Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEJARAH IVAN PAVLOV (1849-1936)

Ivan Petrovich Pavlov lahir pada 14 September 1849 di Ryazan Rusia iaitu desa tempat ayahnya Peter Dmitrievich Pavlov menjadi seorang pendeta. Beliau dididik di sekolah gereja dan meneruskan pelajarannya ke Seminari Teologi. Pavlov mendapat kelulusan sebagai Sarjana Perubatan dengan Bidang Dasar Fisiologi. Pada tahun 1884, beliau menjadi Pengarah Jabatan Fisiologi di Institusi Perubatan Eksperimen (Institute of Experimental Medicine) dan memulakan kajian mengenai fisiologi pencernaan. Beliau memenangi anugerah nobel dalam bidang fisiologi atau perubatan pada tahun 1904. Kajianya mengenai pengkondisian sangat mempengaruhi psikologi tingkah laku di Amerika. Kajianya adalah Work of Digestive Glands (1902) dan tindak balas pengkondisian (1927). Beliau meninggal di Leningrad pada tarikh 27 Februari 1936. Sebenarnya, beliau bukan seorang sarjana psikologi dan beliau juga tidak mahu gelaran sebagai ahli psikologi, kerana beliau adalah seorang sarjana ilmu faal dan fanatic. Cara berfikiran beliau adalah sama seperti cara pemikiran seorang ahli ilmu faal, walaupun beliau sangat anti terhadap psikologi kerana dianggapnya kurang ilmiah. Dalam kajian-kajian hasilanya beliau selalu berusaha mengelakkan konsep-konsep mahupun istilah-istilah psikologi. Namun demikian, peranan Pavlov dalam psikologi sangat penting, kerana pelajarannya mengenai tindak balas merupakan dasar bagi perkembangan aliran psikologi tingkah laku. Pandangannya yang paling penting adalah bahawa aktiviti psikologi sebenarnya tidak selain daripada rangkaian-rangkaian tindak balas. Oleh itu, untuk mempelajari aktiviti psikologi mempelajari tindak balasan sahaja adalah cukup. Pandangan yang sebenarnya bermula dari seorang tokoh Rusia yang bernama I.M Sechenov. Beliau banyak mempengaruhi Pavlov, kemudian dijadikan dasar pandangan pula oleh JB. Watson di Amerika Syarikat dalam aliran tingkah lakunya setelah mendapat perubahan-perubahan mengikut keperluan.

PENGKONDISIAN KLASIK (CLASSICAL CONDITIONING) Pengkondisian klasik atau keperluan klasik (classic conditioning) adalah proses yang ditemui oleh Pavlov melalui eksperimen terhadap anjing, di mana perangsang asli dan neutral berpasangan dengan rangsangan berkondisi secara berulang-ulang sehingga memunculkan reaksi yang diingini. Pengkondisian klasik ini melibatkan komponen-komponen seperti, rangsangan tidak berkondisi (uncontioned stimulus atau UCS), tindak balas tidak berkondisi (unconditioned response atau UCR), rangsangan berkondisi (contioned stimulus atau CS ), dan tindak balas berkondisi (conditioned response atau CR). UCS adalah rangsanagn yang membangkitkan tindak balas tanpa sebarang pengalaman. UCR merupakan tindak balas tanpa belajar yang dibangkitkan dari rangsangan tidak berkondisi (UCS). CS pula, rangsangan neutral pada mulanya wujud untuk membangkitkan sesuatu tindak balas selepas berpasangan dengan

UCS yang mana selalu membangkitkan tindak balasan. Manakala, CR adalah tindak balasan
daripada pembelajaran yang mana sebenarnya tidak mampu menghasilkan tindak balasan. Terdapat tiga frasa dalam pengkondisian klasik, iaitu, frasa sebelum berkondisi (preconditioning phrase), frasa berkondisi (conditioning phrase) dan frasa selepas berkondisi (postconditioning phrase). Di frasa sebelum berkondisi, rangsangan tidak berkondisi (unconditioned stimulus) sentiasa menimbulkan tindak balas tidak berkondisi (unconditioned

response) sedangkan rangsangan berkondisi (conditioned stimulus) tidak pernah wujud.


