Transkrip Temu Bual-Dpp411 (Seri Muda)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TRANSKRIP TEMU BUAL(RESPONDEN KE-2:EN.

YUSOF BIN AHMAD)

Penemubual: Assalamualaikum dan selamat pagi,cikgu. Responden : Waalaikummussalam dan selamat pagi. Penemubual: Terima kasih kami ucapkan kerana cikgu sudi memberikan kerjasama dalam menjayakan temubual ini. Responden: Sama-sama.Saya cuba memberikan yang terbaik.Semoga maklumat yang saya Berikan ini dapat membantu kajian saudari-saudari semua. Penemubual: Baiklah cikgu.Boleh cikgu ceritakan tentang latar belakang sekolah ini. Responden :Boleh.Sekolah ini telah beroperasi secara rasminya pada tahun 1965.Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Penaga.Ini kerana kedudukannya yang terletak di Penaga.Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar Bandar kerana ianya terletak di kawasan luar bandar iaitu di Penaga,zon Kepala Batas Seberang Perai Utara Pulau Pinang.Pada tahun 1993 nama sekolah telah ditukar Kepada S.M.K.Seri Muda. Penemubual: Menarik cerita cikgu tentang sejarah sekolah ini.Berapa pula komposisi guru dan pelajar di sekolah ini?. Responden: Setakat yang saya ketahui,bilangan guru ialah seramai 90 orang manakala pelajar ialah seramai 1351 orang.Untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut saudari boleh bertanya pada pihak pentadbir. Penemubual:Terima kasih cikgu.Nantikan saya akan ke pejabat untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci dari pihak pentadbir.Boleh cikgu ceritakan pula tentang latar belakang cikgu? Responden : Oh,boleh.Saya telah berpengalaman menjadi guru selama 20 tahun. Penemubual : Apa matapelajaran yang cikgu ajar di sekolah ini?

Responden: Saya mengajar matapelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidkan Jasmani.Ia sesuai dengan opsyen saya iaitu Pendidikan Seni Visual. Penemubual: Soalan seterusnya,apa pandangan cikgu tentang Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Responden: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tersebut adalah satu usaha murni yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk mencapai falsafah pendidikan iaitu melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani,emosi,intelek,rohani dan sosial. Penemubual: Salah satu daripada teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ialah merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar Bandar.Jadi,apa pandangan cikgu tentang hal ini. Responden: Itu satu usaha murni kerajaan.Tujuannya supaya semua rakyat di Malaysia ini Mendapat kualiti pendidikan yang sama tidak kira di Bandar mahupun luar bandar. Penemubual: Bagaimana pula dengan anggaran guru yang mempunyai ijazah di sekolah ini. Responden: Dalam pengetahuan saya di sekolah ini pada mulanya terdapat lebih kurang 8 orang guru yang tidak mempunyai ijazah.Tetapi atas inisiatif mereka telah menyambung pengajian dan sekarang ini hanya 3 orang sahaja guru di sekolah ini yang tidak mempunyai ijazah daripada 90 orang guru.Jadi kebanyakkannya telah mempunyai ijazah. Penemubual: Berapa ramai pulu Guru Sandaran Tidak Terlatih(GSTT) di sini? Responden: Untuk tahun 2012 ini tiada Guru Sandaran Tidak Terlatih mereka telah pun ditawarkan untuk membuat diploma dan akan diserap dalam perkhidmatan.Untuk tahun-tahun sebelum ini adalah Guru Sandaran Tidak Terlatih. Penemubual: Pada pandangan cikgu adakah bilangan guru di sekolah ini mencukupi? Responden: Pada pendapat saya bilangan guru memang tidak mencukupi tetapi bilangan guru mengikut opsyen yang diperlukan masih tidak mencukupi.Contohnya,guru opsyen

