Kkbi BM Ku

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 48

1.

0 Pengenalan

2.0 Definisi Kata Pinjaman

Peminjaman kata asing dapat diertikan sebagai peminjaman bahasa-bahasa lain dengan atau tanpa adaptasi linguistik. Peminjaman kata merupakan salah satu unsur yang sangat lazim berlaku dalam mana-mana bahasa di seluruh dunia. Peminjaman ini terjadi akibat pertembungan budaya berbeza yang secara langsung membawa kepada pertembungan bahasa. Oleh itu, kata pinjam boleh disimpulkan sebagai bahasa yang dipetik atau diambil dari bahasa lain. 3.0 Aspek-aspek dalam Kata Pinjaman Dalam kata pinjaman, terdapat beberapa aspek yang harus diketahui. Antara Aspek-aspek dalam kata pinjaman ialah :

Aspek dalam Peminjaman Perkataan

bentuk pinjaman

Faktor-faktor peminjaman kata

Jenis-jenis peminjaman

Rajah 1 : Aspek-aspek dalam Peminjaman Perkataan

3.1 Bentuk-bentuk Pinjaman Bentuk dalam bahasa yang ringkas ialah cara pengubahsuaian. Kata pinjaman dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu secara terjemah, ubahsuai dan pinjam utuh. Pinjaman terjemah ialah pinjaman kata di mana konsep daripada bahasa lain diambil manakala katanya akan dicari padanannya atau terjemahannya yang ada dalam bahasa melayu. Konsep pinjam terjemah ialah perkataan yang dipinjam daripada bahasa lain, kemudiannya disesuaikan dan diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran.Sebagai contoh, frasa kapal terbang atau pesawat terbang adalah frasa pinjam terjemah daripada bahasa Belanda, vliegtuig, manakala frasa kapal udara adalah pinjam terjemah daripada kata bahasa Inggeris, air-plane. Begitu juga dengan kata dalam bahasa Inggeris, skyscraper menjadi ungratte-ciel dalam bahasa Perancis. Kata bahasa Inggeris honey moon menjadi lune de miel dengan maksud moon of honey dalam bahasa Perancis dan "bulan madu" dalam bahasa Melayu.

Antara kaedah dalam proses pinjam terjemah ialah terjemahan langsung. Kaedah ini dilaksanakan apabila wujud kesepadanan istilah bagi kedua-dua bahasa sasaran dan bahasa sumber. Kata padanan dalam bahasa sasaran menunjukkan bahawa sudah wujud kata dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu dan juga dalam pengetahuan ahli peristilahan. Dalam proses pemadanan ini, makna yang dibawa oleh padanan bahasa sasaran adalah sama dengan makna dalam bahasa sumber. Perkataan Daripada Bahasa Sumber Perkataan Dalam Bahasa Melayu

Root

Akar

Worm

Cacing

Rajah 2 : Contoh Perkataan Pinajaman Terjemahan

Kata padanan dalam bahasa Melayu menunjukkan bahawa sudah wujud kata dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu dan juga dalam pengetahuan ahli peristilahan. Dalam proses pemadanan ini, makna yang dibawa oleh padanan bahasa Melayu adalah sama dengan makna dalam bahasa sumber. Melalui proses pinjam terjemah ini ada kalanya juga penggabungan dua kata dapat mencari padanannya yang setara apabila diterjemahkan seperti "pasangan" yang diterjemahkan daripada viability dan "gila babi" daripada epilepsy.

Ada kalanya kesepadanan terjemahan antara kedua-dua bahasa tersebut tidak dapat dicari, seperti terjemahan "denyutan nadi" daripada pulse. Hal ini demikian kerana, asas terjemahan dalam istilah adalah ketepatan makna bukan makna harafiah. Selain itu, berlaku juga penciptaan kata baru yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu bagi mendukung konsep baru sama ada dalam bentuk satu perkataan, frasa atau gandaan separa seperti terjemahan "tanih" daripada soil, biak baka daripada breed dan "cecair" daripada liquid.

Selain itu, ada kalanya proses pinjam terjemah juga tidak mudah, terutamanya dalam bidang yang lebih khusus dan teknikal. Bahasa Melayu masih kurang efisien untuk mendukung konsep yang saintifik yang timbul bersama-sama dengan kemajuan negara dalam bidang sains, teknologi dan ikhtisas. Kaedah yang sesuai adalah melalui peminjaman dan kaedah ini dilaksanakan dalam pembentukan istilah dalam banyak bahasa di dunia.

Kaedah peminjaman terjemah ini banyak diterapkan oleh penggubal istilah bahasa Melayu dalam bidang yang khusus. Ada bentuk pinjaman yang tidak diasimilasikan, iaitu tidak disesuaikan secara ortografi iaitu sistem ejaannya. Oleh itu, istilah pinjaman ini sama dari segi bentuk mahupun maknanya dalam bahasa asal, seperti istilah "lamina", "orbit" dan "organ". Istilah pinjaman yang diasimilasikan separa dengan cara penyesuaian dari segi ortografi bahasa Melayu, seperti terjemahan "analisis" daripada analysis dan "cip" elektronik daripada chip. Bentuk ini berbeza dengan istilah pinjaman yang diasimilasikan sepenuhnya,
3

Bentuk lain yang wujud ialah kata dasar yang merupakan kata pinjaman dan berimbuhan bahasa Melayu, seperti "kadar kemortalan" iaitu mortality rate dan "meneutralkan" daripada terjemahan neutralize . Frasa "pelarut akues" bahasa Melayu yang diterjemahkan daripada aqueous solvent bahasa sumber ialah bentuk istilah yang unsur penerangnya ialah kata pinjaman.

