Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

Ekonomi Sarawak

Ekonomi Sarawak
Sarawak adalah negeri kedua terkaya dalam hasil sumber ekonominya diMalaysia dengan hasil sumber gas asli, petroleum, balak dan kelapa sawit. Selain itu,terdapat juga sumber ekonomi yang baru seperti sektor perkilangan elektronik dan bioteknologi.

Dengan kawasan yang luas terbentang, Sarawak mempunyai banyak kawasan yang sesuai untuk perkembangan pertanian, Lebih kurang 32% atau kira-kira 40,000 km luas kawasan telah dikenalpasti sesuai untuk pertanian. Walau bagaimanapun, tidak sampai 9% yang ditanam dengan tanaman kekal, manakala selebihnya masih dalam proses penanamanpadi huma iaitu seluas 16,000 km lebih. Selain kelapa sawit, tanaman komersil lain adalah sagu dan lada hitam. Sejak 1980-an, Sarawak telah mula mempelbagai dan mengubah ekonominya kepada bentuk industri. Taktik ini telah berjaya, dan kini industri perkilangan dan teknologi memainkan peranan penting dalam membentuk pengembangan ekonomi negeri. Walaupun merupakan negeri yang terbesar di Malaysia, Sarawak mampu untuk membangunkan semua bahagian dan daerah negeri tersebut untuk mengejar status negeri maju pada tahun 2020. Sarawak bersamaan denganSelangor mempunyai dua bandar raya iaitu Bandaraya Kuching danMiri. Dengan adanya kawasan yang luas dan kaya dengan sumber alam, Sarawak telah menjadi antara pilihan menarik bagi para pelabur.
Posted by raynoldhardy at 11:11 PM 0 comments Labels: Sejarah Negeri Sarawak

Yang di-Pertua Negeri

Yang di-Pertua Negeri


Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri ataupun dahulunya dikenali sebagai Gabenor merupakan ketua negeri di 4 negeri di Malaysia iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri kerana negeri-negeri ini tidak mempunyaiSultan. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan

memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial. Yang di-Pertua Negeri merupakan komponen Dewan Undangan Negeri(DUN) dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Persetujuan beliau adalah diperlukan bagi meluluskan Dewan Undangan Negeri. Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Gabenor akan melantik ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya.

Fungsi dan Peranan


Fungsi dan peranan Yang di-Pertua Negeri meliputi perkara-perkara berikut: Ketua Kerajaan Negeri Fungsi Kehakiman Fungsi Pertadbiran Kuasa Pengampunan Sumber Kehormatan dan Daulat.

Senarai TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak


Nama Tun Abang Haji Openg Tun Abang Muhammad Salahuddin Tun Abdul Rahman Ya'kub Tun Ahmad Zaidi Adruce Tun Abang Muhammad Salahuddin
Posted by raynoldhardy at 11:06 PM 0 comments Labels: Sejarah Negeri Sarawak

Tarikh mula Tarikh tamat 1963 1977 1981 1985 2001 1969 1977 1981 1985 2000 sekarang

Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman 1969

Pentadbiran Kerajaan Negeri

Negeri Sarawak ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sendiri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai orang yang dilantik setiap lima tahun. Ia diketuai olehYang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan AgongMalaysia. Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan.

Dewan Undangan Negeri Sarawak


Dewan Undangan Negeri Sarawak kini mempunyai 62 orang Ahli yang dipilih. Seorang Ahli bagi setiap kawasan pilihanraya negeri. Luas kawasan pilihanraya adalah berbeza-beza dengan jumlah pengundi paling ramai daripada kawasan-kawasan bandar manakala kawasan luar bandar yang luas mempunyai jumlah pengundi yang kecil disebabkan masalah perhubungan. Selepas pilihanraya umum di adakan, seseorang Ahli yang dipilih akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri untuk tempoh lima tahun atau sehingga pilihanraya umum baru di adakan. Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri mesti mengadakan persidangan sekurangkurangnya sekali dalam setahun. Persidangan mesti diadakan kerana tiada sebarang cukai atau perbelanjaan boleh dikenakan ke atas Dana Tergabung Negeri melainkan setelah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Belanjawan tahunan negeri biasanya dibentangkan oleh Kerajaan Eksekutif.

Sejarah
Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah dewan perundangan yang tertua di Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Raja Muda Charles Brooke, atas arahan Raja James Brooke, melalui mesyuarat yang diadakan disebuah perkampungan nelayan kecil di Bintulu, Sarawak pada 8 September1867. Dewan Undangan Negeri Sarawak mula dikenali sebagai Majlis Umum (General Council) dengan jumlah Ahli dipilih seramai 21 orang. Ahli-Ahli dipilih dari kalangan ketua-ketua kaum tempatan yang difikirkan dapat membantu dalam mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahan Brooke yang pada masa itu hanya meliputi kawasan-kawasan persisiran. Council Negri, kini dikenali dengan Dewan Undangan Negeri merupakan Dewan Undangan Negeri yang tertua dan terulung sekali di dalam Malaysia.

Keahlian
Keahlian Dewan juga mengalami perubahan. Bermula dengan hanya wakil daripada kaum Bumiputra sahaja yang dilantik menjadi ahli kemudian barulah wakil-wakil kaum cina.

Fungsi
Selain daripada fungsi perundangan, Dewan Undangan Negeri mempunyai fungsi-fungsi penting yang lain seperti berikut: Menjaga kedaulatan perlembagaan dan hak berperlembagaan Negeri Sarawak dan rakyat sepertimana yang dijelaskan di dalam perlembagaan. Memberi khidmat kepada Kerajaan Eksekutif dan menjadi arena tumpuan bagi memeriksa dan mengeritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan. Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan mereka bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Undangan Negeri. Ini dapat disaksikan dalam prosiding Dewan semasa perbahasaan terhadap Usul Diraja, usul tidak percaya dan perbahasan terhadap dasar-dasar am kerajaan. Meluluskan perbekalan. Tiada cukai atau perbelanjaan boleh dikenakan terhadap Dana Tergabung (Consolidated Fund) melainkan dibenarkan oleh undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Mewakili rakyat. Dewan Undangan Negeri menyediakan forum kepada wakil-wakil rakyat untuk menyuarakan pendapat dan berbincang secara terbuka melalui keistimewaan berparlimen di bawah peruntukan Ordinan Dewan Undangan Negeri (Privileges, Immunities and Powers), 1963. Perkara-perkara yang disuarakan meliputi isu-isu yang menjadi tumpuan, rungutan atau masalah rakyat. Ini boleh dilakukan melalui perbahasaan biasa, rayuan-rayuan dan membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam dan sebagainya. Mempertimbangan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu. Memeriksa akaun awam untuk mempastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai. Menjadi arena perbincangan kritis terhadap kerajaan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Mengawasi tindak-tanduk pihak pemerintah sebagaimana yang ditunjukkan semasa perbahasan am. Melindungi dan mempertingkatkan kepentingan yang terbaik untuk rakyat dan negeri dengan membangkitkan isu-isu tertentu, dan meredakan rungutan semasa prosiding atau melalui cara lain yang ditetapkan oleh peraturan Dewan Undangan Negeri. Melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan untuk tujuan siasatan melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.

