1.0 Kegunaan Air

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

1.0 KEGUNAAN AIR DAN PERMINTAAN AIR (i) Kegunaan Domestik Kegunaan domestik adalah antara 40-60 % daripada keseluruhan bekalan air. Contoh kegunaan domestik termasuklah untuk minum, memasak, mandi, mencuci, sanitari serta lain-lain lagi. Tujuan domestik bergantung kepada faktor-faktor iklim, status sosial, kualiti dan kuantiti air, kos air, tekanan air, sistem sanitari dan jenis bekalan air. Di negara mundur dan maju, nilai purata kegunaan air untuk tujuan domestik ialah di antara 100 350 l/orang/hari. Di Malaysia pula, nilainya ialah 225 l/ orang/hari. Anggaran asas bekalan air bagi kegunaan domestik DD = P x F x C DD = permintaan domestik P = penduduk yang dibekalkan F = peratus penduduk yang dibekalkan C = kegunaan air per kapita Keperluan air per kapita ialah penggunaan air oleh seorang penduduk sehari. Nilai dibawah digunakan untuk menganggarkan permintaan air. Kawasan bandar (230 hingga 320 liter sehari), kawasan sub bandar/pinggir bandar (180 hingga 230 liter sehari) dan kawasan kampung (135 hingga 180 liter sehari)

===============================

1===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

Faktor-faktor yang Mempengaruhi keperluan air per kapita i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Keadaan iklim Taraf sosio ekonomi Jenis industri dan perdagangan yang dijalankan Kualiti air Tekanan air dalam sistem paip agihan Kos air dan polisi pemasangan meter Penggunaan tandas pam dan sistem pembetungan Kesedaran sivik penduduk terhadap pembaziran

(ii) Kegunaan Komersial / Perdagangan Pembekalan air kepada kawasan perniagaan dan perdagangan

seperti kedai dan pejabat. Contoh kegunaan air untuk tujuan komersial adalah termasuk perniagaan yang melibatkan kedai dobi, restoren dan pusat perkhidmatan cuci kenderaan. Taksiran unjuran permintaan air untuk kegunaan perdagangan dibuat adalah berdasarkan bilangan pekerja, penghuni dan keluasan ruang. Anggaran kegunaan air bagi penggunaan komersial C D = A x CR CD = permintaan komersial A = luas kawasan perdagangan

===============================

2===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

CR = kadar penggunaan

(iii) Kegunaan Industri Berbeza daripada industri lain dan juga antara pengeluar-

pengeluar sesuatu barangan. Perbezaan ini bergantung kepada jenis industri, saiz organisasi, kualiti, kuantiti dan kos air serta proses edaran semulajadi air. Jadual menunjukkan contoh perbezaan keperluaan air

untuk kegunaan industri Produk Kapas/ bulu Keluli/kayu/pulpa/kertas Penyembelihandan pembungkusan Pengeluaran petroleum Pengeluaran tenusu Jisim air/ Jisim Produk 150 750 10 300 15 25 3 10 3 - 35

Anggaran penggunaan air bagi pengguna industri ID = AI x IR ID = permintaan industri AI = luas industri IR = kadar penggunaan

===============================

3===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

(iv)

Kegunaan Pertanian dan Pertenakan/ Husbandari Air yang dibekalkan kepada kawasan kebun, ladang dan

kawasan penternakan haiwan adalah air yang telah diolah dan bukan air yang disalurkan melalui parit dan tali air untuk kegunaan sawah. (v) Kegunaan Awam Air yang dibekalkan untuk tujuan penyiraman pokok dan

tanaman di tempat awam, membersih jalanraya dan sumber air pancut. Kadangkala air yang dipam dari paip awam digunakan untuk kegunaan awam bertujuan mengurangkan permintaan air yang telah diproses terutama pada musim kemarau.