Dalam menterjemahkan istilah asing, tidak selalu dapat diperolehi istilah yang bersesuaian satu-lawan-satu. Yang penting ialah ketepatan makna dan bukan makna harfiahnya. Misalnya: circular surat pekeliling (bukan perkeliling) network rangkaian (bukan kerja jaring)

Istilah dalam bentuk positif sebaiknya tidak diterjemahkan dengan bentuk negatifnya, atau sebaliknya. Misalnya:

bound morpheme

morfem terikat (bukan morfem tak bebas)

Sememntara itu, pinjaman ubahsuai pula bermaksud kata daripada bahasa asing yang diambil dan diubahsuai ejaannya secara fonemik iaitu sesuai dengan ejaan bahasa Melayu. Bentuk ejaan diutamakan dalam mengeja kata pinjaman. Hal ini bertujuan untuk menyesuaikannya dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Oleh itu, perubahan fonem-fonem asing ke dalam bahasa Malaysia hanya dilakukan apabila diperlukan sahaja. Contohnya :

Bahasa Inggeris Structure Cartoon Conductor Dialogue Institute Carbon

Bahasa Malaysia Struktur Kartun Konduktor Dialog Institut Karbon

Namun

demikian,

pinjaman

utuh

berlaku

apabila

kedua-dua

proses

sebelumnya seperti pinjam terjemah dan pinjam ubahsuai tidak dapat dilaksanakan.

3.1.1 Faktor Peminjaman Perkataan. Terdapat banyak bahasa yang bertembung dengan bahasa Melayu dalam sejarah perkembangannya, tetapi terdapat tiga buah bahasa yang agak banyak mempengaruhi bahasa Melayu , iaitu Sanskrit, Arab dan Inggeris..Terdapat bebrapa faktor yang mendorong peminjaman perkataan daripada bahasa asing kedalam bahasa Melayu.

Antara faktor-faktor tersebut ialah, membentuk istilah-istilah baru. Hal ini berlaku adalah untuk meningkatkan lagi bahasa mengikut keadaan dan masa. Contohnya, bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris meminjam lebih daripada 300 bahasa asing sebelum bahasa itu berdiri sebagai bahasa moden hari ini.

Apabila lahir tamadun atau ilmu baru, Bahasa Melayu terpaksa meminjam unsur asing untuk memberikan kefahaman kepada fenomena atau benda baru itu. Contohnya ketika agama Hindu mula memasuki alam Melayu banyak perkara baru yang berkaitan agama baru itu perlu diperjelaskan, lalu lahirlah pinjaman daripada Bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka, sembahyang, puasa dan sebagainya. Kemudian apabila ilmu sains dan teknologi melahirkan benda serta ciptaan baru, Bahasa Melayu perlu meminjam perkataan Bahasa Inggeris seperti komputer dan televisyen.
5

Pendidikan juga menyebabkan unsur asing meluas dalam Bahasa Melayu, khususnya Inggeris dan Arab. Istilah baru kadangkala diambil daripada kedua-dua bahasa itu apabila Bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan yang benar-benar tepat.

Seterusnya faktor, Perniagaan dan perdagangan. Hal ini ini sudah berlaku sejak dahulu hingga sekarang. Bidang-bidang ini telah membawa unsur baru kedalam bahasa Melayu kerana sifat bidang ini yang sentiasa berkembang mengikut zaman serta melalui pelbagai negara yang akhirnya perkataan-perkataan asing yang biasa digunakan didalam bidang itu diterima pakai oleh masyarakat tempatan. Jika dahulu perkataan sanskrit dan Arab digunakan sebagai ukuran seperti gantang, kati dan dirham digunakan, tetapi ketika ini Inggeris pula berperanan besar seperti kilogram, komoditi dan sebagainya. Faktor seterusnya ialah psikologi. Sememangnya sifat semulajadi manusia yang suka menggunakan bahasa yang dianggap lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibunda sendiri. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya masyarakat penutur akan meminjam perkataan-perkataan tertentu daripada bahasa lain lalu akan diterima pakai dalam sesuatu bahasa tersebut.

3.1.2 Jenis Jenis Pinjaman Dalam Bahasa Melayu Terdapat tujuh jenis peminjaman bahasa asing kedalam bahasa Melayu. Antaranya ialah :

i. Peminjaman tulen ii. Peminjaman kacukan iii.Peminjaman pemerian v. Peminjaman berpindah vi. Peminjaman dialek vii. Peminjaman kuno

Rajah 1 : Jenis Peminjaman Bahasa Asing kedalam Bahasa Melayu

Pinjaman tulen ialah Pinjaman yang mengambil sepenuhnya bunyi dan makna bahasa asing berkenaan contohnya televisyen daripada bahasa Inggeris dan iman daripada bahasa Arab. Cuma yang disesuaikan ialah dari segi sistem ejaan. Peminjaman kacukan merujuk kepada dua perkataan yang sama disatukan dan membawa kepada satu makna sahaja. Contohnya kasut but, pintu gate dan cuba terai. Pinjaman jenis pemerian pula berlaku apabila perkataan sedia ada dalam Bahasa Melayu diperikan dengan satu perkara lain hingga membentuk satu perkataan baru. Contohnya bagi perkataan aeroplane dalam Bahasa Inggeris tidak cuba disesuaikan dengan sistem bunyi dan ejaan. Oleh sebab dalam Bahasa Melayu terdapat perkataan kapal di laut, maka perkataan itu diperikan dengan kata terbang untuk membentuk perkataan baru iatu kapal terbang. Contoh lain ialah peluru berpandu dan kapal selam.

