Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BENTUK-BENTUK DASAR AWAM

Secara umumnya Kerajaan telah menggubal dasar awam di dalam empat (4) bentuk iaitu: i) ii) iii) iv) Undang-undang, Rancangan, Program dan Projek

i.

Dasar Bentuk Undang-Undang

Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (AKTA 106) TUJUAN Ia merupakan suatu akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan perlindungan khasnya bagi kaum wanita dan golongan gadis, dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini digubal bertujuan untuk memberi perlindungan kepada wanita dan gadis yang terlibat dengan kegiatan maksiat atau terdedah kepada bahaya moral. Ianya memberi jagaan dan peluang untuk menjalankan pemulihan kepada wanita dan gadis yang telah terlibat di dalam gejala keruntuhan akhlak tersebut. Selain daripada itu, akta ini membuka ruang dan peluang kepada penjaga yang sah di sisi undang0undang untuk membuat permohonana bagi menahan seseorang perempuan yang berusia di bawah 18 tahun di tempat perlindungan atas alas an tidak dapat menjalakan kawalan yang sepatutnya ke atasnya dan sehingga terdedah kepada perbuatan keruntuhan akhlak. Seseorang perempuan itu juga diberi peluang tanpa mengira peringkat umur untuk mendapatkan perlindungan segera. HUKUMAN Oleh kerana dasar ini adalah berbentuk Undang-undang, maka terdapat hukuman yang akan dikenakan jika melanggar atau tidak mematuhi akta ini. Seseorang yang didapati bersalah mempergunakan wanita dan golongan gadis untuk melakukan aktiviti pelacuran atau sebarang bentuk keruntuhan moral, maka ia boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit (RM 10,000) atau penjara dan denda kedua-duanya.

Manakala seorang lelaki yang disabitkan atas kesalahan kali kedua atau akli kemudian, boleh dikenakan hukum sebab selain daripada sesuatu tempoh penjara yang dikenakan. ii. Dasar Bentuk Rancangan

Rancangan Fizikal Negara (RFN) RFN merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia. Ianya telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April 2005. TUJUAN Rancangan Fizikal Negara dicipta bertujuan : Sebagai panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di Peringkat Persekutuan dan Negeri; Bagi mengukuhkan perancangan Negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi Negara; Menyelaras agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral; Membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan; serta membentuk polisi perancangan fizikal.

iii.

Dasar Bentuk Projek

Rumah Mesra Rakyat Program ini diwujudkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai tempat tinggal atau tinggal di rumah using tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa. TUJUAN Rumah Mesra Rakyat bertujuan memberi peluang kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 65 tahun yang mana pendapatan kasar seisi rumahnya tidak melebihi RM 1,500 sebulan untuk memiliki sebuah rumah yang sempurna dan selesa.

Rumah tersebut akan dibina di atas tanah atau tapak kepunyaan pemohon di mana satu pertiga (1/3) daripada kos pembinaan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Pemohon hanya perlu membayar dua pertiga (2/3) dari kos tersebut. Ini merupakan usaha kerajaan mengurangkan kadar setinggan di mana pihak yang kurang berkemampuan juga turut memiliki rumah yang selesa untuk keluarga masingmasing.

iv.

Dasar Bentuk Program

Program Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar Dasar ini merupakan daya usaha kerajaan dalam kesungguhannya bekerja bagi memperbaiki keadaan hidup masyarakat luar Bandar. Ia telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada Mac 1984 berikutan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke IV. TUJUAN Antara tujuan dasar ini adalah: Untuk meningkatkan mutu dan daya pengeluaran pertanian; Meninggikan pendapatan petani dan pekerja di desa Memudahkan penyampaian perkhidmatan serta lain-lain prasarana; Mengurangkan kemiskinan di kalangan penduduk luar Bandar dengan memupuk semangat berusaha, bekerjasama selain menanam sifat-sifat jaya diri dalam usaha ekonomi yang menguntungkan.

You might also like