SPM 1103 2007 BM K2 Berjawapan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Kertas 2

g*to? Sf/4 Babasa Malogria SPM 2007 BM

Masa: Dua jam tiga puluh minit

Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. Jawab semua soalan. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) d.an Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, h,emudianbuat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara- Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pada masa ini Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri. Walau bagaimanapun, hasrat murni kementerian ini menghadapi beberapa kekangan, antaranya termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah. Untuk mengatasi masalah ini, kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas l(has Menangani Gejala Disiplin. Sehingga penghujung tahun 2004, sebanyak 250 pendapat awam diterima di samping ratusan aduan yang dikategorikan dalam masalah salah laku murid. Tindakan lain yang diambil oleh Kementerian Pelajaran adalah dengan membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah. Dengan cara ini, Kementerian Pelajaran akan mendapat maklumat tentang masalah disiplin dengan lebih tepat. Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid. Selain itu, maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab. Bagi menangani masalah disiplin yang berat, pihak sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis. Sekiranya perlu, pihak polis dibenarkan untuk menahan murid yang berada di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan. Kementerian Pelajaran telah mengingatkan pihak sekolah bahawa mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib jika menyembunyikan kes disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing. Hal ini demikian kerana Kementerian Pelajaran menerima laporan bahawd terdapat pihak pentadbir sekolah, terutamanya sekolah yang berstatus elit, us.bamenutup kes disiplin di sekolah mereka. Sebenarnya masalah disiplin yang berlaku ini boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada seperti mengenakan hukuman rotan, denda, gantung sekolah dan buang sekolah. Namun demikian, sebelum hukuman dikenakan, setiap kes itu mestilah disiasat puncanya terlebih dahulu. findakan ini diambil supaya kita dapat berlaku adil kepada murid tersebut kerana ada murid yang melakukan kesalahan disiplin semata-mata kerana ingin akan perhatian dan mereka sebenarnya bukan penjenayah. Kita akui bahawa masa depan negara amat bergantung pada kejayaan dan kemantapan sistem pendidikan. Kemantapan ini pula bergantung pada kecemerlangan kakitangan Kementerian Pelajaran melaksanakan peranan niasing-masing. Dengan itu, akan tercapailah hasrat negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. \ . (Dipetik dan diubahsuaikan daripada tealiti Semasa Masalah Disiplin Pelajar' oleh Noor l(hairiyati Mohd. Ali, Deutan Masyarakat, Apil 2005)

Soalan 2: Pemahaman Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan nlenggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata selzolahyang berstatus elit. [2 markah] (ii) Apakah peranan pendidikan di negara kita? 13 markahl (iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah pendekatan kaunseling dapat mengurangkan masalah ,disiplin di sekolah? [4 markahl Soalan 2(b) - Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikut dengan nxenggunakan ayat anda sendiri.

ORANG MUDA PEREMPUAN TUA PEGAWAI

Kita mesti merdeka dahulu! Saya tak mahu merdeka, tuan. Saya tak mahu. Ya, apa guna merdeka hari ini dan esok diperintah oleh negeri asing yang kejam dan ganas menyeksa kita. Tidak seperti orang Inggeris yang membantu kita, yang memajukan kita. Orang Inggeris membantu dan memajukan orang-orang yang boleh menguntungkan dia sahaja. Apa maksud kau, orang tua? Tidakkah kau tengok di tiap-tiap kampung sekaiang ini sudah ada sekolah? Siapakah yang mendirikan sekolah ini, kalau bukan Inggeris? Siapa? Jangan lawan orang Inggeris, jangan. Dia buat sekolah. (Tegas) Soalnya untuk apa sekolah-sekolah di kampung itu? Untuk apa? Untuk jadi tukang kebun, drebar, peon dan mata-mata. (Marah) Hei! Kau tengok aku. Kau tengok aku ni. Jangan nak menyalahkan orang-orang Inggeris sahaja. Kalau kau menghantar,kan anak-anak kau ke bandar dan masuk seblah Inggeris, anak-anak kari juga boleh menjadi cerdik pandai jadi pegawai tinggi ... macam aku! Pegawai-pegawai semuanya kerani kehormat Inggeris. Mereka suruh ... dia pergi. Mereka panggrl ... dia datang. Ceh! Bodoh betul, bodoh betuMtu fasai kau orang semua mahu merdeka rupanya. Mahu makan tarrah! Mahu bertelanjang! Orang sudah sediakan kampung halaman dan makanan, kau orang semua masuk hutan belukar, diam atas pokok.