Peminjaman dilek berlaku kerana di Tanah Melayu terdapat banyak dialek sama ada utara, pantai timur seperti negeri Kelantan dan Terengganu, Negeri Sembilan,Johor dan banyak lagi. Peminjaman jenis ini mengambil sepenuhnya dialek tersebut. Contohnya perkataan kelmarin, berasal dari batas utara, Mek Kelantan, dan perkataan Jom dari Negeri Sembilan. Peminjaman kuno berlaku dengancara mengambil semula perkataan kuno dalam Bahasa Melayu yang dianggap lebih tepat untuk sesuatu perkara. Contohnya dermaga, purnama dan limbungan. Peminjaman berpindah mengambil kira bunyi tetapi berbeza makna sebenar. Contohnya vokal dalam Bahasa Melayu hanya terdiri daripada huruf a, e, I, o, dan u sahaja, tetapi perkataan Inggeris vowel menjelaskan semua bunyi berdasarkan huruf itu termasuk e pepet dan e taling.

4.0 Penyesuaian Ejaan Perkataan Pinjaman Secara umunya, peminjaman berlaku secara langsung daripada bentuk morfem dan makna sesuatu bahasa seperti but daripada bahasa inggeris dipinjam tanpa ditukar ke dalam bahasa melayu iaitu but. Jenis peminjaman lain ialah seperti peminjaman secara ubah iaitu penggantian yang melibatkan fonem dsan dilakukan secara sempurna. Selain itu, ia juga melibatkan penggantian morfem sempurna secara spesifik. Penyesuaian ejaan dalam bahasa Melayu mempunyai peraturan khas. Penyesuaian kata pinjaman dalam bahasa Melayu mengambil kira faktor-faktor yang berikut:

Penyesuaian huruf-huruf ..konsonan

Pengekalan atau pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama

Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal.

a) Penyesuaian huruf-huruf konsonan yang dapat ditunjukkan seperti di dalam rajah berikut: Huruf Cs C,cc k Cc ks Ph f Qk Rh r Sc sk Sch sk Th t Wh w X ks Cent Classic Vaccine Phenomena Quality Rhythm Telescope Scheme Theory Whistle Express Inggeris Sen Klasik Vaksin Fenomena Kualiti Rima Teleskop Skim Teori Wisel Ekspres Melayu

a) Pengekalan atau pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama. Huruf B,bb b Ff f Gg g Nn n P, pp p R, rr - r S, ss - s T, tt Z, zz z Lobby Traffic Aggressive Tennis passport lorry satus tractor zodiac Inggeris Lobi Trafik Agresif Tenis pasport lori status taktor zodiak Melayu

10

b) Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal. Huruf Ae e Ee i Ie ai Oe e Ou u Ue u Ue digugurkan Inggeris Aesthetics Beer pie foetus coupon tissue cheque Estetik Bir Pai Fetus Cupon Tisu Cek Melayu

11

4.0 Pinjaman Perkataan Daripada Pelbagai Bahasa 4.1 Pinjaman Perkataan Daripada Bahasa Sanskrit Pengaruh sanskrit amat dominan dalam Bahasa Melayu kerana agama Hindu adalah peradaban awal yang tiba di Kepulauan Tanah Melayu. Kedatangan agama Hindu turut membawa banyak perkara baru dalam hal yang berkaitan agama.Bukti Bahasa Melayu menerima pengaruh sanskrit terdapat dalam batu bersurat pada abad ke-7 dan 13 . Antara lokasi batu bersurat tersebut ialah : Kedukan Bukit, Palembang pda tahun 683 M. Talang Tuwo, Palembang pada tahun 684 M.

Kota Kapur, Pulau Bngka pada tahun 686 M. Karang Brahi, Meringi, daerah hulu JambiPada Tahun 686 Masihi

Rajah 2 : Lokasi Penemuan Batu Bersurat.

Selain itu, kedatangan agama Hindu turut membawa kitab Mahabrata dan Ramayana yang sarat dengan ajaran agama. Keadaan ini sekaligus menyebabkan bahasa sanskrit tersebar berikutan penyebaran agama Hindu. Aspek yang paling

banyak dipinjam ialah kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi, walaupun pada peringkat awal sistem tulisan turut dipinjam seperti tulisan yang terdapat di batu bersurat. Antara perkataan yang dipinjam adalah :

12

Asmara Abstrak Cinta

Rajah 3 : Contoh Perkataan Abstrak Pinjaman Snskrit

Pahala Agama Puasa Dewa Syurga

Rajah 4 : Contoh Perkataan Pinjaman Sanskrit Berunsur Agama.

