Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Pengenalan

Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Kedua-duanya saling memerlukan. Seni tidak boleh berkembang tanpa penglibatan masyarakat dengan menyeluruh. Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa pendapat yang mengatakan seni boleh bertindak sebagai agen perubahan masyarakat ada kebenarannya. Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu juga sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingannya. Berikut dinyatakan definisi seni dan falsafah. Definisi seni ialah sesuatu yang halus, kecil (elok), tipis dan cantik. Seni juga membawa maksud karya. Selain itu juga, seni membawa maksud kebolehan mencipta sesuatu yang indah. (Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (1997) halaman 1244-45) Definisi falsafah ialah bermula dengan perkataan Yunani iaitu Philosophia yang memberi erti mencintai akan kebijaksanaan. Dengan kata lain mencintai akan ilmu pengetahuan dan mempunyai kebijaksanaan terhadap sesuatu perkara. Menurut istilah falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.

Tokoh-tokoh falsafah seni a) Tokoh falsafah Islam 1. Imam Al-Ghazali (1058-1111) Berpendapat seni merupakan fitrah manusia yang menggerakkan atau mengilhamkan manusia untuk mencipta karya seni. Seni menjadi sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh manusia. Keseniaan dalam Islam harus diselaraskan berdasarkan konsep kesatuan yang lebih besar seperti yang dipancarkan pada motif-motif yang diukir atau diterapkan kepada beberapa seni Islam. Menjelaskan bahawa keindahan itu terbahagi kepada keindahan lahir yang bersifat inderawi yang dapat dialami bukan saja oleh anak-anak bahkan binatang dan keindahan batin yang hanya dapat ditanggapi oleh mata hati dan cahaya jiwa. Keindahan seni dari sudut ini bukan semata-mata memberi kepuasan inderawi tetapi merupakan salah satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya keindahan alam adalah nisbi dan manifestasi Allah yang bersifat Abadi. Jika keindahan alam yang bersifat sementara itu dikagumi, maka keindahan yang Abadi itu seharusnyalah berlebih-lebih lagi. 2. Ibn-Khaldun Seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan. Di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika. 3. Sidi Ghazalba Dalam bukunya Pandangan Islam tentang Seni menjelaskan bahawa seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui lima pancaindera. Oleh itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasaan hati melalui pancaindera rasa. Islam telah menyediakan asas-asas yang kukuh dalam kelahiran seni yang bernilai keislaman terutama dari segi jiwa yang menyuluh ke arah seni tertinggi. Seni di dalam Islam merupakan persoalan mendatang, tumbuh dan berkembang subur bersama perkembangan budaya menerusi ruang zamannya selepas melalui siri pembentukan.

b) Tokoh falsafah Barat 1. Plato (427-347SM) Terkenal dengan pandangannya yang mengatakan seni itu satu peniruan di mana pelukis atau penyair meniru rupa bentuk objek-objek yang merupakan peniruaan yang abadi. Menganggap bahawa seni bukanlah sumber pengetahuan yang boleh dipertanggungjawabkan dan seni (terutama puisi) sebagai karya yang bermutu rendah serta sumber yang tidak baik tentang perlakuan moral. Menjelaskan seni dan pendidikan perlu berpandukan kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan, dan keindahan kerana seni dapat mencipta sesuatu persekitaran berkebudayaan serta meningkatkan perpaduan. 2. Aristotle (384-322SM) Berpendapat seni sama ada catan, lukisan, arca, muzik atau drama adalah sejenis peniruan tetapi menegaskan bahawa seni bukan meniru hasil alam semula jadi dan alam manusia tetapi seni meniru aktiviti produktif semula jadi. Alam semula jadi menghasilkan sesuatu dengan menyatukan bahan yang sesuai dengan sesuatu bentuk. Menyatakan bahawa peniruaan yang dihasilkan perlulah lebih cantik atau lebih baik daripada yang asal. Menerangkan bahawa melalui seni manusia dapat mempelajari cara untuk mengawal dan menggunakan emosi mereka. Seni tidak terhad kepada penyalinan semata-mata dan juga tidak hanya kepada seni halus seperti catan, arca, dan lukisan malah berkait rapat dengan seni sastera, seni muzik dan seni drama. Merasakan seni halus itu menunjukkan potensi ideal dalam kemanusiaan dan seni sastera pula memaparkan perasaan. 3. Frank Cizek Seni adalah penyataan diri (ekspresif) Setiap individu(kanak-kanak) dilahirkan dengan potensi seni iaitu semasa

kecilnya, kanak-kanak suka membuat ekspresif dengan menconteng. Keadaan contengan ini berbeza dengan setiap perasaan itu serta persekitaran yang membentuk perkembangan seni individu tersebut.

4. John Dewey Menyatakan fungsi seni adalah memimpin kanak-kanak ke arah satu fahaman

tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman. Kanak-kanak perlu diberi kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan fikiran melalui seni.

5. Herbert Read Menerusi bukunya The Meaning of Art yang mengatakan seni sebagai percubaan

untuk mencipta sesuatu yang menyenangkan hati kerana perasaan yang menyenangkan hati itu merupakan perasaan yang mengalami keindahan. Oleh itu, sesuatu objek yang diciptakan untuk menimbulkan keindahan bukan sahaja bertujuan untuk digunakan tetapi juga bertujuan agar keindahan itu dapat melahirkan rasa dihargai, mengembirakan dan menyenangkan hati. Berdasarkan kajian yang dibuat di dalam bukunya Education through Art,

beliau menyatakan pendidikan seni telah bermula lebih awal lgi yakni pada zaman kanak-kanak. Pada peringkat ini, kanak-kanak telah mula menunjukkan bakatnya dalam bidang lukisan.

Bibliografi 1. Mohd Johari Ab. Hamid, 2004. Falsafah dan kritikan seni. Perak : Universiti Pendidikan

Sultan Idris. 2. 3. http://www.mindamadani.my/content/view/100/3/ http://cikguise08.blogspot.com/2009/08/makna-seni-visual.html

You might also like