ORANG TUA PEGAWAI

PEREMPUAN TUA ORANG TUA PEGAWAI

ORANG MI.IDA PEGAWAI

PEREMPUAN TUA GADIS

: Kami tidak mahu merdeka, tuan! : (Tbgas) Kami tidak mahu makan lebih-lebih dan sisa-sisa orang dalam negeri kami sendiri. (Dipetik dan diubahsuai daripada ('Titik-titik Perjuangan' oleh Kala Dewata 'dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah pegawai tidak bersetuju dengan hasrat orang muda untuk menuntut kemerdekaan negara? [2 markah] .(ii) Sekiranya anda pegawai kerajaan, nyatakan tindakan-tindakan yang patut anda lakukan untuk memajukan penduduk kampung. 13 markahj (iii) Jelaskan satu pengajaran daripada petikan dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan drama. W marleahT Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petihan prosa klasik d.i bawah d,enganteliti, kemud.ianjauab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka diamlah ia di Pagaruyung. Dan sehari-hari ia naik bermain-main ke atas peterana itu. Maka dilarangkan oleh dayang-dayang, takut ia tulah. Maka kata Puteri Jilan, "Jangan dilarangkan Si Bujang itu, ia hendak melihat mahkotanya. Ialah yang warisnya, dan tiada ia tulah, kerana ia anak adikku, di Johor." Dan bermainlah ia bersama-sama dengan anak Yamtuan Sakti. Dan Tuan Bujang purlsampailah umur tiga belas tahun. Maka Tuan Bujang pun minta pergr ke Batanghari, hendak mencari ilmu. Maka dilepas akan Puteri Jilan. Maka Tuan Bujang pun turunlah, menumpang orang Minangkabau, orang Pagaruyung. Dan berjalan sampai ke Tambang, dan lalu ke Limun, Batanghari. Serta sampai di situ, maka Tuan Bujang pun hendak pergi ke Rawas, hulu Palembang. Dan Tuan Bujang pun sampailah ke Rawas, lalu hilir ke Palembang. Dan Tuan Bujang datang menghadap Sultan Lema Abang dan bertemu dengan Sultan Lema Abang, lalu Tuan Bujang berdatang sembah, hendak berhamba akan dirinya, menggula. Maka Sultan Lema Abang pun terlalu sukacita melihat sikap Tuan Bujang itu. Maka dipeliharakan sultan. Jika sultan berjalan atau dihadap orang, akan Tuan Bujang membawa tepak. Dan selama Tuan Bujang membawa tepak, sultan tiada boleh duduk di atas, kegatalan punggungnya, jikalau berjalan dahulu, sultan tiada terjalan, seperti ada orang memegangnya. (Dipetik daripada Asal Usul Raja Kecil' dalam antdlogi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berikan dua faktor yang menyebabkan Tuan Bujang tidak akan terkena tulah apabila bermain-main di atas peterana. [2 markah)

(ii) Nyatakan dua peristiwa luar biasa yang berlaku semasa Tuan Bujang berkhidmat dengan Sultan Lema Abang. [2 markah] (iii) Selain mengembara, kemukakan empat cara yang boleh dilakukan untuk memperoleh ilmu pada masa sekarang. t4 markah) . Soalan 2(d) - Gurindam Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. GURINDAM MEMELIIIARA ANGGOTA DAN IilflI DARIPADA KEJAI{AIAN Apabila terpelihara mata, Sedikit cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tidaklah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan, Daripada segala berat dan ringan. Hati itu kerajaan di dalam tubuh, Jikalau zalim segala anggota pun roboh Apabila dengki sudah bertanah, Datanglah daripadanya beberapa anak panah. Mengumpat dan memuji hendaklah fikir, Di situlah banyak orang yang tergelincir. Pekerjaan marah jangan dibela, Nanti hilang akal di kepala. Jika sedikit pun berbuat bohong Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung. RA"IA ALI IIAJI Antologi Kerusi Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) Berikan kebaikan jika seseorang itu sentiasa mengawal penglihatan, pend.engaran dan PertuturannYa' {B markahj (ii) Pada pendapat and.a,apakah yang wajar diamalkan oleh anggota masyarakat untuk menghindari sifat dengki? t3 markahl (iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. {3 markahT

