Pornografi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Bidang neurosains telah mengenalpasti yang otak kita adalah mudah dibentuk.

Ia berubah dan membentuk jaringan dan hubungan yang berkaitan dengan apa yang kita tonton, dengar dan belajar. Daripada perbincangan tentang falsafah di dalam kelas sehinggalah kepada mempelajari arah di bandar yang baru anda diami, malah apabila anda mendengar musik atau menonton televisyen akan menyebabkan pembentukan hubungan baru didalam otak yang menjadikan siapa diri kita. Satu masalah yang amat besar walaupun tidak sangat diambil berat oleh masyarakat ialah menonton pornografi, yang kesannya lebih besar kepada lelaki berbanding wanita. Kebanyakan artikel yang berkaitan dengan isu ini melihat ia dari perspektif psikologi dan sosial. Artikel ini walaubagaimanapun, akan menerangkan kesan-kesan menonton pornografi dari perspektif neurosains. Model sedia ada yang menerangkan bagaimana kita belajar dan mengingat sesuatu pada peringkat otak menggunakan synaptic plasticity sebagai asas. Synaptic plasticity adalah kebolehan otak untuk merubah kekuatan hubungan antara neurons(sel-sel otak) terhadap respons kepada pengalaman. Ini melibatkan perubahan kepada jumlah dan jenis-jenis receptors yang dirembeskan, dan juga jumlah neurotransmitters(molekul yang telibat dalam hubungan) yang dilepaskan. Satu neurotransmiter amat penting dalam otak ialah dopamine. Dopamine mempunyai banyak peranan penting yang disampaikan dalam fungsi-fungsi seperti pergerakan, motivasi, ganjaran, hukuman, dan pembelajaran. Dopamine telah dikaitkan kanak-kanak dengan ADHD, penurunan kebolehan kognitif disebabkan penuaan, dan tekanan. Contoh penyakit yang berkaitan dengan dopamine ialah seperti yang dialami oleh individu-individu terkenal dengan penyakit Parkinson seperti Muhammad Ali and Michael J Fox, yang mempunyai dopamine dysfunction pathology. Satu peranan yang penting untuk dopamine berada dalam pengalaman keseronokan, ganjaran , dan pengajian. Dadah seperti kokain menyasarkan dopaminergic system untuk merembeskan sejumlah dopamine yang banyak sehingga menyebabkan ketagihan. Kajian menunjukkan yang dopamine terlibat sama ada secara penglibatan atau secara terus kepada merasai keseronokan. Bergantung di bahagian otak, dopamine boleh dirembeskan sama ada sebelum atau pada ketika kemuncak keseronokan. Bila dirembeskan, dopamine akan menguatkan dan mengukuhkan hubungan baru yang dibuat di otak semasa aktiviti itu berlaku. Ini adalah bertujuan untuk mendorong individu itu untuk mengulangi kegiatan sekali lagi jadi mereka boleh merasai keseronokan itu sekali lagi. Bagaimana penjelasan diatas releven dengan pornografi? Apabila imej-imej ditayangkan diskrin, ransangan akan berlaku dan system dopaminergic akan dicetuskan sama seperti dadah, kokain. Jaringan dan hubungan baru terbina dalam otak hasil daripada memerhatikan imej-imej pornografi akan dikuatkan oleh rembesan sejumlah dopamine yang banyak. Daripada pergi ke dalam ingatan jangka pendek , dimana imej-imej ini dapat dilupakan selepas skrin ditutup, kekuatan dopamine memastikan imej-imej ini bergerak masuk ke dalam ingatan jangka panjang dimana ia diletakkan dalam mod ulangan dalam fikiran seseorang itu. Bayangan-bayangan imej ini akan berada kuat didalam otak. Sama seperti anda di sekolah dahulu bila berhadapan dengan peperiksaan-anda akan mengulangi pembacaan berkali-kali sehingga anda ingat.