(vi) Kerugian Kehilangan air disebakan oleh kebocoran paip, penyucian kebakaran, penyambungan secara haram dan

takungan/ kolam air dan paip, penggunaannya untuk tujuan pemadaman bekalan air. Kerugian sebanyak satu 15% yang daripada biasa jumlah berlaku penggunaan dalam sistem penyejatan dari kolam merupakan satu kerugian dalam sistem

merupakan 57%.

perkara

pembekalan air yang baik. Di Malaysia nilai ini membabitkan 17

1.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGUNAAN AIR

===============================

4===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

Kegunaan tempatan bekalan air adalah bergantung kepada faktorfaktor berikut : a) oleh Saiz masyarakat/ komuniti adalah dipengaruhi kewujudan industri dan institusi lain yang akan

menambahkan penggunaan per kapita . Bagi komuniti yang kecil, penggunaan hanya terhad kepada tujuan domestik sahaja. Dalam masa yang sama taraf sosio ekonomi pengguna juga mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. b) c) Jenis industri dan komersial yang dijalankan memberi kesan langsung kepada kuantiti air yang digunakan. Kualiti air yang meningkat akan menggalakkan penggunaan yang bertambah. Kos dan polisi pemasangan meter air yang mahal akan menyebabkan penggunanya menjadi lebih jimat. d) Tekanan air dalam sistem paip agihan yang tinggi menggalakkan penggunaannya lebih banyak dan kadang kala berlakunya pembaziran. e) yang sejuk. f) g) penggunaan meningkat. Kesedaran masyarakat pengguna yang dapat Kemudahan tandas sanitari iaitu dengan adanya mengurangkan dan mencegah berlakunya pembaziran. berpam menyebabkan penggunaan Keadaan iklim yang panas menyebabkan air lebih banyak digunakan untuk menyucikan diri dari pada keadaan

1.2 ANGGARAN PERMINTAAN AIR


===============================

5===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

Anggaran permintaan bekalan air boleh dibuat dengan mengambilkira: Jumlah penduduk yang dibekalkan air Penggunaan per kapita Faktor perkhidmatan Faktor rekabentuk Faktor permintaan tambahan

Anggaran kegunaan air selalunya dirancang untuk tahun ufuk kurang dari 20 tahun dengan skim bekalan air bagi setiap 5 tahun. Perancangan yang menelebihi 20 tahun pada kebiasaannya akan menimbulkan masalah kerana anggaran permintaan yang kurang tepat. Namun begitu, had umur komponen-komponen struktur utama seperti empangan dan kolam simpanan biasanya tidak melebihi 50 tahun.

Formula anggaran permintaan bekalan air adalah seperti berikut : WDn = Pn x q x F1 x F2 ............ + Dm Dimana: WDn = Pn q F1 F2 Dm = = = = = permintaan bekalan air pada tahun n unjuran bilangan penduduk pada tahun n permintaan bekalan air per kapita faktor perkhidmatan faktor rekabentuk permintaan tambahan

===============================

6===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

Permintaan Bekalan Air Per Kapita Permintaan air per kapita adalah jumlah air yang diperlukan seorang dalam satu hari Permintaan air per kapita, q = jumlah keperluaan air dalam setahun (liter) 365 x bilangan orang hari

Pihak-pihak berkuasa tertentu mempunyai nilai per kapita yang tersendiri. Sebagai panduan, selalunya permintaan per kapita boleh dibahagikan dalam kategori : Urban ( bandar ) - 230 300 l/orang/hari Semi-urban - 180 280 l/orang/hari Kawasan di sekitar sempadan bandar di mana taraf hidup dan penggunaan air adalah antara penggunaan di bandar dan luar bandar Rural 135 180 l/orang/hari

Faktor Perkhidmatan Faktor perkhidmatan menggambarkan peratus penduduk yang akan dibekalkan dengan air. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun, maka peruntukan kewangan yang mencukupi menjadi penghalang kepada bekalan air 100%. Jadi pihak

===============================

7===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

berkuasa air menetapkan matlamat dan polisi yang selaras dengan peruntukan yang ada bagi bekalan air yang mencukupi.

