RBT 3120

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

RBT 3120 |1

1.0

PENGENALAN Fesyen pakaian yang cantik dan bersesuaian dengan bentuk badan dapat

menyerlahkan keterampilan pemakainya. Kecantikan sesuatu fesyen pakaian dan artikel rumah tangga bergantung kepada beberapa perkara. Antaranya ialah fabrik, potogan yang dibuat, serta jenis dan cara jahitan yang dipadankan.

Salah satu kerjaya yang berkaitan dengan stail atau fesyen pakaian ialah pereka fesyen. Pereka fesyen mampu mengubah dan mereka sesuatu fesyen pakaian mengikut trend semasa dan cita rasa mereka menempah pakaian berkenaan. Kerjaya ini memerlukan kreativiti yang tinggi dan dapat memberikan kepuasan dan kejayaan Tugasan kerja kursus projek, (KKP) ini mengkehendaki saya untuk menghasilkan sehelai blaus. Blaus yang dihasilkan ini perlu mematuhi beberapa criteria yang telah ditetapkan. Tugasan ini juga dapat dikelaskan mengikut bahagian dan komponen-komponen yang tertentu seperti berikut pada bahagian pemerolehan data.

Bahagian yang pertama ialah lakaran stail pakaian. Bahagian ini memerlukan saya untuk melakarkan tiga jenis lakaran blaus yang ingin dihasilkan. Lakaran yang dibuat mestilah meliputi pandangan hadapan dan pandangan belakang pakaian.

Bahagian yang seterusnya ialah contoh fabrik. Pada bahagian ini, saya memberikan sedikit maklumat dan menghuraikan berkaitan dengan beberapa jenis fabrik yang terdapat dalam pasaran pakaian. Fabrik yang dimaksudkan ialah fabrik kapas, nilon, rayon dan sutera.

Bahagian yang ketiga ialah ukuran badan. Pada bahagian ini, saya menyediakan maklumat berkaitan dengan cara untuk mendapatkan ukuran badan dengan menggunakan teknik yang betul. Apa yang paling penting untuk diingat ialah ukuran badan sendiri haruslah diambil oleh individu yang lain, yakni bukan diri sendiri. Bahagian ini juga dilengkapi dengan ukuran sebenar badan.

Mohamad Basri bin Mohd Basir

RBT 3120 |2

Bahagian yang keempat ialah mengenal pasti proses menjahit. Bahagian ini dapat pula dibahagikan kepada tujuh bahagian yang lainnya iaitu penghilang gelembung, kelim, lengan, belah, pengudah tepi, garis leher dan kancing. Setiap bahagian mempunyai huraiannya yang tersendiri.

Seterusnya ialah susun atur pola. Bahagian ini menyaksikan proses-proses yang berlangsung sepanjang masa membina pola dilaksanakan. Pola yang tepat akan membantu menghasilkan pakaian yang menarik.

Bahagian yang lainnya ialah langkah menjahit. Terdapat beberapa menjahit dengan urutannya yang tersendiri yang perlu dipatuhi oleh semua individu.

Akhir sekali ialah pengiraan kos. Pengiraan kos ini terdiri daripada 3 kos yang utama ialah kos bahan, kos upah dan kos sampingan.

Selesai bahagian pemerolehan data, tugasan ini juga disertakan bersama refleksi, lampiran dan sumber rujukan yang berkaitan.

Mohamad Basri bin Mohd Basir

RBT 3120 |3

2.0

PEMEROLEHAN DATA 2.1 LAKARAN STAIL PAKAIAN

2.1.1 LAKARAN 1

PANDANGAN HADAPAN

PANDANGAN BELAKANG

Mohamad Basri bin Mohd Basir

RBT 3120 |4

2.1.2

LAKARAN 2

PANDANGAN HADAPAN

PANDANGAN BELAKANG

Mohamad Basri bin Mohd Basir

RBT 3120 |5

2.1.3

LAKARAN 3 PANDANGAN HADAPAN

PANDANGAN BELAKANG

Lakaran 3: Lakaran yang dipilih

Mohamad Basri bin Mohd Basir

RBT 3120 |6

3.0 3.1

Contoh Fabrik Pengenalan Pada masa ini, dipasaran semasa, kita boleh mendapatkan pelbagai jenis

fabrik mengikut citarasa sendiri. Kepelbagaian fabrik yang ada membolehkan pengguna membuat pilihan yang terbaik dan sesuai untuk pakaian yang diinginkan mengikut situasi dan kemampuan masing-masing. Memilih fabrik untuk pakaian sendiri adalah menyeronokkan dan pilihan ini hendaklah dibuat dengan teliti. Berikut merupakan beberapa panduan asas untuk memilih fabrik.

