Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Office of Director General of Education Malaysia


-

ARAS 8, BLOK E8
Level 8, Block E8

KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E


Government Complex Parcel E,

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN


Federal Government Administrative Centre

Tel: 038884 6077


-

62604 PUTRAJAYA

Fax: 03 8889 4548


-

Laman web: http: www.moe.gov.my.

KP(BS-DSR)8787/002/1/JId.3 ( 3 ) 7 Januari 2008

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 /2008:


PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA ARAB DAN KELAB JAWI DAN KHAT DI SEKOLAH RENDAH YANG MELAKSANAKAN PROGRAM j-QAF Latar Belakang Mata pelajaran Bahasa Arab dan Model Pemulihan Jawi telah diajar di sekolah rendah Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah melaksanakan Program j -QAF mulai pada tahun 2005. Untuk mengukuhkan pengetahuan mereka mengenai tajuk -tajuk yang dipelajari bagi kedua pelajaran tersebut, adalah wajar pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah.

Menyedari keperluan ini, Persatuan Bahasa Arab dan Kelab Jawi dan Khat hendaklah ditubuhkan di semua sekolah rendah yang melaksanakan Program j -QAF sebagai salah sebuah persatuan dan kelab di bawah persatuan Akademik. Kewujudan PBA dan KJK dapat menyemai minat dan mempertingkatkan kualiti pencapaian murid dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.

2.

Rasional 3. Penubuhan Persatuan Bahasa Arab di peringkat sekolah rendah adalah lanjutan daripada penubuhan Persatuan Bahasa Arab sekolah menengah. Penubuhannya akan membantu murid mempertingkatkan penguasaan bahasa Arab dan sebagai asas memantapkan komunikasi mereka dalam Bahasa Arab.

4. Penubuhan Kelab Jawi dan Khat pula berdasarkan pengumuman YB Menteri Pelajaran semasa majlis pelancaran Karnival Jawi dan Khat peringkat kebangsaan pada 28 September 2007 yang lalu sebagai langkah mengekalkan warisan budaya bangsa.

Matlamat

5. Melahirkan pelajar cemerlang yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan dalam usaha membentuk modal insan minda kelas pertama dan mencapai misi nasional.
Objektif

6. Objektif penubuhan Persatuan Bahasa Arab Dan Kelab Jawi Dan Khat di Sekolah Rendah yang melaksanakan Program J-Qaf ialah 6.1 Membantu murid dalam penguasaan bacaan dan tulisan jawi serta dapat melatih mereka berkomunikasi dalam Bahasa Arab melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam persatuan. Menyemai minat murid untuk mencintai tulisan jawi sebagai warisan bangsa dan mencungkil bakat dan daya kreativiti murid dalam tulisan, pemikiran dan pembacaan yang berkaitan dengan jawi. Membentuk dan melahirkan murid-murid yang inovatif dan kritis melalui aktiviti dan pertandingan yang dijalankan oleh persatuan dan kelab. dan murid-murid Mewujudkan ruang peluang kepada mengembangkan minat dan potensi diri melalui penyertaan dalam berbagai aktiviti yang dijalankan dalam persatuan dan kelab.

6.2

6.3

6.4

Keahlian

7. Terbuka kepada semua murid Tahap Dua iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di semua sekolah yang melaksanakan Program j-QAF.
Cadangan Aktiviti

8. Pihak sekolah boleh melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan kemudahan dan persekitaran serta kemampuan murid bagi Persatuan Bahasa Arab dan Kelab Jawi dan Khat. Persatuan Bahasa Arab Berikut dicadangkan beberapa aktiviti Persatuan Bahasa Arab yang boleh dijadikan contoh: a) b) c) d) Majlis ihtifal Bahasa Arab peringkat sekolah Kuiz Bahasa Arab Perbualan Bahasa Arab Minggu Bahasa Arab

e) f) g) h) i)

Pertandingan Buku Skrap Bahasa Arab Pertandingan membaca syair Arab Lawatan sambil belajar. Pertandingan Musamarah (Choral Speaking). Dikir Bahasa Arab

Kelab Jawi dan Khat

Berikut dicadangkan beberapa aktiviti Kelab Jawi dan Khat yang boleh dijadikan contoh: a) b) c) d) e) f) g) h) Kursus menulis Khat Pertandingan membaca jawi Pertandingan menjawi dan merumikan petikan Lawatan Sambil Belajar Sudut Minda Jawi Membina Kolaj Jawi Kem mesra jawi Menyediakan Folio Jawi

8. Kerjasama Y. Bhg. Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Gabungan/Daerah, PengetuaPengetua dan Guru-Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan. Sekian, terima kasih.

s.k. 1. Y.B. Dato' Seri Hishammuddin Tun Husein Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato' Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato' Hj. Noh bin Omar Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

2.

3.

4.

Y . B . D a t i n P a d u k a K o m a l a D e v i Setiausaha Parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran Malaysia Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. 6.

7.

8. 9.

1 0 . Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Malaysia 11. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like