Pornografi adalah khayalan. Babak lain hadir dengan wanita yang lain memberi ilusi pemerhati mempunyai satu hubungan dengan seorang orang baru setiap masa. Pelakonpelakon pornografi ini seolah merendah-rendahkan amalan seksual lelaki dengan adeganadegan yang dilakukan. Aksi-aksi yang dipamerkan adalah jijik bagi kebanyakan orang yang sihat mentalnya. Bagaimanapun, the design of the act in a pornographic scene is to link one or two normally arousing and familiar elements with others that are not. Ini ialah cara bagaimana penonton memperoleh rasa baru dalam amalan seks. Gelombang elektromagnet dikeluarkan dari skrin dengan satu khayalan yang mencetuskan satu tindak balas kimia dalam otak, melepaskan dopamine. Ini akan menyebabkan penonton merasai perasaan yang sebenar, dalam keadaan suka dan berpuas hati. Turutan peristiwa yang berlaku di dalam otak adalah agak mudah. Synaptic plasticity berkerja untuk membentuk hubungan baru hasil dairipada menonton pornografi and perkara yang baru dipelajari itu akan disimpan. Memandangkan perbuatan itu merangsang seseorang, dopamine yang dirembeskan menyebabkan jaringan-jaringan baru itu diperkuatkan. Apabila adeganadegan itu sudah disimpan dalam ingatan jangka panjang, dua akibat berlaku: 1. Seseorang yang menonton pornografi akan ketagih untuk menonton lagi. Ini kerana sistem yang sama dirangsang oleh kokain dicetuskan oleh pornografi. 2. Lelaki yang menonton pornografi akan selalu cuba untuk mewujudkan sendiri peraturan/ketetapan apabila menjalankan hubungan seks dengan isterinya, yang akhirnya membawa kepada kekecewaan. ini kerana isterinya tidak dapat memenuhi keinginan seksnya kerana berlainan dengan adegan-adegan pornografi yang memaparkan wanita-wanita berbeza, kini dia hanya berhubungan dengan seorang wanita iaitu isterinya. Paling memburukkan keadaan sekiranya isterinya tidak mengelurkan suara, beraksi atau kelihatan sama seperti adegan-adegan yang sudah disetkan dalam fikirannyanya hasil daripada menonton pornografi. Walaupun pada peringkat permulaan pasangan ini boleh jadi teruja, tetapi kemudianya perkara yang sebenar akan mereka sedari( iaitu suami tidak berasa berpuas hati) dan dopamine tidak lagi akan dikeluarkan kerana keseronokan tidak lagi dirasai. Ia tidak berakhir disitu. Selepas kekecewaan sebegitu rupa disebabkan jangkaan-jangkaan berasaskan khayalan yang tidak realistik, otak bukan sahaja menahan diri dari melepaskan dopamine; malah ia berada dibawah tahap yang sepatutnya. Ia akan menyebabkan depression response yang mengakibatkan kekecewaan, rasa tidak puas hati , dan kesedihan dalam perkahwinan disebabkan isteri tidak dapat memenuhi apa yang diharapkan.Walaupun usaha-usaha oleh ramai wanita untuk spice things up malah berusaha melakukan aksi-aksi seperti yang telah disetkan dalam otak suami mereka, suami mereka akan hanya menikmati diri mereka untuk satu jangka masa pendek sebelum hilang minat. Sementara itu, isteri rasa tidak menarik dan ditinggalkan disebalik usaha terbaiknya, tanpa sedar yang dia tidak boleh menandingi apa yang ditawarkan oleh pornografi. Apa yang merisaukan mengenai maklumat ini adalah otak bertindak sebagai satu entiti. Perubahan dalam satu kawasan menjejaskan bahagian yang lain. Ia seolah-olah satu proses pendawaian semula keseluruhan sambungan urat saraf akibat menonton pornografi. Pun begitu, kesan ketagihan kokain tidaklah sama seperti pornografi. Walaupun sistem yang menyebabkan ketagihan pornografi adalah sama untuk ketagihan kokain, bahan yang digunakan adalah berbeza. Orang yang ketagihan kokain mesti melalui program untuk menyahtoksik atau sebaliknya dia akan meletakkan hidupnya dalam keadasan berisiko. Sebaliknya, ramai lelaki yang telah mengetahui tentang kesan-kesan yang sebenar menonton pornografi mampu berhenti segera tanpa mengalami kesan-kesan negatif psikologi. Ia

