Geografi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SS17 SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

KAJIAN GeoGRAFI TEMPATAN 2011

Komposisi penduduk di ss17, Subang jaya Serta kaitannya dengan jenis pekerjaan penduduk

Nama Murid: Aruna Periasamy Tingkatan: 2 Empati Nama Guru: Puan Noorhidayah binti Abdul Wahab

............................ T.Tangan Murid

.......................... T.Tangan Guru

SENARAI KANDUNGAN TAJUK Penghargaan pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Hasil kajian rumusan rujukan lampiran MUKA SURAT

Saya menghadapi cabaran untuk melaksanakan kajian ini dengan baik.Namun demikian,saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan SS17 Subang Jaya,Puan Hajah Zuariah binti Yusof yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Noorhidayah binti Wahab,guru Geografi Tingkatan 2 Empati,Sekolah Menengah Kebangsaan SS17 Subang Jaya,Selangor.Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbangan kepada saya semasa menjalankan kajian ini.Ayah dan ibu jugalah yang telah membawa saya ke Majlis Pembandaran Subang Jaya untuk menemu ramah pengawai di situ. Selain itu,ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada penduduk Subang Jaya yang telah memberikan kerjasama kepada sayasemasa sesi temu bual.Tidak ketinggalan juga ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pengawai di Majlis Pembandaran Subang Jaya yang memberikan maklumat tentang kawasan Subang Jaya.

Kawasan kajian saya untuk kerja kursus ini ialah kawasan SS17 Subang Jaya yang terletak di Negeri Selangor,iaitu di kawasan Lembah Klang,daerah Petaling.Subang Jaya mempunyai keluasan sebesar 70 km persegi dan populasi melebihi 1 juta orang.Manakala,kawasan SS17 mempunyai keluasan tanah sebesar 3 km persegi.Seluruh kawasan Subang Jaya terletak di bawah pentadbirann Majlis Perbandaran Subang Jaya(MPSJ).

Subang Jaya terletak di bahagian tenggara Shah Alam ,dengan jarak kira-kira 12 km.Jarak kawasan SS17 dengan Bandar terdekat,iaitu Bandar Sunway ialah kira-kira lima kilometer.

Selain itu,kawasan SS17 terletak di hampir di tengah Subang Jaya.SS17 di sempadani oleh SS12 dan SS15 di timur,SS13 dan SS14 di tenggara,SS16 di utara,SS18 di selatan serta SS19 di barat daya.

Subang Jaya dimaju oleh Pemaju Sime UEP Berhad,bermula 1974.Pandang darat fizikal kawasan SS17 ialah bertanah alun dan bertanah pamah.Sebelum dibangunkan,SS17 merupakan sebuah lading kelapa sawit.Perumahn di SS17 seperti rumah teres bertingkat,berkembar dan pangsapuri.

Kajian saya ini merangkumiobjektif-objektif yang berikut:

(a)memerhatikan dan mengkaji komposisi penduduk di kawasan kajian. (b)mengkaji jenis-jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian. (c)menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di kawasan kajian.

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi,murid Tingkatan 2 diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan.Kajian ini dijalankan selepas waktu sekolah.Murid-murid diberi peluang untuk memilih tema kajian masing-masing.Kajian ini adalah berdasarkan tema-tema yang dipelajari di Tingkatan 2.

Saya telah memilih tajuk Taburan Dan Komposisi Penduduk di Subang Jaya serta Kaitan dengan Jenis Perkerjaan Penduduk.Saya menyiapkan kajian ini dalam masa empat minggu.Kemudian,saya pun menulis laporan lengkap tentang kajian ini secara berasingan atau secara individu seperti yang disyaratkan.