Boleh dikendalikan

Mudah dicuci

Sesuai untuk pakaian yang hendak dijahit

Warna

Sesuai untuk si pemakai

Mohamad Basri bin Mohd Basir

RBT 3120 |7

Fabrik yang ingin dipilih mestilah mengambil kira aspek-aspek yang tertentu iaitu senang dikendalikan, bersesuain dengan pakaian, sesuai untuk si pemakai, warna, senang dicuci dan nilai harga. 3.1.2 Mudah dikendalikan Antara aspek yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan fabrik ialah mudah dikendalikan oleh pennguna. Jika fabrik yang dipilih susah untuk dikendalikan, ianya akan menimbulkan masalah kepada pengguna ketika dalam proses menguruskan fabrik tersebut. 3.1.3 Sesuai untuk si pemakai Sehubungan itu, fabrik yang dipilih haruslah bersesuaian dengan si pemakai. Aspek ini penting untuk memadankan bentuk badan seseorang itu dengan fabrik yang digunakan. Melalui pemilihan fabrik yang tepat, kelemahan fizikal seseorang mampu disembunyikan. Malahan fabrik yang dipilih juga mampu menonjolkan sifat elok yang ada pada si pemakai. 3.1.4 Warna Selain itu, pemilihan warna juga penting dalam panduan memlilih fabrik. Warna juga dapat memberikan impak kepada si pemakai kerana mampu menyembunyikan kelemahan dan menonjolkan keistimewaan pemakainya.

Contohnya, seseorang yang berbandal gempal lebih sesuai memakai pakain yang berwarna gelap kerana akan tampak lebih kurus. 3.1.5 Mudah di basuh Fabrik yang dipilih mestilah mudah dibasuh atau dicuci mengikut kekerapan pakaian dipakai. Jika pakaian perlu dibasuh adalah penting untuk memilih lapik dalam, kain lapisan dan trimin yang mudah dibasuh. Jika pakaian perlu dicuci kering, perhatian hendaklah ditumpukan kepada pilihan butang, kancing dan tali pinggang.

Mohamad Basri bin Mohd Basir

RBT 3120 |8

3.2

Kumpulan Fabrik

GENTIAN

Asli/semula jadi

Buatan Manusia

Tumbuhtumbuhan

Bahan semula jadi

Binatang

Bahan Kimia

Kapas

Vikos

Sutera

Polister

Linen

Rayon

Benang bulu biri-biri

Nilon

Asitat

Tetoron

Mohamad Basri bin Mohd Basir

RBT 3120 |9

3.3

Fabrik Kapas Kapas terkenal sebagai salah satu sumber fabrik. Malahan gentian kapas

juga membekalkan bahan mentah untuk membuat pelbagai barang seperti tayar kapal, penjilid buku, tayar kapal terbang, khemah, sumbu lilin dan sebagainya. 3.3.1 Kebaikan Fabrik Kapas Antara kebaikan fabrik kapas ialah harganya yang murah dan senang didapati di mana-mana kedai fabrik. Selain itu, gentiaannya juga teguh apabila berada dalam keadaan basah. Oleh itu, fabrik kapas boleh direbus, diperah dan diberus. Malah, fabrik ini juga mudah menyerap pencelup dan boleh diberi pelbagai kemasan khas. Selain itu fabrik kapas juga tidak rosak jika terkena alkali. Oleh itu, soda boleh digunakan untuk melembutkan air basuhan fabrik kapas dan boleh membersihkan fabrik kapas yang bergris. Selain itu fabrik kapas juga mudah menyerap lembapan. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk dijadikan pakaian. Malahan fabrik kapas ini sifatnya ialah membiarkan udara melalui jalinannya dan menyebabkan fabrik sejuk ketika dipakai.

Kebaikan Fabrik Kapas Mudah menyerap pencelup Liang udara bebas

Murah

Teguh

Tidak rosak apabila terkena alkali

Mudah menyerap lembapan

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 10

3.3.2

Kelemahan Fabrik Kapas Sehubungan itu, kain kapas ini juga mempunyai kelemahannya tersendiri.

