Folio Geo

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 47

Migrasi Masuk Penduduk di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Daerah Gombak Selangor.

SMK Taman Selayang

Nama murid Tingkatan Nama Guru

:Abdul Halem Hafidz bin Abdul Kadir :3 KAA :Puan Khaiyon binti Mohd Said

Isi kandungan Tajuk Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian

M/S 1 2 3 4 5

Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

10

Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

11 19 20 46

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat ILLAHI kerana akhirnya saya dapat mengumpulkan maklumat yang secukupnya bagi menyiapkan kerja kursus folio geografi tingkatan 3.Sehubungan dengan itu,saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada individu-individu dan pihak sekolah yang telah memberikan bantuan,galakan dan kejasama kepada saya dan rakan-rakan.

Pertama sekali,saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Kholimaton binti Ramli selaku Pemangku Pengetua SMK Taman Selayang kerana telah memberikan kebenaran kepada saya dan rakan-rakan untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan.Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Khaiyon binti Mohd Said selaku guru geografi saya yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menyelesaikan tugasan ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-kedua ibu bapa saya iaitu Abdul Kadir bin Ahyat dan Rahimah binti Itam yang telah banyak memberikan galakan kepada saya dan telah banyak menyumbang dari segi kewangan untuk membeli peralatan untuk meyiapkan folio ini.

Tidak lupa juga kepda rakan saya Muhd denial bin Rosdi dan Muhd Haziq bin Azize yang telah menolong saya dalam melaksanakan tugasan ini.Akhir sekali,saya ingin berterima kasih kepada pehak-pihak yang berkenaan terutamanya sekali penduduk kawasan Kampung Nakhoda.

Bagi memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR) yang diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,saya Abdul Halem HAfidz bin Abdul Kadir telah memilih tajuk Migrasi Masuk Penduduk di Kampung Nakhoda,Batu Caves,Daerah Gombak,Selangor.

Tujuan saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian adalah kerana kawasan ini berhampiran dengan tempat tinggal saya dan memudahkan lagi kerjakerja kajian yang perlu saya lakukan.Selain itu,kos kajian adalah murah kerana saya tidak perlu menaiki bas atau teksi untuk pergi ke kawasan kajian sebaliknya saya Cuma pergi dengan berbasikal.Tambahan pula,sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik,ramah dan mesra.Mereka memberikan galakan dan perhatian kepada saya dalam menghasilkan kajian ini.

Tempoh untuk menjalankan kajian ini memakan masa selama lebih kurang satu bulan bermula bulan April hingga Mei.

Berikut adalah objektif-objektif yang telah saya jalankan: a) Menerangkan konsep migrasi penduduk. b) Menjelaskan pola migrasi penduduk. c) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk. d) Memberikan kesan migrasi dalam penduduk. e) Menyatakan cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk. f) Penerapan nilai atau unsure patriotism dalam daptan kajian.

Kawasan kajian saya ialah Kampung Nakhoda yang terletak di Daerah Gombak,Selangor Darul Ehsan.Kawasan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaraan Selayang.Keluasan Kampung Nakhoda ialah 1 kilometer persegi(sumber: Pejabat Daerah Selangor).Kawasan ini teleh di majukan oleh beberapa pemaju dari sesebuah syarikat skitar tahun 1976.Kawasan ini terletak di bahagian selatan dari Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur.Jarak antara Kampung Nakhoda hingga Kuala Lumpur lebih kurang 15 kilometer.Tambang bas pula ialah RM3.00.Bagi tambang bas yang memakai baju seragam sekolah,tambang bas yang dikenakan ialah RM1.00.Kawasan kajian saya juga bertanah pamah dan mempunyai beberapa tanah tinggi.Kampung Nakhoda menghubungkan jalan untuk ke Wira Damai,Kampung Laksamana,Taman Jasa dan Sungai Tua.

Bagi membina kawasan perumahan,syarikat pemaju telah menimbus semula tanah untuk memajukan Kampung Nakhoda.Oleh itu,Kawasan ini klihatan rata dan sangat sesuai untuk membangunkan petempatan.Pada masa dahulu,jalan ini adalah tanah beralun dan berlecak tetapi sekarang jalan ini sudah ditar dan telah menjadi tanah pamah.

PEMERHATIAN: Saya membuat pemerhatian terhadap jenis tanah dan bentuk permukaan bumi.

TEMUBUAL: Saya telah menemu bual 3 orang iaitu pegawai di Majlis Perbandaraan Selayang serta dua orang penduduk Kampung Nakhoda yang telah lama menetap di Kampung Nakhoda.

SOAL SELIDIK: Saya telah menyoal selidik 20 orang penduduk Kampung Nakhoda.

RUJUKAN: Saya juga telah merujuk internet untuk mencari maklumat tentang Kampung Nakhoda.

10

Konsep Migrasi Penduduk: Perpindahan atau penghijrahan seseorang dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan tujuan secara kekal atau sementara.

Terdapat dua jenis migrasi: Migrasi dalaman. Migrasi antarabangsa.

Pola migrasi penduduk di kawasan kajian saya: a) Luar Bandar ke luar Bandar: Perpindahan penduduk ke dari luar Bandar ke luar Bandar amatlah sedikit. Perpindahan ini juga selalunya melibatkan orang miskin untuk mencari peluang pekerjaan. Kepentingan politik juga boleh menyebabkan penghijrahan ini berlaku. Contohnya: Penduduk sanggup berpindah ke luar Bandar untuk mencari pekerjaan seperti penoreh getah dan petani.

