Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Apa Itu Kebankrapan?

Bahagian Kebankrapan ditubuhkan di Ibu Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia untuk menguruskan / mengawal selia dan menyelesaikan masalah-masalah dalam hal-hal yang berkaitan dengan kes-kes kebankrapan. Bagaimana Seseorang Itu Boleh Diisyhtiharkan Bankrap? Seseorang boleh diistiharkan bankrap melalui 2 cara: Permohonan individu itu sendiri Permohonan oleh pihak yang memberi hutang Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu dihukum bankrap? Jumlah hutang seberhutang kepada sipemiutang hendaklah sekurang-kurangnya RM30,000.00 Hutang adalah untuk satu jumlah yang boleh ditentukan ("liquidated sum") yang perlu dibayar segera atau kemudiannya Perbuatan kebankrapan telah berlaku dalam tempoh 6 bulan sebelum petisyen difailkan Siberhutang adalah pemastautin di Malaysia dalam tempoh 1 tahun sebelum petisyen difailkan Apakah kesan-kesan setelah seseorang itu dihukum bankrap? Segala harta bankrap terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi. (Sibankrap hilang hak dan kawalan) Segala hal-ehwal dan liabiliti ditadbir oleh Ketua Pengarah Pemiutang tidak "remedy" bagi hutang "provable" terhadap harta sibankrap dan tidak boleh "proceed with or commence any action or other legal proceeding" bagi hutang tersebut kecuali dengan kebenaran (leave) Mahkamah Ketua Pengarah Insolvensi akan mengambil dan menyimpan segala buku akaun, kertas dokumen dan sebagainya yang berkaitan Apakah peranan dan tanggungjawab Ketua Pengarah Insolvensi? Menyiasat aset, liabiliti dan hal-ehwal sibankrap Pemegang amanah bagi harta yang dikumpulkan Mengzahir dan menghasilkan harta Membahagikan harta kepada pemiutang-pemiutang Menguatkuasa Undang-Undang, Perintah Mahkamah dan Arahan Mendakwa sibankrap yang melakukan kesalahan Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak di bawah seksyen 55(5) Akta Kebankrapan 1967 Mempertimbangkan berbagai permohonan daripada sibankrap antara lain, keluar negara, penglibatan dalam perniagaan, menjawat jawatan, penjualan harta dan lain-lain Menjaga hak-hak bankrap Menjaga kepentingan pemiutang-pemiutang Menyediakan laporan kepada mahkamah Memberi pelepasan (discharge) kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A

Apakah tanggungjawab seorang bankrap? Hadir ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia dengan segera Memberi segala maklumat mengenai dirinya Mematuhi segala perintah Mahkamah dan arahan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia (KPI) Tidak melanggar mana-mana larangan yang dikenakan ke atasnya Tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta Kebankrapan 1967 Mengemukakan satu penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap enam (6) bulan sekali Memaklumkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia jika terdapat sebarang perubahan seperti pendapatan, tempat tinggal, pemilikan harta dan lainlain berkaitan Apakah larangan-Iarangan terhadap bankrap? Seseorang bankrap tidak boleh: Dilantik sebagai Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen Dinamakan atau dilantik sebagai ahli Bandaran atau Badan Berkuasa Tempatan Meneruskan sebarang tindakan Mahkamah kecuali untuk kecederaan peribadi Keluar negara tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah Menjadi Pengarah Syarikat yang menjalankan perniagaan atau terlibat dengan pengurusan syarikat tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah Terlibat dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja syarikat yang dimiliki oleh isterinya atau saudara maranya tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah Meminjam wang melebihi RM1000 Menjadi ahli Jawatankuasa atau bekerja dengan mana-mana pertubuhan berdaftar tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah Bertanding dalam pilihanraya atau menjadi wakil rakyat tanpa mendapat kelulusan KPI atau Mahkamah Memiliki harta alih dan tak alih yang bernilai RM5,OOO kesemuanya Apakah peranan dan hak-hak pemiutang? Memfailkan tuntutan 'provable' dengan mengemukakan borang bukti hutang dan mengemukakan borang bukti serta membayar fi pemfailan sebanyak RM 10.00 setiap tuntutan Pemiutang Bercagar tidak kehilangan hak mereka ke atas cagaran yang mereka pegang Mendapat dividen mengikut keutamaan dan nisbah yang layak diterima Menghadiri mesyuarat pemiutang-pemiutang dan boleh menyuarakan kehendakkehendak mereka atas pentadbiran harta sibankrap Boleh mengakas ke atas penolakan tuntutan mereka Boleh memohon bagi membatalkan atau meminda perintah mahkamah Boleh mempertikaikan pelepasan sibankrap di bawah Seksyen 33A, Akta Kebankrapan 1967 Memaklumkan kepada PPH kewujudan aset, liabiliti dan sebarang salah laku sibankrap