Antara kelemahan kain kapas ialah gentiannya mempunyai kuasa pegas yang menyebabkan mudah renyuk. Selain itu, fabrik kapas juga mudah menjadi tepu dengan lembapan kecuali jika diberi rawatan khas. Jika disimpan dalam keadaan lembab pula, fabrik ini mudah bertahi lalat. Malahan ia juga mudah terbakar dengan bau seperti kertas hangus. Fabrik yang ditenun longgar pula mungkin kecut apabila dibasuh.

Mudah bertahi lalat Mudah tepu Mudah terbakar

Mudah renyuk

Kelemahan Fabrik Kapas

Fabrik mengecut

3.3.3

Penjagaan Fabrik Kapas Fabrik kapas boleh dicuci dengan tangan atau mesin. Ianya boleh direndam

pada bahagian yang kotor dengan air sejuk bercampur dengan serbuk cucian. Fabrik kapas yang berwrana pula boleh dibasuh dengan air panas bersabun dan dibilas dengan air sejuk. Jika warnanya luntur sedikit, campurkan cuka pada air bilasan untuk mengurangkan kelunturan. Selain itu, fabrik kapas yang tidak dirawat dengan baik boleh diperelokan dengan menganjikannya sebelum diseterika. Kain kapas boleh diseterika di sebelah luar atau sebelah dalam dengan menggunaka seterika panas. Oleh kerana fabrik kapas lebih teguh semasa basah, pakaian hendaklah ditarik untuk mendapatkan bentuk asalnya semasa ia masih lembab supaya senang diseterika kelak. 3.4 Fabrik Linen
Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 11

Fabrik linen selalunya digunakan untuk kanvas angakatan laut dan industry kerana ia lebih teguh apabila basah dan digunakan untuk mengalas meja serta kain pengesat gelas, fabrik untuk sulaman halus dan fabrik untuk pakaian 3.4.1 Kebaikan Fabrik Linen Sehubungan itu antara kebaikan fabrik linen ialah fabrik ini merupakan gentian yang sangat tegih walaupun ia dikatakan lebih rapuh daripada gentian kapas. Malahan fabrik ini lebih teguh ketika ia basah berbanding ketika fabrik ini dalam keadaaan kering. Fabrik ini juga licin apabila dipegang yang

menyebabkannya sejuk untuk dipakai kerana tiada udara hangat terperangkap di dalamnya. Selain itu, gentian jenis ini tidak mudah kotor dan permukaan fabrik linen yang tidak berfluf dan tidak mengeluarkan fluf selepas beberapa kali dibasuh dan digosok. Antara kebaikan lain ialah fabrik ini merupakan penyerap lembapan yang baik.

Kebaikan Fabrik Linen

Licin

Teguh

Tidak Mudah Kotor

Tidak berfluf

Menyerap lembapan

3.4.2

Kelemahan Fabrik Linen

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 12

Antara kelemahan fabrik linen ialah fabrik ini mempunyai sedikit kuasa pegas yang menyebabkan mudah renyuk kecuali jika diberikan sedikit kemasan khas. Fabrik ini juga lebih mahal jika dibandingkan dengan fabrik-fabrik lain. Oleh keranan permukaan fabrik yang licin, fabrik yang ditenun menjadi longgar dan mudah berjerumbai, ia juga mudah bertahi lalat jika disimpan di tempat yang tidak berangin semasa ia lembab. Malah fabrik ini juga mudah terbakar dan tidak mudah menyerap pencelup.

