Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Lokasi

Ciri-ciri

Kawasan hulu Sungai Rajang serta Sungai Baram di Borneo. Dikategorikan sebagai sebahagian dari orang Dayak. Mendiami tebing-tebing sungai dengan mendirikan rumah-rumah panjang. Aktiviti yang dilakukan untuk menyara hidup mereka ialah bercucuk tanam, menanam padi sawah, memungut hasil hutan dan menangkap ikan di sungai.

Pakaian - Kaum lelaki:- abet iaitu cawat dan tapung puk atau juga terega iaitu topi yang dihiaskan dengan bulu binatang atau bulu burung kenyalang serta besunung yang diperbuat daripada kulit rusa ataupun beruang. - Kaum wanita:- taa iaitu baju dan skirt panjang disulam dengan ukiran menggunakan manik. Pantang-larang Berhuma/bersawah padi: - Jika tuan sawah pergi ke sawah dan dalam perjalanan ada terdengar atau terserempak dengan burung pipit yang terbang melintasi jalan dengan bunyi yang kuat; maka itu adalah petanda yang sangat tidak baik.Oleh itu, tuan sawah terpaksa balik semula ke rumah dan tidak boleh pergi ke sawah pada hari berkenaan. Hutan: - Sebelum pergi memburu; pemburu tidak boleh bercakap besar atau cakap sombong kerana padahnya ialah tidak mendapat seekor pun binatang buruan. Perempuan: - Perempuan yang mengandung tidak boleh pergi ke sawah atau ke sungai. Ini kerana akan ditimpa kemalangan kepadanya.

Budaya

Dikategorikan ke dalam golongan Orang Ulu kerana tinggal di kawasan hulu sungai. Budaya mereka agak serupa dengan kaum Kenyah namun berbeza bahasa.

Percaya kepada kepercayaan animisme(Adat Apau Lagan Dan Bungan) di mana mereka percaya bahawa semua yang ada disisi mereka mempunyai roh yang sendiri. Makanan - Nubak layak(nasi yang dibungkus menggunakan daun) merupakan makanan tradisi suku kaum kayan.

Kaum Kayan

Ini adalah beg untuk mengangkat bayi. Biasanya dihasilkan oleh kaum kenyah/kayan yang merupakan pakar dalam seni berasaskan manik.

You might also like