Memperkembang dan memperguna keistimewaan dan prosedur berparlimen untuk membolehkan Dewan Undangan Negeri menjalankan fungsi-fungsi berperlembagaan dan perundangan dengan lebih berkesan

Posted by raynoldhardy at 11:00 PM 0 comments Labels: Sejarah Negeri Sarawak

Kerajaan Awal di Sarawak


Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13, Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong. Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Sarawak yang bergelar Abang. Golongan tersebut atau perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Kehadiran keluarga Brooke sedikit sebanyak menstabilkan keadaan di Sarawak kerana tetangan hebat dari penduduk asal Dayak terhadap pencerobohan tersebut di mana petempuran di antara pejuang Dayak dengan golongan pendatang tercatit dalam 'Papan Turai'.
Posted by raynoldhardy at 10:57 PM 0 comments Labels: Sejarah Negeri Sarawak

Sejarah Negeri

Sarawak
Fakta Am Negeri Sarawak atau juga dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalangmerupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Kedua-dua Sarawak danSabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.

Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan timur Malaysia. Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak adalah kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan asset yang paling penting. Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong. Setiap bahagian pentadbiran dipimpin oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan. Sarawak terasing daripada Semenanjung Malaysia ke barat dengan Laut Cina Selatan yang kira-kira 600 km dan dicantum ke negeri Sabah secara langsung ke timur laut di mana kesultanan Brunei di tengahtengahnya. Atas tanah, negeri ini bersempadanan dengan Kalimantan, Indonesia. Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching (ibu negeri), Miri,Sibu, Bintulu, Sarikei, Sri Aman dan Limbang. Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.

Posted by raynoldhardy at 9:43 PM 0 comments Labels: Sejarah Negeri Sarawak

Pasar Sri Aman

Posted by Shapiee at 9:00 PM 0 comments Labels: Pembangunan Sri Aman

Konfrantasi Malaysia-Indonesia

Konfrontasi Indonesia-Malaysia
Konfrontasi Indonesia-Malaysia merupakan satu penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya untuk menubuhkan Indonesia Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan Negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabahdan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan

kempen Ganyang Malaysiapada akhir 1963. Konfrantasi Sukarno telah berubah dari sekadar perang kata-kata menjadi konfrantasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Malaysia. Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunku mengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum Komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya.
Posted by raynoldhardy at 8:42 PM 0 comments Labels: Sejarah Malaysia

Rajah Putih Sarawak Ketiga

Charles Vyner Brooke


Sir Charles Vyner deWindt Brooke (30 September 1874 9 Mei 1963) ialah Raja Putih ketiga dan terakhir Sarawak. Brooke menghabiskan masa mudanya didalam perkhidmatan awam Sarawak sebelum belayar ke England dan berjumpa dan seterusnya mengahwini Sylvia Brett anak kepada Lord Esher pada 21 Februari 1911dan kemudiannya kembali ke Sarawak bersama-sama dengannya. Selepas kematian Raja Putih kedua Sarawak, Charles Brooke, Brooke kemudiannya ditabalkan sebagai Raja Putih Sarawak ketiga pada 24 Mei1917. Perkembangan Sarawak semasa pemerintahan awal Brooke menyaksikan Sarawak menjadi antara maju kerana pengeluaran getah dan minyak mentah. Hal ini membolehkan Brooke memodenkan institusi-institusi di Sarawak termasuklah perkhidmatan awamnya. Dasar Brooke menjadikannya popular apabila ada antara dasar tersebut seperti pengharaman mubaligh Kristian disukai ramai. Namun demikian Sarawak menjadi serangan tentera Jepun pada 25 Disember 1941. Brooke melarikan diri bersama-sama keluarganya ke Sydney, Australia di mana dia berada di situ sehinggalah tamatnya peperangan. Brooke kembali ke Sarawak pada 15 April 1946 dan kembali menjadi raja sehinggalah pada 1 Julai 1946 apabila Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Hal ini menyebabkan berakhirnya pemerintahan raja putih di Sarawak.
Posted by raynoldhardy at 8:36 PM 0 comments Labels: Sejarah Negeri Sarawak

Charles Brooke: Rajah Putih Sarawak Kedua

Charles Brooke

Charles Anthony Johnson (3 Jun 1829 - 17 Mei1917), kemudiannya dikenali sebagai Charles Brooke memerintah Sarawak sebagai Raja Putih kedua dari 3 Ogos 1868 hingga dia meninggal dunia. Dia menggantikan pakciknya,James Brooke sebagai raja. Charles Brooke dilahirkan di Somerset, Englanddan merupakan anak kepada Francis Charles dan Emma Frances Johnson (adik James Brooke). Francis dan Emma mempunyai beberapa anak yang lain iaitu Kapten John Brooke Johnson-Brooke (lebih tua daripada Charles), Kapten William Frederic Johnson, Henry Stuart Johnson Brooke, Mary Anna, Harriet Helena, and Emma (semuanya lebih muda daripada Charles). Memandangkan James Brooke tidak mempunyai sebarang anak, dia melantik anak saudaranya sebagai raja. Pada tahun 1861, dia menamakan Kapten John Brooke Johnson-Brooke, anak adiknya yang paling tua sebagai penggantinya. Dua tahun kemudian semasa Kapten John berada diEngland, James menggugurkan dan menegah Kapten John daripada menjadi raja dan memasuki Sarawak disebabkan Kapten John mengkritiknya. Pada tahun 1865, James Brooke menamakan Charles sebagai penggantinya. Charles kemudiannya menukarkan namanya menjadi Charles Brooke dan menjadi Residen Lundu pada tahun 1852. Pada 28 Oktober 1869 dia mengahwini Margaret Alice Lili de Windt. Charles menyambung kembali segala macam perkara yang pakciknya usahakan seperti menghalang lanun, memansuhkan penghambaan dan melarang aktiviti pemburuan kepala oleh kaum-kaum di Sarawak. Selepas kematiannya kerajaan British telah membenarkan Sarawak membina parlimen dan laluan kereta api dan terjumpanya telaga minyak. Charles Brooke digantikan oleh anaknya Charles Vyner Brooke selepas kematiannya.
Posted by raynoldhardy at 8:31 PM 0 comments Labels: Sejarah Negeri Sarawak

James Brooke: Rajah Putih Sarawak yang Pertama

James Brooke
Sir James Brooke (29 April 1803 - 11 Jun 1868) dilahirkan di Coombe Groove dekat Bath,England dan menjadiRaja Putih pertamaSarawak. Brooke mengembara keBurma bersama-sama dengan sepasukan askarSyarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1825. Dia tercedera dan dihantar kembali ke England untuk dirawat. Pada tahun 1830, dia kembali ke Madras tetapi telah terlewat untuk dihantar berperang.