Mudah menyerap pencelup Mahal Mudah terbakar

Mudah renyuk

Kelemahan Fabrik Linen

Mudah bertahi lalat

3.5

Fabrik Sutera
Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 13

Negara Jepun, Korea, China, Itali dan India merupakan antara negaranegara yang mempunyai iklim yang sesuai untuk penternakan ulat sutera dengan cara dagangan. Negara-negara ini mampu mengeluarkan sutera dari kepompong. Gentian sutera dikeluarkan daripada ulat sutera sebagai benang kembar yang bergam bersama. Kegunaan asli gentian ini ialah sebagai kepomponh ulat sutera. Oleh itu gentian ini sangat kukuh walaupun ia halus. Benang sutera juga mempunyai kilauan yang asli kerana tiada pintalan dalam keadaan asalnya. Oleh itu gentian ini menghasilkan fabrik yang cantik serta rata dan bercahaya seperti mutiara. Malahan sutera juga merupakan gentian yang tidak mudah renyuk dan kenyal. Dari segi harga pula, fabrik ini sangat mahal disebabkan ribuan alat sutera diperlukan untuk mendapatkan satu kilogram sutera. 3.5.1 Jenis-jenis Sutera Sutera juga terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya ialah sutera benang asli yang diperbuat daripada ulat sutera. Sutera segenapnya pula merujuk pada fabrik yang tidak dicampur kecuali yang telah dicampur dengan pencelup. Sutera yang dicelup dimana bahan yang menambah berat fabrik tidak digunakan biarpun dalam pencelup. Jenis sutera yang terakhir ialah sutera yang dipintal. Sutera jenis ini menghuraikan fabrik yang ditenun daripada sisa sutera yang pendek sekali semasa diperolehi semasa proses pintalan dilakukan.

Kebaikan Fabrik Linen

Licin

Teguh

Tidak Mudah Kotor

Tidak berfluf

Menyerap lembapan

3.6

Fabrik Nilon

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 14

Nilon ialah nama yang digunakan untuk fabrik kumpulan poliamida yang pertama sekali dibuat di Amerika pada hujung tahun 1930 an. Malahan ianya dianggap sebagai fabrik luar biasa apabila buat pertama kali diperkenalkan dan sifat serbagunanya membolehkanya dijadikan tekstil, engsel, perkakas dapur, skru, tali dan pelbagai artikel yang ganjil. Bahan mentah untuk membuat nilon ialah arang batu, udara dan air yang menjalani beberapa perubahan kimia untuk mendapatkan garam nilon. 3.6.1 Kebaikan Fabrik Nilon Antara kebaikan fabrik nilon ialah mempunyai kekuatan tersendiri. Fabrik ini sangat teguh ketika kering dan hampir teguh ketika basah. Ia mempunyai kuasa kekenyalan dan kepegasan yang baik. Oleh itu, ia tidak mudah renyuk. Fabrik ini sangat licin dan tidak menjadi kasar apabila digesel. Malahan ia tidak mudah kecut.

Kebaikan Fabrik Nilon

Teguh apabila basah

Tidak mudah renyuk

Tidak Mudah Kecut

Licin

Kenyal

3.6.2

Kelemahan Fabrik Nilon


Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 15

Setiap fabrik mempunyai kelemahan dan kelebihannya tersendiri. Antara kelemahan fabrik nilon ialah fabrik jenis ini tidak menyerap lembapan. Oleh itu fabrik ini tidak sesuai untuk pakaian dalam kecuali fabrik yang mempunyai tenun longgar yang membiarkan udara lalu dan mengalakkan penyejatan. Malahan fabrik ini amat licin untuk dikendalikan dan mudah berjerumbai. Selain itu, fabrik nilon ini bukanlah penebat haba yang baik. Pakaian yang dipakai akan terasa panas kecuali jika ia ditenun secara longgar. Haba yang tinggi juga boleh merosakkannya. Sehubungan itu apabila ia terbakar, benang yang mencair akan melekat pada kulit dan boleh menyebabkan kesakitan serta susah untuk cuci dan susah untuk sembuh. Malahan nilon juga mudah luntur dan nilon yang berwarna putih lama kelamaan akan bertukar menjadi kelabu atau kuning.

Bukan penebat haba Licin

Mudah rosak

Tidak serap lembapan

Kelemahan Fabrik Nilon

Luntur

3.6.3

Penjagaan Fabrik Nilon


Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 16

Penjagaan fabrik nilon ini haruslah betul dan rapi agar lebih tahan lama dan untuk mengelakkan fabrik jenis ini cepat rosak. Label yang ada pada fabrik haruslah dibaca supaya arahan khas dapat dipatuhi. Fabrik juga perlu dicuci dalam air suam bersabun dan dibilas sehingga bersih. Teknik penyerikaan juga harus betul. Proses penyerikaan fabrik nilon haruslah bermula daripada sebelah dalam dengan mengunakan suhu seterika yang hampi panas. Suhu seterika hendaklah diuji dahulu pada parca fabrik.

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 17

4.0

Ukuran Badan Sebelum menjahit pakaian, ukuran badan haruslah diambil terlebih dahulu.