Maharaja Santap Bahasa Istana Baginda Paduka

Rajah 5 : Contoh Perkataan Pinjaman Sanskrit Untuk Bahasa Istana

13

Saudara mara Suami Masyarakat dan Saudara Isteri Ayah

Rajah 6 : Contoh Perkataan Pinjaman Sanskrit dalam Masyarakat Kepala Lidah Tubuh Badan Bahu Urat

Rajah 7 : Contoh Perkataan Pinjaman Sanskrit Bagi Tubuh Badan

Senjakala Hari Waktu Dinihari Purnama

Rajah 8 :Contoh Perkataan Pinjaman Sanskrit Menunjukkan Waktu

14

Merdu Kata Sifat Mesra Dahaga

Rajah 9 : Contoh Perkataan Pinjaman Sanskrit Bagi Sifat

Seroja Tumbuhan Teratai Melati Rajah 11 : Contoh Perkataan Pinjaman Sanskrit Bagi Tumbuhan

4.1.2 Peminjaman Perkataan Daripada Bahasa Arab Selepas agama Hindu, orang Melayu mula menerima pengaruh Islam pada akhir abad ke-13. Kedatangan agama Islam turut membawa pengaruh bahasa Arab. Apatah lagi, setiap penganut agama Islam diwajibkan belajar kitab suci al-Quran. Oleh kerana al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab, maka bahasa itu mudah diterima ke dalam Bahasa Melayu. Penyebaran agama Islam ini berlaku melalui pendakwah, alim ulama serta pedagang. berlaku ialah perkahwinan campur antara orang Melayu dengan Arab. Seperkara lagi yang menyebabkan agama Islam mudah berkembang kerana ia bermula dari istana apabila golongan pemerintah lebih dahulu menganut agama suci itu. Kedatangan pengaruh Arab-Islam telah menyumbangkan kepada penulisan bahasa Melayu dalam tulisan `Arab yang akhirnya disebut tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini digunakan antara lain bagi memudahkan orang-orang Melayu yang rata-rata beragama Islam membaca Al-Quran.

15

Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila sistem pendidikan Malaysia menukar tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, ramai orang-orang Melayu mula tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik. Ia dinamakan sindrom Buta Jawi atau Buta Al-Quran. Hampir sebahagian besar perbendaharaan bahasa Melayu meminjam perkataan bahasa Arab.Bahasa Arab telah mempengaruhi bahasa Melalui bebrapa aspek, antaranya ialah : perbendaharaan kata sebutan kata tulisan

Islam nabi Agama iman tasawuf

Rajah 12 : Contoh perkataan Pinjaman Bahasa Arab Untuk Agama

Tarikh, Kitab Ilmu pengetahuan Falak Hisab

16

Abdullah maklumat iklan qadhi Rajah 13: Contoh Perkataan Pinjaman Bahasa Arab bagi Ilmu Pengetahuan

akal nafsu Perasaan dan fikiran ilham niat

Rajah 14 : Contoh Perkataan Pinjaman Bahasa Arab Untuk Perasaan dan Fikiran

hakim wajib Undangundang haram makruh

Rajah 15 : Contoh Perkataan Pinjaman Bahasa Arab bagi Undang- undang

Sebutan dengan pengaruh Arab-Islam ini turut membezakan antara penutur asal bahasa Melayu iaitu orang-orang Melayu dengan penutur bukan asal seperti kaum Cina, India, atau bangsa Eropah kerana penutur bukan asal ini tidak dapat menyebut

17

beberapa perkataan yang menerima pengaruh Arab. Antara perkataan pinjaman yang boleh membezakan penutur asli Melayu dan bukan melayu ialah :

Rajah 16 :Perkataan Pinjaman Bhasa Arab yang membezakan penutur asli Melayu

Selain itu, struktur Bahasa Melayu, terutama pada zaman Bahasa Melayu klasik banyak terpengaruh dengan Bahasa Arab. Ini dapat dilihat apabila susunan dalam teks Melayu klasik banyak menggunakan ayat songsang dan ayat pasif seperti juga dalam Bahasa Arab.Bahasa Melayu juga meminjam unsur bunyi Bahasa Arab seperti :

Unsur Bunyi Kh Th Gh Sy F Z Dh

Perkataan khilaf mithal ghaib syarat fakir zikir dhaif

Rajah 17 : Bunyi yang dipinjam darripada Bahasa Arab

18

4.1.3 Perkataan Pinjaman Bahasa Inggeris Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk mengambarkan situasi baru yang memanggil satu panggilan khusus merujuk kepadanya. Namun demikian, kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud. Dewan Bahasa dan Pustaka telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan. Penggunaan perkataan sebegini yang meluas di media pencetakan dalam bahasa Melayu di Malaysia seperti pada akhbar Utusan Malaysia telah mengeruhkan lagi permasalahan ini. Terdapat dua Punca pinjaman perkataan daripada Bahasa Inggeris berlaku, antaranya ialah : Penjajahan Pendidikan Pendidikan Bahasa Inggeris disekolah telah menyumbang kepada peningkatan bilangan penutur bahasa Inggeris dalam kalangan orang Melayu pada masa kini. Selain itu, Peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa telah membawa kepada Penyerapan istilah daripada bahasa Inggeris untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa moden. Antara aspek pinjaman perkataan daripada bahasa Inggeris termasuklah: a) kosa kata b) awalan c) akhiran
19

d) bunyi e) nahu f) peribahasa dan kata hikmat.

