Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 6 LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) Program Bina Insan Guru (BIG) semester

6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. Pada 18 Oktober 2011(Selasa), para guru pelatih semester 6 dari kumpulan PISMP Pengajian Sosial dan PISMP Pra Sekolah telah mengadakan Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) di bawah program Bina Insan Guru (BIG) ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Betong. Lawatan yang merupakan salah satu silibus wajib Bina Insan Guru telah disertai seramai 38 orang guru pelatih dari kedua-dua buah kelas dan diiringi oleh tiga orang pensyarah iaitu Encik Abdul Hadi Bin Haji Ishak, Encik Bekarang Inggas dan tutor kumpulan Pengajian Sosial, Encik Ab Razak Bin Mohd Amin. Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) ke MRSM ini merupakan suatu pengenalan tentang Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah dan Guru Cemerlang serta bertujuan mendedahkan para guru pelatih kepada alam persekolahan yang sebenar dimana pembentukan iklim dan budaya kerja cemerlang oleh guru serta kepimpinan pentadbiran sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Ketibaan peserta lawatan telah disambut oleh badan tertinggi pentadbiran yang terdiri daripada Pengetua MRSM Betong, Encik Zabidin, Timbalan Pengetua Akademik MRSM Betong, Puan Yusliza, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar MRSM Betong, Encik Wan Mustapha serta beberapa orang pegawai yang bertugas. Program pada hari tersebut bermula dengan ceramah housekeeping oleh Timbalan Pengetua Akademik, Puan Yusliza. Beliau telah memperkenalkan setiap pegawai yang hadir pada sesi tersebut dan menerangkan serba sedikit mengenai budaya MRSM Betong. Peserta lawatan telah mendapat ilmu tambahan hasil daripada ceramah tersebut.

Program diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Pengetua MRSM Betong, Encik Zabidin. Beliau telah memberikan penerangan dan ceramah mengenai keseluruhan aspek pengurusan dan pentadbiran MRSM Betong dalam bidang perlaksanaan budaya kerja yang cemerlang. Ceramah beliau juga disokong oleh buktibukti seperti memperkenalkan kemudahan dan infrastruktur dan suasana fizikal yang kondusif yang membolehkan para pelajar mengekalkan pencapaian keputusan yang cemerlang. Beliau juga menerangkan tentang budaya kerja cemerlang oleh setiap guru bagi memastikan peningkatan keputusan dari setahun ke setahun. Para guru pelatih berasa amat beruntung kerana mendapat perkongsian ilmu tambahan mengenai alam persekolahan dan pekerjaan yang sebenar ini yang bukan senang untuk didapati. Program seterusnya diteruskan dengan sesi perkongsian bersama dengan guru-guru cemerlang. Terdapat beberapa kekuatan yang dikenalpasti melalui lawatan penanda aras (benchmarking) ini. Para guru pelatih akan dapat didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah, memahami dan mengenalpasti setiap jawatankuasa dan bidang tugas masing-masing dalam jentera pentadbiran MRSM Betong. Para guru pelatih juga diberi pendedahan mengenai kepentingan suasana yang kondusif dalam usaha menentukan kecemerlangan pelajar. Kekuatan seterusnya adalah melalui input sesi perkongsian daripada setiap guru cemerlang yang hadir pada hari itu iaitu Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Puan Rohaya Bt Sahat, Guru Cemerlang Matematik, Puan Salawati, dan Guru Cemerlang Kimia, Encik Safrin Bin Mohd Salleh. Setiap guru cemerlang tersebut telah memberikan input dan perkongsian mengenai bagaimana untuk membentuk suasana pembelajaran cemerlang di samping kaedah untuk membimbing murid-murid ke arah kecemerlangan. Puan Rohaya telah berkongsi mengenai kunci utama untuk mengekalkan minat murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Puan Salawati telah berkongsi mengenai memberi usaha tambahan sebagai seorang guru untuk memastikan kecemerlangan murid seperti kelas tambahan. Encik Safrin pula telah berkongsi mengenai pengalaman beliau sebagai guru cemerlang.

Para guru pelatih memberikan sepenuh perhatian semasa sesi perkongsian tersebut. Guru pelatih khusyuk menunjukkan minat dan kegigihan yang tinggi semasa perkongsian. Hal ini dibuktikan apabila mereka rajin bertanya pendapat dan resepi kejayaan setiap Guru Cemerlang tersebut. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan program yang telah dikenalpasti antaranya seperti, tempoh masa lawatan yang agak singkat. Melalui tempoh yang singkat ini, guru pelatih hanya mendapat ilmu yang diperlukan secara terhad sahaja. Seterusnya, kelewatan notis pemberitahuan bagi program ini juga merupakan suatu kelemahan. Hal ini mengakibatkan persediaan rapi tidak dapat dilakukan bagi memastikan kelancaran sepenuhnya terhadap program ini. Justeru itu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi memastikan perlaksanaan program sebegini yang lancar pada masa hadapan. Cadangan penambahbaikan yang pertama adalah memanjangkan tempoh masa lawatan. Pemanjangan tempoh masa lawatan dapat memberikan peserta lawatan kesempatan dan ruang bagi mereka untuk menimba lebih banyak lagi ilmu yang diperlukan dalam bidang keguruan. Cadangan penambahbaikan yang kedua adalah, notis pemberitahuan program ini harus dilakukan dua minggu lebih awal daripada tarikh perlaksanaan. Hal ini mampu memastikan perancangan dan persediaan yang cukup rapi bagi memastikan kelancaran setiap aktiviti dalam program tersebut. Kesimpulanya, sepanjang perjalanan program, tidak wujud sebarang masalah yang tidak diingini. Sehubungan itu pula, pelbagai input yang berguna telah didapati hasil daripada setiap perkongsian bersama pihak pentadbiran MRSM dan Guru Cemerlang. Para guru pelatih memahami dan mengenalpasti bentuk-bentuk pengurusan cemerlang disamping memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian. Disediakan Oleh, ____________________________ (ZACHARY ENJAT ANAK DANIEL)

You might also like