Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SOALAN STPM 1 KERTAS 2/ 2003

Soalan 1
(a) Perihalkan tiga kepentingan perakaunan pengurusan. [3]

(b Syarikat Bibi Berhad yang mengeluarkan pakaian kanak-kanak telah memberikan


)
maklumat kos bagi bulan Mei 2003 seperti yang berikut.
(1) Kos papan tanda di hadapan bangunan ialah RM4,000. Kos ini dianggap sebagai
belanja untuk bulan Mei..
(2) Upah yang dibayar kepada pekerja luar yang membaiki mesin jahit syarikat ialah
RM800.
(3) Kos kain yang digunakan untuk membuat pakaian ialah RM7,000.
(4) Upah tukang jahit ialah RM5,000.
(5) Belanja utiliti di bahagian jahitan ialah RM1,300.
(6) Gaji kakitangan jualan ialah RM4,500.
(7) Susut nilai mesin jahit ialah RM600.
(8) Sewa bangunan perniagaan ialah RM3,800. Tingkat bawah digunakan sebagai
pejabat pentadbiran jualan dan stor penyimpanan pakaian siap, manakala tingkat satu
digunakan sebagai tempat membuat pakaian dan stor bagi kain ela dan bahan jahitan yang
lain.
(9) Kos pengiklanan ialah RM1,000.
( Kos insurans pekerja pengeluaran ialah RM300.
10)

Dikehendaki :
Berdasarkan maklumat kos di atas, hitung yang berikut.
(i) Kos tetap
(ii) Kos berubah
(iii) Kos tempoh
(iv) Kos keluaran
(v) Kos bahan langsung
(vi) Kos buruh langsung
(vii) Kos overhed perkilangan [8]

(c) Dengan memberikan contoh tindakan yang dilakukan, jelaskan lima prinsip unsur
kawalan dalaman terhada bahan mentah bagi sebuah perusahaan membuat perabot. [10]

(d Jelaskan empat cara bagaimana penggunaan komputer dapat membantu perusahaan


)
membuat perabot. [4]

948/2
SOALAN STPM 2 KERTAS 2/ 2003

Soalan 2
Syarikat Makmur Berhad mengeluarkan baju kurung untuk dijual di pasar raya. Tukang jahit
dibayar upah asas sebanyak RM800 sebulan. Untung meningkatkan pengeluaran, syarikat
memperkenalkan satu program insentif mulai bulan Mei 2003. Kadar bayaran tambahan
sebanyak RM16 sepasang dibayar kepada pekerja yang dapat menyiapkan lebih daripada 50
pasang baju kurung sebulan. Pekerja yang menyiapkan 50 pasang baju kurung atau kurang
akan menerima upah asas sahaja. Data yang berikut diperoleh selepas sebulan program
tersebut dilaksanakan.

Unit keluaran
Pekerja
(pasang)
Burhan 53
Dahlia 48
Silva 50
Rani 54
Suraya 49
Pekerja diwajibkan mencarum kepada KWSP sebanyak 9% dan kepada SOCSO sebanyak 3%
daripada jumlah upah sebulan. Pekerja juga dikenakan potongan cukai berjadual sebanyak
2%. Majikan diwajibkan menyumbang kepada KWSP dan SOCSO masing-masing pada
kadar 11% dan 3% daripada jumlah upah pekerja.

Dikehendaki :
(a) Hitung jumlah upah yang ditanggung bagi bulan Mei 2003 serta tentukan amaun upah
langsung dan upah tak langsung. [5]

(b Hitung amaun yang perlu dibayar kepada setiap pekerja bagi bulan Mei 2003. [5]
)

(c) Tunjukkan catatan jurnal untuk merekodkan


(i) upah belum bayar pada akhir bulan Mei 2003,
(ii) upah yang ditahan atau dipegang pada akhir bulan Mei 2003,
(iii) caruman dan manfaat terakru pada akhir bulan Mei 2003,
(iv) upah bagi bulan Mei yang dibayar pada awal bulan Jun 2003. [7]