Pengambilan ukuran badan yang tepat akan menghasilkan pakaian yang selesa dan cantik. Ukuran badan yang diambil juga bergantung pada jenis stail pakaian yang hendak dijahit. Terdapat beberapa ukuran badan yang perlu diketahui supaya pakaian cantik dan selesa dipakai dapat dihasilkan. 4.1 Teknik Mengambil Ukuran Badan

Gunakan pita ukur yang jelas dan kukuh

Mulakan ukuran dari bahagian melintang ke menegak

Berdiri tegak

Gunakan khidmat orang lain untuk mengambil ukuran

Buat ukuran yang sesuai iaitu tidak terlalu ketat atau terlalu longgar

Ukuran badan diambil sebaik-baiknya dengan bantuan seorang rakan atau ahli keluarga yang lain. Ini adalah untuk memastikan pita ukur tidak kendur dibahagian yang sukar dilihat. Pita ukur yang digunakan pula harus tegap untuk mendapatkan ukuran yang tepat. Selain itu ambil ukuran ketika memakai pakaian asas yang sama elok sendatnya. Ketika hendak mengukur, individu perlu berdiri dengan tegak. Ukuran dimulakan dari sebelah kanan bahagian badan. Ikat pinggang dengan pita atau tali pinggang halus untuk mengambil garisan pinggang yang tepat. Rekod ukuran badan yang telah diambil bermula pada bahagian melintang diikuti dengan bahagian menegak.

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 18

4.2

Langkah-langkah mengambil ukuran badan

Pandangan Belakang

Pandangan Hadapan

Gambar rajah menunjukkan bahian pada badan dari pandangan hadapan dan belakang yang perlu diukur jika ingin menghasilkan pakaian.

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 19

Bil

Bahagian Badan Leher

Gambar

Cara Mengukur Ukur keliling pangkal leher

Bahu

Ukur dari sendi bahu kanan ke bahu kiri melalui pangkal

leher

Dada

Ukur keliling dada melalui mercu dada

Bidang hadapan 4

Ukur dari pangkal ketiak kanan ke pangkal ketiak kiri, iaitu kira-kira 5cm 6cm dari pangkal leher.

Bidang belakang 5

Ukur dari pangkal ketiak kiri, iaitu 10cm dari pangkal leher.

Pinggang

Ukur keliling pinggang yang telah diikat

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 20

Jarak dada 7

mercu

Ukur

jarak

mercu

dada

kanan ke kiri

Punggung

Ukur melalui

keliling

punggung yang

bahagian

paling besar, iaitu kira-kira 18cm 20cm dari garisan pinggang. Keliling hujung lengan Ukur keliling hujung lengan

Bahu mercu dada 10

ke

Ukuran dari pangkal leher ke mercu dada

Garisan tengah 11 belakang

Ukur dari pangkal leher ke garisan pinggang

Labuh

skirt

Ukur garis pinggang hingga ke paras labuh yang

atau seluar 12

dikehendaki sisi.

dibahagian

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 21

Labuh baju

Ukur dari pangkal leher ke lebuh baju yang

13

dikehendaki.

Labuh lengan

Ukur

sendi

bahu

ke

pergelangan 14 dengan lengan.

tangan

membengkokkan

4.3

Ukuran badan sebenar

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Bahagian Badan Leher Bahu Dada Pinggang Punggung Lebar lengan Labuh lengan Bahu ke pinggang Labuh

Ukuran 40 cm (15.5) 33cm (13) 88cm (34) 64cm (25) 95cm (37) 34cm (13) 21cm (8 lengan pendek) 38cm (14.5-15) 55cm

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 22

5.0 5.1

Mengenalpasti proses menjahit Penghilang gelembung Menghilangkan gelembung ialah mengambil atau menghilang fabric

