Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Soalan:Apakah yang dimaksudkan dengan etika penyelidikan?

Bincangkan langkah- langkah yang perlu diambil oleh seseorang penyelidik agar etika dalam penyelidikan dipatuhi.

Isu Etika penyelidikan: Penyelidikan biasanya dilakukan menggunakan manusia yang


mempunyai perasaan dan pengalaman. Kaedah penggumpulan data dalam sesetengah kajian pula menyentuh rasiah, emosi, hak, hal peribadi, dan kebenaran subjek kajian. Responden mempunyai maklumat rahsia atau sesuatu yang sulit, yang tidak boleh diketahui oleh orang lain. Apabila didedahkan atau diumumkan akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pihak-pihak tertentu, pengkaji perlu mengetahui etika penyelidikan sebelum merancang dan menjalankan kajian. Etika diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud Ethos yang bermaksud budi perkerti yang lazim dipadankan dengan kajian sistematik berkenaan konsep nilai baik,tidak baik, betul dan salah.Konsep yang disebut ini menjadi perhatian dalam kehidupan seharian manusia termasuk para professional termasuk peguam, doctor, guru dean lain-lain termasuklah penyelidik. Pengkaji perlu melihat dua perkara utama dalam etika penyelidikan: 1.Aspek-aspek penting dalam etika penyelikan a.penyertaan sukarela:responden adalah subjek sukarela.Pengkaji boleh menyediakan borang jaminan kajian dan surat persetujuan menjadi reponden. b.Penentuan diri:pengkaji perlu mengetahui individu yang responden mempunyai hak untuk menilai maklumat kajian sebelum membuat keputusan sebelum memutuskan untuk mengambil bahagian atau tidak. c. Kecerdasan fizikal dan psikologi/mental:pengkaji beusaha untuk memastikan keselamatan responden terjamin. d.rahsiah peribadi:3jenis rahsia peribadi(Diener dan Grandall,1978) #kepekaan maklumat yang diberi-merujuk kepada darjah keperibadian atau potensi ancaman atau ugutan terhadap responden setelah maklumat didedahkan. #keadaan persekitaran responden-persekitaran khas responden seperti tempat tinggal, kenderaan, tempat bekerja, dan tempat-tempat yang sering dilawati yang berkaitan dengan kewangan dan hak harta benda. #keupayaan menyebarkan maklumat- keupayaan sesuatu maklumat responden disebarkan. e.Identiti pengkaji: perlu diberitahu kepada responden secara ikhlas dan jujur sebelum meminta kebenaran responden untuk mengambil bahagian dalam kajian.

f.Ketanpanamaan: keadaan di mana orang lain tidak mengenali siapakah subjek kajian yang membekalkan data atau maklumat kajian. Pengkaji perlu merahsiahkan segala maklumat yang dibekalkan oleh pembekal maklumat. g.Perjanjian sulit: Segala maklumat responden haruslah dirahsiahkan. h.Pembelotan:kejadian pecah amanah harus dielakkan oleh pengkaji. i.Pengabui mata dan penipuan:Pengkaji harus memberitahu maklumat yang benar dan mengelakkan maklumat palsu. j.Hak cipta:Pengkaji menggunakan hasil kerja pengkaji lain dengan kebenaran bertulis . jadual:Prinsip etika penyelidikan: Prinsip Ciri-ciri kesamaan Tidak memutar-balikkan data Humanistik Pertimbangan perasaan dan emosi responden kebebasan Subjek membuat keputusan Sulit Maklumat responden tidak didedahkan ketanpanamaan Nama tidak diberitahu Keadaan asal reponden Tidak menimbulkan kesan ve/+ve responden Kejujuran Data dianalisis dengan tepat dan jujur Plagiarism Data dipungut sendiri bukan tiruan

2.Kod etika penyelidikan. Antara kod etika penyelidikan Pengkaji perlu menunjukkan sepenuh identiti dan latar belakangnya kepada responden. Tujuan dan prosedur kajian perlu dijelaskan sepenuhnya kepada responden kajian. Kajian yang dijalankan mestilah tidak memberi ancaman kepada responden. Dapatan kajian perlu dilaporkan secara asit dan ikhlas Rahsia dan kepentingan responden harus dihormati. Pengaburan mata subjek kajian hanya boleh digunakan sekiranya tidak mendatangkan kesan negatif kepada responden, dimana ia amat diperlukan. Subjek kajian mempunyai hak menarik diri drp megambil bahagian dan hak untuk berhenti menjadi responden. Apabila masalah etika timbul, pengkaji perlu mendapatkan asita daripada pengkaji yang lain.

Senarai semak prosedur penyelidikan. Meminta kebenaran secara bertulis drp pihak dan individu yang akan dijadikan sebgai responden. Menghubungi pihak dan individu responden kajian. Menyerahkan garis kasar projek kajian kepada pihak responden untuk menyatakan tujuan prosedur kajian. Memberi jaminan kepada pihak responden kajian bahawa segala maklumat mereka adalah sulit.

Reynolds (1979) menyatakan 5 unsur-unsur dalam kod etika penyelidikan: 1) nilai mengingatkan pengkaji untuk memegang kepada nilai moral tertentu sebelum, semasa dan selepas kajian. 2) kesedaran diri kesedaran tentang tingkah laku yang dilarang dan tangunggjawab diri terhadap responden kajian. 3) profesionalisme mengingatkan pengkaji untuk merancang dan menggunakan kaedah kajian yang tidak mendatangkan kesan negatif kepada responden.

4) kebolehpercayaan mebgingatkan pengkaji agar tidak memanipulasikan data dan hasil kajian, serta membuat laporan secara jujur dan ikhlas. 5) panduan disiplin mengingatkan supaya pengkaji untuk mematuhi peraturan-peraturan penyelidika, bahawa pengkaji tanpa disiplin akan menghasilka dapatan kajian yang tidak sah.

@Etika dan proses penyelidikan@ Peringkat pemilihan permasalah kajian. # kajian tersebut tidak melanggar nilai-nilai:tidak melanggar norma- norma sejagat. #peniruan kajian lepas tanpa pengiktirafan:menyertakan sumber rujukan. #sifat objektiviti:menentukan tujuan dan hipotesis yang dibuat. Peringkat menentukan kaedah penyelidikan #memelihara hak privacy dan dignity responden:subjek tidak didedahkan daripada sebarang ancaman maruah mereka. #melindungi mereka daripada sebarang ancaman fizikal dan mental:tidak meninggalkan kesan sosial. Peringkat penggumpulan data. #penyalahgunaan peranan status pengkaji:menjaga nama baik bidang kajiannya. Peringkat penganalisisan data #berasaskan tujuan jujur dan berobjektif:tidak mengubahsuai data untuk membuktikan hipotesis. #keselamatan data:identitiresponden tidak didedahkan dan data responden dijaga dengan selamat secara sulit. Kesimpulan. Isu penyelidikan sering menjadi perkara yang dititikberatkan dalam proses menjalankan kajian. Aspek penting, Kod etika penyelidikan dan langkah- langkah haruslah diambil berat dalam setiap kajian agar kajian yang dilakukan berjalan dengan lancar dan menepati kehendak kajian.

You might also like