Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Matlamat Model Baru Ekonomi

Menjana ekonomi berpendapatan tinggi yang mapan dan bersifat keterangkuman iaitu penyertaan menyeluruh rakyat Malaysia.

Model Baru Ekonomi: Matlamat dan Ciri


Ciri-ciri Malaysia pada Tahun 2020
Sasaran AS$15,000 20,000 Per kapita pada 2020

Berpandukan pasaran Tadbir urus yang rapi Berintegrasi serantau Keusahawanan

Membolehkan semua komuniti menikamati kekayaan negara sepenuhnya

Memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang

Inovatif

Pendekatan terhadap pembangunan ekonomi: perbezaan antara pendekatan lama dengan MBE
Pendekatan Lama Pertumbuhan terutamanya melalui pengumpulan modal. Menumpukan pada pelaburan dalam pengeluaran dan infrastruktur fizikal dengan gabungan pekerja berkemahiran rendah untuk menghasilkan eksport bernilai tambah rendah. Pendekatan Baru Pertumbuhan melalui produktiviti. Menumpukan pada proses inovasi dan teknologi terkini, disokong oleh pelaburan swasta dan bakat pada paras yang sihat, untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi.

Penyertaan kerajaan yang dominan dalam ekonomi. Pelaburan awam langsung yang besar (termasuk melalui SBK) dalam sektor ekonomi yang terpilih.

Pertumbuhan berpandukan sektor swasta. Menggalakkan persaingan dalam dan merentasi sektor untuk memulihkan semula pelaburan swasta dan dinamisme pasaran.

Pendekatan terhadap pembangunan ekonomi: perbezaan antara pendekatan lama dengan MBE
Pendekatan Lama Pendekatan Baru

Perancangan strategik terpusat. Panduan dan kelulusan daripada pihak berkuasa persekutuan untuk keputusan ekonomi.

Autonomi tempatan dalam pembuatan keputusan. Memperkasakan pihak berkuasa tempatan dan negeri untuk membentuk dan menyokong inisiatif pertumbuhan serta menggalakkan persaingan antara kawasan.
Aktiviti ekonomi berasaskan kelompok dan koridor. Penumpuan aktiviti ekonomi untuk ekonomi ikut bidangan (economies of scale) dan penyediaan perkhidmatan sokongan yang lebih baik.

Pertumbuhan wilayah yang seimbang. Menyebarkan aktiviti ekonomi merentasi negeri untuk meluaskan manfaat daripada pembangunan.

Pendekatan terhadap pembangunan ekonomi: perbezaan antara pendekatan lama dengan MBE
Pendekatan Lama Mengutamakan industri dan firma tertentu. Memberikan layanan istimewa dalam bentuk insentif dan pembiayaan bagi entiti terpilih. Pendekatan Baru Mengutamakan industri dan firma yang berkemampuan teknologi. Memberikan insentif untuk menyokong inovasi dan pengambilan risiko bagi membolehkan usahawan menggunakan produk dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi. Orientasi Asia dan Asia Barat. Membangunkan dan mengintegrasikan dengan giat ke dalam rangkaian kewangan dan pengeluaran serantau untuk mendapatkan manfaat aliran pelaburan, perdagangan dan idea.

Kebergantungan eksport pada pasaran G-3(AS, Eropah dan Jepun). Sebahagian daripada rantaian pengeluaran untuk membekalkan barangan dan komponen pengguna kepada pasaran tradisional.

Pendekatan terhadap pembangunan ekonomi: perbezaan antara pendekatan lama dengan MBE

Pendekatan Lama Sekatan terhadap pekerja mahir asing. Wujud kebimbangan sekiranya bakat asing akan menggantikan pekerja tempatan.

Pendekatan Baru Memelihara dan menarik golongan profesional mahir. Menggabungkan bakat, termasuk tempatan dan asing, yang diperlukan untuk merangsang ekonomi nilai tambah tinggi dan inovatif.

You might also like