Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 34

Apa itu Bentuk Dua Dimensi (2D) ?

Definisi

Dimensi itu melibatkan panjang dan lebar. Jadi, bentuk dua dimensi(2D) ialah apa-apa bentuk yang mempunyai panjang dan lebar.

Ciri-ciri

Bentuk 2D mempunyai lebar dan panjang. Bentuk 2D mempunyai permukaan yang rata. Bentuk 2D mempunyai bucu kecuali bentuk bulat dan bujur. Semua bentuk 2D bersisi lurus kecuali bentuk bulat dan bujur iaitu sisi melengkung.

Contoh-contoh Bentuk Dua Dimensi(2D) Segi empat sama

4 sisi sama panjang 4 bucu Segi empat tepat

4 sisi 2 sisi yang bertentangan adalah sama panjang 4 bucu Bulat

mempunyai sisi melengkung tidak mempunyai bucu Segi tiga

3 sisi 2 bucu Pentagon

5 sisi 5 bucu

Heksagon

6 sisi 6 bucu Heptagon

7 sisi 7 bucu Oktagon

8 sisi 8 bucu

http://math4g1b.blogspot.com/2011/03/bentuk-2d-hasil-pmbelajaran.html

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini.

Kelebihan Bahan 3D a. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.

b. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar
daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. c. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik d. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. e. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. f. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.

g. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan.

Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain termasuklah : Realia Model Diorama Akuarium dan terrarium Boneka Mobile' Topeng

http://ipislam.edu.my/kplir/tek-pdk/bahan/bahan_tiga_dimensi.htm

1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D) 2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. 3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna. 4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.

Ciri-ciri bentuk
1. Bersifat tiga dimensi (3D) mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman 2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna 3. Boleh dilihat dari semua arah mempunyai lebih dari satu permukaan 4. Terdapat bayangan mempunyai kesan cahaya dan bayang

http://senivisual1.blogspot.com/2010/05/bentuk-penghasilan-bentuk-melalui.html

BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG - Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon. - Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain. - Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan .

http://akalseni.blogspot.com/

Apa itu Bentuk Dua Dimensi (2D) ? Definisi


Dimensi itu melibatkan panjang dan lebar. Jadi, bentuk dua dimensi(2D) ialah apa-apa bentuk yang mempunyai panjang dan lebar.

Ciri-ciri

Bentuk 2D mempunyai lebar dan panjang. Bentuk 2D mempunyai permukaan yang rata. Bentuk 2D mempunyai bucu kecuali bentuk bulatan dan bujur. Semua bentuk 2D bersisi lurus kecuali bentuk bulatan dan bujur iaitu sisi lengkung.

http://ariellee-ariel.blogspot.com/2011_11_01_archive.html

PENDAHULUAN Pembelajaran geometri pada awal umur kanak-kanak adalah tidak formal,berbentuk penerokaan,meneka dan menyelesaikan masalah. Ini dapat dilihat, sejak dari bayi lagi, ibubapa sebenarnya telah pun menerapkan pemahaman secara tidak formal kepada kanak-kanak dengan memberikan obejek-objek geometri sebagai alat mainan. Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mengetahui secara saintifik berkenaan geometri tetapi melalui pengalaman mereka bermain dengan alat permainan tersebut telah membina pengetahuan geometri secara tidak langsung. Melalui sesetengah permainan juga seperti memasukkan bentuk-bentuk geometri seperti segiempat, segitiga dan bulat ke dalam ruang yang disediakan dan penyusunan kepingan-kepingan darinya. bentuk-bentuk, kanak-kanak mendapat peluang menimba pengalaman dalam menyelesaikan masalah serta mempelajari konsep geometri

Peranan Guru Selain daripada ibu bapa, guru adalah orang yang paling penting dalam membina dan memperkembangkan konsep geometri murid. Peranan guru dalam memperkembangkan konsep geometri kanak-kanak pada amnya terbahagi kepada 4 peranan utama: 1. Menentukan tahap serta aras pemikiran geometri para pelajar dimana guru seharusnya berupaya melihat dan menentukan tahap pemikiran muridnya berkenaan geometri. Ini penting bagi guru untuk merangka aktiviti dan menstruktur program untuk pengajaran dan pembelajaran. 2. Menstruktur proses pembelajaran geometri pelajar agar tercapai objektif serta memperoleh kesan yang maksimum, juga mengaitkan pelajar dengan penerokaan alam geometri yang lebih terbuka. Guru harus menyediakan suatu pengajaran yang berkesan yang mampu memberi kesan mendalam terhadap murid. Murid dibenarkan meneroka kendiri serta mengaitkan dengan persekitaran serta pengalaaman sedia ada mereka. 3. Berinteraksi dengan soalan soalan lebih terbuka di mana murid bebas mengemukakan soalan serta bertanya dalam menjurus kepada pemahaman konsep.

Murid dibenarkan berinteraksi sesama sendiri dan guru memberi respon yang baik. Jawapan murid samada betul atau salah pada peringkat diabaikan kerana guru hanya melatih murid untuk memberi pendapat dan idea mereka. 4. Penilaian dengan menggunakan strategi penilaian alternatif seperti perbincangan dan tugasan yang menunjukkan tahap kemajuan, membuat rekod dan portfolio dimana tugasan ini membolehkan murid mengambil bahagian seterusnya menjadikan matematik itu lebih bermakna.

