Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

"Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada guru BM,puan mariam dan rakan2 yg saya hormati sekalian.

Sebelum isi saya kupaskan,sebelum hujah saya bentangkan,saya akan memperkenalkan tajuk saya pada pagi ini iaitu gejala sosial dalam kalangan remaja yang kian berleluasa dan merunsingkan pelbagai pihak. Umum sedia maklum bahawa pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak2 yang bertanggungjawab untuk menangani kekangan ini hingga ke peringkat akar umbi.namun,masih juga gagal kerana usaha tersebut dilaksanakan sekadar melepas batuk di tangga dan bukannya seperti anai2 makan kayu. Jadi, kaedah yang paling efektif untuk menangani masalah ini adalah dengan mengenal pasti faktor2 yang mendorong ianya meningkat.. "Faktor utama ialah kurang didikan agama dan cetek ilmu agama dalam diri remaja pada zaman kini. Pada era pascamodenisasi ini, ilmu agama kurang diminati dan dipelajari oleh remaja kerana pada hemat mereka, ilmu agama tidak dapat membantu dalam meningkatkan taraf sains dan teknologi negara. Walaubagaimanapun,ilmu agama amat penting dalam kehidupan di dunia fana ini sebagai pegangan umat manusia dan pendinding kepada anasir2 negatif yang hendak mempengaruhi kita. Tamsilannya, mari kita ambil iktibar daripada kisah perjuangan Panglima Perang teragung orang Islam iaitu Khalid al Walid ketika menakluk negara Rom dan Parsi. Biarpun pihak musuh menawarkan pelbagai tawaran berbentuk materialistik seperti wang, pangkat dan wanita supaya orang Islam mengalah, namun beliau dengan mudah menolak kerana pegangan agama yang kuat. Oleh itu, remaja marcapada ini haruslah memantapkan diri mereka dengan ilmu agama yg kukuh untuk menghindarkan pengaruh negatif. "Seterusnya, faktor yang kedua pula ialah berpunca daripada sifat dan akhlak buruk remaja itu sendiri. Di peringkat remaja, sifat ingin mencuba sesuatu yang baru tanpa mengendahkan / memikirkan mengenai impak perbuatan mereka itu memang wujud dan kesannya ialah mereka terjebak ke kancah gejala sosial. Tambahan lagi, pergaulan bebas dengan rakan sebaya sama ada lelaki atau perempuan yang sudahpun mengalami kebejatan moral turut memudaratkan diri kita. Oleh yang demikian, ibu bapa haruslah mendidik anak2 mereka dengan ajaran yang baik dan bermoral agar mereka sentiasa berperwatakan baik apabila meningkat dewasa kelak. Bak kata pepatah, asal benih yang baik,jatuh ke laut,akan menjadi pulau dan melentur buluh biarlah dari rebungnya. "Di samping itu, punca seterusnya ialah tekanan daripada pelbagai pihak seperti keluarga,guru, rakan-rakan dan sebagainya. Remaja kini,khususnya perempuan, sering sahaja dikongkong oleh keluarganya daripada bergaul rakan-rakannya sama ada baik ataupun buruk akhlaknya terutama sekali lelaki. Rentetan itu, mereka berasa rimas dan menyebabkan timbulnya kekangan remaja lari daripada rumah seperti yang dilaporkan dalam Buletin Utama TV 3 pada 14 Februari 2010. Justeru,sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran, remaja kini sewajarnya berfikir dengan waras sebelum melakukan sebarang perbuatan buruk supaya tidak menyesal di kemudian hari, bak kata pepatah "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna lagi.`` "Ibu bapa yang berkerjaya dan begitu taksub mengejar kemewahan hidup di dunia sehingga mengabaikan tumpuan terhadap anak2 juga merupakan punca fenomena gejala sosial berpanjangan. Apabila mereka kurang diberi tumpuan, mereka akan bergaul bebas sehinggalah ke tahap seks bebas dan hasilnya, lahirlah anak luar nikah. Impaknya lagi,bayi hasil perbuatan zina ini akan dibuang di merata-rata tempat seperti yang dilaporkan dalam surat khabar Utusan Malaysia iaitu seorang bayi dibakar dan seterusnya dibuang. Tuntasnya, renung-renungkanlah perkara ini

kerana binatang pun tidak sanggup membuang anak-anaknya merata-rata tempat dan mengapakah manusia begitu kejam?" Akhirul kalam, dengan terdedahnya semua faktor2 gejala sosial kian berleluasa dalam kalangan remaja,diharapkan agar isu ini dapat ditangani sehingga ke peringkat akar umbi. Setelah isu ini selesai, nescaya Malaysia akan mempunyai masyarakat yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan seterusnya akan mencapai wawasan 2020. Insyaallah, misi2 dan visi dalam konsep 1 Malaysia yang dilaksanakan oleh YAB PM ke-6 kita akan turut menjadi realiti."

You might also like