Faktor Rekabentuk Walaupun permintaan per kapita telah pun ditentukan mengikut kategori kawasan dan penggunaan, masih ada terdapat perbezaan penggunaan air dari bulan ke bulan mengikut faktor-faktor musim, cuaca, tabiat masyarakat, aktiviti-aktiviti industri, perdagangan dan pertanian. Untuk mengimbangi perbezaan-perbezaan ini, faktor rekabentuk diperkenalkan bagi memastikan kesinambungan bekalan. Nilai-nilai faktor rekabentuk yang digunapakai adalah : Kegunaan Domestik Komersial/Sekolah Industri ringan Industri khusus Permintaan Tambahan Faktor 2.5 2.5 1.5 1.0

Permintaan tambahan adalah permintaan yang bertujuan memenuhi keperluan pembangunan baru seperti kawasan perindustrian, kem tentera, institusi pengajian. Kadangkala ia juga digunakan bagi memenuhi permintaan kawasan persekitaran kawasan kajian asal. Sebagai contoh untuk permintaan tambahan bagi permintaan

perindustrian adalah seperti berikut : Industri ringan - 22,000 l/hektar/hari Industri berat - 45,000 l/hektar/hari

===============================

8===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

Selain daripada itu permintaan untuk meliputi jumlah bekalan air tanpa pulangan (NRW) dan permintaan tak terisi perlu diadakan bagi mencapai kesempurnaan rekabentuk.

Unjuran Penduduk Rekod bancian adalah penting sebab darinya satu bentuk unjuran permintaan penggunaan air masa depan dapat dibuat. Rekod bancian penduduk digunakan sebagai asas ramalan pertambahan permintaan penggunaan air dalam tempoh rekabentuk, data-data penduduk dan juga pembangunan industri boleh didapati dari sumber-sumber berikut :

Jabatan Statistik / Perangkaan Pejabat Daerah Pejabat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pejabat Perancangan Bandar dan Desa Unit Perancangan Ekonomi Persekutuan dan Negeri Agensi berkaitan yang lain atau laporan terdahulu

KAEDAH RAMALAN UNJURAN PENDUDUK Contoh Soalan 1 Jumlah penduduk di antara dekad 1930 1970 diberikan dalam Jadual 1. Tentukan jumlah penduduk dua dekad selepas 1970 dengan kaedah Aritmetik dan Geometrik

===============================

9===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

Jadual 1 Tahun 1930 1940 1950 1960 1970 Jumlah Penduduk 25000 28000 34000 42000 47000

Penyelesaian 1. Kaedah Pertambahan Arithmetik Andaian : Penduduk bertambah pada kadar tetap, dp / dt = K

Tahun 1930 1940 1950 1960 1970

Jumlah Penduduk 25000 28000

Pertambahan Penduduk 3000 6000

34000 8000 42000 5000 47000 Jumlah Pertambahan Purata / Dekad 22000 22000/4 = 5500 (K)

Anggaran jumlah penduduk pada tahun 1990 ialah P1990 = P1970 + t . K = 47 000 + 2 (5 500) = 58 000 orang

=============================== 10 ===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

2. Kaedah Pertambahan Geometrik Andaian : Peratus pertambahan penduduk diandaikan tetap Tahun 1930 1940 1950 1960 1970 Jumlah Penduduk 25000 28000 6000 34000 8000 42000 5000 47000 Purata Peratus Pertambahan (5000/42000) x 100 = 11.9% (12+21.4+23.5+11.9)/ 4 = 17.2% (8000/34000) x 100 = 23.5% (6000/28000) x 100 = 21.4% Pertambahan Penduduk 28000 25000 = 3000 Peratus Pertambahan (3000/25000) x 100 = 12%

Anggaran jumlah penduduk pada tahun 1990 ialah P1990 = P1970 ( 1 + i/100 )n = 47 000 ( 1 + (17.2/100))2 = 64 558 orang

Soalan 2
Jadual berikut menunjukkan pertambahan penduduk bagi sebuah pekan X. Anggarkan bilangan penduduk bagi tahuntahun 1981, 1991, 1994 dan 2001 dengan menggunakan kaedah arithmetik dan kaedah geometrik

=============================== 11 ===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

Tahun Bil. Penduduk (000 )