(d Andaikan bahawa anda telah diminta oleh pemilik syarikat untuk menyediakan satu kad
)
bagi merekodkan pengeluaran seorang pekerja mengikut hari untuk satu bulan. Sediakan draf
kad berkenaan dan jelaskan kepentingan enam daripada item yang anda masukkan ke dalam
kada tersebut.
[8]

948/2
SOALAN STPM 3 KERTAS 2/ 2003

Soalan 3
(a) Bagi setiap kaedah pengekosan yang berikut, nyatakan dua contoh industri pembuatan
yang menggunakannya.
(i) Pengekosan proses
(ii) Pengekosan tempahan kerja [2]

(b Jelaskan tiga tujuan mengumpulkan kos dan menentukan kos seunit produk dalam
)
pengekosan proses dan pengekosan tempahan kerja. [6]

(c) Jelaskan maksud unit setara dan nyatakan kepentingannya. [4]

(d Maklumat yang berkaitan dengan pengekosan inventori akhir kerja dalam proses dan
)
inventori barang siap yang telah direkodkan oleh Syarikat Ayu Berhad bagi tahun 2002 adalah
seperti yang berikut.
Unit Kos (RM)
Kerja dalam proses (50% siap bagi buruh dan overhed 3,000 6,610
Barang siap 2,000 10,100

Bahan mentah ditambahkan kepada pengeluaran pda awal proses perkilangan dan overhed
diserapkan kepada setiap produk pada kadar 60% atas kos buruh langsung. Tiada inventori
barang siap pada 1 Januari 2002. Pemeriksaan terhadap rekod kos inventori syarikat telah
menunjukkan maklumat yang berikut.
Unit Bahan Buruh
(RM) (RM)
Kerja dalam proses pada 1 Januari
2002
(80% siap bagi buruh dan overhed) 2,000 2,000 3,150

Unit dimulakan dalam pengeluaran 10,000


Kos bahan, tempoh semasa 13,000
Kos buruh, tempoh semasa 19,950

Unit siap 9,000

Dikehendaki :
(d Dengan menggunakan kaedah purata, hitung
)
(i) unit pengeluaran setara,
(ii) kos pengeluaran setara seunit bagi bahan, buruh langsung, dan overhed. [13]

948/2
SOALAN STPM 4 KERTAS 2/ 2003

Soalan 4
(a) Perihalkan dua tujuan menentukan kos perkhidmatan. [4]
(b Nyatakan enam jenis perniagaan perkhidmatan yang berskala besar. [3]
)

(c) Lim dan Rakan-Rakan, sebuah firma guaman, telah memberikan maklumat kos yang
berkaitan dengan tiga kes guaman bagi bulan Jun 2003 yang sedang dikendalikannya. Kadar
yuran guaman ialah RM120 sejam. Pembantu profesional kepada peguam dibayar RM50
sejam.

Masa dan kos operasi langsung yang diperuntukkan bagi setiap kes adalah seperti yang
berikut.
Kes 1 Kes 2 Kes 3
Masa peguam (jam) 57 43 62

Masa pembantu profesional (jam) 4 2 6

Kos operasi langsung (RM) :


Penggunaan komputer 116 - 105
Fotokopi 37 28 16
Perjalanan 325 - -
Telefon 75 118 100

Kadar overhed pratentu untuk semua kos operasi tak langsung ialah 80% atas upah langsung.

Dikehendaki :
(i) Hitung jumlah kos bagi setiap kes di atas.
(ii) Kaedah pengekosan tempahan kerja sesuai digunakan dalam firma guaman.
Berikan dua alasan untuk menyokong penyataan ini. [18]

948/2
SOALAN STPM 5 KERTAS 2/ 2003

Soalan 5
(a) (i) Jelaskan tiga perbezaan antara penyata pendapatan mengikut teknik pengekosan
marginal dengan penyata pendapatan mengikut teknik pengekosan serapan.
(ii) Nyatakan tiga kelebihan menggunakan teknik pengekosan marginal. [9]

(b Syarikat Alif Berhad mengeluarkan lampu suluh yang boleh dicaj semula bagi kegunaan
)
perkhemahan. Syarikat menggunakan teknik pengekosan serapan untuk tujuan pelaporan
dalaman. Syarikat bercadang untuk menggunakan teknik pengekosan marginal. Maklumat
yang berkaitan dengan operasi dibelanjawankan dan operasi sebenar bagi tahun 2002 adalah
seperti yang berikut.