Mengenal Konsep Geometri Geometri mengandungi koleksi objek seperti segiempat, segitiga, bulatan, kon, silinder, parallelogram serta bentuk-bentuk padu seperti kubus dan prisma. Konsep asas geometri melibatkan konsep satah, titik, garisan serta segmen. Pada asasnya geometri mempunyai dua bentuk iaitu 2 dimensi dan 3 dimensi. Kanak-kanak seharusnya didedahkan dengan konsep asas geometri seperti berikut terlebih dahulu sebelum guru membincangkan dengan lebih lanjut menegnai geometri: Titik Garisan Segmen garisan yang mempunyai dua penghujung Segmen garisan yang tak berpenghujung Permukan satah Ruang Bentuk -bentuk 2D seperti segiempat,segitiga dan bulatan Asas pertama yang perlu diterapkan dalam murid adalah titik. Ini kerana kewujudan garisan adalah merupakan satu siri set titik. Garisan merupakan bentuk 1 dimensi yang terhasil dari hubungan antara dua titik yang bersambung, di mana ia mempunyai panjang tetapi tiada lebar atau tinggi. Segmen-segmen garisan mempunyai 2 jenis iaitu segmen garisan yang mempunyai hujung di mana ia menghubung antara dua titik AB dan segmen yang tidak mempunyai hujung yang bermula dari satu titik dan seterusnya berkembang ke suatu arah yang dikenali sebagai infinit.

Selain daripada itu, penerapan konsep asas permukaan satah juga penting iaitu satah merupakan permukaan 2 dimensi yang mempunyai panjang dan lebar tetapi tiada tinggi. Manakala ruang pula merupakan satu set titik yang dihubungkan antara satu sama lain di dalam bentuk 3 dimensi yang mempunyai panjang, lebar dan tinggi. Di peringkat yang seterusnya, murid perlu menerokai pula ciri-ciri struktur yang ada pada suatu bentuk geometri dan akhirnya diperkembangkan kepada bentuk-bentuk geometri itu sendiri dan memahami perkaitannya antara satu sama lain. Selain daripada itu, pengukuran juga merupakan salah satu komponen geometri. Pengukuran adalah sebahagian dari angka-angka di dalam kehidupan seharian. Semasa pembelajaran pengukuran,peluang untuk mengaitkannya dengan bahagian matematik yang lain sentiasa ada seperti operasi bernombor, statistik, geometri dan fungsi. Menurut Piaget dan Inhelder(1967), di dalam pengukuran terdapat 4 idea asas iaitu : 1) Persepsi dan perwakilan kanak-kanak membina konsep spatial mereka dalam dua tahap yang berbeza iaitu persepsi dan perwakilan. Kedua- dua tahap ini digabungkan untuk membina idea-idea tentang konsep ruang. Manakala persepi melibatkan hubungan terus dengan fizikal objek. Dari situ mereka akan membina pengetahuan persepsi mengenai objek tesebut. Apabila mereka terpaksa menggunakan imaginasi dan memori sedia ada tentang objek tersebut, maka di sinilah perwakilan digunakan. 2) Pemuliharaan Sesuatu objek akan kekal pada bentuk dan saiznya walaupun ianya digerakkan atau dibahagikan pada beberapa bahagian. 3) Transitiviti Memahami transitiviti tentang panjang sesuatu objek membawa maksud bahawa pelajar boleh menyimpulkan jika panjang A kurang dari panjang B dan panjang B pula kurang dari panjang C,maka panjang A tentunya kurang dari panjang C. 4) Unit Memahami konsep unit dibina dari dua idea,iaitu,mengenali atribut yang diukur dan mengenali unit yang mempengaruhi jumlah yang ditugaskan untuk objek .

Dalam mengajar pengukuran, proses pembelajaran pengukuran boleh dibahagikan kepada 5 langkah : 1. mengenali benda yang hendak diukur 2.membuat perbandingan 3. membentuk unit yang sesuai dan proses untuk mengukur 4.tukarkan kepada unit ukuran yang piawai 5.guna rumus untuk mengira unit Dalam membuat anggaran untuk mendapatkan ukuran yang tepat dari objek tanpa menggunakan alat mengukur, beberapa strategi digunakan: 1.Bandingkan objek dengan objek lain yang sudah diketahui ukurannya. 2.Anggar,ukur dan semak semula. 3.Berusaha untuk membolehkan pelajar menganggar dan mengukur dalam kriteria yang diberikan . 4.Gunakan strategi 2 sehingga pelajar berasas selesa dengan kemahiran menganggar mereka. 5.Wujudkan masalah kepada pelajar dengan peruntukan masa yang diberikan untuk membuat anggaran. Membina Pemikiran Geometri Pelajar Mempelajari ilmu geometri mendedahkan kita tentang kewujudan alam ini dengan mendalam. Mengajar ilmu geometri pula melatih akal fikiran kita untuk menjana pemikiran yang kritis dan terperinci. Terdapat alasan lain kenapa kita harus belajar manipulasi geometri iaitu minat terhadap geometri sentiasa ada apabila kita memerlukan jawapan tentang peristiwa dan fungsi tentang kejadian alam sejagat. Ironinya, minat terhadap kepelbagaian bentuk dan objek seperti garisan, bulatan, segi tiga, dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan manusia secara semulajadi selari dengan fenomena memandu di jalan raya, melihat kestabilan

bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan terhadap pengetahuan geometri. Menurut Van Hiele penyelidikannya yang memulakan pada tahun 1950an, pembangunan teori pemikiran spatial dalam geometri mendorong pemahaman serta kemahiran pelajar dengan arahan-arahan yang menjurus kepada aras-aras pemikiran semulajadi geometri pelajar. Teori beliau mempunyai hieraki aras pemikiran bermula pada usia awal kanak-kanak sehinggalah dewasa yang terdiri dari 3 aras pertama yang merangkumi tempoh normal pembelajaran. Aras Pertama adalah Visual di mana tahap ini bermula dengan pemikiran nonverbal. Bentuk dilihat sebagai satu, berbanding daripada pelbagai gabungan bentuk.Pelajar akan menamakan bentuk pada apa yang mereka lihat dan tidak ada penjelasan tentang bentuk tersebut. Aras Kedua adalah Diskriptif. Pada tahap ini,pelajar boleh mengenali dan menghuraikan bahagian-bahagian bentuk. Mereka juga perlu membina bahasa yang sesuai untuk mempelajari sesuatu konsep yang baru.Walau bagaimanapun, pada tahap ini pelajar masih tidak dapat mengaitkan turutan logik dan perkaitannya. Sebagai contoh,pelajar tidak memahami bahawa segitiga sama sisi yang mempunyai 3 sisi yang sama panjang juga mempunyai 3 sudut yang sama besar. Aras Ketiga adalah Deduktif Formal. Pada tahap ini,pelajar dapat mengaitkan turutan logik bentuk. Mereka mampu melihat bahawa ada perhubungan antara satu sama lain dalam suatu bentuk. Mereka juga mampu mengaplikasi serta menerangkan perhubungan antara bentuk dan seterusnya membuat definisi. Sebagai contoh, mereka boleh memahami kenapa segiempat sama adalah juga tergolong dalam bentuk segiempat . Walau pun begitu,pada tahap ini pelajar masih belum mampu memahami peranan aksiom,definisi,teorem dan alihannya. Bagi sesetengah pelajar,proses pembelajaran berlaku secara aktif serta berkesan melalui permainan. Arahan simulasi dalam geometri serta aktiviti pengayaan boleh diterapkan di dalam aktiviti bermain seperti meyusun mozek serta blok-blok corak mengikut corak tertentu. Dengan menggunakan alatan-alatan ini, secara tidak langsung, kanak-kanak akan mengenal bentuk bentuk geometri secara tidak formal. Ini kerana geometri ini merupakan suatu seni yang boleh merangsang pemikiran kanakkanak. Penyusunan blok dan mozek membolehkan kanak-kanak menyelesaikan

masalah masalah bentuk-bentuk yang dikehendaki. Kanak-kanak digalakkan meneroka dengan bebas bahan-bahan geometri dan membuat penemuan secara sendiri ciri-ciri dan struktur bahan. Sementara mereka bermain, murid-murid boleh dinilai oleh guru melalui pemerhatian secara tidak formal cara murid berfikir. Seperti contoh, penggunaan tangram boleh diajar sejak dari awal peringkat umur murid. Guru boleh menanyakan beberapa soalan seperti apa yang boleh dilakukan dengan kepingan-kepingan tangram tersebut. Guru perlu menggalakkan murid supaya berkongsi dan bercerita tentang bentuk dan gambar yang mereka bina. Secara tak langsung murid meneroka ciri-ciri bentuk dan perhubungan antaranya. Ini seterusnya murid dapat memberi tumpuan terhadap ciri-ciri khusus setiap bentuk tangram tersebut seperti bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan juga segitiga.

Contohnya, dalam suatu permainan, murid menggunakan 3 dan 5 kepingan tersebut untuk membentuk kepingan 6 (2 bentuk segitiga membentuk 1 segiempat sama). Guru boleh menggalakkan murid untuk menggunakan kepingan-kepingan yang lain untuk membentuk sesuatu bentuk yang baru. Melalui aktiviti tersebut murid dapat lebih pemahaman yang lebih spesifik terhadap ciri-ciri bentuk. Murid akan sedar bahawa panjang sisi bentuk tersebut adalah sama dan sesetengahnya adalah separuh daripada bentuk yang lain. Mereka juga dapat menyatakan bahawa setiap sudut bahawa apabila dicantumkan bersama akan membentuk bentuk yang lain.

