Apa Itu Pemanasan Global

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Apa Itu Pemanasan Global?

Pemanasan global merupakan fenomena peningkatan suhu atmosfera permukaan bumi secara global.

Punca (Aktiviti Manusia)


1. Pemusnahan kawasan hutan - penerokaan kawasan hutan bagi tujuan pembangunan, pertanian pindah telah memusnahkan sistem ekologi - proses fotosintisis tidak dapat dijalankan, pembebasan karbon dioksida oleh manusia, haiwan dan kenderaan tidak dapat diserap oleh tumbuhan - CO2 bertambah di udara dan meningkatkan suhu 2. Penggunaan bahan CFC - penggunakan CFC secara meluas dalam aktiviti domestik spt peti sejuk, alat pendingin hawa, aerosol - gas CFC yang dilepaskan dengan banyak ke udara boleh menipiskan lapisan ozon - lapisan ozon yang menipis dan bocor akan menyebabkan cahaya ultra ungu menembusi lapisan atmosfera tanpa tapisan - menyebabkan peningkatan suhu di bumi 3. Pertambahan bilangan kenderaan - kenderaan bermotor yang semakin banyak dijalan raya - pelepasan hidro karbon ke udara - menambahkan lagi gas rumah hijau di udara terutama di kawasan bandar - berlakunya fenomena pulau haba 4. Kegiatan perindustrian / perkilangan - kemajuan yang pesat dalam bidang perindustrian telah menyebabkan pelepasan gasgas tanpa tapisan dari kilang-kilang yang beroperasi - berpotensi menyebabkan jerebu berlaku - gas-gas yang dilepaskan akan berkumpul di ruang udara yang menyebabkan berlakunya peningkatan suhu di kawasan tersebut 5. Proses urbanisasi / perbandaran - kawasan yang luas perlu dibersihkan yang menyebabkan hutan diterokai - pembinaan bangunan konkrit dan berkaca akan menyebabkan pantulan cahaya berlaku dalam kawasan berkenaan sahaja tanpa boleh terpantul keluar - fenomena kesan rumah hijau berlaku

Punca (Aktiviti Semula Jadi)


5. Letupan / letusan gunung berapi - menyebabkan pelepasan debu dan gas yang menutup lapisan atmosfera - lahar yang dikeluarkan akan meningkatkan suhu di persekitaran

- cth: letusan Gunung Berapi Pinatubo di Filipina, Gunung Merapi di Jawa, Indonesia. 6. Kebakaran hutan - disebabkan oleh musim kemarau atau panahan kilat - boleh memusnahkan kawasan hutan yang luas - menghasilkan asap tebal yang boleh menyebabkan peningkatan suhu

Kesan Buruk
1. Kesihatan - manusia berisiko tinggi mendapat penyakit kulit dan kanser kulit kerana terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan - boleh menjejaskan penglihatan / mata manusia kerana terdedah kepada sinaran radiasi matahari 2. Perubahan cuaca dan iklim - kemarau, banjir, ribut taufan, puting beliung, hujan lebat, ribut salji, La Nina, El Nino - fenomena ini berlaku secara tiba-tiba / tidak mengikut musim, kemarau serta kebakaran hutan - cth: banjir besar di Johor dan Negeri Sembilan pada bulan Disember 2006 dan Januari 2007 - membawa kerugian harta benda yang besar 3. Kenaikan aras air laut - suhu yang meningkat akan menyebabkan pencairan bongkah ais di Kutub Utara - paras air laut semakin meningkat yang juga menyebabkan fenomena air pasang besar - menyebabkan pulau-pulau kecil tenggelam dan kawasan-kawasan yang rendah mudah dilanda banjir - keluasan saiz daratan semakin mengecil -cth: bandar Bangkok 4. Krisis air - masalah kemarau berlaku akibat peningkatan suhu bumi - kapasiti air kawasan punca air seperti sungai akan berkurangan dan boleh menjadi kering - ini menyebabkan masalah kekurangan bekalan air terutama di kawasan bandar 5. Menjejaskan bekalan makanan (pertanian dan perikanan) - cuaca atau suhu yang panas akan mengurangkan kadar kelembapan semula jadi tanah - tanah menjadi kurang / tidak subur - mengurangkan penghasilan tanaman makanan / menjejaskan pertumbuhan tanaman - suhu air laut yang meningkat akan menjejaskan pertumbuhan / pembiakan plankton yang merupakan makanan penting bagi pembiakan hidupan akuatik seperti ikan - sumber protein utama (ikan) semakin berkurangan.