memerlukan banyak kesungguhan dan memerlukan seseorang itu untuk menyibukkan dirinya dengan aktiviti-aktiviti lain. Dipermulaan proses pemulihan, ulangan adegan-adegan lucah yang telah ditonton beberapa bulan lepas yang bermain difikiran akan menguji kekuatan seseorang untuk tidak lagi menonton pornografi. Pun begitu, otak yang sama yang melalui proses pendawaian semula hasil daripada menonton pornografi boleh dilakukan pendawaian semula sekali lagi. Otak adalah organ yang sangat effisien yang dapat melenyapkan jaringan yang tidak digunakan lagi. Lebih lama seseorang tidak merangsang kembali hubungan pornografi di dalam otaknya, lebih mudah untuknya membuang imej-imej pornografi yang ada di dalam otaknya. Melibatkan diri seseorang itu dengan perkara-perkara baru dan mengisi otak dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pornografi akan memaksa otak untuk memutuskan kembali hubungan baru yang dibuat. Otak mudah dibentuk, ia cuma perlu masa melakukan kerjanya dan ia perlu untuk memberi pilihan-ia akan sentiasa memilih apa yang seserang itu kerap lakukan. Rujukan

Kesan pornografi ke atas masyarakat


July 27, 2010 4:17 PM 0 comments Views: 518 Share this Article

Twitter Facebook Delicious Digg Stumble Reddit

Author:

Editor Oleh DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR Krisis moral yang sedang berlaku dalam masyarakat menggusarkan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan mengharapkan ianya ditangani segera bagi mengelakkan lebih ramai lagi kanak-kanak dilahirkan tanpa dicatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran mereka. Bencana ini bukan sahaja memalukan negara malah menyebabkan kanak-kanak terbabit menanggung aib apabila rakan-rakannya yang lain mengetahui dengan jelas bapa sedangkan mereka terkapai-kapai mencapai maklumat yang pasti. Dalam jangka waktu lapan tahun (2000 hingga 2008) sudah ada sejumlah 257,000 kanakkanak yang didaftarkan sijil kelahiran tanpa nama ayah. Setiap tahun, kelahiran sedemikian semakin meningkat misalnya pada tahun 2007 terdapat sejumlah 16,100 telah meningkat kepada 16.541 setahun kemudian dan pada tahun lalu mencapai ke tahap 17,303. Jika

mengambil kiraan purata, bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau 84 kes setiap hari atau 7 orang anak luar nikah dilahirkan bagi setiap dua jam. Menurut baginda nyatalah masalah anak luar nikah makin mengingkat. Lebih mendukacitakan, perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam tog sampah semakin menjadi-jadi. Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008. Krisis moral yang berlaku ini lebih parah lagi dalam masyarakat Islam apabila seramai 70,430 didaftarkan atas status tersebut antara tahun 1999 hingga 2003 berbanding Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395). Seharusnya perkara ini tidak melanda masyarakat Islam kerana kita dipagari dengan larangan yang jelas terhadap zina, iaitu melakukan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Zina bukan sahaja menjadi krisis moral, malah turut mengakibatkan bencana sosial yang lebih besar. Islam melarang keras aksi tersebut malah hukuman yang berat telah ditetapkan ke atas pelaku zina sama ada ianya dilakukan oleh pasangan yang telah berkahwin atau tidak. Perlakuan zina mempunyai kaitan yang jelas dengan pergaulan bebas dan ketiadaan kawalan sosial yang ketat. Fenomena ini berlaku setelah masyarakat mengalami perubahan kepentingan dan anjakan pemikiran apabila melihat kawalan sosial sama ada dalam bentuk teguran dan pencegahan sebagai suatu kongkongan atau kesibukan menjaga hal ehwal orang lain. Tanpa kawalan ini juga memudahkan penggasiran nilai-nilai moral masyarakat atas alasan kebebasan. Kemunculan pelbagai bentuk media dalam suasana penuh persaingan telah menjadikan seks sebagai objek seni dan komersial. Kedua tujuan tersebut digabungjalinkan dengan menarik bagi tujuan melariskan jualan, kerana survivalnya amat bergantung kepada perolehan keuntungan. Permulaan menggunakan media sebagai saluran komersial menyebabkan seks diekploitasikan dalam pelbagai bentuk dan ragam. Ada penerbitan yang khusus membicarakan seks tanpa tapisan atas alasan seks merupakan satu keperluan dan manusia sanggup berjuang hampir setengah mati untuk mendapatkannya. Bagi sesetengah orang, dengan memaparkan secara terbuka hal ehwal seks peribadi akan menjadikan ianya sebagai satu lambang yang penuh heroik, kerana tidak semua orang mampu meraihnya. Atas desakan yang melonjak, menyanggah hukum moral adalah petanda sebuah perjuangan penuh heroik, maka telah lahir beberapa tokoh terkenal dalam eksploitasi seks sama ada sebagai penerbit majalah yang berjaya dan kaya raya, pelakon simbol seks, selebriti hebat diranjang, wanita paling seksi dan sebagainya. Ini terus menjadi sumber ilham kepada sesetengah orang sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai status tersebut, atau sekurang-kurangnya mengambil bau. Bagi masyarakat barat, bersekedudukan bukan lagi menjadi kesalahan moral. Moral yang diperjuangkan oleh mereka ialah kebebasan dan persetujuan. Apa ada persetujuan, mereka bebas melakukan apa sahaja hatta berkongsi menjalani hidup bersama tanpa memikirkan ikatan perkahwinan yang sah. Hubungan seks bukan lagi terhad antara lelaki dan wanita, ia telah berkembang kepada sesama jenis atas prinsip kebebasan dan hak individu.