berlebihan supaya pakaian padan dengan si pemakai. Ia digunakan untuk tujuantujuan perhiasan, memberi bentuk pada pakaian, memadankan pakaian dan menyenangkan seseorang bergerak. Apabila menghilang gelebung, lisu pemadan mesti terletak pada tempatnya dengan dijahit dan seterika dengan betul. Untuk menghasilkan gelembung yang cantik juga, fabric hendaklah mencukupi untuk membuat gelembung supaya kelihatan sempurna. Jelujur halus yang digunakan untuk mengedut pula mestilah bertentangan di semua barisan. 5.2 Penghasilan Lisu beriring Lisu ialah lipatan yang terletak rata yang dibuat pada fabric untuk menghilangkan gelembung. Ia digunakan untuk menghilangkan gelembung. Lisu berbentuk daripada 3 lapisan fabric iaitu permukaan atau lebar lisu, kelepet bawah dan dasar atau tapak lisu. Lisu beriring mempunyai lipatan-lipatan fabric yang dilipatkan ke satu hala, iaitu ke kiri atau ke kanan. Ia mestilah rata. Lebar lisu yang siap bergantung kepada stail pakaian. Lisu juga boleh ditekan atau sebaliknya. Sebahagiannya juga boleh dijahit mesin untuk menetapkan kedudukannya. 5.3 Kelim Kelin digunakan untuk menyambung dua potongan fabric atau lebih. Ia juga boleh digunakan untuk memberi bentuk pada pakaian. Kelim belah kangkung dikehendaki dalam menyiapkan blaus. Kelim belah kangkung merupakan kelim yang paling mudah dijahit. Kelim ini keadaannya rata dan tidak tebal. Apabila kelim ini dibuka dan ditekan dengan seterika tidak akan menampakkan bahagian sebelah luar. Kelim ini dijahit pada bahagian dalam pakaian. Selain itu, kelim ini akan berjerumbai jika tepinya tidak

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 23

kemas. Antara cara yang dapat digunakan untuk mengemaskan tepi kain ialah melalui mesin jahit tepi, dijahit dengan lilit ubi, jahitan insang pari dan sebagainya. 5.4 Lengan Lengan adalah sebahagian daripada pakaian. Lengan biasanya digunting berasingan daripada badan. Namun, ada juga lengan yang dipotong selari dengan badan. Jenis lengan pula dibuat adalah berbeza mengikut stail pakaian. Tugasan kerja kursus menghasilkan blaus ini memerlukan lengan jenis padanan rata. Lengan jenis padanan rata dipotong mengikut ira lurus untuk mendapatkan gantungan yang baik. Semasa menyedia dan mencantumkan lengan, perkaraperkara yang perlu diikuti adalah seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) Gunting kedua-dua lengan secara serentak Panjang fabric kedua-dua adalah sama Gunting fabric mengikut ira yang betul Tandakan semua pola Siapkan lengan dan kelim terlebih dahulu sebelum mencantumkannya ke lubang lengan vi) vii) Lengan mesti terletak dibahu supaya pakaian selesa dipakai Pastikan bahagian belakang lebang lengan tinggi sedikit daripada bahagian hadapan lengan. 5.4.1 Langkah-langkah menjahit lengan padanan rata

Jahit dua baris jahitan kasar dengan jarak 2mm pada bahagian hadapan dan belakang garisan pemadam

Tekan kelim supaya rata dan kemaskan hujung lengan dengan kelepet

Cantumkan kelim rusuk lengan dengan jahitan mesin

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 24

5.5

Belah Belah ialah satu proses jahitan pada pakaian dan artikel. Belah jahit adalah

bagi memudahkan pakaian atau artikel dipakai dan ditanggalkan. Belah boleh dibuat digaris leher, pinggang, lengan dan rusuk megikut fesyen pakaian. Bagi menyiapkan pakaian ini, belah kelepet sama lebar digunakan untuk menyiapkan blaus ini. 5.5.1 Faktor pemilihan belah Antara faktor yang mempengaruhi pemilihan belah ialah fungsi, kedudukan, jenis fabric dan stail pakaian. Faktor utama ialah fungsi. Pemilihan belah hendaklah mampu memberi kemudahan dan keselesaan kepada pemakai dan pengguna. Selain memudahkan pergerakan si pemakai, belah juga mengekalkan ciri-ciri tradisional serta mampu menjadi hiasan pada pakaian. Kedudukan belah juga mempengaruhi faktor belah. Terdapat empat kedudukan belah yang sering digunakan pada pakaian. Kedudukan tersebut ialah pada garis tengah hadapan atau garis tengah belakang. Kedudukan seterusnya ialah garis tengah hadapan atau rusuk kiri selain pada bahagia belakang pergelangan lengan atau pada kelim tangan. Kedudukan yang terakhir ialah pada hujung pakain itu sendiri. Faktor yang seterusnya ialah jenis fabric. Kebiasaanya, semua jenis belah sesuai dijahit pada fabric sederhana tebal dan tebal. Pada fabric nipis pula, pemilihannya adalah terhad. Bagi stail pakaian pula, ianya tidak terhad kerana pelbagai jenis belah boleh digunakan sebagai stail pakaian. 5.5.2 Belah kelepet sama lebar Belah kelepet sama lebar adalah sejenis belah yang menggunakan fabric daripada pakaian itu sendiri. Belah jenis ini ringkas dan teguh. Belah ini terdiri daripada kelepet yang dilipat sebelah dalam pada garisan lipatan disebelah kanan dan kiri pada hadapan dan belakang badan yang kemudiannya ditindih antara satu sama lain dengan tengah-tengahnya berpadanan.

