Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

SYARAT PERTANDINGAN MELAWAN KEBAKARAN KAWAD PILI BOMBA 1 (BASAH) SEMPENA PERKHEMAHAN KADET PERTAHANAN AWAM (KAPA) MALAYSIA

PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2011 DI NEGERI PAHANG


DISEDIAKAN OLEH: PUSAT LATIHAN PERTAHANAN AWAM WILAYAH TIMUR (PULAPAT), JENGKA, PAHANG

JAWATANKUASA PERTANDINGAN MELAWAN KEBAKARAN

PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA AHLI-AHLI

: LT.KOL. (PA) MD. ANUAR BIN JASMIN : MEJ. (PA) HASMI BIN GHAZALI : LTM. (PA) MOHD HAFIZI BIN ZAKARIA : STAF KANAN (PA) MOHD ZABRI BIN ABDUL RAZAK : STAF KANAN (PA) NURNAJIBAH BINTI ABDULLAH STAF MUDA (PA) AHMAD KAMAL HAKIM BIN NGAH STAF MUDA (PA) MOHD HANAFI BIN BOKRY STAF MUDA (PA) ROSAZLINA BINTI ASARI @ ASHAARI PBT (PA) ABD GHANI BIN RASHIDI PBT.(PA) MOHD KHIR BIN HARUN

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Peserta mestilah anggota Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Malaysia. 2. Satu skuad terdiri daripada 6 orang (termasuk ketua). 3. Penyertaan terdiri daripada gabungan 3 wanita dan 3 lelaki. Hanya satu penyertaan sahaja yang berhak mewakili negeri masing-masing. 4. Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini hendaklah mendaftar dengan menggunakan borang yang telah disediakan seperti di Lampiran A. Pengesahan hendaklah dibuat oleh Pengarah Pertahanan Awam Negeri atau Penyelaras masing-masing. 5. Borang pengesahan perlantikan anggota kadet hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan sebelum sesuatu pertandingan bermula.

6. Setiap peserta yang mengambil bahagian hendaklah mempunyai tahap kecergasan yang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. 7. Pakaian pertandingan adalah uniform / pakaian seragam penuh No.4 mengikut peraturan pakaian seragam Unit Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Malaysia. 8. Semua peserta yang mengambil bahagian dikehendaki memakai tanda pengenalan di lengan (Arm Band) mengikut negeri masing-masing. Tanda pengenalan ini akan disediakan oleh Urusetia Bahagian Angkatan Ibu Pejabat Pertahanan Awam 9. Aturcara dan gerak kerja adalah seperti di gambarajah yang dilampirkan dan mengikut prosedur melawan kebakaran yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan, Bahagian Pasukan dan Latihan PULAPA Jengka.

10. Helmet peserta ditandakan dengan nombor tugasan (1-6) supaya gerak kerja peserta dijalan mengikut tugasan yang ditetapkan. No. 6 No. 5 No. 1, 2 , 3 & 4 Ketua (Arahan & Kawalan) Pili Bomba Pasukan Melawan Kebakaran

11. Peralatan pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal. 12. Borang penyertaan hendaklah diserahkan semasa sesi taklimat dan undian giliran dibuat pada hari pendaftaran. (Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan permohonan penyertaan tidak akan dilayan / dipertimbangkankan / digugurkan.) 13. * Sebarang kemalangan semasa pertandingan adalah tanggungjawab sendiri.*

PERTANDINGAN MELAWAN KEBAKARAN PERATURAN:


1. Hanya pengadil dan peserta sahaja dibenarkan berada di tempat pertandingan. 2. Peserta dikehendaki berada di tempat pertandingan 5 minit sebelum pertandingan dimulakan. Pengumuman hanya akan dibuat 2 kali sahaja. Kegagalan berbuat demikian dianggap gagal. (disqualified) 3. Peserta mestilah memakai pakaian seragam penuh No. 4 semasa pertandingan. 4. Peralatan pertandingan yang digunakan: a) 1 x Hydrant Adapter b) 1 x turn Key & Bar c) 1 x 2 x 100 Delivery Hose d) 1 x 1 x 100 Delivery Hose e) 1 x Nozzle Automated Gun f ) 1 x Fire Blanket g ) 1 x False Spindle h ) 1 x Alat pemadam api kecil