Langkah mengatasi
1. Hematlah Pemakaian Listrik Beberapa hal yang dapat kita lakukan untuk menghemat pemakaian listrik seperti: mematikan lampu dan listrik ketika sedang tidak digunakan, menggunakan lampu hemat energi, matikan pemanas nasi selama beberapa jam untuk mengurangi penggunaan listrik, jangan sering memasukkan makanan panas langsung ke dalam kulkas, serta jangan sering-sering membuka pintu kulkas terlalu lama. 2. Teknologi hijau Teknologi hijau boleh didefinisikan dengan merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alm sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif kepada manusia. Contohnya, menstrukturkan semula dan menambah fungsi beberapa kementerian dan mewujudkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, yang sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Melalui pendekatan sebegini, impak negatif aktiviti manusia terhadap alam sekitar sudah tentu dapat diminimumkan. Hal ini dimikian kerana lebih banyak kementerian baru yang lebih proaktif telah ditubuhkan bagi mengawal serta memantau keadaan semasa atau kualiti alam sekitar di seluruh negara. 3. Penguatkuasaan undang-undang Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih proaktif dan efektif oleh kerajaan perlulah dilaksanakan. Sebagai contoh, mewajibkan penggunaan kenderaan bermotor yang mempunyai penapis gas pada ekzos kenderaan masing-masing. Hal ini sudah tentu akan menjamin kebersihan gas yang dilepaskan daripada ekzos-ekzos kenderaan terutamanya di kawasan bandar adalah selamat dan mesra alam. Pengeluaran atau pelulusan lesen bagi tujuan pembalakan turut perlu diminimumkan. Hal ini adalah bagi memastikan para pembalak agar tidak menyalahgunakan permit yang mereka peroleh untuk kepentingan sendiri. Penetapan had kuantiti kayu balak yang boleh ditebang dalam satu tahun akan dapat meminimumkan penebangan kayu balak yang terdapat di negara ini. 4. Mewujudkan kelab pencinta alam sekitar Dengan mewujudkan kelab pencinta alam sekitar sebagai salah satu kelab dalam aktiviti kokurikulum di sekolah, para pelajar akan berpeluang untuk mengaplikasikan ilmu tentang penjagaan alam sekitar di sekolah. Mereka tidak hanya duduk dan mendengar tentang tanggungjawab ini dari mulut guru mereka sewaktu kelas pada waktu pagi sebaliknya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari pada waktu petang, iaitu semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Penubuhan kelab ini turut akan dapat menanam sedikit-sebanyak perasaan cinta para pelajar terhadap alam sekitar pada usia muda lagi.