Seterusnya di peringkat yang lebih tinggi, melalui permainan tangram ini, murid diperkenalkan istilah-istilah baru untuk meneroka dengan lebih lagi ciri-ciri bentuk yang baru. Aktiviti ini menggalakkan murid menggunakan istilah-istilah tersebut dalam percakapan dan penulisan mereka tentang pengalaman yang mereka perolehi. Contohnya, semasa guru menanyakan nama-nama bentuk-bentuk, guru boleh memperkenalkan istilah-istilah lain seperti sama sisi, sudut sama, sudut tepat, simetri dan lain-lain. Sebagai contoh guru boleh menanyakan bentuk apa yang mempunyai sudut tempat, apa ciri yang sama dalam semua segitiga,bentuk apa yang mempunyai sisi yang selari dan lain-lain. Di peringkat seterusnya, aktivti dan tugasan penyelesaian masalah dapat diterap dengan menggunakan soalan terbuka dan boleh diselesaikan dalma pelbagai cara. Matlamatnya adalah supaya murid dapat menggunakan apa yang telah dipelajari dalam menyelesaikan masalah. Murid-murid boleh diberi tugasan mencabar seperti melukis dan membina bentuk-bentuk yang ditunjukkan oleh guru menggunakan kepingankepingan tangram tersebut. Selain daripada itu, penggunaan blok-blok boleh melatih kanak-kanak untuk berfikir secara kognitif melalui penyesuaian bentuk geometri ini. Penggunaan origami juga dapat memberi peluang kepada murid menyelesaikan masalah-masalah geometri seperti paksi simetri, sudut, persamaan bentuk, bucu dan lain-lain. Kemahiran penyelesaian masalah geometri juga boleh ditingkatkan melalui internet kerana pada masa kini terdapat pelbagai aktiviti interaktif yang membolehkan murid meneroka dan mempelajari tajuk geometri dengan lebih mendalam dengan rasa seronok.

Kesimpulan Hakikatnya,pembelajaran geometri penting kerana geometri merupakan cabang matematik yang menghubungkan matematik kepada kehidupan seharian yang

menyelidiki corak-corak visual.Geometri mewakili fenomena alam yang asli. Dan juga dapat menjelaskan tentang konsep ruang. Oleh kerana geometri merupakan salah satu tajuk yang penting dalam pembelajaran matematik, guru seharusnya mempunyai kemahiran mengajar yang baik agar dapat menerapkan dan mewujudkan pemikiran kognitif murid-murid agar lebih mahir dalam penyelesaian masalah geometri ini. Ini kerana, kepentingan geometri bukan sahaja untuk menjawab soalan peperiksaan tetapi juga amat berguna dalam kehidupan seharian mereka termasuk juga kerjaya. Silibus pengajaran bagi tajuk geometri seharusnya menjadikan penyelesaian masalah sebagai suatu hasil pembelajaran yang utama. Berbanding dengan negara kita, jika kita lihat pada silibus sekolah rendah di United Kingdom, setiap tajuk atau sub tajuk bagi apa-apa berkaitan matematik, penyelesaian masalah merupakan perkara utama yang harus diterapkan.

Apakah Geometri Ilmu geometri telah wujud dan berkembang sejak dari zaman mesir purba, walaupun ia lebih lama daripada itu. Pandangan cendikiawan hanya merujuk bermulanya ilmu geometri pada zaman Tamadun Mesir, kerana bermula pada zaman inilah, ilmu geometri direkodkan secara bertulis. Unsur perkembangan geometri adalah disebabkan aktiviti menyukat semula kawasan milik penduduk mesir yang sering di landa banjir akibat limpahan sungai Nil. Geometri berasal daripada perkataan latin iaitu Geo yang bermaksud tanah, dan metri yang bermaksud ukur. Secara umumnya, ilmu geometri adalah cabang ilmu matematik yang mengambil berat persoalanan mengenai saiz, bentuk, dan kedudukan relatif dari rajah dan sifat ruang. Geometri ialah salah satu dari sains yang tertua. Permulaan geometri terawal yang direkodkan boleh dijejak ke Mesopotamia purba, Mesir, dan Lembah Indus dari sekitar 3000 SM. Geometri awal adalah koleksi dari empirikal yang dijumpai yang mengambil berat jarak, sudut, luas, dan isipadu, yang telah berkembang untuk menemukan sesetengah keperluan praktikal dalam tinjauan, pembinaan, astronomi, dan berbagai kraf. Teks terawal yang dikenali pada geometri ialah Papirus Papirus Mesir, dan

