Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MARIA MONTESSORI

Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak kita mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;

a. Minda yang mudah menyerap b. Persekitaran yang tersedia c. Didikan diri d. Bahan pembelajaran e. Tempoh sensitif

Menurut falsafah Montessori; y Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka. y Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. y Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa. y Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. y Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran.

Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan betul diri. y Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanakkanak. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak. y Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanakkanak belajar secara bebas. y Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.

Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah: Menghormati kanak-kanak dan hak mereka. Konsep kebebasan Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri. Pentingnya disiplin diri Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanakkanak mengajar diri mereka sendiri. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

You might also like