Dia mencuba untuk berdagang di Timur Jauh tetapi tidak begitu berjaya. Pada tahun 1835, ayahnya meninggal dunia dan meninggalkan harta berjumlah 30,000, di mana dia menggunakan duit itu untuk membeli sebuah kapal bernama the Royalist. Selepas belayar ke Borneo pada tahun 1838, dia tiba di Kuching pada bulan Ogos tahun yang sama di mana dia mendapati perkampungan itu menghadapi pemberontakan kaumDayak menentang Kesultanan Brunei. Dia membantu Sultan Brunei menghadapi ancaman itu dan diberi gelaran Raja Putih Sarawak dengan mengugut Sultan Brunei. James Brooke kemudiannya membuat segala macam persiapan bagi mengukuhkan kedudukannya di Sarawak seperti mengubah corak pentadbiran dan sebagainya. Brooke kembali ke England apabila dia dilantik menjadi gabenor dan komander Labuan dan menjadi Konsul Jeneral British di Borneo. Brooke menjadi tumpuan selepas kontroversi mengenai dirinya timbul. Selepas satu penyiasatan dijalankan Brooke didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut. namun demikian perkara ini tetap menghantui Brooke. Dia memerintah Sarawak sehinggalah kematiannya pada tahun 1868, selepas tiga kali serangan strok dalam tempoh 10 tahun. Dia diganti oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke untuk menjadi Raja Putih kedua Sarawak.

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 2 - Minggu Pertama 2009


Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 2 Tema: Kemakmuran dan Kekayaan Negara Kita Menarik British Untuk Menjajah Bab: Penapakan dan peluasan pengaruh British Bidang Pembelajaran: Negeri-Negeri Selat i. Pulau Pinang - Masalah Kedah dan hubungan dengan kuasa luar - Perbincangan Sultan Kedah dengan Francis Light Hasil Pembelajaran: 1Menceritakan tentang masalah di Kedah dan Johor yang membawa campur tangan British ( Aras 1 ) 2Menyatakan sebab-sebab pihak British mengambil Pulau Pinang, Seberang Prai, Singapura dan Melaka ( Aras 1 ) 3Memerihalkan penapakan British di Pulau Pinang, Seberang Prai, Singapura dan Melaka ( Aras 1 ) 4Menyatakan syarat Perjanjian Inggeris-Belanda ( aras 1 ) Kemahiran: Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan Cadangan masa: 1 masa Persediaan: (1)Mengarahkan pelajar membaca buku teks (hlm. 3 - 6) di rumah (2)Mengarahkan murid membawa buku: Longman Esensi Sejarah Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 2 (3)Gunakan OHT 05 atau slaid persembahan 05 (4) Peta :Laluan perdagangan antara Eropah dan China ( 5 )Carta Grafik : Faktor-faktor perluasan kuasa British ke Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

Strategi/PeSumber Rujukan ( 1) Set Induksi Guru mempamerkan bendera negeri pulau pinang dan menanyakan pelajar Bendera negeri manakah yang di pemerkan tersebut Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pengajaran pada hari tersebut iaitu Pertapakan Syarikat Hindia timur Inggeris Di Pulau Pinang Buku teks sejarah Tg. 2 hlm 4 ibrary.kkdn.gov.my (1)Pengenalan Guru menerangkan kepada pelajar tentang kedudukan pulau pinang yang strategik menyebabkan Negara kita mempunyai pelabuhan bertaraf dunia Guru juga menerangkan kepada pelajar tentang pergolakkan politik yang beralaku di Kedah telah menyebabkan British menjajah Pulau Pinang. Buku Teks Sejarah Tg., hlm. 3 Longman Esensi Sejarah PMR, hlm. (2)Negeri-Negeri Selat i. Pulau Pinang - Masalah Kedah dan hubungan dengan kuasa luar - Perbincangan Sultan Kedah dengan Francis Light Guru bersoaljawab dengan pelajar tentang kedudukan Pulau Pinang yang strategik telah menarik minat Syarikat Hindia Timur Inggeris Guru mengarahkan pelajar merujuk peta laluan perdagangan dari India ke China di halaman 4 Buku Teks sejarah Ting 2 -Guru meminta beberapa orang pelajar menyenaraikan peranan yang dimainkan oleh Pulau Pinang berdasarkan kedudukan yang strategik di papan tulis -Guru mengedarkan carta grafik yang telah disediakan berkaitan dengan faktor-Faktor perluasan kuasa British ke Pulau Pinang -Guru meminta pelajar mengisi grafik tersebut dengan merujuk tajuk Faktor perluasan Kuasa British ke Pulau pinang di halaman 5 dan 6 -Guru mengarahkan pelajar menampal grafikk tersebut di dalam buku nota pelajar -Guru menerangkan kembali Tajuk Faktor Perluasan Kuasa British ke Pulau Pinang Kajian Peta :Laluan perdagangan antara Eropah dan China Carta Grafik : Faktor-faktor perluasan kuasa British ke Pulau Pinang, Singapura dan Melaka (3)Murid diarah untuk menyiapkan latihan Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. : Praktis A: Soalan 1 dan 6 Praktis B: Soalan 1 5 ( Praktis C: Soalan Posted by laman sejarah at 5:56 PM 0 comments Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: Rancangan Mengajar Mingguan Tingkatan 2

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 5 - Tema 10 - Minggu Pertama 2009


Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 5 Tema: Tema 10: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua Bab: Ba 1 : Kemunculan dan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara Bidang Pembelajaran: Imperialisme Barat di AsiaTenggara i. Imperialis Barat ii. Faktor imperialisme - Penguasaan ekonomi dan politik Hasil Pembelajaran: Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat: (1)Menyatakan takrif imperialisme( aras1 )

(2)Menyenaraikan kuasa imperialis barat di Asia Tenggara ( Aras 1 ) (3)Menyatakan lokasi kuasa-kuasa imperialisme ( aras 1 ) (4)Menyatakan faktor-faktor imperialisme barat di Asia Tenggara ( aras 1 ) Kemahiran: Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan Cadangan masa: 2 masa Persediaan: (1) Mengarahkan pelajar membaca buku teks (hlm. 5 - 7) di rumah (2) Mengarahkan murid membawa buku: Longman Esensi Sejarah SPM Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4 (3) Gunakan OHT 05 atau slaid persembahan 05 (4) Peta Negara-negara Eropah ( 5 ) Peta Imperialisme di Asia Tenggara ( 6 ) Carta minda faktor Imperialisme di Asia Tenggara Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran Sumber Rujukan ( 1) Set Induksi Guru mempamerkan peta Negara-negara Eropah dan meminta pelajar menyebut nama-nama Negara tersebut Guru mengaitkan jawapan pelajar terhadap Negara Eropah yang menjalankan dasar imperialism Buku teks sejarah Tg.5 hlm 3 7 Internet : http://www.explorecrete.com/crete-maps/crete-maps.html (1)Pengenalan Guru menerangkan kepada pelajar tentang maksud imperialism Guru menjelaskan kepada pelajar dasar imperislisme Barat telah bermula sejak abad ke 15 lagi Buku Teks Sejarah Tg.5, hlm. 3 - 7 Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. (2)Imperialisme Barat di AsiaTenggara Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan Setiap kumpulan membincangkan satu faktor imperialism Barat di Asia Tenggara -Kumpulan 1 : Membincangkan kekayaan bahan mentah -Kumpulan 2 : Sistem pengangkutan -Kumpulan 3 : Persaingan Kuasa-Kuasa barat -Kumpulan 4 : Beban Orang putih -Revolusi Perindustrian Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing Guru membuat rumusan dan kesimpulan Guru mengedarkan carta minda yang berkaitan faktor imperialism di Asia Tenggara dan meminta pelajar mengisi ruangan yang disediakan Guru mengesarkan peta kuasa imperielisme dan meminta pelajar menanda Negara yang dijajah mengikut Negara imperielisme. Buku Teks Sejarah Tg.4, hlm. OHT/slaid persembahan Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. Perbincangan kumpulan : Faktor yang membaw a imperialisme Barat ke Asia Tenggara

