Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH Pelan persekitaran bilik darjah perlu mengambil kira keperluan pengajaran dan pembelajaran

yang relevan. Pelan tersebut mestilah merangkumi serta mengambil kira aspek fizikal dan psikososial secara menyeluruh. Kumpulan kami telah membina satu pelan bilik darjah untuk Tahun 3. Berikut merupakan jadual justifikasi pelan bilik darjah tersebut dari aspek fizikal dan juga aspek psikososial:

ASPEK FIZIKAL Meja Guru Meja guru diletakkan di hadapan sebelah kiri kelas dan berhampiran dengan murid supaya guru dapat memantau dengan mudah dan cepat. Kedudukan guru yang berhampiran dengan sebilangan besar murid di dalam kelas memberikan peluang kepada guru untuk berinteraksi dengan murid-murid.

ASPEK PSIKOSOSIAL Kedudukan meja guru yang berada di hadapan akan menyebabkan kontak mata antara guru dengan setiap murid lebih jelas. Guru boleh memfokuskan perhatiannya secara menyeluruh kepada setiap murid yang berada di dalam kelas tersebut. Jadi, tidak ada murid yang akan berasa tersisih.

Meja Murid

Meja murid berbentuk separa U supaya murid dapat melihat papan putih di hadapan dengan lebih jelas. Pandangan mereka akan 100% menghadap ke arah hadapan tanpa perlu menoleh ke kanan ataupun ke kiri. Apabila guru mengajar, murid dapat melihat persembahan guru dengan mudah tanpa perlu mengalih kerusi atau berdiri. Meja ini juga tidak mempunyai bucu yang tajam dan dapat mengelakkan sebarang kecederaan.

Setiap meja mempunyai 3 orang murid dan ini bagi memudahkan pembahagian kumpulan semasa melakukan sebarang tugasan. Susunan meja ini juga memudahkan murid untuk bekerjasama dan mengelakkan mereka daripada membuat bising.

Meja murid juga disusun secara berkelompok dan berkumpulan. Susunan ini memudahkan pengajaran secara berpusatkan murid. Murid boleh berinteraksi, berkongsi bahan pembelajaran, berbincang dan bertukar-tukar pendapat.

Murid-murid ditempatkan di dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka. Kumpulan hijau ialah untuk murid yang cemerlang, kumpulan ungu untuk murid yang sederhana

dan kumpulan biru untuk murid yang lemah. Kumpulan biru diletakkan paling hadapan dan berhampiran dengan guru supaya guru boleh sentiasa memantau mereka. Susunan ini juga akan memudahkan guru untuk memberi tugasan atau latihan yang selaras dengan pencapaian murid.

Terdapat juga ruang di antara meja murid untuk memberikan peluang kepada guru dan murid bergerak di dalam kelas dengan mudah dan tanpa halangan. Ruang trafik di dalam kelas akan menjadi selesa.

Papan putih

Papan putih diletakkan di hadapan dan di tengah-tengah kelas supaya semua murid dapat melihatnya. Pemilihan penggunaan papan putih berbanding dengan papan hitam ialah kerana papan putih senang untuk dibersihkan dan juga bagi mengelakkan debu-debu kapur menjejaskan kesihatan guru dan murid.

LCD Projektor

LCD Projektor ini dipasang bagi memudahkan guru untuk memaparkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajarannya. Ianya hanya perlu disambungkan kepada komputer dan paparannya sangat jelas dan dapat dilihat oleh semua murid di dalam kelas. LCD Projektor ini dipasang di atas siling bagi mengelakkan murid merosakkannya.

Papan kenyataan

Papan kenyataan ini terletak di bahagian hadapan berhampiran dengan meja guru. Ia digunakan untuk menampal jadual waktu kelas, jadual bertugas, peraturan bilik darjah, carta organisasi serta senarai nama murid.

Papan prestasi

Papan ini digunakan untuk menampal hasil kerja murid yang terbaik dan juga papan markah untuk setiap pencapaian murid.

Almari fail dan kerja

Almari ini diletakkan berhampiran meja guru untuk guru menyimpan fail peribadi murid dan juga untuk murid menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru mereka.

Pintu

Terdapat dua pintu untuk memudahkan aliran masuk dan aliran keluar murid.

Ruang dinding

Ruang dinding dicat dengan warna yang ceria. Selain itu, kata-kata hikmat boleh ditampal pada dinding.

Ruang dinding yang dicat dengan warna yang ceria akan membangkitkan semangat murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh kerana persekitaran yang selesa.

Tingkap

Tingkap terdapat di sebelah kanak dan kiri kelas untuk pengudaraan yang baik dan juga udara yang lebih segar.

Langsir

Langsir diletakkan pada tingkap untuk menambahkan keceriaan kelas dan juga mengelakkan daripada masalah silau.

Loker pelajar

Loker pelajar diletakkan di belakang kelas. Tujuan loker ini ialah untuk murid menyimpan beg dan juga buku-buku mereka. Jadi, mereka tidak perlu membawa beg yang berat dan buku yang banyak semasa ke kelas. Murid juga tidak perlu lagi meletakkan beg mereka di atas kerusi dan ini akan menyebabkan mereka belajar dalam keadaan selesa.

Sudut SAL (Self Access Learning) -Rak buku -Sofa -Info matapelajaran

Sudut ini ialah sudut pembelajaran kendiri dan ianya berkonsepkan pembelajaran secara santai. Sudut ini juga boleh digunakan untuk aktiviti penggayaan dan pemulihan.

-Peti permainan

Sudut Kitar Semula

Di sudut ini terdapat tempat untuk menyimpan alat-alat pembersihan seperti penyapu, penyodok,bulu ayam dan juga tong sampah. Terdapat 4 tong sampah yang berlainan iaitu tong sampah biru untuk kertas, tong sampah perang untuk kaca,tong sampah jingga untuk tin dan aluminium dan

tong sampah hitam untuk sampah lain-lain.

Sudut Klik Maya

Sudut klik maya ialah sudut yang mengandungi 4 unit komputer bagi kegunaan murid di dalam kelas untuk membolehkan mereka mengakses kepada dunia luar dan mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran mereka.

Lantai Jubin

Lantai di dalam kelas dipasang jubin untuk menceriakan kelas dan juga bagi mengelakkan kecederaan kerana permukaan lantai yang terlalu licin jika tidak dipasang jubin.

Kipas

Lampu

Landskap

Terdapat landskap mini di dalam kelas bagi menceriakan dan menenangkan suasana. Pokok yang tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti pokok kaktus dan juga batubatu kelikir boleh diletakkan untuk membina landskap mini ini.

You might also like