Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

USAHA MENGATASI MASALAH KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA

1.1

KERAJAAN 1.1.1 POLIS DI RAJA MALAYSIA (PDRM)

Bagi mengatasi masalah ini, pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) trafik

telah

melaksanakan pelbagai usaha bagi mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia. Pihak polis trafik seringkali mengadakan kempen keselamatan jalan raya dan pemantauan yang berterusan terutama pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri,Tahun Baru Cina,Tahun Baru dan sebagainya. Usaha yang dilaksanakan sedikit sebanyak dapat menurunkan kadar peratusan kemalangan di Negara ini. . Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan mendadak berbanding harihari lain sekiranya pemantauan berterusan tidak dilaksanakan . Kempen-kempen dan pemantauan berterusan yang dilakukan bertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya. Pada masa kini,pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Pihak polis trafik telah memasangnya di tempat-tempat yang telah disiasat strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, secara automatik kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak oleh pegawai yang bertanggungjawab dan didapati pemandu telah melanggar had kelajuan yang ditetapkan, pihak polis trafik akan menghantar surat saman kepada pemilik kenderaan terbabit. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan

jalan raya sebanyak 35% kemalangan terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan ( PLUS ) . Jika hendak dibandingkan sebelum kewujudan kamera perangkap,pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya sukar untuk dikesan. Dalam masa yang sama , keadaan jalan yang lurus dan kurang kerosakkan serta mempunyai lorong - lorong tertentu mengikut kesesuaian pemanduan pemandu dapat melancarkan perjalanan dan mengurangkan potensi berlakunya kejadian yang tidak diingini.

1.1.2

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)

Dalam usaha kerajaan mengurangkan masalah kemalangan jalan raya yang semakin merunsingkan, Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) turut memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Selain membuat pemantauan terhadap pengguna jalan raya di sekolah memandu, pihak JPJ juga akan mengeluarkan saman terhadap mereka yang melakukan kesalahn jalan raya dan merangka peraturan yang perlu digubal atau membuat penambahbaikkan demi memastikan segala masalah dapat diatasi dengan teratur. Dalam masa yang sama, pihak JPJ juga akan mengeluarkan lesen memandu kepada mereka yang benar-benar mahir dalam mengendalikan kenderaan seperti motosikal,kereta,bas dan lori. Lessen memandu tidak akan dikeluarkan sama sekali kepada mereka yang tidak lulus semasa ujian memandu diadakan semasa di sekolah memandu atau kepada mereka yang telah pernah melakukan kesalahan jalan raya.

1.1.3

Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM)

Bukan mudah bagi pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya yang semakin merunsingkan ini. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM) turut memainkan peranan untuk membantu pihak kerajaan. Antara usaha pihak KKRM ialah merancang pembangunan rangkaian jalan Persekutuan di seluruh negara. Tujuannya ialah untuk menyeragamkan secara keseluruhan struktur jalan raya Persekutuan di Malaysia. Selain itu, KKRM juga menyelaras dan memantau pelaksanaan projek jalan Persekutuan dan lain-lain projek di bawah seliaan KKRM. Setiap projek yang dipantau dan diselaras akan diteliti dengan baik agar dapat mengurangkan masalah setelah projek siap. Dalam masa yang sama, pihak KKRM sentiasa berusaha dengan telus untuk mengawal selia kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan yang diswastakan dan Bangunan Gunasama Persekutuan seluruh Negara (kecuali Wilayah Tengah Semenanjung Malaysia). Usaha ini adalah untuk memastikan jalan persekutuan yang di swastakan dan Bangunan Gunasama Persekutuan seluruh negara diberi perhatian yang sepatutnya. Seterusnya,pihak KKRM sedaya upaya memantau pembinaan, operasi, pengendalian tol dan penyelenggaraan lebuh raya bertol. Usaha ini adalah untuk memastikan tiada penyelewengan berlaku oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu,usaha lain pihak KKRM ialah memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada CIDB di dalam pembangunan industri pembinaan negara dan tenaga kerja mahir. Tenaga kerja mahir amat diperlukan demi memastikan segala pembinaan jalan raya dilaksankan dengan sebaik mungkin. Ini kerana,penggunaan tenaga kerja kurang dalam pembinaan jalan raya akan memungkinkan tenaga kerja tersebut melakukan kesalahan ketika bekerja dan menyebabkan kejadian yang tidak diingini setelah jalan raya itu telah siap.

Sebagai contoh,KKRM telah melakukan pembaikan geometeri jalan raya melalui pelebaran jalan, pembinaan lorong memotong, lorong motosikal, pembahagi jalan dan pusingan U, pembinaan jejantas, dan pemasangan lampu isyarat adalah antara langkah yang diambil oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini. Akhirnya, KKRM sentiasa memantau jabatan dan agensi di bawah kawalannya agar segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada anak buahnya dilaksanakan dengan sebaik mungkin seperti yang dirancang pada peringkat awal projek dilaksanakan.

1.2

PANDUAN PEMBELAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU

1.2.1 SEKOLAH MEMANDU

Kewujudan sekolah memandu yang dapat melatih pengguna jalan raya menguasai aspekaspek keselamatan dan peraturan jalan raya di Malaysia. Penekanan aspek pengetahuan terhadap pengguna jalan raya menjadi tunjang kepada semua sekolah memandu bahkan bukan sekadar berasaskan keuntungan semata-mata. Di pusat pembelajaran kurikulum pendidikan

pemandu,setiap pengguna jalan raya akan diwajibkan menjalani peperiksaan berkomputer, ia bertujuan untuk memastikan setiap pengguna jalan raya mahir akan setiap peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Selepas itu, mereka juga akan menjalani pemanduan sebenar dengan pemantauan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Dengan ini,setiap pengguna akan memperoleh kemahiran semasa berada di jalan raya dengan baik. Sebelum lahirnya sekolah memandu di serata tempat, ia menyukarkan para pengguna jalan raya untuk mengetahui dan menguasai kepentingan pemanduan berhemat semasa menggunakan jalan raya walau dalam apa

jua keadaan sekali pun. Usaha pihak tertentu dalam mempertingkatkan produktiviti sekolah memandu di Negara ini dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan selari dengan pembangunan Negara yang semakin hari semakin setaraf dengan Negara-negara membangun yang lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat.

You might also like