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut: (a)Pemerhatian:Saya membuat pemerhatian terhadap taburan dan komposisi penduduk di kawasan SS17. (b)Temu bual:Saya mengumpulkan maklumat tentang kawasan SS17 daripada pengawai di Majlis Pembandaran Subang Jaya serta mengumpulkan maklumat secara lisan dengan menemu bual 10 orang penduduk tempatan. (c)Rujukan keputusan:Saya membuat rujukan di Majlis Pembandaran Subang Jaya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kawasan SS17.

Kawasan SS17 merupakan kawasan perumahan yang agak padat penduduknya.Penduduk di sini berbilang kaum,iaitu Melayu,Cina dan India.Antara 10 orang penduduk yang saya temu bual, 5 adalah kaum Melayu, 3 kaum Cina,dan 2 kaum India.Secara pemerhatian,saya mendapati taburan penduduk mengikut kaum adalah sekata di seluruh kawasan perumahan ini.

Saya telah menemu bual 10 orang penduduk.Kesemuanya sudah bekerja dan berumah tangga.Bidang pekerjaan mereka adalah sektor perkhidmatan.Mereka terlibat dalam bidang perniagaan,perdagangan,dan sektor awam(kerajaan).Terdapat 6 orang yang mengusahakan perniagaan sendiri dan 3 orang yang bekerja dengan kerajaan (2 orang pengawai polis[pengawai kerajaan] dan seorang pembantu penyelidik di Institut Penyelidikan Getah Malaysia).

Dari segi jenis pekerjaan pula,4 orang daripada mereka adalah pengurus (2 pengurus syarikat dan 2 pengurus bank).Terdapat seorang penolong pengarah,seorang kontraktor, seorang jurutera dan seorang juruterbang.Yang selebihnya adalah daripada pelbagai jenis pekerjaan yang lain.

Jenis Perkerjaan Kaum

Kerajaan Melayu Cina India Jumlah 2 2 1 4

Swasta 2 3 2 5

Sendiri 1 1 2

Kakitangan Kerajaan 3 2 1 6

Lain-lain 3 3

3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 Kerajaan Swasta Sendiri Kakitangan Kerajaan Lain-lain

Melayu Cina India

Terdapat perkaitan antara sesuatu kaum dengan jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk di SS17.Kebanyakan penduduk Cina yang ditemu bual menceburi bidang perniagaan.Sebanyak 4 daripada 8 orang penduduk Cina yang ditemu bual itulah peniaga.Hanya 2 orang Melayu dan seorang India yang menceburi bidang tersebut.

Kebanyakan penduduk yang ditemu bual ini bekerja di Kuala Lumpur atau kawasan yang berhampiran seperti Petaling Jaya,Klang dan Bandar Sri Damansara.Ada juga yang bekerja di SS17 sebagai peniaga yang berjaya dan seorang sebagai ketua pengarah.Mereka ini sudah lama tinggal di SS17,iaitu di antara 5-11 tahun.

Penduduk di SS17 terdiri daripada pelbagai kaum.Dari segi kaum,jumlahnya kelihatan tidak jauh berbeza.Kebanyakan mereka tinggal di rumah teresdan bercampur gaul antara satu dengan yang lain.Mereka hidup aman dan bersatu padu.Mereka hidup berjiran dan hormati-menghormati.Mereka Menjalankan pelbagai pekerjaan untuk mencari rezeki.Ada yang bekerja makan gaji dan ada yang mengusahakan perniagaan sendiri. Penduduk di SS17 agak padat.Di sini terdapat pelbagai kemudahan awam untuk memenuhi keperluan para penduduk.Jalan raya yang ada dapat menghubungkan kawasan ini dengan Bandar-bandar besar seperti Shah Alam ,Klang dan Petaling Jaya. Sebagai kesimpulannya,melalui kajian ini saya dapat memahami komposisi dan pekerjaan penduduk di SS17 dengan lebih jelas.Saya berbangga kerana dapat hidup di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dalam aman dami yang mencari rezeki dengan pelbagai cara yang tersendiri.

Rumah di SS17.

Kedai di SS17.

Padang di SS17.

You might also like