Carta Minda : Faktor Imperielisme Melabel peta : Lokasi penguasaan kuasa-kuasa imperialis barat di Asia Tenggara (3)Murid diarah untuk menyiapkan latihan Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5: Praktis A: Soalan 1 dan 6 (hlm. ) Praktis B: Soalan 1 5 (hlm. ) Praktis C: Soalan 1 (hlm. ) Posted by laman sejarah at 5:25 PM 0 comments Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: Rancangan Mengajar Mingguan Sejarah Ting 5

Ramcangan Mengajar Sejarah Tingkatan 4 - Tema 7 Minggu Pertama 2009


Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 4 Tema: Tema 7 : Tamadun Awal manusia Bab: Bab 1 : Tamadun Awal Dunia Bidang Pembelajaran: Proses pembentukan tamadun Sumeria, Mesir, Hwang Ho dan Indus Hasil Pembelajaran: Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat: (1) Menerangkan konsep tamadun ( Aras 1 ) (2) Menyatakan ciri-ciri tamadun ( Aras 1 ) (3) Menyatakan sumbangan tamadun ( Aras 1 ) (4) Membandingkan sumbangan tamadun manusia di Sumeria, Mesir, Indus dan Hw ang Ho ( Aras 2 ) Kemahiran: Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan Cadangan masa: 2 masa Persediaan: (1) Mengarahkan pelajar membaca buku teks (hlm. 2 - 34) di rumah (2) Mengarahkan murid membawa buku: Longman Esensi Sejarah SPM Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4 (3) Gunakan OHT 05 atau slaid persembahan 05 (4) Sediakan lakaran peta kedudukan tamadun utama di dunia untuk diedarkan kepada Pelajar ( 5 ) Sediakan grafik Ciri-ciri utama Tamadun Awal manusia Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran Sumber Rujukan ( 1) Set Induksi Guru menayangkan gambar Piramid dan tembok besar China dan menanyakan soalan yang berkaitan dengan gambar tersebut. Buku teks sejarah Tg. 4 hlm 2 (1) Pengenalan Guru mengarahkan pelajar merujuk peta lokasi tamadun awal dunia di halaman 9 Guru menerangkan proses pembentukan tamadun awal manusia yang terletak di Lembah Sungai dan mengaitkannya dengan kemunculan Tamadun Sumeria, Mesir, Hwang Ho dan Indus Guru menerangkan maksud Tamadun mengikut konsep Barat dan Islam Guru meminta pelajar menandakan lokasi tamadun awal di atas peta yang telah disediakan oleh guru. Buku Teks Sejarah Tg.4, hlm. 4 Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. (2) Proses Pembentukan Tamadun Sumeria, Mesir, Hwang Ho dan Indus Guru membentuk 4 kumpulan, setia p kumpulan membincangkan sebuah tamadun.

Guru meminta setiap kumpulan membincangkan proses pembentukan tamadun, ciri-ciri dan sumbangan tamadun di atas. Guru meminta wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing mengikut grafik yang telah disediakan oleh guru. Guru merumuskan perbincangan pelajar dan sebagai penutupnya guru mengarahkan pelajar menyiapkan latihan yang terdapat di dalam buku latihan. Buku Teks Sejarah Tg.4, hlm. OHT/slaid persembahan Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. Cadangan Kumpulan - Kumpulan 1 : Tamadun Sumeria - Kumpulan 2 : Tamadun Mesir - Kumpulan 3 : Tamadun Hwang Ho - Kumpulan 4 : Tamadun Indus (3) Murid diarah untuk menyiapkan latihan Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4: Praktis A: Soalan 1 dan 6 (hlm. 54 57) Praktis B: Soalan 1 5 (hlm. 58) Praktis C: Soalan 1 (hlm. 62) Posted by laman sejarah at 2:47 PM 0 comments Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: Rancangan mengajar Mingguan Sejarah Tingkatan 4

Wednesday, December 17, 2008

Download Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah


Cuti sekolah masih ada lagi 2 minggu, Pasti Warga pendidik akan mula membuka internet dan mencari Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan, Cikgusejarah akan membantu warga pendidik semua terutamanya menyediakan Huraian sukatan Pelajaran Sejarah: Download Di sini : Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 1, 2 dan 3 Download Di sini : HSP Sejarah Ting 2 Download Di sini : HSP Sejarah Ting 3 Download Di sini: HSP Sejarah Ting 5 Download Di sini : Sambungan HSP Sejrah ting 5 Download Di sini : HSP Sejarah Ting 4 Download Di sini : Sambungan HSP Sejarah Ting 4 Posted by laman sejarah at 8:42 AM 1 comments Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Monday, December 15, 2008

Wang Ayam jantan Kedah


(During the period of Sultan's government of Muhammad Jiwa (1710-1773) Money had the shape of the animal that was made than tin was introduced in Kedah). Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa ( 1710-1773 ) Duit berbentuk binatang yang diperbuat daripada timah telah diperke nalkan di Kedah. Ia berbentuk ayam jantan sabung yang bertenggek atas beberapa bulatan dibawahnya. Ayam jantan sabung tersebut diketahui bernilai lima sen dolar s epanyol, manakala bulatan dibawahnya menambahkan nilainya sebanyak satu sen bagi setiap satu. Duit timah ayam jantan ini masih berada dalam edaran selewat-lewatnya pada tahun 1850an; ketika itu nilai setiap bulatan adalah bersamaan

10 keping token saudagar Singapura yang bernilai Satu Keping. Ayam jantan dalam kebudayaan Melayu melambangkan kekuatan, dan Sabung ayam merupakan permainan kesukaan di masa lapang di kalangan masyarakat Melayu dan juga istana. Mungkin duit timah ayam jantan ini diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Jiwa untuk melambangkan kekuatan orang Kedah. Duit Timah ayam Jantan yang bertenggek di atas bulatan adalah khusus untuk rakyat Kedah...Sumber : Bank Negara malaysia Posted by laman sejarah at 9:22 PM 0 comments Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Sunday, December 14, 2008

Pentingnya Menghayati Sejarah (The importance experienced the history fully )


Sejarah adalah guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan, Sejarah sesebuah negara akar tunjang sesuatu bangsa, ia sememangnya kunci perpaduan dan persefahaman antara kaum di negara ini. Era tahun 19 80an...sewaktu aku bersekolah dulu subjek sejarah tidak penting, aliran Sains ( Kelas pandai ) tak ambil sejarah, sebaliknya ambil subjek geografi...maka lahirlah mereka yang terpelajar yang menjadi cerdik pandai dan menyertai politik tanahair...tetapi tidak pernah belajar sejarah semasa bersekolah...jadi mereka tak akan faham dengan sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Jika mereka belajar sejarah..sudah semestinya mereka tidak akan mempertikaian kedudukan hak istimewa orang melayu..padahal dalam Pakatan Murni antara Orang Melayu( dato Onn jaafar ) dan Cina ( Dr. tan Cheng Lock ) telah termaktub bahawa orang Melayu memberikan hak kerakyatan yang mudah kepada orang Cina dan Orang Cina mesti mengakui hak keistimewaan orang Melayu. Rujuk kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

(3) Peluasan kuasa oleh keluarga Brooke (a) Peluasan kuasa tahun 1853
i. Penentangan terhadap Brunei di Saribasdan Batang Lupar.

iii. Sultan Abdul Mumein serahkan tanah antara Sg Samarahan dengan Sg Rajang dengan bayaran 1500 dolar setahun.