Kosa kata

bot, boikot, lori, lokap, polis, bas, doktor, warden, aiskrim, elaun,sains

Rajah 18 : Peminjaman Kosa Kata Daripada Bahasa Inggeris

Awalan

pro, anti, sub, poli, auto, supra

Rajah 19 : Contoh Peminjaman Perkataan Inggeris dari segi Awalan

Akhiran

isme, ik, si, al, is

Rajah 20 : Contoh Peminjaman Perkataan Inggeris dari segi Akhiran

20

Bunyi O

blok, korupsi

Rajah 21 : Contoh Peminjaman Perkataan Inggeris dari segi Bunyi

Nahu ( Kata Pemeri )

Ialah, dan.

Rajah 22 : Contoh Peminjaman Perkataan Inggeris dari segi Nahu

peribahasa

di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where theres a will theres away).

Rajah 23 : Contoh Peminjaman Peribahasa Inggeris

21

4.1.5 Kata Pinajaman Daripada Bahasa Jawa Selain bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris, bahasa Melayu juga turut meminjam perkataan-perkataan daripada bahasa Jawa. Bahasa Melayudan bahasa Jawa merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama yang membawa kepada peminjaman bahasa Jawa dalan bahasa Melayu. Antara faktor-faktor tersebut ialah : Faktor Peminjaman Bahasa Jawa

Pengaruh melalui penyebaran cerita panji

Pengaruh melalui interaksi sosial.

Rajah 24 : Faktor Peninjaman Bahasa Jawa

Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Petempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor dan negeri Johor Peminjaman perkataan bahasa Jawa dalam bahasa Melayu beerlaku kerana orang-orang Jawa yang berhijrah ke tanah Melayu membawa bersama cerita-cerita panji mereka dan menyebarluaskan cerita panji mereka kepada masyarakat Melayu pada ketika itu. Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja. . Bukan itu sahaja, melalui interaksi penduduk tempatan dengan masyarakat Jawa

terutama sekali dalam bidang perdagangan telah menyebabkan unsur-unsur Jawa


22

dipinjam ke dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa katakata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orangorang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar. Anatara perkataan yang dipinjam daripada bahasa Jawa:

Perkataan Pinjaman Andong Batok Berangasan Adipati

Maksudnya Kereta kuda ( sewaan ) Tempurung Mudah naik marah Raja

Rajah 25 : Contoh Perkataan Pinajaman Dalam Bahasa Jawa

23

5.0 Penggunaa Kata Serapan 5.1 Definisi Kata Serapan Dalam perkembangannya, bahasa Melayu menyerap unsur daripada pelbagai bahasa lain, baik daripada bahasa daerah mahupun daripada bahasa Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris dan bahasa lain. Berdasarkan taraf perpaduannya unsur penyerapan dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada dua golongan besar: unsur asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti vis-a-vis, landrover, ad-hoc, pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan seperti dalam bahasa sumber. kata asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu. Dalam penerapan ini, bentuk visual diutamakan. 5.1.1 Faktor-faktor Penyerapan perkataan Pertembungan dan perkembangan anatara tamadun telah membawa kepada penyerapan perkataan daripada bahasa asing kedalam bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, untuk mempastikan perkembangan bahasa Melayu. Terdapat beberapa faktor yang menyebbabkan penyerapan perkataan bahasa asing. Salah satu faktor tersebut ialah kerana adanya perhubungan antara budaya. Menurut Sapir ( 1994 : 192 ) antara sebab terjadinya penyerapan unsur-unsur bahasa asing kerana adanya perhubungan budaya. Pendapat ini turut disokong oleh Jones (984: 38) berpendapat bahawa pemahaman terhadap proses penyerapan kata-kata asing berlaku kerana terdapat perhubungan budaya yang menyebabkan penyerapan tersebut. Disamping itu, unsur asing diperlukan untuk melambangkan benda atau konsep yang baru yang tidak terdapat didalam bahasa Melayu tersebut. Contohnya perkataan . Oleh hal yang demikian maka berlakulah penyerapan daripada unsure asing untuk melambangkan perkataan tersebut.
24

Faktor seterusnya ialah terdapat padanan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu tetapi penggunaanya adalah rendah, manakala kata asing tersebut pula kerap digunakan dan lebih disuakai. Oleh itu, berlakulah penyerapan perkataan secara tidak langsung kedalam bahasa Melayu. Kata serapan juga selalu digunakan untuk keperluan mencantikkan lagi ungkapan atau untuk menyatakan perkataan-perkataan yang tidak sopan didalam

bahasa Melayu kepada ungkapan yang lebih sopan. Contohnya, penis daripada bahasa asing yang merujuk kepada alat kelamin lelaki didalam bahasa Melayu. Faktor yang lain pula ialah, seorang blingual memerlukan kata serapab asing untuk mengungkapkan hal-hal budaya asing yang diketahuinya. Contohnya, opera,

drama dan balet.nd, dan aksesories. Interaksi tamadun Melayu dengan tamadun-tamadun luar merupakan titik tolak kepada penyerapan budaya, cara hidup dan banyak lagi kedalam kehidupan masyarakat Melayu. Penyerapan ini dilakukan terhadap hal-hal yang positif dan tidak dianggap bertentangan denga agama. Namun demikian, dalam peristlahan perkataan juga bahasa Melayu turut menerima perkataan-perkataan asing.

