Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Ciri-Ciri Suami Soleh

Ciri-ciri suami yang soleh ialah: a. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri. b. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa. c. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri. d. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya. e. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka. f. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya. g. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT. h. Menjaga hati dan perasaan isteri. i. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan. k. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yan g memudaratkan. l. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan m enjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin. m. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan. n. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka. o. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahag iaan bersama. 2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SW T iaitu: a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai. b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan. c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-p erkara haram dan syubhat. e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah. f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek. g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-n ilai keperibadian muslim. h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga.

i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam. j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan. k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga. Ciri-ciri Suami Teladan a. Suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah. b. Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan larangan Nya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggu ngjawab yang sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang deng an isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan kepada i sterinya. c. Suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah. d. Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap is terinya. e. Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtang ga. f. Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi iste rinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan berso pan santun. g. Suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isteri nya. h. Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya ,berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya. Suami yang layak menjadi pemimpin a. Pengetahuan agama yang sempurna - untuk membimbing ahli keluargany a mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup. b. Tubuh badan yang sempurna - sanggup melaksanakan tanggungjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi k eperluan zahir dan batin. c. Membelanjakan sebahagian harta - mencari nafkah untuk menyara hidup a hli keluarganya d. Akal fikiran yang sempurna - berfikiran positif. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga 1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna

2. Memberi nafkah kepada isteri 3. Menggaulinya dengan baik a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan. b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal. c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghi burkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira. d. Memaafkan kesalahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi peker ti mulia. e. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya. f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya. g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan umum. h. Melindungi isteri dari api neraka. 4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk p andangan, perkataan atau perasaan. Secara umum lelaki bersifat : - berani dan gagah perkasa - ingin menolong yang lemah - ingin berkuasa - kasar dan tamak manakala wanita bersifat : - lemah lembut - pemalu - mempunyai perasaan yang halus - bersopan santun - penyabar. Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab mas ing-masing. 5. Membimbing isteri Di samping memiliki sifat-sifat yang baik, wanita juga mempunyai sifat bu ruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Di antaranya: a. Mudah lupa dalam mengingati Allah. Kesibukan dengan harta kekayaan

dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. K elalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya. b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia. Kemilauan dunia sering membua t wanita terpedaya. c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati iste ri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersil ap cara akan mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik sepe rti : 1. Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama. 2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain. 3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang. 4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang. 5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu. 6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak memp unyai masa terhadap pasangan. 7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan. 8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kura ngnya sekali sehari. 9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf. 10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya orang yang bersalah paling banyak berbicara. 6. Membimbing anak Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabny a antaranya: a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya. b. Memberi nafkah. c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya. Keperibadian Suami yang menjadi Impian isteri 1. Penuh dengan kerinduan dan kasih sayang 2. Persaan mencintai 3. Gagah dan berakhlak mulia

4. Kaya dan bijaksana 5. Memberikan cahaya dalam kehidupan 6. Menegakkan kebenaran 7. Mulia di sisi Allah Suami yang penuh dengan sentuhan kasih Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri : 1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang ting gi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada h akikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. J ika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun sel alulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapk an layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari le laki yang bertanggungjawab. Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setia p isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tega s dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya. 2. Memberi pujian terhadap isteri Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripad a keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepa da isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri. Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangan nya, "Adakah engkau cinta padaku? " Pertanyaan ini bukan bermakna ia tid ak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dir inya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah u ntuk mengerti hakikat seorang wanita. 3. Menentukan batas tanggungjawab Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami ber kewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula be

rkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna t anggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain sehar usnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat. 4. Menghindari kritikan terhadap isteri Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh d ilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bern ikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewen ang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri. Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu: a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan ke cewa dan tekanan batin. c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk ber sama. d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti d irinya sendiri e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak. f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian. 5. Memperhatikan sesuatu yang romantik Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita ,hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yangmempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri. 6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang. 7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri

Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenter am terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap ma salah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaik an masalah isteri. 8. Memahami gelora jiwa isteri Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan l elaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, mak a isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat membim bing hidupnya. 9. Membina kerjasama yang baik Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isteri nya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia. 10. Memenuhi keperluan peribadi Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memi liki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawab nya sesuai dengan kemampuan dirinya.

You might also like