Soalan 3: Pengetahuan

dan Kemahiran

Bahasa

[30 markah] Jautab semua soalan. (a) Tfu'lissatu ayat bagi setiap perhataan d,i bauah supaya jelas menunjukkan bahawa an6a faham akan maksud dan pengguiaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhor, *unui,arkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nanxa hhas.

til muka
(ii) terkemuka ' (iii) bersemuka (iv) permukaan (v) mengemukakan (vi) bermuka-muka [6 markahl (b) Tfukarkan ayat aktif di bau:ah kepad.a ayat pasif tanpa mengubah maksud, asalnya. (i) Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006. (ii) Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-saJruran di belakang rumah. (iii) Pelatih Program Latihan l(hidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan. [6 markahT (c) Dalam setiap ayat d'i bawah, terd,apat sata kesalahan ejaan d,an satu ketsalahanpenggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu d.enganmenulis oyit tti-r"mulu. tanpa mengubah struhtur dan maksud asalnya. (i) Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha kemasyarakatan bahasa Melayu. (ii) Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya. (iii) Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan prodaknya sqbanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun. [6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat.satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti d,an betulkan keiilahan-kesalahan itu d,engan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur d,an rnaksud. asalnya. (i) Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja syarikat tersebut.

(ii) Keseluruhan penduduk-penduduk kampung itu akan trergotong-royong apabila tiba musim membajak padi. (iii) Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri. t6 markahl (e) Berikan maksud.peribahasa d,i bataah. (i) Bahasa Jiwa Bangsa (ii) Bagai dakwat dengan kertas (iii) Seperti air dalam kolam [6 markah]

Soalan 4: Novel [L5 markahl Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkarl nouel-nouelyang berihut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Terminal figa karya Othman Puteh Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof Di Hadapan-Pulau karya A. Samad Said Bukit Kepong karya Ismail Johari Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah Julia karya Abu Hassan Morad Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(o) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah. 17 markahl (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. [8 markah]

I{ERTAS 2 Soalan 1 Petikan menerangkan langkah-langkah untuk menangani masala! disiplin murid di sekolah' Ke.menterian Pelajaran Malaysia menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiptin untuk menangani masalah disiplin murid' Kementerian juga membuka talian penting dan e-meluntuk menerima aduan masalah disiplin' Selain itu, pihak sekolah mendapatkan bantuan daripada polis untuk mengatasi masalah tersebut' Pihak polis -dibenarkan untuk menahan murid di luar kawasan pada waktu persekolahan' Kementerian sekolah tindakan tatatertib kepada sekolah kes disiplin murid' Prosedur -urrgurruk*tt yurrg -"ttyumbunyikan sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap murid yang melanggar disiplin masih digunakan' Masalah disiplin murid akan menggagalkan usaha rremperkasakan pendidikan di negara kita' Selain itu, masalah disiplin murid meningkatkan jumlah keciciran akibat gagal peperiksaan' Kesimpulannya, semua pihak perlu bertindak untuk mengatasi masalah disiplin murid agar matlamat pendidikan negara tercapai. Soalan 2 (o) (i) Rangkai kata sekolah yang berstatus elit bermaksud sekolah yang berkedudukan tingg atau sudah terkenal' (ii) Peranan pendidikan di negara kita adalah untuk menentukan hala tuju negara di samping untuk melahirkan pemimpin

