Professional Documents
Culture Documents
Kertas Kerja Projek Usahawan
Kertas Kerja Projek Usahawan
Kertas Kerja Projek Usahawan
: : :
Projek Keusahawanan Pelajar Program Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Goh 26050 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Program usahawan kecil ini bertujuan melatih pelajarpelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran berkecimpung dalam bidang keusahawanan agar mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta mampu berdikari seterusnya berjaya mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang keusahawanan ke dalam kehidupan yang sebenar.
4. Maklumat Program: a. Objektif Projek: 1. Memperkembangkan konsep kendiri yang positif di kalangan pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran di SMK Bukit Goh. 2. Menanam nilai positif melalui semangat bekerjasama serta rasa bertanggungjawab di kalangan pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sekolah ini. 3. Mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang matematik yang melibatkan timbangan dan wang dalam urus niaga. 4. Membina dan menjalin hubungan sosial melalui interaksi positif di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran dengan warga SMK Bukit Goh. b. Justifikasi Projek: i. Anjuran : Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Bukit Goh Usahawan Penjana Nilai Positif Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Bukit Goh Jualan pada waktu rehat
1. Memberi peluang dengan melatih pelajar menjadi usahawan di samping melalui proses transisi kepada pekerjaan. 2. Memberi pengalaman sebenar kepada pelajar dengan mendedahkan suasana atau situasi semasa proses
menyediakan bahan jualan dan proses jual beli. 3. Melatih pelajar menguruskan kewangan dengan betul. d. Tempat e. Jenis Program f. Jangka masa : : : Di depan kelas Pendidikan Khas Projek Usahawan Sepanjang tahun pada hari persekolahan
5. Spesifikasi Peruntukan: Belanjawan Projek Keusahawanan Kelas Pendidika Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Bukit Goh 2007 Peralatan yang diperlukan 1. Bahan Mentah (kacang, kerepek, dll.) 2. Sealer (1) 3. Plastik 4. Penimbang Jumlah Keseluruhan Sumber Pendapatan 1. Sumbangan sekolah 2. Sumbangan PIBG RM 150.00 RM 100.00 Anggaran Kos RM 100.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 250.00
Jumlah Keseluruhan
RM 250.00
Senarai Jawatankuasa
: : : : : :
Encik Rosdi bin Ismail ( Pengetua SMK Bukit Goh ) Encik Mohd. Anuar bin Mohd. Amin ( GPK HEM ) Puan Hajah Wan Norini binti Wan Hamat ( GPK Ko kurikulum ) Puan Noriah binti Ishak ( Penyelaras Pendidikan Khas ) Encik Idrusam bin Mokhtar Encik Nawi bin Pungut
8. Kesimpulan: Pihak kami menaruh harapan yang tinggi semoga program murni ini berjaya dilaksanakan serta dapat mencapai objektifnya dalam melahirkan pelajar Pendidikan Khas yang berupaya menjalani kehidupan yang bermakna.
Disediakan oleh . (NORIAH BNTI ISHAK) Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Bukit Goh