5. Masa akan dikira semasa wisel permulaan dibunyikan manakala wisel penamat dibunyikan selepas Ketua Kumpulan melapor kawad selesai dan hukuman keluar baris diberikan. 6. Pemarkahan diberikan berdasarkan spesifikasi berikut: i. Kepantasan ii. Keselamatan iii. Kemahiran iv. Kawalan dan Kerjasama Catatan: Setiap kumpulan diberi masa maksima selama 16 minit. Sekiranya masa yang diambil melebihi masa maksima, masa tambahan 5 minit akan diberikan dan setiap minit masa tambahan akan ditolak 5 markah dari markah keseluruhan. * Pertandingan ini akan dijalankan secara kawad Basah (Sila rujuk gerak kerja seperti di Lampiran). * Pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan tanpa sebarang notis. 10 markah 32 markah 40 markah 18 markah

7. Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan sahaja. Giliran pertandingan akan dibuat secara undian. Hadiah disediakan untuk tempat pertama, kedua dan ketiga sahaja. 8. Undian giliran pertandingan akan dicabut oleh Ketua Kumpulan pada hari yang ditetapkan. Undian akan dilakukan pada malam sebelum pertandingan. 9. Satu taklimat akan diberikan kepada semua ketua kumpulan pada malam sebelum pertandingan. 10. Keputusan Jemaah Pengadil adalah muktamad.

PENGADIL-PENGADIL

1. LT.KOL. (PA) Md Anuar bin Jasmin 2. Mej.(PA) Hasmi bin Ghazali 3. Staf Kanan (PA) Mohd Zabri bin Abd Razak 4. Staf Kanan (PA) Nurnajibah bt Abdullah 5. Staf Muda (PA) Ahmad Kamal Hakim bin Ngah 6. Staf Muda (PA) Mohd Hanafi bin Bokry 7. Staf Muda (PA) Rosazlina bt Asari @ Ashaari

- PULAPA W.TIMUR (Pengerusi Teknikal) - PULAPA W.TIMUR (Ketua Pengadil) - PULAPA W.TIMUR (Pengadil) - PULAPA W.TIMUR (Pengadil Simpanan) - PULAPA W.TIMUR (Pengadil) - PULAPA W.TIMUR (Pengadil Simpanan) - PULAPA W.TIMUR (Pengadil Simpanan)

LAMPIRAN A BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN PENUH MELAWAN KEBAKARAN PASUKAN KADET PERTAHANAN AWAM (KAPA) MALAYSIA TAHUN 2011
Nama Negeri Nama Pengurus Jenis Pertandingan Jumlah Peserta BIL PANGKAT : . : . : . : . NO. KAD PENGENALAN NAMA PESERTA

Di akui bahawa senarai nama-nama anggota pasukan di atas adalah betul.

( Nama / T. Tangan Pengarah / PPAD Cop Jabatan )

GERAK KERJA PERTANDINGAN KAWAD PILI BOMBA 1 (BASAH)

TUGASAN ANGGOTA OPERASI Ketua Operasi (No. 6) Hydrant Adapter, c/w turn key & bar (No. 5) Memadam kebakaran api kecil dengan menggunakan Fire Blanket (No. 4) Melarikan satu saluran hos 2 x 100 (No. 3) Sekiranya berlaku tekanan air rendah, (No.3) akan mengambil alat pemadam api kecil dan memadamkan api tersebut. Anggota akan membetulkan hos yang berbelit dan meluruskan hos (No.4) Melarikan satu saluran hos 1 x 100 pada jarak 100 ke 200 (No.2) Mengambil Nozel dan dibawa ke 200 (No.1)