25

5.1.2 Kaedah Penyerapan Perkataan Asing Penyerapan perkataan asing itu haruslah memudahkan penyelarasan sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim. Bentuk-bentuk serapan kata bergantung pada situasi pemakai, kemudahan belajar bahasa dan kepraktisan. Istilah asing yang sudah lama digunakan hendaklah terus dipakai walaupun ada kalanya tidak sesuai dengan peraturan untuk menjauhkan kekacauan. Contohnya:

Campaign Custom Dengue Grant Pension

kempen kastam denggi geran pencen

Rajah 26 : Perkataan Serapan yang Lazim Digunakan

Proses penyerapan bahasa asing kedalam bahasa Melayu dilakukan dengan mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan atau sebutan. Kaedah ini menunjukkan bahawa istilah bahasa Melayu dapat memindahkan ilmu pengetahuan kerana berunsurkan transpirasi teks bahasa asing. Proses penyerapan istilah asing mengutamakan bentuk ejaannya supaya sesuai dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Contohnya :

26

Ejaan Asal daripada Bahasa Asing Cemera Analysis Host

Penyesuaian Ejaan dalam Bahasa Melayu Kamera Analisis Hos

27 : Contoh Perkataan Serapan yang Mengalami Penyesuaian Ejaan Istilah penyerapan asing jelasnya boleh dipinjam atas dasar penyesuaian makna yang lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya. Selain itu, bahasa Melayu juga turut menyerap imbuhan istilah asing. Imbuhan yang diserap itu disesuaikan dengan ejaan bahasa Melayu. Penyesuaian imbuhan istilah asing (Indo-Eropah) masuk ke dalam bahasa Melayu melalui bahasa Inggeris. Imbuhan yang diserap dan diterjemahkan secara keseluruhan bersama istilahnya, diberikan padanan dalam bentuk imbuhan bahasa Melayu atau diterjemahkan sebagai bahagian daripada keseluruhan istilah dalam bahasa Melayu. Contohnya : Imbuhan Serapan antiisme -infra Inter-

Rajah 28 : Contoh Imbuhan Serapan

27

Penulisan kata serapan adalah menurut kaedah-kaedah seperti berikut:

Bil

Pola

Contoh Perkataan Bahasa Melayau Bahasa Inggeris

a tetap a

Ras Abstrak Oktaf Plat

Race Abstract Octave Plate

ae jika tidak bervariasi dengan e tetap ae

Aerial Aerograf Aerob

Aerial Aerograph aerobe

3 estetik hemoglobin hematit aesthetics haemoglobin haematite

ae jika bervariasi dengan e jadi e

28

ai tetap ai

Aileron Trailer Kaison

Aileron Trailer Cassion

ao tetap ao

paolo

Paolo

au tetap au 6

Automatik Tautologi Umlaut Auditorium

Automatic Tautology Umlaut auditorium

Karbon o jadi k 7 Klasik Korpus

Carbon Classic Courpus

8 a jadi k

Akru Akomodasi Akumulasi

Accru Accomodation Accumulation

29

cc jadi ks 9

Aksen Vaksin

Accen Vaccin

10 ch jadi s

Sifon Mesin Eselon

Chiffon Machine Echelon

11

dh jadi d

Darurat Hadir Darab

Dharurat Hadhir Dharab

12 e tetap e

Efektif Deskripsi Sintesis Sistem

Efective Descriptive Synthesis System

30

1 13 ea tetap ea

Bearing Idealis Gear Kongea Habeas

Bearing Idealist Gear Congea Habeas

14 ee jadi i

Jip Bir Cimpanzi dekri

jeep beer Chepanzee decree

15 ei tetap ei

ateis fenolftalein protein

etheist phenolphthalein protien

31

eo tetap eo

Stereo Nukleon Geometri Zeolit

Stereo Nucleon Geometry Zeloite

32

33

6.0 Pola Keselaran Vokal Keselarasan vokal merujuk kepada kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Penyelaran huruf huruf vokal boleh berlaku dengan mematuhi prinsip-prinsip yang berikut:

Prinsip Penyelarasan Huruf Vokal

Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar.

Kata dasar hendaklah berakhir denga suku kata tertutup atau huruf konsoan.

