Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Laras Bahasa

Bahasa Sastera/Kreatif
• Laras bahasa satera ialah bentuk bahasa yang terhasil daripada
cetusan imaginasi dan pengalaman penulisan
Contoh: Aku meniti titian usang itu.
Gelora di hati siapa yang tahu
• Laras ini bersifat imaginatif dan figurative, iaitu penyimpangan makna
daripada bahasa biasa.

• Laras kreatif selalunya dikaitkan dengan sudut pandangan orang


pertama kerana memudahkan pengarangnya meluahkan perasaan.

• Laras satera mementingkan pemilihan diksi yang berkesan, banyak


menggunakan bahasa yang tersirat, dan mementingkan istilah-istilah
khusus yang berkaitan dengan sastera.

• Terdapat penggunaan perlambangan, kiasan, imejan, personafikasi,


metafora, dan sebagainya.

• Laras ini mementingkan penyusunan dan pengulangan kata atau


ayat, bernada puitis dan bersifat komunikatif.

• Walaupun terdapat penyimpangan tatabahasa tetapi dalam


sesetengah karya sastera terdapat juga penggunaan bahasa baku.

Bahasa Ekonomi
• Laras bahasa ekonomi merupakan laras berbentuk ilmiah yang
bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang isu ekonomi.

• Terdapat istilah-istilah teknikal yang berkaitan dengan ekonomi.

• Tidak mementingkan struktur ayat.

• Gaya bahasa yang digunakan bersifat formal.

• Laras ini mementingkan susunan maklumat yang disampaikan


dengan jelas dan eksplisit. Setiap fakta dapat dihuraikan
berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik.

Bahasa Akademik
• Laras bahasa akademik ialah laras yang digunakan dalam bidang
ilmiah.

• Laras ini bersifat formal dan objektif.

• Penggunaan gaya bahasa menunjukkan kematangan dan


keintelektualan. Keintelektualan bermaksud bahasa itu mempunyai
keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan
berkesan.

• Istilah-istilah yang digunakan bersifat khusus dan sukar difahami olah


penutur yang tidak berpendidkan tinggi.

You might also like