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 25

5.5.3 Langkah-langkah membuat belah kelepet sama lebar

1. Tanda dengan jahitan jelujur kasar garisan tengah hadapan dan garisan lipatan bahagian hadapan baju.

2. Lipat 6mm dan kemaskan tepi kelepet dengan jahitan mesin

3. Cantumkan kelim bahu dan kemaskan 4. Lipat dan temukan S.L lapik dengan S.L badan pada garis dan lipatan 5. Jelujur dan mesin jahit mesin di sepanjang garis leher.

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 26

6. Trim garis leher dan snip sudut basi leher hingga GTH 7. Terbalikkan kelepet ke garisan lipatan ke sebelah dalam baju dan tekan

8. Sembat hujung kelepet di kelim bahu 9. Garis leher boleh dikemaskan dengan lapik berbentuk kolar lurus dan kolar bulat.

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 27

5.6

Penyudah tepi Penyudah tepi digunakan pada pakaian atau benda-benda untuk mengemas

taepi fabric, memelihara tepi fabric dan sebagai hiasan. Penyudah tepi sebenarnya bergantung kepada beberapa perkara seperti jenis fabric yang digunakan, jenis pakaian, jenis penyudah, yang sesuai tepi kain tertentu dan jenis perhiasan yang sesuai untuk pakaian. Oleh itu, penyudah tepi yang digunakan untuk menyiapakan blaus ini ialah kelepet melengkung. Kelepet melengkung ialah kelepet lebar tepi yang melengkung. Kelepetkelepet ini berlembung. Gelembung ini boleh dihilangkan dengan cara membuat lisu pemadan kecil yang boleh dihalakan ke kelim atau di hala yang sama di sekeliling pakaian. Selain itu, gelembung juga boleh dihilangkan dengan mengedut dan mengemaskan dengan kun jakur serong. Cara ini sesuai untuk fabric yang tebal atau fabric benang bulu. 5.7 Kancing Kancing ialah alat untuk menutup dan membuka belah pakaian atau artikel. Kancing juga berfungsi sebagai perhiasan dan dapat mengekalkan bentuk asal pakaian. Semua kancing harus dijahit dengan kukuh dan kemas. Pemilihan jenis kancing pula bergantung kepada jenis fabric, stail pakaian, jenis belah dan kedudukan belah. Tugasan ini menyediakan saya dengan kancing jenis butang berkaki. 5.7.1 Langkah-langkah menjahit butang berkaki i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) Tanda kedudukan butang dengan peniti, jahit kain dan cabut peniti Masukkan jarum ke dalam lubang pada butang Jahit beberapa kali dengan melalui batang peniti Tanggalkan peniti dan tarik butang ke atas Lilitkan benang untuk membentuk tangkai butang Cucuk jarum ke sebelah dalam dan kemaskan dengan jahitan ulat-ulat Tandakan jarak lubang butang dan jahit jelujur Jahit jelujur halus ditepi lubang butang Mulakan menjahit dengan jahit lubang dari sebelah yang jauh dari tepi belah
Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 28

x)

Apabila sampai hujung, jahit 7-9 jahitan lilit kemas ditepi yang bulat. Sambung menjahit sehingga ke hujung.

xi)

Buat 3-4 jahitan lurus dan jahit insang pari di atasnya.

5.8

Garis leher Bagi bahagian garis leher, kolar lurus digunakan sebagai kolar bagi blaus

yang dihasilkan. Kolar lurus ini diletakkan lapik untuk menjadikannya keras.