Semasa frasa berkondisi, rangsangan berkondisi (CS) dan rangsangan tidak berkondisi (UCS) berpasangan secara berulang dan akhirnya dikaitkan. Pada masa ini, wujud frasa selepas berkondisi, rangsangan berkondisi (CS) sahaja menimbulkan tindak balas yang sebenar yang mana dikenali sebagai tindak balas berkondisi (conditioned response). Terdapat beberapa variasi dalam pengkondisian klasik terutamanya, rangsangan generalisasi (stimulus generalization) dan rangsangan diskriminasi (stimulus discrimination). Rangsangan generalisasi berlaku apabila tindak balas yang dipelajari dari rangsangan yang sama agar rangsangan berkondisi asal (CS) membangkitkan tindak balas berkondisi (CR). Contohnya, semua ular boleh mengigit. Diskriminasi adalah sebaliknya, ia berlaku apabila tindak balas yang dipelajari dari sesuatu rangsangan tertentu, tetapi tidak dari rangsangan lain

yang sama. Hanya rangsangan berkondisi (CS) boleh membangkitkan tindak balas berkondisi (CR). Contohnya, sekarang saya tahu ada juga ular yang menarik atau baik. Eksperimen-eksperimen yang dilakukan oleh Pavlov dan ahli-ahli lain nampaknya sangat terpengaruh pandangan tingkah laku, di mana gejala-gejala kejiwaan seseorang dilihat dari tingkah lakunya. Hal ini sesuai dengan pendapat Bakker bahawa yang paling penting dalam hidup manusia bukan hanya fikiran mahupun bicara, melainkan tingkah lakunya sendiri. Fikiran mengenai tugas atau rancangan baru akan mendapatkan erti yang benar jika ia berbuat sesuatu terhadapnya. Pada andainya, menggunakan rangsanganrangsangan tertentu, tingkah laku manusia boleh berubah sesuai dengan apa yang di inginkan. Kemudian Pavlov mengadakan eksperimen dengan menggunakan binatang iaitu, anjing, kerana beliau menganggap binatang mempunyai kesamaan dengan manusia. Namun demikian, dengan segala kelebihannya, secara hakikatnya manusia berbeza dengan binatang. Beliau mengadakan percubaan dengan cara mengadakan operasi leher pada seekor anjing. Sehingga kelihatan kelenjar air liurnya dari luar. Apabila diperhatikan sesuatu makanan, maka akan keluarlah air liur anjing tersebut. Kini sebelum makanan diperlihatkan, maka yang diperlihatkan adalah sinar merah terlebih dahulu, baru makanan. Dengan sendirinya air liurpun akan dikeluarkan. Apabila perbuatan yang demikian dilakukan berulang-ulang, maka pada suatu ketika dengan hanya memperlihatkan sinar merah sahaja tanpa makanan maka air liurpun akan keluar. Makanan adalah rangsangan wajar, sedang merah adalah rangsangan buatan. Ternyata kalau perbuatan yang demikian dilakukan berulang-ulang, rangsangan buatan ini akan menimbulkan syarat untuk timbulnya air liur pada anjing tersebut. Peristiwa ini disebut sebagai tindak balas berkondisi (conditioned respons). Pavlov berpendapat, bahawa kelenjar-kelenjar yang lain pun dapat dilatih. Bectrev murid Pavlov menggunakan prinsip-prinsip tersebut

dilakukan pada manusia, yang ternyata dikemukakan banyak tindak balas berkondisi yang timbul tidak disedari oleh manusia. Adapun jalan eksperimen tentang tindak balas berkondisi yang dilakukan oleh Pavlov adalah seperti berikut, Pavlov menggunakan seekor anjing sebagai binatang percubaan. Anjing itu diikat dan dioperasi pada bahagian rahang, sehingga setiap air liurnya yang keluar dapat ditampung dan diukur jumlahnya. Pavlov kemudian menekan sebuah butang dan keluarlah semangkuk makanan di hadapan anjing percubaan. Sebagai reaksi atas munculnya makanan, anjing itu mengeluarkan air liur yang dapat dilihat jelas pada alat pengukur. Makanan yang keluar disebut sebagai perangsang tidak berkondisi (UCS) dan air liur yang keluar setelah anjing melihat makanan disebut tindak balas tidak berkondisi (UCR), kerana setiap anjing akan melakukan tindak balas yang sama (mengeluarkan air liur) Pavlov kalau melihat rangsang loceng yang setiap sama kali pula ia (makanan). Kemudian dalam percubaan selanjutnya membunyikan mengeluarkan makanan. Denagan demikian anjing akan mendengar loceng dahulu sebelum ia melihat makanan muncul di depannya. Penyelidikan ini dilakukan berkali-kali dan