5. Kitar semula Program kitar semula perlu digiatkan dengan pelbagai idea yang lebih menarik. Melalui program kitar semula, masyarakat menyedari akan kepentingan menjaga hasil mineral bumi. Dengan cara ini generasi akan dapat merasai khazanah bumi seperti yang dinikmati oleh kita. Pendidikan secara tidak formal ini juga telah mendidik masyarakat jenis-jenis barang yang perlu dan boleh dikitar semula. 6. Jangan sering-sering naik kendaraan peribadi Jika memungkinkan untuk naik angkutan umum, lebih baik anda mulai terbiasa untuk melakukannya. Selain menghemat bahan bakar, anda juga dapat mengurangi jumlah polusi udara yang dihasilkan dari kendaraan bermotor yang telah menyebabkan semakin seringnya terjadi hujan asam yang merusak lingkungan. 7. Melaksanakan program pencegahan yang berkesan terhadap penggunaan CFC Penggunaan bahan lain yang tidak membebaskan radikal klorin hendaklah digalakkan untuk menggantikan kloroflurokarbon (CFC), misalnya bahan CFC tiruan. Sebagai contoh,penggunaan racun serangga berasaskan H2O hendaklah digubal dan dilaksanakan dengan tegas agar semua pihak mematuhinya.Sekiranya sesebuah kilang itu terpaksa juga membebaskan CFC,pekilang hendaklah diwajibkan memasang alan penapis yang berkesan agar radikal klorin tidak terbebas secara berlebihan di udara. 8. Mengurangkan sebarang penggunaan barangan yang mengandungi gas CFC Bahan-bahan plastik yang digunakan sebagai alat pembungkus makanan yang mengandungi CFC, seperti barangan kloroform yang dijadikan pembungkus makanan harus digantikan dengan alat pembungkus tradisional seperti daun dan kertas untuk makanan seperti nasi lemak dan sebagainya. Bahan ini bukan sahaja mudah reput, tetapi juga tidak memcemarkan alam. Penjual ikan juga haruslah digalakkan untuk mengguna peti kayu dan bukannya peti plastik yang mengandungi bahan CFC. 9.Penanaman semula pokok-pokok dan tumbuhan hijau Penanaman tumbuhan hijau adalah bertujuan untuk menngkatkan penghasilan gas gas yang bersih dalam udara. Penanaman ini boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat. Pihak sekolah boleh mengadakan taman-taman mini di sekolah untuk menyedarkan kepada pelajar-pelajar akan kepentingan tumbuhan hijau dalam ekosistem. 10. Pengurangan penggunaan tenaga Penggunaan petrol dalam pembakaran enjin kereta juga meningkatkan suhu pemanasan global. Penggunaan sumber alternatif seperti kereta hybrid yang bercirikan hijau alam sekitar adalah antara langkah terbaik dalam mengatasi pemanasan global.

Di kebanyakkan negara maju, tenaga solar telah lama diaplikasi dalam kediaman rumah dan pejabat bagi menggantikan pembakaran fosil. 11. Memberi pendidikan tentang alam sekitar Pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar turut perlu diberi dan didedahkan sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini demikian kerana generasi muda harus tahu akan kepentingan menjaga alam sekiatar dan melalui pendedahan mengenai isu pemanasan global sejak mereka bersekolah lagi sekurang- kurangnya dapat memberi mereka idea tentang apa yang perlu mereka lakukan sebagai tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar.

Langkah menangani pemanasan global ialah:


Kempen kesedaran tentang penjagaan alam sekitar mesti dilaksanakan secara berkesan oleh semua pihak. Penggunaan sumber tenaga yang mesra alam hendaklah diberikan keutamaan. Pendidikan tentang alam sekitar kepada generasi muda hendaklah ditekankan sejak di bangku sekolah lagi. Pendidikan alam sekitar kepada generasi tua juga penting dilaksanakan kerana segelintir daripada mereka hanya mementingkan kekayaan dan keuntungan semata-mata. Maklumat tentang kesan yang terjadi akibat pemanasan global dan kesan pencemaran alam hendaklah disebarkan dengan meluas dengan pelbagai cara. Pihak berwajib mestilah bersungguh-sungguh melakukan kajian agar fenomena pemanasan global dapat diminimumkan. Penanaman semula hutan mesti dilakukan segera. Program kitar semula mesti digiatkan. Mengurangkan kadar pelepasan gas karbon monoksida dengan mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri. Mengawal dan seterusnya mengurangkan aktiviti rumah hijau.

You might also like