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 29

6.0

Susun atur pola Berikut adalah langkah-langkah menyusun atur pola: i) Tekan fabric dengan seterika sebelum dibentangkan untuk

mendapatkan permukaan yang licin dan rata ii) iii) iv) Kenalpasti sebelah luar, sebelah dalam corak fabric Fabric perlu dibentangkan di atas permukaan yang rata dan luas Susun atur kepingan pola yang besar dahulu, diikuti dengan kepingan pola yang kecil v) vi) vii) viii) Pastikan tanda ira pada pola selari dengan ira fabric Pola yang mempunyai tanda lipatan diletakkan pada lipatan fabric Sematkan pola pada fabric dengan jarum peniti. Pastikan semua hujung jarum peniti menghala ketengah dan tidak terkeluar dari garisan gunting ix) 7.0 Sematkan jarum peniti pada jarak yang sesuai.

Langkah menjahit Selepas menggunting, jahit kemas tepi pada semua kepingan fabric kecuali

garis leher. i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii) Sediakan lisu beriring Jahit lisu beriring Cantum bahu Sediakan kolar (kolat padanan rata) Jahit kolar Jahit kelim rusuk (kelim belah kangkung) Sediakan lengan (lengan padanan rata) Cantumkan lengan ke lubang lengan Kemaskan hujung pakaian dengan kelepet melengkung Jahit lubang butang Jahit butang berkaki Tekan seluruh bahagian pakaian.

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 30

8.0

Pengiraan kos Pengiraan kos projek perlu mengambil kira kos berikut: a. Kos bahan b. Kos upah c. Kos sampingan Tarikh Keterangan pakaian : 1/2/2012 : Sehelai Blaus

Kos Bahan Bil Bahan Kain Benang Renda Butang berkaki Kuantiti 2 meter 1 buku 1 meter 5 unit Harga seunit RM 5.00 RM 1.80 RM 2.50 RM 0.40 Jumlah harga (RM) RM 10.00 RM 1.80 RM 2.50 RM 2.00

1 2 3 4

JUMLAH RM 16.30 Kos Upah Bil Kepakaran Membuat pola Menjahit Upah/jam RM 4.00 RM 6.00 Bil. Jam 2 jam 2 jam Jumlah upah (RM) RM 8.00 RM 12.00 JUMLAH RM 20.00 Bil 1 2 Elektrik Jahit kemas tepi Kos Sampingan Perkara Jumlah (RM) RM 1.00 RM 1.50 JUMLAH RM 2.50 KOS PROJEK (Kos bahan + kos upah + kos sampingan = Kos projek) RM 38.80

1 2

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 31

9.0

Refleksi Alhmadulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan Reka bentuk dan

Teknologi (RBT 3120) bagi komponen Kerja Kursus Projek (KKP). Dalam tempoh saya menyiapkan tugasan ini, memberikan banyak pendedahan mengenai dalam merangka sebelum memulakan membuat jahitan pakaian. Selain itu, saya juga dapat menambah pengetahuan mengenai jenis-jenis fabrik dan asal-usul sesuatu jenis fabrik.

Antara kekangan dan masalah yang dihadapi ketika menyiapkan tugasan ini ialah, ketika mencari bahan maklumat dan tempoh untuk menyiapkan tugasan agak pendek lantaran tugas saya sebagai seorang guru dan pada masa yang sama turut menjai seorang pelajar menuntut saya supaya lebih bijak dalam membahagikan masa dan waktu.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk tidak begitu sukar untuk dicari. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan saya mengenai proses menjahit pakaian dan dalam merangka sesuatu proses menjahit tersebut.

Mohamad Basri bin Mohd Basir

R B T 3 1 2 0 | 32

RUJUKAN Mariam Abu Bakar. 1995. Panduan Membuat Pakaian. Kuala Lumpur: Karya Bestari Sdn. Bhd.

Zulkifli bin Mohd Salleh, Zulkifly bin Thahir dan Tuslah binti Abdan. 2004. Kemahiran Hidup Bersepadu: Tingkatan 2. Selangor Darul Ehsan: Cerdik Publication Sdn. Bhd.

Hajah Zainab binti Hj Abd Khadir, Kamaros Zaman bin Mohd Affendi dan Khiu Kah Huan. 2003. Kemahiran Hidup Bersepadu: Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Hypersurf Corporation Sdn. Bhd.

http://ejahitanonline.tripod.com

http://www.scribd.com

Mohamad Basri bin Mohd Basir

You might also like