yang berwibawa, berkaliber, dan kental jati diri. Selain itu, pendidikan di negara kita berperanan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (iii) Pada pendapat saya, pendekatan kaunseling dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah dengan memberikan kefahaman kepada pelaj ar tentang kepentingan pelajaran dan masa depan mereka. Pendekatan kaunseling juga dapat nemberikan motivasi kepada pelajar untuk mengatasi konflik dan tekanan secara berhemah dan bijaksana tanpa menjejaskan hubungan dengan mana' mana pihak. (b) (i) Pegawai tidak bersetuju dengan hasrat orang muda untuk menuntut kemerdekaan daripada Inggeris kerana tidak mahu diperintah oleh negeri asing yang kejam dan ganas serta menyeksa mereka. (ii) Sekiranya saya pegawai kerajaan, tindakan saya untuk memajukan penduduk kampung adalah dengan menggalakkan mereka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi agar dihormati oleh bangsa lain. Saya juga akan membantu mereka dengan memberikan peluang dan bantuan untuk memajukan diri dalam pelbagai Iapangan hidup agar dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Saya juga akan memberikan kemudahan asas yang lebih baik kepada penduduk kampung agar dapat menikmati hidup yang lebih aman dan bahagia. (iii) Kita hendaklah berani berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Orang Muda mahu meneruskan hasratnya walaupun dihalang oleh Pegawai untuk mencapai kemerdekaan kerana mahu berdikari dan tidak mahu dijajah Inggeris. Berdasarkan drama tersebut, pengajaran yang dapat diambil ialah kita sebagai pemimpin hendaklah bekerja untuk rakyat. Dalam drama tersebut, selepas merdeka Pegawaitersebut menemui rakyat dan berjanji akan memberikan Hridmat kepada rakyat.

Sultan Lema Abang berjalan di hadapan Tuan Bujang, baginda tidak dapat berjalan kerana seolah-olah ada orang memegang atau menariknya dari belakang. (iii) Pada masa sekarang, untuk memperoleh ilmu kita boleh membaca atau membuat rujukan buku di perpustakaan. atau pusat sumber. Selain itu, kita juga boleh mendapat ilmu dengan melayari internet dan melawati laman web untuk mencari maklumat yang diperlukan. Kita juga boleh memperoleh ilmu dengan belajar di sekolah atau di universiti serta membuat kajian dan penyelidikan melalui tunjuk ajar guru atau pensyarah. Kita juga boleh mendapat ilmu dengan menghadiri majlis ceramah, seminar, dan bengkel yang berkaitan dengan ilmu yang kita perlukan. (d) (i) Apabila seseorangitu mengawal penglihatan, mereka akan mendapat kebaikan kerana kurang bercita-cita atiu berangan kosong. Apabila seseorangitu mengawal pendengararl pula, dia akan kurang mendengar beritaberita yang jahat dan fitnah. Apabila seseorang itu memelihara pertuturan, dia akan mendapat faedah kerana tidak memperkatakan perkara yang buruk atau berbohong. (ii) Pada pendapat saya, untuk menghindari sifat dengki, anggota masyarakat itu hendaklah bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat agar dapat memahami masalah mereka. Anggota masyarakat juga hendaklah saling membantu agar tidak rasa tersisih atau tidak diperlukan dalam masyarakat. Anggota masyarakat juga hendaklah tidak menunjuk-nunjuk akan kelebihan dan keistimewaan dirinya ketika bergaul dalam masyarakat. (iii) Gurindam tersebut memberikan pengajaran kepada kita agar berfikir kesan buruk dan baik sebelum berkata-kata sama ada memuji atau menceritakan keburukan orang lain. Gurindam tersebut juga memberikan pengajaran agar kita tidak terlalu mengikutkan perasaan marah. Kita juga hendaklah menghindari perbuatan bohong dan dusta apabila bercakap dengan orang lain. Soalan 3 (a) (i) Dia datang ke pejabat dengan muka yang sedih kerana permohonannya untuk bercuti tidak diluluskan oleh majikan. (ii) Seorang tokoh pendidikan yang terkemuka akan memberikan ceramah dalam majlis itu.