Operasi dibelanjawankan Operasi sebenar


(unit) (unit)
Inventori awal barang 3,500 3,500
siap
Jualan 14,000 12,500
Pengeluaran 14,000 13,000

Kos dibelanjawankan Jumlah


(RM) kos sebenar
Seunit Jumlah (RM)
Bahan langsung 12.00 168,000 156,000
Buruh langsung 9.00 126,000 117,000
Overhed perkilangan berubah 4.00 56,000 52,000
Overhed perkilangan tetap 5.00 70,000 71,500
Belanja jualan berubah 8.00 112,000 100,000
Belanja jualan tetap 7.00 98,000 98,000
Belanja pentadbiran berubah 2.00 28,000 25,000
Belanja pentadbiran tetap 3.00 42,000 42,500
Jumlah 50.00 700,000 662,000

Kos seunit dibelanjawankan adalah berasaskan pengeluaran dan jualan syarikat sebanyak
14,000 unit pada tahun 2002. Syarikat menggunakan kadar overhed pratentu untuk
menyerapkan overhed perkilangan kepada keluaran. Kadar overhed perkilangan sebanyak
RM9.00 seunit digunakan untuk tujuan pengekosan serapan pada tahun 2002.

Inventori barang siap pada awal tahun 2002 bagi kegunaan pengekosan serapan dinilai pada
kos perkilangan seunit dibelanjawankan bagi tahun 2001. Ini adalah sama seperti kos

948/2
SOALAN STPM 6 KERTAS 2/ 2003

perkilangan seunit dibelanjawankan bagi tahun 2002. Tiada inventori kerja dalam proses
pada awal dan akhir tahun. Harga jualan dibelanjawankan dan harga jualan sebenar bagi
tahun 2002 masing-masing ialah RM70. seunit.

Dikehendaki :
(i) Hitung nilai inventori barang siap pada akhir tahun 2002 dengan menggunakan
teknik pengekosan serapan dan teknik pengekosan marginal

(ii) Hitung perbezaan antara untung bersih mengikut teknik pengekosan serapan
dengan untung bersih mengikut teknik pengekosan marginal bagi tahun 2002.

(iii) Jelaskan sebab mengapa terdapat perbezaan untung bersih pada (ii) di atas. [16]

948/2
SOALAN STPM 7 KERTAS 2/ 2003

Soalan 6
(a) (i) Jelaskan dua persamaan dan dua perbezaan antara belanjawan modal dengan
belanjawan operasi.

(ii) Nyatakan tiga faktor kualitatif yang perlu dipertimbangkan untuk membuat
keputusan dalam pelaburan modal. [7]

(b) Syarikat Perkilangan Bakawali Berhad sedang membuat analisis tentang cadangan
belanjawan modal untuk membeli sebuah mesin. Maklumat tentang tiga cadangan
belanjawan modal yang sedang dipertimbangkan oleh syarikat adalah seperti yang berikut.

Cadangan Cadangan Cadangan


A B C
(RM) (RM (RM)
Anggaran aliran tunai keluar :
Pelaburan asal bersih 100,000 95,000 125,000

Anggaran aliran tunai masuk


Tahun 1 25,000 20,000 37,500
Tahun 2 25,000 25,000 37,000
Tahun 3 25,000 35,000 30,000
Tahun 4 25,000 37,500 40,000
Tahun 5 25,000 37,500 50,000

Dikehendaki :

(i) Hitung tempoh bayar balik bagi setiap cadangan di atas. Nyatakan cadangan yang
mana yang akan dipilih dan berikan alasannya.

(ii) Dengan mengandaikan bahawa kadar pulangan yang dikehendaki ialah 12% dan
semua aliran tunai berlaku pada akhir tahun, hitung nilai kini bersih bagi setiap cadangan dan
nyatakan cadangan yang mana yang akan dipilih. [18]

948/2

You might also like