11

b) Luar Bandar ke Bandar. Migrasi ini berlaku kerana untuk meningkatkan taraf ekonomi. Pola penduduk yang berpindah ke luar Bandar amat tinggi kerana di Bandar peluang pekejaan adalah tinggi. Penduduk yang tinggal di luar Bandar berhijrah ke Bandar berkemungkinan di luar Bandar tidak mempunyai keperluan asas yang mencukupi. Contohnya: Penduduk luar Bandar berpindah kerana upah kerja yang terlalu rendah dan kurang kemudahan awam seperti bas dan teksi.

c) Dari Bandar ke luar Bandar. Migrasi ini jarang berlaku maka pola penduduk yang berhijrah ke luar Bandar adalah rendah. Migrasi ini berlakunya berlaku kepada pesara-pesara yang hendak mencari ketenagan pada hari tua mereka. Kos hidup yang rendah merupakan faktor penarik golaongan pesara untuk berhijrah ke luar Bandar. Contohnya: Penduduk Bandar berhijrah ke luar Bandar kerana luar Bandar mempunyai udara dan persekitaran yang nyaman.

12

d) Dari Bandar ke Bandar. Migrasi ini juga dikenali sebagai migrasi berperingkat kerana migarsi ini berlaku secara berperingkat-peringkat. Migrasi ini selalu berlaku keatas orang yang kurang berduit.Ini kerana mereka yang tidak berduit akan menetap di Bandar yang kecil lalu apabila mereka sudah berduit,mereka akan berpindah ke Bandar yang lebih besar. Contohnya: Penduduk di Bandar berpindah ke Bandar untuk melanjutkan pelajaran dan mencari pekrjaan yang lebih bagus.

Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian saya ialah a) Melanjutkan pelajaran. Banyak penduduk yang sanggup bermigrasi untuk melanjutkan pelajaran mereka. b) Perkhawinan. Pasangan yang sudah berkhawin juga sanggup bermigrasi untuk mencari rumah idaman mereka. c) Peluang pekerjaan. Penduduk juga sanggup bermigrasi untuk mencari pekerjaan yang boleh menampung perbelanjaan harian mereka. d) Kemudahan asas. Penduduk yang berhijrah kerana memerlukan kemudahan asas yang boleh gunakan.

13

e) Arahan majikan. Penduduk yang bermigrasi juga sanggup berhijrah ke tempat lain atas arahan majikan atas dasar kenaikan gaji atau pangkat.

Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian. Kesan positif: Penduduk bertambah. Masyarakat majmuk. Taraf hidup meningkat. Buruh bertambah. Disebabkan kesan positif ini,manusia dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim dan memupuk semangat perpaduan.

Kesan negatif: Masalah sosial. Pengangguran. Persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan. Tanah terbiar. Disebabkan kesan negatif ini,manusia akan mengalami masalah dari segi agama seperti terjebak kepada gejala negatif.Manusia juga akan hidup dalam kemiskinan kerana tiada peluang pekerjaan.

14

Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk. Wujudkan rukun tetangga. Kuatkuasa undang-undang. Wujudkan peluang pekerjaan. Membina kemudahan rumah kos rendah. Akhirnya,kesan negatif migrasi dalaman penduduk dapat diatasi cadangan di atas.

15

16

Faktor-faktor migrasi dalaman Penduduk Kemudahan asas Perkhawinan Peluang pekerjaan Melanjutkan pelajaran Arahan majikan

Bilangan orang yang menyokong 4 6 5 2 3

Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan Kampung Nakhoda

0 kemudahan asas perkhawinan peluang pekerjaan melanjutkan pelajaran arahan majikan

17

Nama kaum Melayu Cina India

Bilangan kaum

13
4 3

Bilangan kaum di Kampung Nakhoda

15%

melayu 20% cina india 65%

18

Penduduk di Kampung Nakhoda kebanyakkannya adalah kaum melayu.Kaum india dan cina adalah sangat sedikit.Kebanyakkan mereka tinggal di rumah tanah lot dan sewa.Mereka juga selalu bergotong-royong membersihkan kawasan mereka sekali setiap bulan.Selain itu,mereka saling hormatmenghormati antara satu sama lain.Mereka juga melakukan pelbagai pekerjaan untuk mencari rezeki.Tanah disini juga rata dan bertanah pamah.Alam sekitar pula sedikit mengalami pencemaran kerana pembakaran sampah di Sungai Kertas.Pelbagai langkah telah diambil untuk menantangani masalah pencemaran alam sekitar tersebut.Faktor-faktor yang mempengaruhi penduduk kampong berimigrasi ke Kampung Nakhoda kerana kemudahan asas,perkhawinan,peluang pekerjaan,melanjutkan pelajaran dan arahan majikan.Akhir sekali,kesan-kesan positif daripada perpindahan masuk penduduk ke kawasan kajian saya ialah penduduk bertambah,buruh bertambah,masyarakat majmuk dan taraf hidup meningkat.Selain itu,kesan-kesan negatif ialah masalah sosial,pengangguran,masalah perumahan dan persaingan pekerjaan.

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

Buku teks: Buku teks geografi tingkatan 3. Buku teks geografi tingkatan 2.

Internet: http://www.scribd.com/doc/3832585/jenis-dan-pola-migrasi

Orang sumber: Nama No i/c: : Abdul Kadir bin Ahyat. : 581026-71-5011

46

47

You might also like