(c) (i)

T\ran Bujang tidak terkena tulah kerana beliau masih lagi pewaris kerajaan negeri itu. Selain itu, Tuan Bujang tidak tulah kerana beliau anak raja Johor yang masih ada hubungan darah dengan Yamtuan Sakti. (ii) Peristiwa luar biasa tersebut ialah Sultan Lema Abairg berasa gatal di punggung apabila duduk di atas tepak yang dibawa oleh Tuan Bujang. Selain itu, apabila

(iii) Kami akan bersemuka dengan pihak berkenaan untuk membincangkan masalah tersebut. (iv) Permukaan jalan yang licin menjadi punca kemalangan jalan raya pada waktu hujan. (v) Kita boleh mengemukakan pendapat kita berhubung dengan perkara itu melalui surat khabar. (vi) Pekerja itu bermuka-muka dengan ketua pejabat kerana ingin mendapat pujian. (b) (i) Beberapa buah buku masakan tradisional telah saya hasilkan antara tahun 2000 , hingga 2006. (ii) Sayur-sayuran di belakang rumah kamu mesti siram setiap petang. (iii) Latihan intensif selama tiga bulan dijalani oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha memasyarakatkan bahasa MeIaYu. (ii) Setiap pusat pelupusan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya. (iii) Pengurusan syarikat itu menyasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun. (d) (i) Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut. (ii) Keseluruhan penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim menuai padi. (iii) Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat sesetengah pihak yang membuat spekulasi tentang rombakan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri. (e) (i) BahasaJiwaBangsabermaksudbahasayang digunakan itu melambangkan keperibadian penuturnya. (ii) Bagai dakwat dengan kertas bermaksud suami isteri yang saling menyayangi dan , tidak pernah berPisah. (iii) Seperti air dalam kolam bermaksud sikap dan tindakan seseorang yang tenang.

Soalan 4 (o) Novel Tenninal Tiga Dalam novel Terminal Tiga, karya Othman Puteh, peristiwa Rimpa pulang ke kampung untuk mencari bapanya yang meninggalkan keluarga membawa persoalan maruah keluarga yang bermasalah. Dia mahu memujuk bapanya supaya kembali ke pangkuan keluarga demi maruah keluarga. Selain itu, peristiwa Ruzaini yang menjauhkan diri daripada Rimpa kerana menganggap kepulangan Rimpa hanya untuk melukakan hatinya. Ruzaini tidak mahu dianggap gadis yang tidak berpendirian dan mudah dipengaruhi. Ruzaini akhirnya telah memeluk agama Islam. Peristiwa ini merupakan persoalan maruah bahawa keyakinan terhadap Islam bukan kerana pengaruh seseorang. Novel Perlumbaan Ked.ua el Dalam r,iov Perlumbaq'n Kedua,karya Marwilis peristiwaTuk Kura menerima cabaran Hj.Yusof Sang Arnab merupakan irersoalan maruah bangsa serta keturunan datuk nenek. Sang Arnab mencabar T\rk Kura untuk menebus maruah keturunannya yang tewas dalam perlumbaan yang terdahulu. Selain itu, peristiwa Tuk Kura berlatih dan membuat strategi untuk menghadafi perlumbaan itu secara bersungguh-sungguh juga merupakan usaha untuk mempertahankan maruah diri. Tuk Kura tidak mahu dipersalahkan oleh kaumnya jika tewas dalam perlumbaan itu. Persitiwa ini membawa persoalan usaha untuk mempertahankan maruah diri. Novel Di Had.apan Pulau Dalam novel Di Hadapan Pulau, karya A. Samad Said, peristiwa Taksiah menjual diri untuk mendapatkan makanan merupakan persoalan maruah yang dipaparkan dalam novel ini. Kesulitan hidup dan kelemahan pegangan agama dan moral sehingga sanggup menjual maruah diri dipaparkan dalam novel ini. Inilah persoalan yang terdapat dalam novel ini. Selain itu, peristiwa Aziz bekerja bercucuk tanam membantu Syed Fikri merupakan persoalan maruah diri untuk berdikari ketika berhadapan dengan kesusahan dan.kesulitan hidup. Novel Bukit Kepong Dalam novel Bukit Kepong, karya Ismail Johari, peristiwa anggota polis di Balai Polis Bukit Kepong yang terus berjuang menentang serangan komunis merupakan persoalan maruah untukmempertahankanpasukannya- Walaupun bilangan musuh lebih banyak, anggota polis tidak menyerah kalah demi maruah pasukannya. Selain itu, peristiwa Othman meletak jawatan sebagai polis merupakan persoalan maruah diri.