selama itu keluarnya air liur diamati terus. Pada mulanya, air liur hanya keluar setelah anjing melihat makanan (UCR), tetapi lama-kelamaan air liur sudah keluar pada anjing itu setelah mendengar bunyi loceng. Air liur yang keluar setelah anjing mendengar bunyi loceng disebut sebagai tindak balas berkondisi (CR). Bunyi loceng pula menjadi perangsang berkondisi (CS). Kalau latihan itu diteruskan, maka pada suatu waktu keluarnya air liur setelah anjing mendengar bunyi loceng akan tetap terjadi walaupun tidak ada lagi makanan yang mengikuti bunyi loceng itu. Dengan perkataan lain, CS akan berlangsung walaupun UCS tidak ada lagi. Pada tahap yang lebih lanjut, bunyi loceng didahuluhi oleh sebuah lampu yang menyala, maka lama-kelamaan air liur sudah keluar setelah anjing melihat nyala lampu walaupun ia tidak mendengar bunyi loceng atau melihat makanan. Demikianlah satu CS dapat dihubungkan dengan CS yang lain sehingga binatang percubaan tetap dapat mempertahankan CS walaupun UCS hanya boleh dilakukan sampai pada tahap tertentu, kerana

terlalu lama tidak ada UCS, binatang percubaan itu tidak akan mendapat ganjaran atas rangsangan yang sudah dilakukannya dan kerana rangsangan itu semakin lama semakin menghilang dan terjadilah proses penghapusan rangsangan (extinction). Kesimpulan yang didapati dari percubaan ini adalah bahawa tingkah laku sebenarnya tidak selain daripada rangkaian CS, iaitu rangsangan-rangsangan yang wujud selepas proses kondisi di mana rangsangan-rangsangan tersebut dihubungkan dengan UCS lama-kelamaan dihubungkan dengan CS. Dari contoh diatas, dapat diketahui bahawa dengan melaksanakan strategi Pavlov ternyata individu dapat dikawal melalui cara menukar rangsangan yang dialami dengan rangsangan yang tepat untuk mendapatkan pengulangan balasan yang dikehendaki, sementara individu tidak menyedari bahawa ia dikendalikan oleh rangsangan yang berasal dari luar dirinya. Penemuan Pavlov yang sangat menentukan dalam sejarah psikologi adalah hasil penyelidikannya tentang CS. Dengan penemuan ini Pavlov meletakkan dasar-dasar tingkah laku, serta meletakkan dasar-dasar bagi kajian-kajian mengenai proses belajar dan pembangunan teori-teori tentang belajar. Amerika Psychological Association (APA) mengakui bahawa Pavlov adalah seorang yang mempunyai pengaruh dalam psikologi moden di samping Freud.

KAJIAN KES Kajian Pavlov terhadap anjing adalah merupakan sesuatu keadaan yang biasa yang dialami dalam kehidupan kita. Walau bagaimanapun, setiap seorang di antara kita telah banyak mempelajari daripada pengkondisian klasik (classical conditioning) contohnya, seperti ketakutan, fobia dan sikap. Setiap perkara ini dapat dikekalkan dalam diri kita sekiranya, kita mengalami atau mempelajarinya dalam kehidupan kita. Kes Gretel juga boleh dikaitkan dengan pengkondisian klasik, di mana dia telah terlanggar secara tidak sengaja dan terjatuh di atas lantai oleh seorang pelajar yang lebih besar saiz daripadanya menyebabkan dia mengalami kecederaan semasa kelas pendidikan fizikal. Walaupun sudah seminggu, peristiwa itu menyebabkan Gretel berasa takut untuk pergi ke kelas pendidikan fizikal. Menurut frasa pengkondisian klasik Pavlov, pada frasa sebelum berkondisi kelas pendidikan fizikal merupakan rangsangan neutral (neutral stimulus) yang mana tidak memberi sebarang tindak balas kepada Gretel semasa pergi ke kelas. Tetapi, keadaanya telah berubah 5