(b) Peluasan kuasa tahun 1861


i. Masalah kekacauan di Sungai Rajang.

ii.. Sultan Mumein serahkan Sungai Rajang

iii. Sultan terima 4500 dolar setahun.

(c) Peluasan kuasa tahun 1883


i. Pembunuhan peniaga Sarawak oleh orang Murut di lembangan Sungai Trusan.

ii. Kawasan itu diserahkan oleh Sultan Brunei dengan sebanyak 4500 dolar.

(d) Peluasan kuasa tahun 1905


i. Charles Brooke beli Lawas dr Sultan Hashim Jalal.

ii. Keluarga Brooke meluaskan wilayahnya hingga ke sempadan Brunei.

(4) Sistem Pentadbiran keluarga Brooke


1. Memperkenalkan sistem beraja

2. Melibatkan pemimpin tempatan dalam pentadbiran.

3. Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung dilantik membantu James Brooke mentadbir Sarawak.

4. Mereka bertanggungjawab menasihati beliau dalam hal undang-undang dan adat tempatan.

5. Membentuk Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.

6. Sarawak dibahagikan lima bahagian, iaitu Bahagian Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima.

7. Setiap bahagian ditadbir oleh Majlis Bahagian.

8. Jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Kehakiman, Polis, Kastam dan Cukai serta Jabatan Pos.

9. Membina Balai Polis

10. Pasukan Sarawak Rangers berpakaian seragam ditubuhkan untuk menjaga keselamatan Sarawak.

11. Bendera pertama Sarawak diperkenallan oleh James Brooke pada tahun 1848.

12. Astana keluarga Brooke dibina

13. Mahkamah keadilan ditubuhkan.

14. Kes sivil dikalangan orang Melayu, orang Dayak, dan orang Cina diadili oleh ketua-ketua mereka.

15. Kes jenayah dan kes yang melibatkan lebih daripada satu suku kaum akan dihakimi oleh Raja Sarawak, Residen atau Timbalan Residen.

(5) Pemimpin tempatan dlm pentadbiran Brooke


1. Majlis Tertinggi :

i. Terdiri dr Residen Bahagian Pertama dan empat orang Datu Melayu. a. nasihati James Brooke b. buat semua dasar c. lulus undang & peraturan yang berkaitan pentadbiran negeri Sarawak. 2. Majlis Negeri :

i. Terdiri daripada ketua kaum bumiputera. a. pemimpin bumiputera bersidang tiga tahun sekali bagi menyuarakan pandangan serta mengambil bahagian dalam pentadbiran. 3. Majlis Bahagian; i. Terdiri Residen, Penolong Residen, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Anak Negeri dan Ketua kampung. - Nasihati Residen, - Ketuai ketenteraan - Jaga keamanan - Kutip cukai.

(6) Pengaruh British di Sarawak melalui perjanjian.


1. British menandatangani perjanjian dengan Charles Brooke pada tahun 1888.

2. Sarawak jadi negeri naungan British.

3. Syarat perjanjian 1888 ialah;

i. British melindungi Sarawak dari serangan musuh. ii. Keluarga Brooke memerintah negeri dengan bebas. iii. Hal ehwal luar negeri di bawah kawalan British.

(7) Perlembagaan Sarawak 1941


1. Charles Vyner Brooke kemukakan cadangan Perlembagaan Sarawak.

2. Charles Vyner Brooke isytiharkan perlembagan

3. Perisytiharan sempena perayaan 100 tahun pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak.

4. Perlembagaan 1941-perlembagaan bertulis pertama di Sarawak menggariskan pemberian kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak.

5. Perlembagaan ini tidak sempat dilaksanakan kerana Perang Dunia Kedua meletus.

6. Isi kandungan Perlembagaan Sarawak 1941 :

i. Charles Vyner Brooke serahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri ii. Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Tertinggi. iii. Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dan menguruskan kewangan. iv. Raja mempunyai kuasa membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Negeri. v. Raja Brooke melantik kebanyakkan ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.

(8) Perubahan Ekonomi dibwh pentadbiran Brooke


1. Tidak galak kemasukan pelabur luar secara besar-besaran. bertujuan menjaga kepentingan ekonomi

2. Menggiatkan meneroka hasil hutan, tanaman baru, tanaman tradisional dan kegiatan perlombongan.

3. Mengeluarkan mata wangnya sendiri.

4. Orang Cina dalam perdagangan dan perlombongan.

5. Pembangunan tidak seimbang kerana tertumpu di Bhgn 1 dan 2.

6. Meneroka kekayaan hasil hutan seperti sarang burung, rotan, getah jelutung, kapur barus,dammar,kayu balak.

Sarang burung;

i. Dikutip di gua batu kapur, di Gua Niah. Hasil-hasil hutan lain :

i. Hasil rotan dieksport ke Eropah. ii. Getah didapati daripada pokok jelutung dan dieksport ke Amerika Syarikat. 7. Pembalakan oleh Syarikat Borneo dan orang Cina di Sungai Rajang.

8. Tanaman tradisional -kelapa, gambir, lada hitam, sagu atau rumbia ditanam secara meluas dan dieksport.

9. Tanaman baru utk eksport seperti getah dan tembakau.

(a) Getah Diusahakan oleh pekebun kecil. Eksport kedua Sarawak selepas minyak.

(b) Gambir tanaman untuk eksport.

(c) Kelapa Ditanam oleh orang Melayu, di Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua.

(d) Lada hitam Ditanam oleh penduduk Cina, di Bahagian Pertama dan Bahagian Ketiga.

(e) Tembakau Ditanam di Lundu. Dieksport ke London.

(f) Sagu :

i. Ditanam di Sg Igan, Oya, Mukah dan Bintulu.

ii. Kilang memproses sagu di Kuching diusahakan oleh pedagang Cina.

iii. Sagu diambil daripada batang rumbia.

iv. Batang rumbia ditebang, diikat dan ditinggalkan di dalam sungai untuk melembutkannya.

v. Dibelah untuk mendapatkan isinya yang dipanggil ripo, dan seterusnya dimasak di atas api.