1901 60

1911 65

1921 63

1931 72

1941 79

1951 89

1961 97

1971 120

Penyelesaian Tahu n 1901 1911 1921 1931 1941 1951 1961 1971 Bil. Penduduk 60,000 65,000 -2000 63,000 9000 72,000 7000 79,000 10000 89,000 8000 97,000 23000 120,000 Jumlah pertambahan Purata/ dekad (k) 60,000 60,000/7 = 8571.43 23000/97000 x 100 % = 23.71 % 74.61 74.61/7 = 10.66 8000/89000 x 100 % = 8.99 % 10000/79000 x 100% = 12.66 % 7000/72000 x 100% = 9.72 % 9000/63000 x 100 % = 14.28 % -2000/65,000 x 100 % = -3.08 % Pertambahan Penduduk 5000 Peratus Pertambahan 5000/60000 x 100% = 8.33 %

Kaedah Arithmetik

=============================== 12 ===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

Pn = Po + n k n = 1 , P = 120,000, k = 8571.43 P1981 = 120,000 + 1 ( 8571.43 ) = 128,571 orang P1991 = 120,000 + 2 (8571.43 ) = 137,143 orang P2001 = 120,000 + 3 (8571.43 ) = 145,714 orang P1994 = 137,143 + 3/10 (8571.43) = 139,714 orang Kaedah Geometri Pn = P (1 + i/100 )n P1981 = 120,000 ( 1 + 10.66/100 )
1

= 132,792 orang

P1991 = 120,000 ( 1 + 10.66/100 )2 = 146,948 orang P2001 = 120,000 ( 1 + 10.66/100)3 = 162,612 orang P1994 = 146,948 + ( (162,612 146, 948) x 3/10 ) = 151,647 orang

=============================== 13 ===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

Soalan 3 Dengan menggunakan kaedah pertambahan geometri, kira bilangan penduduk bagi sesebuah bandar pada tahun 1990, 2000 dan 2010 berdasarkan data di dalam jadual dibawah: Tahun Penduduk 1940 55000 1950 60000 1960 66000 1970 75000 1980 80000

Penyelesaian Tahun Penduduk Pertambahan penduduk Peratus Pertambahan Penduduk

Jumlah

9.4%/4 =9.9%

=============================== 14 ===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

Soalan 4 Anggaran penduduk Daerah Kinta pada tahun 2010 adalah 562,500 orang , kirakan keperluan air harian pada tahun tersebut di mana liputan bekalan air adalah 95%. Data-data di bawah telah diperolehi dari Lembaga Air Perak (LAP) i. ii. penduduk iii. iv. v. Faktor rekabentuk Peratusan NRW Rumus bagi permintaan Harian, WDn = (Pn x q x F1 x F2) + Dm = 1.5 = 15% Permintaan air penduduk Keperluan air industri = 275 liter/kapita/hari

= 1/3 daripada keperluan

Penyelesaian Daripada data-data yang diberi : Permintaan air harian, WDn = (Pn x q x F1 x F2) + Dm WD2010 = ( 562,500 x 275 x 0.95 x 1.5 ) + 1/3 (562,500 x 275 x1x 1.5) + 0.15[ (562,500 X 275 X 0.95 X 1.5) + 1/3 (562,500 x 275 x 1.5)] = 220,429,688 + 77,343,750 + 44,660,016 = 342,439,454 liter/hari = 342.44 x 106 liter/hari

=============================== 15 ===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

Latihan Kendiri 1. Bilangan penduduk bagi Bandar Aman dalam tahun 1985 adalah seramai 68,000 orang. Dengan menggunakan kaedah Arithmetik, anggarkan bilangan penduduk bagi bandar ini pada tahun 2000, 2050 dan 2100. Jadual S1 menunjukkan bilangan penduduk Bandar Aman yang telah direkodkan :

Tahun 1930 1940 1950 1960 1970 1980

Bil. Penduduk ( x 103) orang 26 34 46 52 59 65

2.

Berdasarkan data bancian penduduk bagi daerah Bandar Baru, Jadual S2 telah diperolehi. Kirakan kadar pertumbuhan penduduk dan bilangan penduduk pada tahun 2010 dan 2020 dengan menggunakan Kaedah Pertambahan Geometri.

Tahun 1960

Bilangan Penduduk ( orang ) 26,000

=============================== 16 ===============================

Topik 1 : Penggunaan dan Permintaan Air C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa

1970 1980 1990

36,500 48,500 69,200

=============================== 17 ===============================

You might also like