(c) (i)

"'

Dia masih cedera dan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Isterinya pula semakin tenat dan memerlukan perhatiannya. Demi maruah diri, dia melatakkan jawatan dan pulang ke kampung. Novel Konserto Terahhir Dalam novel Konserto Terakhir,karya Abdullah Hussain, peristiwa Helmi diusir oleh Datin Salmah dari rumahnya merupakan persoalan maruah kerana perbezaandarjat dan keturunan. Datin Salmah tidak gemar Haryati berkawan rapat dengan Helmi kerana telah bertunang dengan Mohsin. Datin Salmah tidak mahu anaknya trerkawan dengan tukang kebun. Demi inaruah diri, Helmi berazam untuk mendalami bidang muzik. Akhirnya, beliau berjaya menjadi ahli muzik terkenal dan diberi penghormatan untuk mengadakan konsert terbesar yang dihadiri oleh orang kenamaan. Peristiwa Azizah meninggalkan Helmi kerana bosan dengan kehidupan Helmi juga merupakan persoalan maruah. Azizah sebagaiisteri pemuzik terkenal, tetapi terpaksa bekerja di rumah menjaga rumah tangga. Dia berasa terhina dan meninggalkan Helmi untuk mencari kesenangan hidup. Peristiwa ini merupakan persoalan maruah isteri kepada seorang tokoh terkenal yang seolah-olah tidak dihormati. Novel Seteguh Karang Dalam novel Seteguh Karang, karya T\ran Faridah Syed Abdullah, peristiwa, Anis yang dipandang rendah oleh Encik Johgri yang menjadi penyelia latihannya merupakan persoalan maruah wanita yang dianggap tidak setanding dengan Ielaki. Anis sebagai gadis dipandang rendah kerana mengambil jurusan pertanian yang dimonopoli oleh golongan lelaki. Anis berusaha untuk mengangkat maruah wanita yang dapat melakukan kerja-kerja yang selama ini dianggap kerja orang lelaki. Peristiwa Anita yang meninggalkan rumah Kak May kerana dianggap orang luar oleh Kak May merupakan persoalan maruah diri sebagai anak angkat dalam keluarga yang dianggap tidak mempunyai hak terhadap keluarga bapa angkatnya. Anita meninggalkan rumah untuk hidup berdikari dan tidak bergantung kepada sesiapa. Novel Julia Dalam novel Julia, karya Abu Hassan Morad, peristiwa Julia dihantar ke Australia oleh bapanya untuk melaqjutkan pelajaran di sana merupakan persoalan maruah masa depan keluarga. Julia bergaul dengan remaja yang tidak bermoral. Jika tiada apa-apa tindakan dilakukan, masa depan Julia tidak akan berjaya.

