anak tuan / puan juga dikehendaki memakai vest pengawas Pusat Sumber Sekolah yang berwarna merah hati. Vest ini akan ditempah oleh guru penyelaras Pusat Sumber Sekolah apabila sesi persekolahan 2012 bermula tahun hadapan. Harga bagi setiap vest ialah RM35.00. Sila sertakan juga gambar berukuran pasport sebanyak 1 keping apabila pihak tuan / puan membuat pembayaran kelak. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan /puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(HJ. MOHD TAHTIM BIN ABU OTHMAN, PPT) Guru Besar, Sek Keb Khir Johari, 36300 Sungai Sumun, Perak.

LAMPIRAN 1 TAWARAN BAGI LANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2012 Saya, ______________________________________________________ ibubapa /penjaga kepada _______________________________________________________ dari tahun __________________ telah bersetuju / tidak bersetuju dengan tawaran yang diberikan. Sekian, terima kasih. Tanda tangan ibubapa / penjaga : No Kad Pengenalan : ______________________________________________ ______________________________________________