Fenomena itu semakin berkembang dan turut mempengaruhi masyarakat Malaysia oleh kerana batasan pemaparan media sudah semakin menipis. Meskipun kita mempunyai undangundang yang membolehkan seseorang itu didakwa atas kesalahannya menyalahgunakan media dengan perbuatan jelek, ia sudah dianggap sebagai langkah pembetulan setelah kerosakan telah pun berlaku. Sebelum Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dikuatkuasakan, Akta Penyiaran digunakan untuk meniliti kandungan media sebelum diluluskan siarannya. Pertukaran regim undang-undang ini menyebabkan banyak pihak berpendapat, lakukan dulu, nilai kemudian telah menyumbang kepada meluasnya masalah sosial hingga ke tahap yang boleh menyebabkan bencana. Langkah pencegahan awal, nilai dahulu dan kemudian laksanakan telah berupaya membendung, kalaupun tidak mampu menghapuskan sepenuhnya kerana kerosakan moral yang diakibatkan olehnya mampu disekat lebih awal. Hakikat itulah yang menjadi rasional kepada Islam melarang keras perbuatan yang diertikan sebagai salah laku dan menyimpang. Islam melarang keras pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim kerana ia memberikan ruang dan peluang aksi zina. Islam juga mengehadkan pendedahan mengenai hubungan seks, tidak boleh diperkatakan secara terbuka kerana ia boleh mempengaruhi emosi ingin tahu dan ingin mencuba kepada mereka yang mendengarnya, termasuk anak-anak remaja. Dalam hal itu, Islam melarang anak-anak memasuki bilir tidur orang tuanya dengan bebas. Anak-anak perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu walaupun kedua ibu bapa tidak berada di dalamnya. Tetapi, dalam perubahan budaya semasa, pantang larang itu sudah semakin dilupakan. Malah ada kes ibu bapa sedang asyik menonton vcd lucah, anak tersembul di muka pintu. Ibu bapa menonton adegan bogel, anak masih boleh menontonnya sama walaupun dalam bilik yang berlainan sekiranya anak mempunyai sedikit kepintaran teknikal menyesuaikan gelombang siaran tv. Ketika ini, pemaparan adegan lucah dan separuh bogel boleh diakses setiap masa melalui kecanggihan teknologi. Anak-anak boleh menyimpannya sama ada dalam kad memori yang boleh disembunyikan kerana saiznya semakin kecil. Setiap anak-anak boleh merakamkan adegan yang sama, sama ada aksi sendiri atau pun rakan-rakan dan berkongsi menontonnya melalui pindahan data dengan cepat dan mudah. Perlakuan inilah sebenarnya telah banyak menyumbang kepada perlakuan zina, malah ada bukti remaja seawal umur belasan tahun sudah mula melakukan seks pertama. Sebenarnya kelucahan dalam media sudah lama bermula. Dari zaman teks klasik Hindu yang mendedahkan tentang selok belok melakukan hubungan kelamin, yang terkenal dengan Kamasutra, dalam masyarakat Melayu versi yang hampir sama telah diterbitkan dengan pelbagai tajuk dengan edisi bertulisan jawi dan kemudiannya dirumikan. Ia semacam menjadi satu kemestian bagi pasangan yang bakal dan baru berumah tangga, terutama dalam kelompok yang boleh membaca pada tahun 1970-an atau lebih awal. Tetapi, ketika itu pembacaannya menjadi lebih tersorok dan tidak secara terbuka. Pada masa kini, orang membicarakan seks secara terbuka atas alasan kebebasan maklumat, kesihatan dan kegiatan riadah. Media seolah-olah tidak mahu ketinggalan untuk mengadakan ruangan soal jawab mengenainya, sama ada dikendalikan oleh seorang doktor perubatan ataupun tokoh agama. Kita boleh membacanya secara meluas, malah anak remaja pun sudah mengetahui beberapa istilah yang dahulunya menjadi taboo dalam masyarakat. Kini, bukan