Sebagai anak tokoh koporat, bapanya tidak mahu maruah anak dan keluarga tercemar akibat keadaan anaknya itu. Selain itu, peristiwa Umi Sarah, isteri kedua Datuk Bakar yang menuntut hak milik dalam syarikat Datuk Bakar juga merupakan persoalan maruah tentang kewibawaan Julia sebagai pengurus syarikat. Julia akhirnya dapat mengatasi kemelut perniagaannya dengan berjumpa sendiri dengan Umi Sarah. Novel Putera Gunung Tahan Dalam novel Putera Gunung Tahan, karya Ishak Hj. Muhammad, peristiwa Perempuan Tua yang berundur meninggalkan kemewahan di istana merupakan persoalan maruah kerana tidak mahu negaranya dikuasai oleh penjajah. Perempuan Tua bercadang untuk menJrusunstrategi bagi mengusir penjajah untuk mengekalkan kekuasaan dan kemerdekaan sebagai mendaulatkan maruah bangsa. Peristiwa Ratu Bongsu menunjukkan kehebatannya memiliki keajaiban juga merupakan persoalan maruah. Tuan William yang memuji orang Inggeris berasa hairan dengan kecanggihan yang dimiliki oleh Ratu Bongsu. (b) Novel Buhit Kepong dan Konserto Terakhir Dalam noveLBukit Kepong, watak utama ialah Othman Yusof. Beliau mengalami konflik apabila dihantar bertugas ke Balai Polis Bukit Kepong dalam keadaan tidak aman kerana ancaman komunis. Isteri Othman sedang mengandung. Demi tugas, Othman menyelesaikan konflik itu dengan menghantar isterinya pulang ke kampung. Sementara itu, dalam navel Konserto Terahhir, watak utama ialah Helmi. Beliau menghadapi konflik kerana tidak dibenarkan bertemu dengan Haryati akibat berlainan darjat. Helmi menyelesaikan masalah itu dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kecemerlangan. Dengan kesungguhan itu, beliau dihormati dalam masyarakat dan diberi kepercayaan untuk membuat persembahan muzik di hadapan Yang Dipertuan Agong. Novel Seteguh Karang dan Terntinal Tiga Watak utama dalam novel Seteguh Karang ialah Anis. Beliau menghadapi konflik dalam keluarga kerana sikap kakak sulung,'Kak May yang hilang keyakinan diri. Anis menyelesaikan masalah tersebut dengan memberikan nasihat dan mencabar kakaknya tentang hakikat kehidupan keluarga mereka. Kak May sedar setelah tenat di hospital akibat menelan pil tidur. Sementara watak utama dalam novel Terminal Tiga ialah Rimpa. Rimpa mengalami

konflik kehidupan keluarganya yang miskin dan tidak bersatu. Rimpa ingin melanjutkan pelajaran. Dia mendapat bantuan Bang Maily untuk mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan mendapat bantuan Ruzaini untuk bertanya khabar tentang keluarganya di kampung. Novel Perlum.baan Ked.ua d,an Julia Watak utama dalam novel Perlumbonn Kedua ialah Tuk Kura. T\rk Kura menghadapi konflik dengan Sang Arnab yang mencabar untuk menebus maruah keturunannya yang tewas dalam perlumbaan terdahulu. Tuk Kura juga menghadapi konflik kerana fitnah daripada kaumnya sendiri. Tuk Kura menyelesaikan masalah itu dengan membuat persiapan dan membuat strategi untuk menewaskan Sang Arnab. Watak utama dalam no.vel Julia ialah Julia. Julia menghadapi konflik kematian ibu dan bapanya dalam kemalangan. Dia terpaksa menguruskan syarikat perniagaan bapanya tanpa pengalaman dan berhadapan dengan kemerosotan ekonomi. Untuk menyelesaikan masalah itu, Julia mendapat bantuan pekerja dan Jun yang berpengalaman dalam perniagaan. Julia berjaya mengatasi masalah perniagaannya dengan membuat usaha sama dengan syarikat lain. Novel Putera Gunung Tahan dan Di Had.apan Pulau Watakutama dalam novel Putera GunungTahan ialah Ratu Bongsu. Beliau menghadapi konflik ancaman William yang menjadi wakil Inggeris untuk menguasai dan menjajan puncak Gunung Tahan. Ratu Bongsu menyelesaikan masalah itu dengan menyembunyikan William ketika pasukan kapal terbang Inggeris menyerang penempatan mereka. William mati dalam serangan tersebut. Sementara dalam novel Di Hadapan Pulau, watak utama ialah Aziz- Aziz menghadapi konflik hidup susah dalam zamarr Jepun. Aziz menghadapi konflik itu dengan bantuanTuk Marzuki. Mak Ketong pula berjanji untuk membantu Aziz membawanya ke pulau yang selama ini penuh dengan misteri. Konflik Aziz dapat diselesaikan apabila Jepun menyerah kalah dalam peperangan itu.

You might also like