Bagaimana pihak pemiutang boleh menuntut hutang? Failkan tuntutan anda dengan mengisi Borang Bukti Hutang yang boleh diperolehi dari semua cawangan Jabatan Insolvensi di seluruh negara. Bagaimana menentukan kategori pemiutang? a) Pemiutang bercagar sepenuhnya dan pemiutang bercagar sebahagiannya Hak mereka kekal ke atas cagaran tersebut. Mereka harus membuat pilihan ke atas cagaran tersebut iaitu samada hendak menjual atau menyerahkan kepada PPH atau hanya memegang cagaran mereka. Mereka harus menghasilkan cagaran mereka dalam masa 6 bulan dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dibuat. Jika tidak, mereka tidak layak menuntut sebarang faedah ke atas hutang tertunggak b) Pemiutang keutamaan merangkumi tuntutan-tuntutan yang berikut o "all local rates and land tax" o "income tax and other assessed taxes" o "all wages or salary" o "all amounts due in respect of contributions payable" o "workmen's compensation" a) Pemiutang biasa Pemiutang ini akan menerima dividen selepas tuntutan pemiutang bercagar dan keutamaan dibayar dan nisbah bayaran adalah secara sama rata ("pari passu") Bagaimana menentukan kategori penjamin? Terdapat 2 kategori penjamin iaitu: a) Penjamin korporat Adalah jaminan yang dibuat terhadap pinjaman yang dibuat oleh syarikat atau sesuatu perniagaan. b) Penjamin sosial Jaminan yang dibuat yang mana penjamin tidak mempunyai kepentingan terhadap jaminan yang dibuat seperti:o Jaminan kepada pinjaman biasiswa atau geran untuk tujuan pendidikan atau menjalankan penyelidikan. o Jaminan kepada transaksi jualbeli kenderaan untuk seseorang bagi kegunaan persendirian dan bukan untuk perniagaan. o Jaminan untuk pinjaman perumahan kepada seseorang bagi tujuan untuk menetap di rumah berkenaan dan bukan bagi lain-lain tujuan. Bolehkah penjamin yang menjamin hutang bankrap ...... Seseorang penjamin bagi pinjaman yang dibuat oleh peminjam utama juga boleh dijatuhkan hukuman bankrap sekiranya peminjam utama gagal menjelaskan

pinjaman yang dibuat atau mereka gagal dikesan oleh pihak pemiutang. Bolehkah penjamin yang menjamin hutang bankrap menyelesaikan hutang mereka kepada pihak pemiutang bagi mengelakkan diri mereka juga dari dihukum bankrap? Jawapannya boleh. Penjamin boleh menjelaskan hutang kepada pihak pemiutang dan tuntutan terhadap jumlah yang telah diselesaikan boleh dibuat dengan memfailkan tuntutan terhadap bankrap. Bolehkah seseorang bankrap itu memegang jawatan ...... Bolehkah seseorang bankrap itu memegang jawatan sebagai Pengarah, Pengurus, Pengerusi dan bekerja di syarikat-syarikat milik isteri/suami/keluarga atau membuka syarikat sendiri? Jawapannya boleh dengan mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 38(1)(d) Bolehkah seseorang bankrap membuat perjalanan ke luar negara/menjalankan urusan di luar negara? Jawapannya boleh dengan mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 38(1)(c) kepada Jabatan Insolvensi Malaysia ataupun Mahkamah untuk mendapat kelulusan dan tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan tertentu yang akan ditetapkan oleh Ketua pengarah Insolvensi atau Mahkamah. Adakah jalan keluar dari kebankrapan? Ada. Terdapat 3 cara keluar dari kebankrapan: a) Memohon ke Mahkamah untuk pembatalan PP & PP atas alasan 'Order ought not to have been made' atau hutang telah dijelaskan ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia b) Melalui Perintah pelepasan oleh Mahkamah c) Melalui Sijil pelepasan oleh Ketua Pengarah Insolvensi Apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap bankrap sekiranya mereka gagal mematuhi peraturan atau arahan yang ditetapkan? a) Sekiranya bankrap gagal menghadirkan diri ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia sebagaimana yang diarahkan, waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap beliau (S.28A, Akta Kebankrapan 1967) b) Sekiranya bankrap gagal membuat bayaran bulanan secara teratur atau gagal mengemukakan Penyata Hal Ehwal dalam tempoh masa yang ditetapkan, tindakan komital boleh diambil terhadap beliau (S.91 (2), Akta Kebankrapan 1967) c) Hukuman-hukuman terhadap si berhutang atau si pemiutang yang melakukan penipuan (fraudulent debtors and creditors) di bawah S.109, Akta Kebankrapan 1967

You might also like