10. Kegiatan perlombongan :

i. antimoni, emas, arang batu, raksa dan minyak

ii. Syarikat Borneo Bhd. Ibu pejabatnya terletak di Singapura. menjalankan kegiatan perlombongan

11. Emas :

i. Mulanya emas dilombong di bau oleh org Cina.

ii. Tahun 1857, pelombong Cina memberontak kerana tidak berpuas hati dgn cukai yang dikenakan oleh kerajaan Brooke.

iii. Pemberontakan dipatahkan oleh Brooke dan pelombong Cina melarikan diri ke Sambas

iv. Kemudiannya diusahakan oleh Syarikat Borneo.

v. Emas adalah bahan eksport penting

12. Arang batu Diusahakan mulai tahun 1889.

13. Antimoni :

i. Brooke memberi monopoli melombong antimoni kepada Syarikat Borneo.

ii. Syarikat Borneo menjalankan kegiatan perlombongan antimoni di Bau dan Kuching.

iii. Kurun ke-20, antimoni tidak lagi menjadi eksport penting kerana galian ini semakin berkurangan.

14. Petroleum :

i. Usaha cari gali minyak berkembang apabila antimoni, emas, arang batu & raksa berkurangan.

ii. The Anglo-Saxon Oil Company mendapat konsesi melombong petroleum di Sarawak.

iii. Telaga petroleum pertama di Miri

iv. Kilang penapis minyak di Lutong

(9) Perubahan Sosial di pentadbiran Keluarga Brooke a) Dasar pecah perintah


1. Dasar pecah perintah untuk mengukuhkan kuasa

2. Setiap kaum dipisahkan kegiatan ekonominya.

3. Orang Melayu dalam bidang pentadbiran

4. Orang Iban dalam bidang ketenteraan

5. Org Cina- pertanian, perlombongan dan perdagangan.

6. Orang India dalam perniagaan kain di Kuching

7. Orang Sikh bekerja sebagai polis.

8. Orang Cina tinggal di bandar Miri, Bintulu dan Sibu.

9. Kaum bumiputera tinggal di kawasan pedalaman.

10. Dasar Brooke menghalang perpaduan kaum dan menjamin kedudukannya sebagai Raja Sarawak.

b) Perkembangan bandar
1. Bandar Kuching, Miri dan Sibu pusat pentadbiran dan perdagangan.

2. Bandar Kuching ibu negeri dan pusat pentadbiran

3. Bandar Miri maju kerana perlombongan petroleum

c) Kemudahan asas
1 Terhad di bandar-bandar.

2. Di bandar kemudahan asas seperti jalan raya, air

3. Bandar pusat pentadbiran & kegiatan ekonomi.

4. Kurang memberi perhatian terhadap kemudahan asas di kawasan pedalaman.

d) Sistem pengangkutan
1. Bergantung kepada pengangkutan air.

2. Jalan raya di bandar besar seperti Kuching dan Miri.

3. Landasan kereta api -hubungkan Kuching dgn Bau.

4. Perkhidmatan kereta api diberhentikan akibat kemelesetan ekonomi.

5. Perkhidmatan syarikat perkapalan seperti Singapura and Sarawak Steamship Company.

6. Perkhidmatan kapal terbang air menghubungkan bandar Kuching dengan Singapura diwujudkan.

7. Kapal terbang air kapal terbang pertama yang mendarat di Sungai Sarawak

8. Motosikal diperkenalkan di Kuching

9. Pengangkutan bas di Kuching

e) Sistem Perhubungan
1. Perkhidmatan pos, telegraf dan telefon

2. Perkhidmatan telegraf ant Kuching dgn Singapura.

3. Pejabat Pos dibina

4. Penggunaan setem

5. Setem pertama dikeluarkan pada tahun 1869 terdapat gambar keluarga Brooke.

f) Perkhidmatan Kesihatan
1. Pembinaan hospital dan klinik oleh mubaligh Kristian

2. Hospital di bandar besar seperti Kuching dan Sibu

3. Kemudahan kesihatan kurang di pedalaman.

4. Jabatan Hospital di Sarawak diwujudkan.Dikenali sebagai Pavillion.

g) Perkembangan pendidikan
1. Pendidikan moden kurang diberi perhatian.

2. Keluarga Brooke sendiri tidak yakin bahawa sistem pendidikan barat sesuai dengan penduduk tempatan.

3. Charles bina sekolah utk orang Melayu dan Cina

4. Tidak galakkan sekolah untuk orang Dayak kerana mahu mengekalkan cara hidup tradisional mereka.

5. Sekolah Rendah Melayu :

i. Sekolah rendah pengantar bahasa Melayu dibina

ii. Melatih orang Melayu untuk menjadi guru Sekolah Melayu serta kakitangan rendah kerajaan.

iii. Guna buku dari Tanah Melayu.

iv. Guru-guru di sekolah kerajaan dilatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim.

v. Maktab Perguruan Kent melatih guru untuk sekolah Melayu.

vi. Sekolah Melayu yg dibina oleh kerajaan ialah sekolah Merpati Jepang &Sekolah Encik Buyong.

vii. Sekolah ini kemudiannya digabungkan menjadi madrasah Melayu.

6. Sekolah Inggeris;

i. Galakkan mubaligh Kristian dirikan sekolah Inggeris.

ii. Sekolah St. Thomas, Sekolah St. Mary dan Sekolah St. Teresa di Kuching.

iii. Sekolah Anglikan dibina

iv. Sekolah Katolik dibina

7. Sekolah Cina

i. Dibiayai dan diurus oleh orang Cina.

ii. Guru-guru, sukatan pelajaran dan buku-buku dibawa dari negara Cina.

8. Sekolah Melanau didirikan.

9. Sekolah Dayak; Bilangan Sekolah Dayak tiada pertambahan iaitu hanya sebuah sahaja

10. Jabatan Pelajaran

i. Jabatan Pelajaran di Kuching bertujuan mengawal perkembangan pendidikan di Sarawak.

iii. Semua sekolah ditubuhkan mesti berdaftar dengan jabatan ini

Kesimpulan
1. Kelemahan kepimpinan pembesar Brunei menyebabkan campur tangan James Brooke di Sarawak

2. Penggunaan kuasa tentera membolehkan keluarga Brooke meluaskan kuasa

3. Keluarga Brooke mengeksplotasi hasil bumi Sarawak

Bab 3
Sarawak Di Bawah Pemerintahan Brooke ( 18411941 )
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran bab ini, anda seharusnya dapat: Menerangkan bagaimana Sarawak diserahkan kepada James Brooke. Menerangkan bagaimana keluarga Brooke mengambil wilayah kesultanan Brunei.