sahaja boleh disebut secara terbuka, malah boleh dibincangkan secara terbuka atas kepentingan pengetahuan. Bagi membendung seks bebas dan pergaulan tanpa batas yang sedang berlaku dalam masyarakat, kita haris mengambil pendekatan berani dan penuh tegas. Pendekatan yang sudah menjadi kelaziman perlu kita ubah, kawalan sosial yang dianggap sebagai penyibuk perlu kita perkuatkan, ibu bapa hendaklah bertegas, manakala seluruh institusi penguatkuasaan dan sosial dilibatkan secara berkesan. Jika kita mahukan masyarakat kita kembali dengan imbangan moral dan nilai budaya yang kuat, tidak dapat dihancurkan oleh gelombang budaya kuning yang pernah kita geruni suatu ketika dahulu. Kita perlu menghidupkan semula pendekatan amar makruf nahi munkar. Kita terjemahkans emula perlakuan dan aksi kita agar benar-benar menepati konsep tersebut. Kesilapan kita selama ini kita perbetulkan, kerana kitalah sebenarnya yang bertanggungjawab membimbing generasi masa kini yang bakal mengambil alih kita suatu hari nanti. Kita amalkan setiap apa yang dipertanggungjawabkan kepada kita dalam membina institusi keluarga. Di dalam al-Quran, kita temukan tidak kurang 70 ayat yang berbicara mengenai kekeluargaan. Keluarga menjadi penting dalam pembentukan masyarakat dan seterusnya negara. Nilai-nilai moral menjadi pedoman dan landasan dalam setiap tingkah laku kita, kerana nilai-nilai itulah sebenarnya membezakan kita dengan lain-lain makhluk hidup, termasuk binatang. Nilai-nilai moral itulah juga menjadikan manusia sebagai kelompok makhluk hidup yang beragama. Salah satu penunjuk utama daripada akhlak mulia adalah menjauhi perbuatan, perkataan dan perilaku yang keji serta kotor termasuklah bahan-bahan pornografi. Bahkan, salah satu ciriciri orang yang beriman adalah mampu mengawal syahwat seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Mukmin ayat 5. Justeru, pengurusan syahwat atau nafsu itu penting bahkan mungkin juga lebih penting daripada pengurusan hati. Dalam rangka melaksanakan tugas sebagai khalifah itu, manusia harus menjaga kesucian diri dan keturunan termasuk memelihara diri dari daripada mendekati bahaya zina seperti pornografi sendiri. Zina adalah perbuatan paling keji dan jalan yang sesat (Al-Isra, ayat 32). Zina memberikan kesan yang sangat buruk bukan hanya kepada si pelaku itu sendiri juga kepada anak-anak yang lahir akibat perbuatan zina itu. Dalam konteks zina, ajaran Islam menekankan unsur-unsur pencegahan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk. (Al-Isra: 32) Kita wajib mendisiplinkan anak-anak dengan pendekatan perhubungan menolong. Anak remaja dilihat sebagai rakan dan bukannya dalam bentuk hubungan horizontal. Ketaatan anak akan menjadi lebih terarah apabila rasa hormat dan tautan kasih sayang dalam perhubungan disemai sepanjang masa. Jangan hanya bermusim, ibu bapa perlu mengubah perspektif keibubapaannya. Pendapat anak-anak perlu diambilkira, kerana dari situlah anak-anak merasakan dirinya turut dihargainya. Ibu bapa sebagai pembimbing dan bukan lagi berperanan sebagai penjaga. Peranan penjaga penuh dengan larangan, maka kerana terlalu banyak larangan itulah anakanak akan menjadi malaikat apabila berada di rumah tetapi bila berkesempatan berada di luar rumah, berubah menjadi setan yang menggerunkan.