SETELAH SEMPURNA TUGASAN DAN KEDUDUKAN


Ketua mengarahkan No.4 memadamkan kebakaran kecil dengan teknik Melemaskan menggunakan Fire Blanket. Setelah api padam No.4 akan terus berlari membantu No.1, 2 & 3. Ketua mengarahkan Hukuman Buka Air. No. 3 Berpusing ke belakang dan lari ke100 kaki , memberi isyarat buka air kepada No.5 serta terus berpusing ke belakang, lari membantu di belakang No. 1, 2 & 4 . No.5 setelah menjawab dengan isyarat,terus membuka air di Pili Bomba. Setelah api dipadamkan, ketua memberi arahan kepada No.1 Tutup Air dan Kemas. No. 3 menjawab Tutup Air dan Kemas dengan isyarat serta terus berpusing ke belakang dan terus berlari ke 100 kaki memberi isyarat kepada No.5 Tutup Air dan Kemas. Setelah menerima isyarat Tutup Air dan Kemas dari No 3, No 5 terus menjawab balas Tutup Air dan Kemas beserta isyarat. Setelah No .5 selesai memberi isyarat balas, barulah semua anggota operasi membuka semua saluran dan menjalankan tugas masing-masing mengikut prosedur kawad yang dikeluarkan ini.

TINDAKAN TUTUP AIR DAN KEMAS

Hukuman tamat operasi dan berkemas (ketua). No.1 tanggalkan nozzle manakala No.2 terus keluarkan air dari hos sehingga ke hujung serta menggulungkannya teknik coil roll dan hantar ke tempat permulaan asal. Letakkan mengikut turutan (1,2,3,4 & 5). No 3 setelah menanggalkan Kapling dan terus keluarkan air dari hos sehingga ke hujung dan terus menggulungkannya serta bawa ke tempat asal dan letakkan mengikut susunan/turutan.

MELAPOR DAN BAHASA HUKUMAN

Masih memakai pakaian keselamatan (semua). Melapor di dalam satu barisan lurus mengikut urutan dan berkeadaan sedia (ketua). Semasa melapor, Assalamualaikum / Selamat pagi / tengahari / petang Tuan. Pasukan Kadet Pertahanan Awam Sek. Men. . seramai 6 orang siap sedia menjalankan tugas Pertandingan Kemahiran Kawad Pili Bomba 1 tuan. Terima kasih tuan (ketua). Hukuman untuk memulakan tugas. Kawad Pili Bomba 1 satu saliran 200, 1 nozzle, pam pili bomba pasukan gerak (ketua). Setelah sempurna semua tugasan dan kedudukan, hukuman Buka air diberikan oleh ketua. Setelah semua api dipadamkan, hukuman Tutup Air dan Kemas diberikan oleh ketua. Setelah hukuman tutup air dan kemas diberikan oleh ketua, semua anggota kumpulan berkemas mengikut prosedur kawad yang dikeluarkan ini. Setelah selesai berkemas dan peralatan melawan kebakaran telah disusun mengikut turutan serta anggota pasukan di dalam satu barisan melintang mengikut peralatan dan berkeadaan sedia serta masih lengkap dengan pakaian keselamatan. Ketua melapor, Assalamualaikum / Selamat pagi / tengahari / petang Tuan. Pasukan Kadet Pertahanan Awam Sek. Men. . seramai 6 orang telah selesai menjalankan tugas Pertandingan Kemahiran Kawad Pili Bomba 1 tuan. Terima kasih tuan (ketua). Setelah melapor tugasan selesai ketua memberi hukuman Keluar Baris. Wisel penamat dibunyikan oleh Pengadil setelah hukuman keluar baris dilafazkan.

BAHASA HUKUMAN
Memulakan kerja: Kawad Pili Bomba 1, satu aliran 200, 1 nozzle, pam pili bomba, pasukan gerak. Hukuman buka air: Buka . air. Tutup air dan kemas: Tutup . air .. dan kemas. Lapor selesai tugas : Assalamualaikum / Selamat pagi / tengahari / petang Tuan. Pasukan Kadet Pertahanan Awam Sek. Men. . seramai 6 orang telah selesai menjalankan tugas Pertandingan Kemahiran Kawad Pili Bomba 1 tuan. Minta kebenaran menjalankan lain-lain tugas tuan. Terima kasih tuan. Keluar baris: Keluar baris.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

www.civildefence.gov.my

PUSAT LATIHAN PERTAHANAN AWAM (PULAPA) JENGKA PAHANG

PPA TK ZABRI

LAYOUT & GERAK KERJA PERTANDINGAN MELAWAN


KEBAKARAN BAGI KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

G A R I S A N M U L A

S U S U N A N P E R A L A T A N M K

TAKUNGAN API

10

10

100

100

20

20

You might also like