Menyenaraikan perubahan pentadbiran, ekonomi dan sosial semasa pemerintahan Brooke. Mengambil iktibar dan berasa bangga dengan sumber ekonomi negara kita yang menarik kedatangan kuasa barat. Ringkasan Bab ini menerangkan bagaimana keluarga Brooke mengambil dan memerintah Sarawak. Kekayaan Sarawak menjadi pendorong kepada James Brooke untuk mengambil Sarawak. Pada tahun 1839, Sarawak yang dimaksudkan dengan kawasan di sekitar Kuching, adalah wilayah kesultanan Brunei. Ia berada di bawah kawalan Pangeran Mahkota. Sarawak menjadi bertambah penting kerana perniagaan antimoni yang dilombong di Bau. Perniagaan kawasan ini dengan Singapura amat maju. Pemerintahan Pengeran Mahkota yang kejam mencetuskan pemberontakan. Raja Muda Hashim dari Brunei meminta bantuan daripada Brooke; dan pemberontakan tersebut dapat ditumpaskan. Kesultanan Brunei yang lemah, dan kekuatan persenjataan Inggeris, membolehkan James Brooke mendapat apa yang dikehendaki, iaitu menjadi Raja Sarawak. Keluarga Brooke meluaskan kuasa dengan mengambil wilayah Brunei yang lain. Pemerintahan keluarga Brooke telah membawa beberapa perubahan kepada sektor ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun perubahan yang diadakan itu adalah terhad dan lebih menguntungkan pihak luar terutamanya British.

Negeri Sarawak pada tahun 1840 Pengenalan Sarawak ialah sebuah negeri di Malaysia Timur yang juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang. Sarawak juga merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kebudayaan pelbagai etnik bumiputera. Sarawak berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei pada kurun ke-16. Kerajaan Brunei tidak terlibat secara langsung dalam pentadbiran di Sarawak. Pembesarpembesar Melayu tempatan dilantik mentadbir Sarawak. Pada 1827, Pangeran Mahkota dilantik memerintah Sarawak oleh Sultan Brunei. Perlantikan ini menyebabkan pentadbiran pembesarpembesar Melayu tempatan berakhir.

Negeri Sarawak sekarang Tujuan Sultan Brunei adalah mahu menguasai ekonomi Sarawak yang semakin berkembang akibat pengeluaran antimoni dan emas. Kedua-dua sumber ekonomi itu dieksport ke Singapura. Perdagangan kedua-dua sumber ekonomi itu membawa keuntungan yang banyak kepada pembesar-pembesar Melayu tempatan. Pemberontakan di Sarawak (1836 - 1841) Pembesar-pembesar Melayu Sarawak dan orang Dayak menentang pemerintahan Pangeran Mahkota. Mereka tidak berpuas hati dengan pentadbirannya kerana baginda mengambil alih semua tugas pentadbiran dan kekuasaan pembesar- pembesar Melayu Sarawak. Pangeran Mahkota juga menguasai pengeluaran dan perdagangan antimoni dan emas. Baginda memaksa orang Bidayuh bekerja di lombong-lombong antimoni tanpa upah. Beliau memaksa orang Bidayuh membeli barangan daripadanya dengan harga yang tinggi dan menjadikan anak isteri orang Bidayuh hamba abdi apabila hutang tidak dapat dijelaskan. Akibatnya telah meletus satu pemberontakan. Pemberontakan ini telah dipimpin oleh seorang pembesar Melayu Sarawak, Datu Patinggi Ali.Pemberontakan ini gagal ditumpaskan oleh Pangeran Mahkota. Pada 1837, Pangeran Muda Hashim dihantar oleh Sultan Brunei bagi memulihkan keadaan di Sarawak tetapi gagal. Pada tahun 1939, James Brooke iaitu seorang pengembara British sampai ke Sarawak dengan kapalnya Royalist. James telah dijanjikan jawatan Gabenor Sarawak sekiranya dapat mengamankan Sarawak. Beliau dan angkatan tenteranya berjaya menamatkan pemberontakan tersebut pada 1841. Sarawak kembali aman pada 24 November 1841 dan James Brooke dilantik menjadi Gabenor Sarawak seperti yang dijanjikan. Beliau diberi kuasa menjalankan pentadbiran di Sarawak sebagai wakil Sultan Brunei. Perlantikannya disahkan oleh Sultan Brunei melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada 1842. James Brooke bersetuju membayar ufti tahunan sebanyak $2,500 kepada Sultan Brunei. Melalui perjanjian tersebut, James Brooke diiktiraf sebagai Raja Sarawak. Pada tahun 1846, Sarawak diserahkan kepada James Brooke oleh Sultan Brunei. Wilayah Sarawak tersebut meliputi kawasan dari Tanjung Datu hingga ke kawasan di antara Sungai Samarahan dan Sungai Sadong. Peluasan Kuasa Keluarga Brookedi Sarawak Setelah menjadi Raja Sarawak, James Brooke berusaha untuk menjadi pemerintah Sarawak yang merdeka. Beliau meminta bantuan angkatan laut

British untuk mengukuhkan kedudukannya. Beberapa petempatan orang Iban dan Melayu yang dianggap berbahaya dimusnahkannya. Pangeran Mahkota dipaksa keluar dari Sarawak. Pangeran Muda Hashim pula dihantar balik ke Brunei. Akibatnya pada 1846, Sultan Brunei atas hasutan pembesar-pembesar istana cuba menghapuskan James Brooke. Sultan Brunei terpaksa mengakui James Brooke sebagai pemerintah Sarawak yang merdeka. Baginda juga menyerahkan Pulau Labuan kepada James Brookeyang merupakan pengasas pemerintahan Raja Putih di Sarawak. Beliau digantikan oleh anak saudaranya Charles Brooke (1868-1917). Raja Brooke terakhir ialah Vyner Brooke (1917-1946). Pentadbiran Charles Brooke Charles Brooke ialah anak saudara James Brooke. Beliau mengambil alih pentadbiran Sarawak pada 1868. Beliau menubuhkan Majlis Negeri untuk memberi peluang kepada ketuaketua suku kaum mengambil bahagian dalam pentadbiran. Di bawah pentadbiran Charles Brooke, Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian. Seorang Residen mengetuai setiap bahagian. Mereka bertanggungjawab secara langsung kepada Raja Sarawak. Residen dibantu oleh seorang pegawai tempatan (Pegawai Anak Negeri). Pegawai Anak Negeri ini berasal dari keluarga pembesar tempatan dan bertanggungjawab menasihati Residen, mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi ketenteraan. Perluasan wilayah Sarawak juga berlaku semasa pentadbiran Charles Brooke. Wilayah Sarawak diperluaskan ke kawasan-kawasan Sungai Baram, Trusan, Limbang dan Lawas. Charles Brooke menggalakkan penanaman lada hitam, gambir, sagu dan getah serta perlombongan antimoni, emas dan arang batu. Beliau juga berjaya menamatkan amalan perhambaan dan pemburuan kepala di kalangan kaum peribumi. Tindakannya ditentang oleh orang Dayak, namun Charles Brooke berjaya mematahkannya. Pentadbiran Charles Vyner Brooke Charles Vyner Brooke menggantikan Charles Brooke. Beliau merupakan Raja Sarawak yang ketiga dan terakhir serta tidak begitu berminat memerintah Sarawak. Sewaktu berada di England, beliau menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada pegawai-pegawainya dan pembesarpembesar tempatan. Pada 24 September 1941, sempena perayaan 100 tahun pentadbiran Brooke di Sarawak, Charles Vyner Brooke memperkenalkan sebuah perlembagaan bagi Sarawak. Charles Vyner Brooke ingin mengubah sistem kerajaan Sarawak dengan memberi penduduk tempatan kuasa yang lebih dalam pemerintahan negeri. Sebelum perlembagaan ini diperkenalkan, raja-raja Sarawak mempunyai kuasa mutlak untuk menggubal undang-undang dan mengawal kerajaan. Vyner Brooke menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi. Majlis Negeri (Majlis Perundangan) boleh membuat undang-undang bagi menjamin keselamatan dan kestabip>