Ingatlah pesanan Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika ia tidak berdaya maka ubahlah dengan lisannya dan jika tidak mampu (ubahlah), dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim) Yusuf al-Qaradawi mengungkapkan sejumlah prasyarat untuk mengubah kemungkaran bersesuaian dengan hadis: Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya dan seterusnya. Kegilaan melihat gambar-gambar pronografi di internet merupakan tanda-tanda awal penyerapan ke arah penzinaan. Al-Quran dalam surah al-Isra ayat 32 menyebut tentang bahaya zina kerana ia satu perbuatan yang keji dan sesuatu yang buruk. Akibat seks bebas memang besar dan buruk sekali. Zina boleh memungkinkan bencana sosial, termasuk kelahiran anak haram, dan pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS. Penyakit ini menular dengan cepat dan amat membimbangkan. UNAIDS dalam kajiannya pada tahun 2000, mendedahkan, jumlah penderita / pesakit AIDS sudah mencecah 34.3 juta pesakit. Barangkali, secara keseluruhannya kita tidak mampu menyekat kebebasan internet, namun mahu tidak mahu kita harus mampu membebaskan diri kita daripada bahaya yang ditawarkannya.

Kesan pornografi di dalam otak Dalam seminar mengenai kesan pornografi terhadap kerosakan otak di Jakarta suatu ketika dulu, ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio, Amerika Syarikat, Donald L. Hilton Jr MD mengatakan bahawa ketagihan mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fiziknya mengecil. Pornografi menimbulkan perubahan tetap pada neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah kecanduan tidak dapat lagi mengawal perilakunya, kata Hilton serta menambah bahawa ketagihan pornografi juga menimbulkan gangguan memori. Keadaan itu, tidak terjadi secara cepat dalam waktu singkat namun melalui beberapa tahap yakni kecanduan yang ditandai dengan tindakan impulsif, ekskalasi kecanduan, desensitisasi dan akhirnya penurunan perilaku. Dan kerosakan otak akibat kecanduan pornografi adalah yang paling berat, lebih berat dari kecanduan kokain (dadah).

12 fatamorgana tentang pornografi yang terlanjur tercipta secara tidak sengaja oleh otak kita: 1. Pornografi memberi makan pada 'keinginan mata' dan 'keinginan daging' yang tidak akan pernah dapat dipuaskan. Pornografi hanya akan membuat penontonnya minta tambah, tambah, dan tambah lagi.

Dengan mudah, pornografi memperbodohkan orang dengan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kepahitan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoan. Kekuatan tersembunyi disebalik pornografi akan menunjukkan dirinya pada ketika orang yang sudah terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk melepaskan diri. 2. Pornografi membuat cara berfikir seseorang menjadi penuh dengan seks semata. Fikiran seks akan menguasai alam bawah sedar mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga pada ketika seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi pun, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya. 3. Pornografi menjadi medan promosi terhadap praktik seksual yang menyimpang. Contohnya, laman porno internet biasanya terhubung dengan laman porno yang lebih progresif seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan (bestiality), perkosaan, seks dengan kekerasan dan lainnya. Ini akan membuat orang-orang tertentu terganggu secara mental dan tercabar untuk mencubanya. Dengan demikian, makin banyaklah perilaku seks menyimpang dalam masyarakat. 4. Pornografi membuat seseorang terpicu untuk lebih suka melayani diri sendiri dibanding orang lain. Masturbasi / onani adalah contohnya. Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain. Pornografi biasanya membuat orang kecanduan masturbasi / onani. 5. Pornografi akan membawa seseorang terhadap penggunaan waktu dan wang dengan sangat buruk. Sedikit ada waktu terluang atau wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa nafsunya. 6. Dengan sering melihat laman porno atau membeli filem / majalah porno, orang-orang tersebut mendukung perkembangan industri pornografi yang biasanya dikelola oleh 'kejahatan terorganisasi' yang mencari wang dengan cara haram. 7. Terbiasa melihat pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan sekelilingnya, dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya. Pada hubungan kekasih, hubungan yang berkembang menjadi tidak sihat. Orang yang terlibat pornografi akan menyalahkan kekasihnya pada tindakan-tindakan seksual yang mereka lakukan. Padahal masalah itu terdapat pada peribadinya sendiri, dan pasangannya adalah si mangsa. Pada pasangan yang telah menikah, ini akan memicu ketidakpuasan seksual dan praktik seksual yang menyimpang sehingga mengarah ke arah ketidakharmonian keluarga, bahkan perceraian. 8. Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan. 9. Pornografi dapat merosak hubungan seksual dengan pasangan kerana terbiasa membayangkan orang lain dalam hubungan seksual.

