Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Asid sulfurik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Asid sulfurik

Nama IUPAC Nama lain

Sulfuric Acid minyak vitriol Pengecam

Nombor CAS Nombor RTECS

[7664-93-9] WS5600000 Sifat

Formula molekul Jisim molar Rupa bentuk Ketumpatan Takat lebur

H2SO4 98.07848 g mol1 clear, colorless, odorless liquid 1.84 g cm3, liquid

10 C (283 K)

Takat didih

338 C (611 K) fully miscible (exothermic)

Keterlarutandalam air

Kelikatan

26.7 cP at 20 C Bahaya

Pengelasan EU Frasa R Frasa S Takat kilat

Corrosive (C) R35 S1/2, S26,Templat:S30, S45 Non-flammable

Kecuali sebaliknya dicatatkan, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawai (pada 25 C, 100 kPa) Penafian dan rujukan Infobox

Asid sulfurik (nama lama: minyak vitriol) ialah asid mineral yang kuat. Ia mempunyai formula kimia H2SO4. Asid sulfurik larut dalam air pada semua kepekatan. Apabila gas SO3 pekat ditambah kepada asid sulfurik, ia membentuk H2S2O7. Ini dikenali sebagai asid sulfurik fuming atau oleum atau, jarang-jarang sekali, asid Nordhausen. Asid sulfurik mempunyai banyak kegunaan, termasuk dalam kebanyakan reaksi kimia dan proses pembuatan. Ia digunakan secara meluas sebagai bahan kimia pengilangan. Kegunaan utama termasuk penghasilan baja, memproses bijih, sistesis kimia, pemprosesan air kumbahan dan penapisan minyak. Reaksi penghidratan asid sulfurik adalah tindak balas eksoterma yang kuat. Jika air ditambah kepada asid sulfurik pekat, ia mampu menggelegak. Sentiasa tambah asid kepada air dan bukan sebaliknya. Sebahagian daripada masaalah ini disebabkan perbezaan isipadu kedua-dua cecair. Air kurang tumpat berbanding asid sulfurik dan cenderung untuk terapung di atas asid. Reaksi terhasil boleh dianggap sebagai membentuk ion hidronium, seperti: H2SO4 + H2O H3O+ + HSO4-. Disebabkan asid sulfurik bersifat penghidrat, asid sulfurik merupakan agen pengeringan yang baik, dan digunakan bagi menyediakan kebanyakan buah-buahan kering.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sejarah 2 Penghasilan 2.1 Proses Kebuk

Plumbum

2.2 Proses Sentuh

[sunting]Sejarah
Asid sulfurik telah ditemui oleh seorang ahli sains and alkimia Islam, Abu Bakar Muhammad bin Zakaria alRazi, pada kurun ke-9. Beliau telah memperoleh asid sulfurik dengan penyulingan kering mineral-mineral vitriol tertentu. Misalnya : (FeSO4 7H2O) FeO + H2O + SO3 (CuSO4 5H2O) FeO + H2O + SO3 SO3 + H2O H2SO4 Apabila ferum (II) sulfat heptahidrat atau kuprum(II) sulfat pentahidrat dipanaskan, kedua-duanya akan terurai menjadi ferum (II) oksida serta kuprum(II) oksida masing masing dan membebaskan air dan sulfur trioksida. Air dan sulfur trioksida kemudiannya bergabung menjadi asid sulfurik cair. Cara menghasilkan asid sulfurik ini diketahui oleh ahli alkimia Eropah hasil penterjemahan. Asid sulfurik dikenali sebagai oil of vitriol dan spirit of vitriol. Perkembangan industri pada kurun ke-17 menyebabkan ahli alkimia bertungkus-lumus mencari cara untuk menghasilan asid sulfurik secara komersial. Pada tahun 1736, seorang ahli farmasi London, Joshua Ward, membakar sulfur dengan dengan kalium nitrat, KNO3, dengan kehadiran wap air untuk menghasilkan asid sulfurik secara komersial. Pada tahun 1746 di Birmingham, John Roebuck menghasilkan asid sulfurik dengan cara tersebut dalam kebuk yang menggunakanplumbum. Asid sulfurik dihasilkan dengan cara ini untuk dua kurun yang seterusnya. Cara Roebuck hanya dapat menghasilkan asid sulfurik 35-40%. Pembaikan cara ini telah meningkatkan kepekatan asid sulfurik kepada 78%. Walau bagaimanapun, asid sulfurik yang lebih pekat diperlukan untuk menghasilkan barangan industri yang lebih berkualiti. Satu lagi cara untuk mendapatkan asid sulfurik telah ditemui : FeS2 FeSO4 FeSO4 Fe2(SO4)3 FeSO4 Fe3O2 + SO3 Sulfur trioksida dapat dilarutkan dalam air untuk membentuk asid sulfurik yang pelbagai kepekatannya. Tetapi, cara ini memakan masa dan belanja yang terlalu banyak untuk kegunaan industri.

[sunting]Penghasilan

[sunting]Proses

Kebuk Plumbum

Gas sulfur dioksida panas disalurkan ke dalam sebuah reaktor yang dipanggil menara Glover (Glover tower) di mana gas sulfur dioksida dibersihkan dengan nitrous vitriol dan dicampur dengna nitrik oksida dan nitrogen dioksida untuk membentuk asid Gloverb. Dari menara Glover, asid Glover dicampur dengan gas-gas termasuk sulfur dioksida (SO2), sulfur trioksida (SO3), nitrogen oksida, NO, nitrogen, N2, oksigen, O2, dan wap air dalam suatu kebuk plumbum. Asid sulfurik 62-68% terhasil dan terkondensasi pada dinding kebuk plumbum. Selepas itu, nitrogen oksida dan sulfur dioksida yang tidak digunakan dalam tindak balas dihantar ke menara Glover semula untuk digunakan semula. Gas-gas yang berlebihan lazimnya dilepaskan ke atmosfera.

[sunting]Proses

Sentuh

Pada tahun 1831, seorang pedagang cuka Britain, Perengie Phillips, mempatenkan proses yang jauh lebih murah untuk menghasilkan sulfur trioksida dan asid sulfurik pekat. Proses ini dinamakan Proses Sentuh, dan hampir semua bekalan asid sulfurik dunia dihasilkan dengan proses ini.

You might also like