Papirus Moscow, Batu bersurat tanah liat Babylonia, dan Shulba Sutras India, manakala orang Cina mempunyai karya Mozi, Zhang Heng, dan Sembilan Bab pada Seni Matematik, ditulis oleh Liu Hui. Geometri Euclid merupakan sebuah sistem matematik yang disumbangkan oleh seorang ahli matematik Yunani bernama Euclid dari Alexandria. Teks Euclid, Elements merupakan sebuah kajian sistematik yang terawal mengenai geometri. Ia sudah menjadi salah satu buku-buku yang paling berpengarh di dalam sejarah, sama banyaknya dengan kaedahnya yang mempunyai isi kandungan matematik. Kaedah cara yang mengandungi andaian satu set aksiom secara intuitif yang sangat menarik, dan kemudiannya membuktikan banyak usul (teorem-teorem) daripada aksiomaksiom berkenaan. Walaupun banyak daripada keputusan-keputusan oleh Euclid sudah dinyatakan oleh ahli-ahli matematik Yunani sebelumnya, Euclid merupakan orang yang pertama untuk menunjukkan bagaimana usul-usul ini diletakkan secara sempurna membentuk satu deduksi dan sistem logik yang komprehensif. Buku Elements ini bermula dengan geometri satah, yang masih lagi diajar di sekolah menengah sebagai satu sistem aksioman dan contoh-contoh pembuktian formal yang pertama. Kemudiannya, Elements merangkumi geometri pepejal dalam tiga dimensi, dan seterusnya geometri Euclid telah dipanjangkan kepada satu bilangan dimensi yang terhingga. Kebanyakan daripada Elements menyatakan keputusan-keputusan dalam apa yang kini disebut sebagai teori nombor, yang boleh dibuktikan menerusi kaedah geometri. Rasional Ilmu Geometri Geometri menghubungkan manusia dengan dunia seharian. Semua aspek praktikal dan estetik geomteri boleh ditemui dalam bidang seni dan pembinaan, penerokaan ruang, perancangan perumahan, serta rekaan fesyen dan kenderaan. Topik-topik ini sebenarnya memberikan persepsi yang berbeza kepada kanak-kanak dan akan menarik minat mereka untuk melibatkan diri dengan ilmu geomteri. Hubungan yang terbentuk dengan alam sekeliling dengan ilmu geomteri akan membentuk dan mengembangkan pengetahuan dan kemhiran geometri, kemahiran memvisualisasi ruang, atau boleh ditakrifkan sebagai celik ruang (spatial sense), serta keupayaan menyelesai masalah.

Del Grande dan Morrow (1989), menyenaraikan 7 kemahiran yang menyumbang kepada kemahiran celik ruang iaitu; a) Koordinasi motor-mata b) Persepsi latar-bentuk c) Ketetapan persepsi d) Position-in space perception e) Persepsi hubungan antara ruang f) Diskriminasi visual g) Memori visual Semua kemahiran ini boleh dikuasai dan dikembangkan dengan aktiviti yang dilakukan dengan meneroka bentuk 2 dimensi dan tiga dimensi oleh kanak-kanak.

Sistem dan konsep Geometri Disebabkan geometri adalah sebahagian daripada kehidupan manusia, ahli-ahli matematik telah membangunkan beberapa system geometri. Sistem-sistem tersebut adalah Geometri Topologi, Geometri Euclidean, Geometri Koordinat dan Geometri Transformasi. Geometri Topologi adalah ilmu geometri yang berkait dengan kedudukan objek seperti dekat, jauh, dalam, luar dan sebagainya. Konsep-konsep yang perlu kanakkanak didedahkan adalah seperti konsep proximity, kedudukan relatif, susunan serta pengasingan dan juga konsep enclosure.. Geometri Koordinat adalah juga geometri kedudukan tetapi dalam bentuk grid grid dan biasanya meliibatkan titik-titik atau paksi. Geometri Transformasi pula merujuk kepada geometri berubah seperti

pusingan, terbalik, pantulan dan sebagainya. Teselasi adalah konsep penting yang perlu dikembangkan di dalam Geometri Transformasi. Geometri Euclidean adalah system geometri yang paling luas dipelajari, iaitu ilmu geometri asas yakni bentuk, sama ada 2 dimensi atau 3 dimensi. Dalam geometri Euclidean inilah kanak-kanak malahan seluruh manusia belajar mengenai bentuk serta elemen-elemen di dalamnya. Walaupun system ini wujud dalam bentuk yang terasing, tetapi dari aspek praktikalnya masing-masing saling bertindan. Hanya istilah yang boleh membezakan setiap jenis geometri ini. Gurulah yang berperanan mendedahkan kepada murid ilmu geometri agar mereka dapat menguasai kemahiran geometri serta celik ruang.

http://ctzalehamn-mathematicalthinking.blogspot.com/feeds/posts/default? orderby=updated

BAHAN-BAHAN DUA DEMENSI Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata. Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah: a. Gambar b. Grafik c. Carta d. Peta e. Graf f. Poster g. Kad Imbasan h. Kad Gambar a. Gambar atau gambar foto Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Ada kemungkinan gambar foto tersebut telah dihasikan sendiri oleh guru atau dibekalkan oleh pihak-pihak tertentu. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk dan jenis gambar foto boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia, aktiviti-aktiviti harian,sejarah sains, hobi dan lain-lain. Kelebihan Gambarfoto a. Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsepabstrak kepada

ide-ide yang maujud dan formal. b. Gambar mudah didapati dan mudah dihasilkan. c. Tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya terlalu kecil. d. Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup e. Gambar dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru kepada murid dengan jelas dan tepat. Kelemahan Gambar foto a. Kadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam sesuatu bilik darjah yang besar. b. Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar ssuatu benda kerana gambar berbentuk dua demensi. c. Kaku tiada pergerakan. Oleh itu, mungkin konsep sebenarnya bahan yang ditunjukkan tidak dapat sampai kepada murid dengan sepenuhnya. d. Kadangkala gambar yang dipamerkan tidak mempunyai warna, maka penegasan kesahan tidak dapat dibuktikan e. Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Dengan itu mungkin murid tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda. Panduan Penggunaan Gambarfoto. a. Untuk alat Bantu mengajar gunakan gambarfoto yang besar agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas. b. Semasa digunakan, letak gambarfoto di atas alas atau pemegang atau kaki atau diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan tegap. c. Hadkan jumlah gambarfoto yang bakal digunakan pada satu-satu masa. d. Gunakan satu gambar foto pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual. e. Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambarfoto yang dipamerkan

gambar

grafik Grafik Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam putih atau berwarna warni. Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan intepretasi mengenai mesej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap individu mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu grafik yang dilihatnya. Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna Rorschach Color Test oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji personaliti seseorang. Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan. Semakin rendah tahap penerimaan murid, semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej yang betul diterima daripada sebarang grafik yang digunakan. Carta Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun alran perubahan sesuatu. Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Secara amnya, carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual. Jenis-jenis Carta a. Carta Organisasi Carta yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.