Negeri Sarawak sekarang Perubahan di Sarawak di Bawah PemerintahanKeluarga Brooke (1841-1941) Kerajaan Sarawak diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke yang bergelar Raja Putih Sarawak. Beberapa perubahan telah berlaku dalam pentadbiran. Antara tahun 1841 hingga 1905, James Brooke dan Charles Brooke telah meluaskan beberapa wilayah Kesultanan Brunei. Wilayah Sarawak semakin luas. Pemerintahan keluarga Brooke dibantu oleh Majlis Tertinggi yang pada peringkat awalnya dianggotai oleh Raja Sarawak, Residen Bahagian Pertama dan pembesar tempatan. Bendera pertama negeri Sarawak diperkenalkan pada tahun 1848 Sarawak telah dibahagikan kepada lima kawasan iaitu Bahagian Pertama, Bahagian Kedua, Bahagian Ketiga , Bahagian Keempat dan Bahagian Kelima. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen. Residen dibantu oleh Penolong Residen, Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Anak Negeri dan Ketua Kampung (Tuai Rumah). Semasa pemerintahan keluarga Brooke, sistem pemerintahan tradisional dikekalkan. Pembesar-pembesar Melayu yang disingkirkan oleh Pangeran Mahkota dahulu dilantik semula termasuklah Datu Patinggi, Datu Temenggung, Datu Bandar dan Datu Imam. James Brooke memperkenalkan pemerintahan monarki dan melalui sistem ini raja berkuasa mutlak.Beliau juga berusaha menamatkan amalan pemburuan kepala dan perhambaan. Satu kod undang-undang diperkenalkan untuk menjaga keamanan negeri. James Brooke berjaya menghapuskan pusat kegiatan lanun di Saribas, Rimbas dan Batang Baru pada tahun 1850. Ketika Sarawak dalam pemerintahan Charles Brooke, beliau menubuhkan Majlis Negeri untuk memberi peluang kepada ketua-ketua suku kaum mengambil bahagian dalam pentadbiran. Kegiatan ekonomi sektor pertanian diubah daripada pertanian sara diri kepada pertanian dagangan. Perubahan Ekonomi dan SosialPerubahan Ekonomi Ketika pemerintahan keluarga Brooke, kegiatan pertanian sara diri telah bertukar menjadi pertanian dagangan. Tanaman tradisional seperti lada hitam, sagu dan gambir ditanam secara meluas untuk tujuan eksport. Sagu ditanam oleh orang Melanau di kawasan Mukah dan Oya. Pada kurun ke-19, sagu merupakan antara eksport utama Sarawak. Lada hitam banyak ditanam di Bahagian Pertama, terutamanya di sekitar Kuching. Ramai orang Cina memasuki Sarawak untuk mengusahakan tanaman lada hitam, gambir dan getah. Sarawak merupakan pengeksport kedua terbesar lada hitam dunia pada tahun 1937. Tanaman kelapa diusahakan oleh orang Melayu di Bahagian Pertama dan Kedua. Pada 1905, getah mula ditanam di Sarawak. Pada

kurun ke-20, getah yang ditanam oleh pekebun-pekebun kecil menjadi bahan eksport utama Sarawak. Satu lagi tanaman baru yang diperkenalkan di Sarawak ialah tanaman tembakau. Tembakau ditanam di Lundu. Perusahaan kayu balak yang dikuasai oleh orang Cina diusahakan di kawasan pedalaman dan hutan di sepanjang pantai. Sehingga 1870-an, perlombongan antimoni penting terhadap kemajuan ekonomi Sarawak. Antimoni dan emas dilombong di kawasan berdekatan Bau. Arang Batu pula dilombong di Simunjan . Pada kurun ke-20, galian yang utama dilombong ialah petroleum. Usaha mencari gali minyak dijalankan oleh Syarikat Borneo. Pada 1910, telaga minyak yang pertama dibuka di Miri. Minyak ditapis di kilang-kilang penapis minyak di Lutong. Perlombongan mendatangkan hasil pendapatan yang banyak kepada Sarawak. Charles Brooke hanya membenarkan Syarikat Borneo melibatkan diri dalam pertanian dan perlombongan untuk menjaga kepentingan penduduk tempatan. Pendidikan Perubahan sosial turut berlaku di Sarawak kesan daripada perkembangan ekonominya. Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan tersebut tidak banyak memanfaatkan penduduk tempatan. Dalam bidang pendidikan, pemerintahan Brooke telah memperkenalkan sistem pendidikan Melayu. Sekolah rendah Melayu turut ditubuhkan tetapi taraf pendidikannya rendah. Oleh itu, pendidikan Melayu ketinggalan. Pemerintahan Brooke memberi bantuan kepada sekolah Inggeris. Kebanyakan daripada sekolah Inggeris didirikan oleh mubaligh- mubaligh Kristian. Orang-orang Cina pula mendirikan sekolah-sekolah Cina dengan menggunakan buku dan sukatan pelajaran dari negara berkenaan. Perhubungan Dari segi perhubungan, sistem pengangkutan darat, air dan udara di Sarawak turut diperbaiki.terutama di sekitar bandar Kuching. Bandar Kuching telah bertukar wajah menjadi bandar diraja dan pusat pentadbiran Brooke yang dilengkapi dengan kemudahan asas. Bangunanbangunan bercirikan barat telah didirikan dan dianggap sebagai anak pelabuhan Singapura. Jalan raya dan landasan kereta api juga dibina . Pengangkutan air diperluaskan dengan beberapa syarikat perkapalan memulakan perkhidmatannya di Kuching. Selain itu, perkhidmatan pos, telegraf dan telefon turut diperkenalkan. Untuk memastikan penduduk mendapat rawatan kesihatan yang sewajarnya maka hospital-hospital didirikan di bandar-bandar seperti Kuching dan Sibu. Sarawak Rangers ditubuhkan sebagai langkah untuk memastikan keamanan Sarawak terpelihara. Masyarakat majmuk wujud di Sarawak berikutan kemasukan ramai imigran. Beberapa bandar baru seperti Miri dan Sibu berkembang selepas kedatangan orang Cina. Ekonomi Sarawak telah dikuasai oleh orang Cina. Raja-raja Brooke mengamalkan dasar pecah dan perintah untuk menjaga kepentingan dinasti mereka. Setiap kaum diberi peranan tertentu . Orang Melayu diberikan peranan utama dalam bidang pentadbiran. Orang Iban diberikan peranan dalam bidang ketenteraan. Orang Cina pula hanya boleh melibatkan diri dalam bidang ekonomi.

You might also like