Bagi perkataan yang melibatkan lebih daripada dua suku kata, yang diterima dalam sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

34

Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal. Oleh itu terdapat empat penjelasan berkenaan proses penyelarasan tersebut. Penjelasan ini akan membantu kita untuk mengingat dan memahami lapan belas pola tersebut. Antara penjelasan tersebut ialah :

i)

Garisan segi tiga yang berhubungan manunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan antara satu sama lain,maka terbentuklah pola: a-i i-u u-a a-u u-i i-a e-o o-e

(ii)

Huruf yang berada di dalam bulatan dan separuh bulatan menunjukkan bahawa

setiap vokal tersebut boleh dipasangkan dengan vokal itu sendiri,maka terbentuklah pola:

35

a-a i-i u-u e-e o-o

(iii)

Huruf yang berada di dalam separuh bulatan menunjukkan vokal e taling dan o

berada bertentangan dan masing-masing mempunyai anak panah yang menghala ke atas,maka terbentuklah pola: e-a o-a

(iv)

Huruf vokal e pepet yang berada dalam segi empat mempunyai tiga anak panah

yang menghala ke huruf a,I dan u,maka terbentuklah pola: e-i e-u e-a

36

Daripada 18 pola itu,ada lapan pola yang merupakan pola yang berubah daripada sistem ejaan lama.Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vocal i atau u pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir menggunakan huruf vokal a,e pepet,I atau u seperti yang berikut: Bil Ejaan Lama Pola 1 2 3 4 5 6 7 8 a-e taling a-o e pepet-e taling e pepet-o i-e taling i-o u-e taling u-o Contoh Aleh Batok Lebeh Tempoh Pileh Tidor Usek Untong Ejaan Baru Pola a-i a-u e-i e-u i-i i-u u-i u-u Contoh Alih Batuk Lebih tempuh Pilih Tidur usik untung

Perkataan yang terlibat biasanya mengendungi huruf konsonan yang berakhir dengan h,k,ng dan r.Bagi pola yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama,maka digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup jika suku kata praakhir menggunakan huruf vokal e taling atau o juga.Contoh: Bil 1 2 3 4 Pola e taling-e taling e taling-o o-e taling o-o Contoh Perkataan leceh,gelek,teleng,selekeh tempoh,belok,telor,selekoh oleh,boleh,ponteng,celoteh pokok,boron,kelompok,seloroh

37

6.1 Pola Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal Terdapat enam belas pola yang mengalami pengecualian dalam peraturan keselarasan huruf vokal. Antaranya ialah :

Contoh Perkataan Bil Pola Bahasa Nusanatara 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 a - e taling a-o e pepet - e taling e pepet - o i e taling I-o u e taling u-o a e pepet e taling - i e taling - u e pepet e pepet i e pepet Demdem, pepet iseng Artikel, filem, partikel Aneh, awet, kaget Calon, lancing, lapor gembleng Jempol, bendok imlek Ijon, pilon Tulen, ulet Lelucon,buron, bunglon pakem Gebenor, interkom Parlimen, simen, tiket Diftong, transisitor Subjek, dokemen Kupon, konduktor Teater Hipotesis, objektif Petroleum, spektrum Bahasa Inggeris Kabaret, panel Atom, kontarktor

38

14 15 16

O-i o-u u e pepet lumer

Fosil, hipokrit Bonus, forum Skuter

39

7.0 Komunikasi Bertulis 7.1 Kertas Kerja 7.1.1 Konsep Kertas Kerja

Konsep

Hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau ditulis untuk dikemukakan kepada sebuah kumpulan.

Kertas

kerja

bererti

kerja

yang

dilaksanakan di atas kertas. Ia satu perancangan. Satu rangka kerja. Satu kerja permulaan untuk satu kerja sebenar yang akan dimulakan serta dihabiskan satu masa kelak.

40

7.1.2 Tujuan Kertas Kerja

Memohon kelulusan mendapatkan kewangan

Tujuan Kertas Kerja dilaksanakan.

Kelulusan menjalankan projek.

Untuk mendapatkan sesuatu.

41

Setiap kertas cadangan yang lengkap mestilah mematuhi format seperti yang dilampirkan. Selain daripada itu, ia juga mesti mempunyai perkara-perkara berikut:1. Muka hadapan. 2. Halaman Senarai Kandungan. 3. Nombor halaman pada setiap muka surat. 4. Menggunakan jenis font dan saiz font yang sama, misalnya Arial 11pt.

6. a) Kertas Cadangan

Penulis pada permulaannya harus faham bahawa tiada satu definisi atau penerangan yang tepat boleh diberikan tentang perkataan ataupun konsep 'cadangan'. 'Cadangan' boleh bersifat pelbagai bentuk. Ada yang berkaitan dengan penyelidikan atau kajian yang berbentuk akademik. Ada pula yang berkaitan dengan penghujahan tentang sesuatu falsafah, konsep, atau teori iaitu satu hujah akademik tentang sesuatu pemikiran ataupun pandangan (biasanya dipanggil kertas konsep). Ada pula yang merupakan satu penghujahan dalam mengutarakan sesuatu pemikiran dalam membina, mendirikan, mewujudkan sesuatu usaha yang pada konsep, teori, dan rasionalnya boleh dilaksanakan (tidak bersifat akademik). Kertas cadangan ini ditulis bagi menyakinkan pembaca tentang kemungkinan perkara itu dilaksanakan dengan 42

memberi alasan berbentuk matlamat dan tujuan supaya kelulusan/kebenaran diberi.

Penulisan kertas cadangan bermula dengan adanya tesis (pandangan, pendapat, pemikiran yang menjadi satu isu dan permasalahan kepada penulis). Penulis berharap untuk mencari penyelesaian dan jawapan terhadap tesis yang wujud dalam pemikirannya itu. Ia satu tugas yang memakan masa yang lama dan susah.