Carta Organisasi Sekolah b. Carta Klasifikasi Carta yang digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan bahan tertentu, peristiwa, spesis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.

Carta Klasifikasi c. Carta Masa Carta yang menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.

Carta masa d. Carta Jadual Carta menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku.

Carta Jadual e. Carta Urutan Carta yang menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu persatu

Carta Urutan Graf Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu. Graf adalah satu pesembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada dua faktor penting; i. Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan ii. Tahap fahaman atau penerima murid. Agar pengunaan graf menjadi amat efektif, guru patutlah memilih jenis yang sesuai dengan keperluan factor-faktor di atas. Jenis-jenis graf a. Graf Bar atau Batang b. Graf Gambar atau Pictograf c. Graf Bulat atau Pie d. Graf Garisan a. Graf Bar Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai nilai tertentu. Selalunya graf ini dilukis menegak, dimana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti. Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah. b. Graf Gambar atau Pictograf Dalam graf ini data-data ditukar menjadi gambar atau symbol ringkas yang membawa nilai-nilai tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai dipapar tidak begitu tepat. Untuk pastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat memberi penjelasan dan penyataan c. Graf Bulat atau Pie Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen. Setiap satu segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data.

Graf jenis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh difahami oleh murid-murid.

Graf Pie d. Graf Garisan Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garis ditulis berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-masing. Titik-titik ditandakan mengikut koordinat pada satu set nilai data-data. Kemudian titik-titik itu disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung. Graf garis dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi seperti 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu

Graf Garisan Poster Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaan garisan-garisan,hurufhuruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesejnya dengan spontan. Guru haruslah berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus. Kelebihan poster a. Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu.

b. Sebagai satu motivasi menggalakkan murid menghadiri aktivitiaktiviti sekolah, perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber, Kempen Membaca dan lain- lain. c. Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-situasi- situasi tertentu. d. Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang baik atau sikap yang murni.

Poster Kad Imbasan (Flash Card) Kad imbasan merupakan satu kad yang mempunyai maklumat ringkas, contohnya,nombor, perkataan, huruf dan sebagainya. Maklumat pada kad imbasan perlu jelas,ringkas dan tepat. Ianya merupakan bahan yang sangat sesuai digunakan dalam bilik darjah pra sekolah. Kad imbasan tulisan selalunya berukuran 1/8 daripada kertasmanila. Kad Gambar Kad gambar merupakan kad imbasan yang mempunyai gambar. Ianya selalu berukuran daripada kertas manila. Selalunya hanya satu gambar sahaja yang terdapat pada satu kad. Kad jenis ini juga sangat sesuai digunakan untuk murid-murid pra sekolah. BAHAN TIGA DIMENSI Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Bahan 3 dimensi adalah benda yang memiliki panjang, lebar, dan tinggi. Istilah ini biasanya digunakan dalam bidang seni dan animasi. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini. Kelebihan Bahan 3D a. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. b. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar c. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik d. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. e. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. f. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. g. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep

pembelajaran melalui penyelidikan. Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar antara lain termasuklah : a. Realia b. Model c. Diorama d. Akuarium dan e. Terrarium f. Boneka g. Mobile h. Topeng a. Realia Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut: (i) Realia Asli Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lainlain.

Realia Asli (ii) Realia Awet Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan didalam bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga.

Realia Awet Ikan

Realia Awet Serangga

(iii) Spesimen Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang. Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun bolh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan. Model Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastersin dan getah. Beberapa pecahan jenis model: (i) Model Berskala Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal. Contohnya keretapi dan kapal terbang. (ii) Model Olok-olok Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya. Contoh: model enjin keretapi dan neraca (iii) Model Keratan Rentas Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Keratan rselalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kulit manusia

Model Keratan Rentas Kulit Manusia c. Diorama Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakanm diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam. Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya.

Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain

Diorama d. Akuarium Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air. Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara didalam akuarium tersebut

Akuarium e. Terrarium Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptiliareptilia kecil yang tidak berbahaya. Kotak-kotak kecil bertutup boleh digunakan sebagai terrarium.

Terrarium f. Boneka atau Patung Boneka boleh digunakan sebagai alat Bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah (i) Boneka sarung Tangan (ii) Boneka Lidi

(iii) Boneka Kulit (iv) Wayang Kulit (v) Boneka Bertali Boneka Sarung Tangan Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

Boneka Sarung Tangan Boneka Lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka di julang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut

Boneka lidi Wayang Kulit Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar.Lidilidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasamemainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakandan bayingbayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.

Wayang Kulit Topeng Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral.