apabila dia telah terlanggar dan terjatuh oleh seorang pelajar dalam kelasnya. Akibatnya, Gretel mengalami takut untuk pergi ke kelas pendidikan fizikal. Dalam kes Gretel, peristiwa yang dialaminya dikenali sebagai rangsangan tidak berkondisi (UCS) iaitu, di mana mengalami rangsangan yang menimbulkan tindak balas tanpa sebarang pengalaman terlebih dahulu. Sementara, ketakutan yang dialaminya telah mengambarkan tindak balas tidak berkondisi (UCR), iaitu tindak balas yang diperolehi tanpa sebarang pengalaman dibangkitkan oleh rangsangan tidak berkondisi (UCS). Pada frasa berkondisi, kelas pendidikan fizikal masih dikenali sebagai rangsangan neutral (neutral stimulus) dan peristiwa itu sebagai UCS. Dalam frasa ini, apabila Gretel mendengar atau teringat tentang kelas pendidikan fizikal secara automtiknya dia teringat terhadap peristiwa yang dialaminya. Pendek kata, teringat terhadap kelas pendidikan fizikal wujud secara berpasangan dengan peristiwa itu. Akibatnya perasaan takut mula berbangkit dalam dirinya. Ini bermakna, rangsangannya terhadap kelas pendidikan fizikal yang berpasangan dengan peristiwa itu menyebabkan Gretel mengalami ketakutan secara berterusan. Pada frasa selepas berkondisi, kelas pendidikan fizikal mula dikenali sebagai rangsangan berkondisi (CS), iaitu, rangsangan yang neutral (kelas pendidikan fizikal) pada mulanya akan wujud untuk mendapatkan tindak balas tertentu setelah berpasangan dengan peristiwa tersebut (UCS) yang mana sentiasa menimbulkan tindak balas. Pada frasa ini, perasaan takut yang dialaminya berubah kepada tindak balas berkondisi (CR). Ini menjelaskan bahawa apabila Gretel mendengar sahaja kelas pendidikan fizikal secara automatiknya dia mengalami perasaan ketakutan tanpa mengingati peristiwa yang dialaminya. Ini bermakna, peristiwa itu telah didahuluhi oleh kelas pendidikan fizikal dalam ingatanya dan ini boleh menyebabkan pada masa yang akan datang Gretel mula berasa takut setelah mendengar sahaja tentang kelas pendidikan fizikal. Kesimpulannya, namun peristiwa itu belaku sekali dalam hidup Gretel, tetapi rangsangan terhadap peristiwa di kelas pendidikan fizikal itu semakin kuat mewujudkan tindak balasan dalam hidupnya. Kes Gretel ini boleh menyimpulkan bahawa sesuatu tindak balas emosi boleh diperolehi malalui berkondisi klasik (Classical Conditioning).

KESIMPULAN Kesimpulannya, konsep berkondisi klasik telah menjadi sebagai sebahagian yang penting di sekolah psikologi tingkah laku. Ini kerana, ia masih mempengaruhi penyelidikan psikologi pada masa kini. Proses pembelajaran berkondisi klasik bermula dengan pengambil alihan. Semasa peringkat pengambil alihan rangsangan neutral (neutral stimulus) terdedah kepada rangsangan berkondisi (CS), diikuti dengan rangsangan tidak berkondisi (UCS). Sekiranya proses ini diulangi rangsangan neutral (neutral stimulus) membentuk hubungan di antara rangsangan berkondisi (CS) dan rangsangan tidak berkondisi (UCS).

RUJUKAN Bee, H. (1997). The Developing Child. (8th Ed., pp. 17-18 & 81-82). United States: AddisonWesley Educational Publishers Inc. Shaffer, D.R. (2002). Childhood & Adolescence. Developmental Psychology. (6th Ed., pp. 204-205). Shaffer, D.R., & Kipp, K. (2010). Childhood & Adolescence. Developmental Psychology. (8th Ed., pp. 187-188).

You might also like