Proses mencari jawapan kepada tesis yang dibangkitkan itu perlu dijalankan secara saintifik iaitu cara tersusun, objektif, dan sistematik. Semua tindakan yang dilakukan mesti dipertanggungjawabkan, ada alasannya, ada dalilnya, boleh dihitung, dan diukur.

Format kertas cadangan penyelidikan atau kajian pada umumnya mempunyai susunan dan tajuk-tajuk berikut:

(bagi kertas cadangan akademik yang paling penting ialah empat langkah/tajuk pertama)

a) Pengenalan latar belakang, keadaan semasa iaitu statement of the problem, tujuan dan objektif penyelidikan, hipotesis/persoalan yang hendak dijawab

b) Tinjauan Bacaan (Literature review) bentuk/bina pendirian dahulu sebelum mencari bahan bacaan yang boleh menyokong pendapat/pendirian kita

c) Metodologi (cadangan) - cara untuk mendapatkan data (sama ada kajian behavioral ataupun non-behavioral), contohnya cara kualitatif iaitu dengan mendapatkan data melalui temu bual (face to face, telefon/soal selidik- sama ada berstruktur [paling mudah, mengikut skala Likert yang mempunyai beberapa pilihan ataupun jenis soalan yang memerlukan jawapan ya/tidak], separa struktur, open-ended dll.) ataupun dengan cara kuantitatif (kiraan statistik). Untuk kertas cadangan yang bukan berbentuk kajian hendaklah digantikan dengan huraian/perbincangan 43

konsep

d) Analisis Data (cadangan) e) Keputusan dan Perbincangan (andaian hasil yang akan diketemui)

f) Penutup g) Bibliografi/Rujukan tidak perlu senarai yang panjang

h) Lampiran/Apendiks (Appendix)

6. b) Kertas Kerja

Seperti yang dibincangkan tentang kertas cadangan, kertas kerja juga tidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

Dalam bidang akademia penulisan 'kertas kerja' (academic working paper) pada asasnya tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi atau pendapat seseorang yang berpegetahuan dalam bidang tertentu dan menyatakan penerimaan atau penolakan, persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasil penyelidikan orang lain.

Organisasi kertas kerja dengan kertas cadangan hampir serupa. Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang ditambah di dalam kertas kerja. Format kertas kerja untuk mendapatkan 44

kelulusan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk berikut:

a) Pengenalan dan Latar Belakang (sedikit tentang sejarah diberikan, isu dan masalah juga dikemukakan di dalam bahagian ini)

b) Tinjauan Bacaan (amat digalakkan dimasukkan untuk membuktikan perkara itu boleh/patut dilaksanakan/ diberi melalui contoh/data yang diperolehi daripada pembacaan)

c) Penerangan yang terperinci (dihuraikan) tentang tujuan kertas kerja seperti memulakan perniagaan, projek, atau program latihan untuk mempengaruhi dan meyakinkan ketua jabatan/jawatankuasa penilai memberi kelulusan d) Implikasi Kewangan berapa banyak yang diperlukan dan bagaimana peruntukan itu hendak dibelanjakan, harus tunjukkan keadaan kos efektifnya

e) Proses Pelaksanaan (biasanya dalam bentuk kronologi, tunjukkan skedul/jadual pelaksanaan)

f) Implikasi Pelaksanaan (terhadap kumpulan yang disasarkan dan kewangan agensi itu)

g) Keputusan dan Perbincangan (sumbangan kepada jabatan, negeri, dan negara, kemukakan hanya yang positif, jangan beri yang negatif)

h) Penutup (Penegasan semula tentang tujuan kertas kerja ini iaitu kebaikannya)

i) Bibliografi/Rujukan

j) Lampiran/Apendiks (Appendix)v

45

Kertas Kerja

Seperti yang dibincangkan tentang 'kertas cadangan', kertas kerja' juga tidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat. Pada umumnya 'kertas kerja' ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu 'peruntukan kewangan' (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

Dalam bidang akademia/ilmiah penulisan 'kertas kerja' pada asasnya tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi atau pendapat seseorang yang berpegetahuan dalam bidang tertentu dan menyatakan penerimaan atau penolakan, persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasil penyelidikan orang lain.

46

Organisasi kerta kerja dengan kertas cadangan hampir serupa.

10

Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang ditambah di dalam kertas kerja. Format kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk berikut:

Pengenalan (kenyataan akhbar/laporan ataupun kata-kata yang pernah diluahkan oleh seseorang tentang perkara yang hendak dilaksanakan itu) dan Latar Belakang (berbentuk sejarah - gunakan soalan 5w [what, where, when, who, why] dan 1h [how])

Tinjauan Bacaan

Penerangan yang terperinci tentang tujuan kertas kerja (huraikan) seperti memulakan perniagaan, projek, atau program latihan

47

Implikasi Kewangan (secara terperinci) biasanya yang diberi secara satu persatu dalam lampiran

Proses Pelaksanaan (secara terperinci) yang diberi secara kronologi itu sepatutnya diberi dalam lampiran juga

Implikasi Pelaksanaan (jangkaan kepada kumpulan yang disasarkan)

Keputusan dan Perbincangan (jangkaan sumbangan kepada jabatan, negeri, dan negara)

Penutup (Penegasan semula tentang tujuan kertas kerja ini iaitu kebaikannya)

Bibliografi/Rujukan

Lampiran (Appendix)

48

You might also like