Topeng
Rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Modul Pengurusan Sumber (Teknologi Pendidikan) Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR). Y.P, Chin (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Program Sarjana Muda Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd., Kuala Lumpur.

http://maziahrashid.blogspot.com/p/bahan-2d-dan-2b.html

Ruang Penggunaan ruang secara terancang adalah sangat perlu supaya semua pelajar dapatmenyertai aktiviti yang dijalankan dengan lancar. Ruang kosong yang terdapat dibahagian hadapan dan belakang kelas perlu disusun dengan baik bagi memudahkanguru dan pelajar menjalankan aktiviti dengan seronok dan selamat. Susunan perabuttermasuk kerusi dan meja perlu bersesuaian dengan suasana dan corak pembelajaran.Guru boleh menggunakan ruang di luar bilik darjah untuk menjalankan aktiviti yangdirancangkan. Aspek keselamatan perlu diutamakan semasa menjalankan aktiviti samaada di dalam mahupun di luar kelas. Ruang yang secukupnya akan membantu pelajar merancang aktiviti seperti pergarakan dan sebagainya dengan lebih kreatif. Pelajar dapat mencuba berbagai-bagai pergerakan yang mereka fikir sesuai dengan irama danjuga mengikut lirik sesebuah laguRuang ialah kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau jarak antaradua objek. Kita memerlukan ruang untuk bergerak dan melakukan aktiviti. Kita jugaperlu menggunakan ruang dengan bijak untuk mendapat keselesaan dan keselamatan. Ruang memainkan peranan yang penting dalam menjalankan sesuatu pergerakan.Pergerakan akan menjadi lebih lancar dan selesa sekiranya kita melakukannya ditempat yang luas kerana terdapat banyak udara dan senang untuk bergerak denganbebas. Pergerakan yang dilakukan di tempat yang sempit dan dalam berkeadaan dudukmenyebabkan kita merasa tidak selesa kerana tidak dapat bergerak dengan bebas.Cara pernafasan kita juga tidak lancar.

http://www.scribd.com/doc/51770541/KK-SDP

Mempelajari ilmu geometri mendedahkan kita tentang kewujudan alam ini dengan mendalam. Mengajar ilmu geometri pula melatih akal fikiran kita untuk menjana pemikiran yang kritis dan terperinci. Terdapat alasan lain kenapa kita harus belajar manipulasi geometri iaitu minat terhadap geometri sentiasa ada apabila kita memerlukan jawapan tentang peristiwa dan fungsi tentang kejadian alam sejagat. Ironinya, minat terhadap kepelbagaian bentuk dan objek seperti garisan, bulatan, segi tiga, dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan manusia secara semulajadi selari dengan fenomena memandu di jalan raya, melihat kestabilan bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan terhadap pengetahuan geometri. Menurut Van Hiele ( 1950 ), pembangunan teori pemikiran spatial dalam geometri mendorong pemahaman serta kemahiran pelajar dengan arahan-arahan yang menjurus kepada aras-aras pemikiran semulajadi geometri pelajar. Teori beliau mempunyai hieraki aras pemikiran bermula pada usia awal kanak-kanak sehinggalah dewasa yang terdiri dari 3 aras pertama yang merangkumi tempoh normal pembelajaran. o Aras Pertama adalah Visual di mana tahap ini bermula dengan pemikiran nonverbal. Bentuk dilihat sebagai satu, berbanding daripada pelbagai gabungan bentuk.Pelajar akan menamakan bentuk pada apa yang mereka lihat dan tidak ada penjelasan tentang bentuk tersebut.

Aras Kedua adalah Diskriptif. Pada tahap ini,pelajar boleh mengenali dan menghuraikan bahagian-bahagian bentuk. Mereka juga perlu membina bahasa yang sesuai untuk mempelajari sesuatu konsep yang baru.Walau bagaimanapun, pada tahap ini pelajar masih tidak dapat mengaitkan turutan logik dan perkaitannya. Sebagai contoh,pelajar tidak memahami bahawa segitiga sama sisi yang mempunyai 3 sisi yang sama panjang juga mempunyai 3 sudut yang sama besar.

Aras Ketiga adalah Deduktif Formal. Pada tahap ini,pelajar dapat mengaitkan turutan logik bentuk. Mereka mampu melihat bahawa ada perhubungan antara satu sama lain dalam suatu bentuk. Mereka juga mampu mengaplikasi serta menerangkan perhubungan antara bentuk dan seterusnya membuat definisi. Sebagai contoh, mereka boleh memahami kenapa segiempat sama adalah juga tergolong dalam bentuk segiempat . Walau pun begitu,pada tahap ini pelajar masih belum mampu memahami peranan aksiom,definisi,teorem dan alihannya. Situasi permasalahan harian tidak hanya melibatkan angka-angka bulat malahan situasi dalam kehidupan seharian ada yang melibatkan bentuk. Di sinilah titik permulaan kajian ini yang berlatarbelakang kepada penerokaan pemikiran konsep geometri di kalangan pelajar sekolah rendah. Dalam konsep geometri ianya memerlukan pelajar mempunyai daya kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu keadaan bentuk. Kefahaman ini hanya boleh dibina oleh pelajar melalui aktiviti manipulatif yang memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka pemahaman mereka tentang konsep geometri. Ramai di kalangan pelajar tidak dapat membuat pentafsiran yang betul terhadap konsep pemahaman tentang geometri kerana mereka kurang didedahkan dengan latihan manipulatif. Terdapat beberapa alat bantuan mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan konsep geometri seperti contoh lukisan dan pepejal sebenar . Sehubungan dengan itu, projek ini ingin menerokai pemikiran pelajar terhadap konsep geometri dan cara mereka mentafsir serta mengaitkan geometri terhadap persekitaran hidup dan mempersembahkannya dengan menggunakan daya kreativiti murid itu sendiri.. Projek ini juga memberi pendedahan kepada murid untuk menerokai