Imaginasi adalah salah satu kesan pornografi yang sangat kuat. Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak. 10. Melihat pornografi akan membuat seseorang menjadi sering berbohong. Orang yang terikat dengan pornografi akan menyimpan kebiasaannya ini sebagai rahsia, sehingga dengan berbohong dia dapat menyembunyikan rasa malunya dan menghindari kritik dari lingkungannya. Ke mana pun dia pergi, dia akan cenderung memakai topeng. 11. Pornografi akan membawa seseorang pada konsekuensi spiritual yang serius. Tekanan dan kebingungan akan memenuhi hidupnya. Pornografi membawa kekuatan jahat yang akan mengawal dan mendominasi penontonnya. Sekali saja seseorang melihat pornografi, itu akan membawanya semakin dalam. Nilai moral yang benar makin lama makin pudar, sehingga timbul standard ganda yang membingungkan. 12. Pornografi akan membuat seseorang mempercayai semua kebohongan yang ditawarkan oleh pornografi sendiri. Contoh kebohongan yang ditawarkan ialah : a. Kebebasan seksual = kebahagiaan. b. Penyimpangan seksual = normal. c. Bila-bila saja melampiaskan keperluan seksual = hal yang benar dan wajar. d. Setiap hari masturbasi = sihat. e. Pornografi = tidak menyakiti siapa pun. f. Bintang porno = orang paling bahagia di dunia.

Pelajar tahfiz kena liwat ketika suai kenal Oleh Nahar Tajri dan Omar Osman bhnews@bharian.com.my 2011/08/04
SUNGAI PETANI: Seorang pelajar tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital sejak empat hari lalu, dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh tiga pelajar senior berusia 12 tahun sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kupang Baling di sini, ketika mengikuti minggu suai kenal selama 40 hari, bermula Jun lalu. Bapa pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya yang hanya dibenarkan ditemui selepas minggu suai kenal yang dikenali sebagai tempoh berpantang itu tamat 30 Julai lalu mengadu dia diliwat setiap malam dan akan dibelasah jika menangis oleh pelajar senior itu. Selain anaknya, beliau mendakwa dua lagi pasangan kembar berusia lapan tahun turut di dera teruk hingga trauma tetapi mereka tidak mengadu diliwat. Sepanjang tempoh suai kenal itu, semua pelajar dilarang menghubungi keluarga atau waris mereka. Beliau berkata, anaknya hanya merasai suasana selesa sebagai seorang pelajar selama seminggu sebelum kejadian itu.

Beliau berkata, niatnya menghantar anaknya ke sekolah agama terbabit untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran hancur apabila anaknya diperlakukan seperti haiwan dan lebih malang mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak sekolah. Saya sedih dengan kejadian yang menimpa anak kerana tindakan murid yang hanya berusia 12 tahun mendera kanak-kanak 9 tahun dengan pelbagai cara, langsung tidak masuk akal. Pada mulanya kami sekeluarga memang tidak menyangka anak saya dipukul kerana pihak sekolah memberitahu ia adalah kesan alahan. Bagaimanapun, hati saya tersentak apabila doktor memberitahu, anak saya kena dera dan diliwat. Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu saya membuat laporan polis pada 30 Julai lalu iaitu pada petang hari saya dibenarkan berjumpa anak saya. Anak saya juga mengadu tidak tahan dengan sikap guru di sekolah berkenaan yang tidak menyiasat sesuatu kejadian menyebabkan dia sering mengalah kepada pelajar senior berkenaan, katanya di sini, semalam. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 30 Julai lalu dan siasatan sedang dijalankan.

You might also like