konsep serta meningkatkan pemahaman tentang geometri dengan aktiviti disediakan yang diharapkan boleh dikuasai oleh murid secara maksima semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Objektif projek yang akan dijalankan ialah : a. b. c. Untuk mengkaji sejauh mana pelajar dapat menggunakan kreativiti mereka dalam memahami konsep apa itu geometri. Untuk melihat sejauh mana penghayatan pelajar terhadap bentuk-bentuk geometri dan dan menyedari kaitannya dengan persekitaran Untuk mengukur sejauhmanakah tahap pemahaman pelajar di dalam bidang geometri

Secara khusus, kajian ini akan cuba menjawab soalan soalan yang berikut iaitu :i. ii. Apakah yang pelajar faham tentang geometri ? Bagaimanakah pelajar menghubungkaitkan dan mengaplikasi konsep geometri dengan persekitaran ?

Tinjauan Literatur Menurut NCTM ( 2000 ) mempelajari geometri bukanlah hanya sekadar belajar tentang maksud ataupun andaian tentang konsep geometri tetapi mempelajari kebolehan untuk menganalisa ciri-ciri bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi di dalam bentuk-bentuk geometri. Disamping itu adalah diharapkan pelajar ataupun murid dapat menghujahkan tentang perhubungan geometri bagi mengenalpasti kedudukan dan ruang didalam perhubungan geometri masalah. Kebanyakkan pelajar mempelajari geometri di dalam bilik darjah adalah secara hafalan (Mayberry, 1981; Fuys et al, 1988). Kaedah yang sedemikian tidak memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam proses kemahiran berfikir bagi topik seterusnya mengaplikasikan transformasi dan menggunakan simetri, visualisasi, pemikiran di dalam ruang dan model geometri untuk menyelesaikan

geometri. Pelajar yang belajar secara menghafal cenderung untuk melupai maklumatmaklumat yang telah dihafal, keliru, ataupun tidak mampu untuk mengaplikasikan maklumat tersebut kepada situasi yang berbeza. Menurut Schuman (1991) apabila pelajar belajar memanipulasi bentuk-bentuk yang dihasilkan dengan pengalaman sendiri maka pelajar dikatakan dapat belajar dengan lebih berkesan di mana pembelajaran terhadap pemahaman terhadap sesuatu konsep dapat diperkukuhkan melalui celik akal. Pelajar diberi peluang untuk menjalankan eksperimen matematik melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan terhadap bentukbentuk geometri dengan sendiri. Melalui pengalaman empirikal yang telah dilalui oleh pelajar, membantu untuk menajamkan pemahaman terhadap konsep dan sifat sesuatu objek geometri. Pembelajaran geometri memberikan pengalaman dalam membantu pelajarmemperkembangkan pemahaman terhadap sesuatu ciri, rupa dan bentuk. Ia juga membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya dalam situasi dunia sebenar. Pembelajaran tentang konsep geometri dan penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah adalah perkara penting di dalam pendidikan matematik. Kebolehan mengenalpasti sesuatu bentuk geometri, tidak bermakna bahawa pelajar tersebut menguasai tentang ciri-ciri asas sesuatu bentuk. Kebiasaanya pengajaran geometri di sekolah rendah murid hanya memberi penekanan terhadap mengenalpasti bentuk dan ciri sesuatu bentuk geometri melalui gambarajah tanpa melibatkan konsep yang lebih kompleks di mana, memerlukan pemahaman pelajar terhadap hubungan atau perkaitan antara bentuk dan ciri sesuatu geometri. Fokus terhadap projek ini adalah untuk menerokai pemikiran pelajar terhadap konsep geometri dan sejauh mana pelajar dapat menyedari kaitan geometri dengan persekitaran melalui tugasan-tugasan yang diberikan kepada mereka. Dibawah ini menunjukkan kerangka konseptual tentang kajian projek yang dilakukan :

Murid mempersembahkan hasil fahaman konsep dan kewujudannya yang berkaitan dengan persekitaran Murid meneroka dan memahami konsep

geometri. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42.

http://aida-abdul.blogspot.com/2011/04/penulisan-projek-geometri.html

Mengenal dan menamakan bentuk tiga dimensi. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk tiga dimensi. Mengkelaskan bentuk tiga dimensi. Membina model. Mengenal dan menamakan bentuk dua dimensi. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk dua dimensi. Mengkelaskan bentuk dua dimensi. Menghasilkan rekaan dengan bentuk dua dimensi.

http://www.skatjb.com/New/index.php? option=com_content&task=view&id=371&Itemid=314

You might also like