Pendidikan Seni Visual,Bahasa Malaysia dan Sejarah. Penemubual: Dari segi beban tugas guru bagaimana pula? Responden: Beban tugas guru bagi saya berat.Ini kerana saya sendiri telah dilantik sebagai guru disiplin,selain itu saya juga merupakan Ketua Panitia Pendidikan seni Visual di sekolah,saya juga dilantik sebagai guru Pengelola guru Bestari di sekolah.Saya juga dilantik sebagai guru penasihat.Bebanan tugas yang tinggi ini telah menyebabkan saya tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada pengajaran dan pembelajaran. Penemubual: Adakah kemudahan di sekolah ini mencukupi? Responden: Dari segi kemudahan memang tidak mencukupi.pertama dari segi kemudahan asas. Sekolah ini dua sesi,jadi peralatan seperti kelas,meja dan kerusi terpaksa dikongsi antara pelajar sesi pagi dan petang.Ini selalu menimbulkan masalah kerana jumlah pelajar sesi pagi dan petang tidak sama. Penemubual: Bagaimana pula pengajaran dan pembelajaran disampaikan?.Guru masih menggunakan cara konservatif atau sebaliknya? Responden: Di sekolah ini setiap kelas sudah menggunakan white board dalam pengajaran dan pembelajaran.Ini bertujuan untuk kesihatan dan beberapa kelas sudah terdapat kemudahan LCD disediakan. Penemubual: Baguslah kalau begitu.Adakah kemudahan-kemudahan yang telah disediakan itu untuk proses pengajaran dan pambelajaran?. Responden: Kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekolah ini hampir lengkap tetapi masih belum mencukupi sebagai contoh,bilik seni yang ada masih tidak lengkap,peralatan -peralatan yang rosak lambat diperbaiki sebab prosedur kerajaan.Selain daripada itu kemudahan di sini juga setanding dengan sekolah-sekolah bandar.Cuma dari segi padang, sekolah ini hanya mempunyai padang yang kecil.Tidak sesuai

digunakan untuk tujuan sukan dan permainan(tidak mengikut piawaian yang betul).Kita ada dewan,ada bilik angkat berat dan gymnasium. Penemubual: Adakah ICT diperlukan di sekolah ini? Responden: Perlu.Ini kerana dengan adanya ICT ini guru-guru dapat menyampaikan p&p kepada pelajar dengan lebih baik dan menarik lagi.Di sekolah ini kita ada makmal komputer,dimana ada 40 set computer di dalamnya.Ada kemudahan untuk akses internet dan para pelajar digalak menggunakannya. Penemubual: Bagaimana pula dengan p&p?.Adakah cikgu masih menggunakan ICT dalam p&p? Responden: Ya.Saya memang menggunakan ICT dalam p7p terutamanya untum matapelajaran Pendidikan Seni Visual.Ini sebab saya tidak perlu membawa BBM untuk ditunjukkan kepada pelajar.lagipun p&p dengan menggunakan ICT ini didapati lebih mudah dan menarik.Ianya juga menggalakkan komunikasi 2 hala.Pelajarpelajar pula didapati lebih suka belajar dengan menggunakan computer sebagai BBM. Penemubual: Bagaimana pula dengan cikgu-cikgu lain.Adakah mereka juga menggunakan ICT dalam p&p? Responden: Hanya sesetengah guru sahaja yang menggunakan ICT dalam p&p.kebanyakan daripada mereka adalah daripada golongan guru-guru muda.Guru-guru yang berumur didapati jarang menggunakan ICT dalam p7p. Penemubual: Adakah pelajar-pelajar di sekolah ini digalakkan menggunakan ICT? Responden: Untuk matapelajaran yang saya ada,ya jawapannya.Malah saya juga menggalakkan mereka menjawab soalan dan membuat persembahan dengan menggunakan ICT. bagi pelajar mereka telah disediakan kelas ICT yang diadakan seminggu sekali. pelajar-pelajar ini bagaimanapun masih memerlukan bimbingan guru untuk menggunakan ICT kerana mereka belum terdedah sepenuhnya dengan penggunaan

ICT.Peralatan ICT kita lengkap. Penemubual: Pada pandangan cikgu,adakah hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan dapat direalisasikan? Responden: Ya,boleh.Tetapi hal ini perlu komitmen dari semua pihak.Guru,sekolah,dan kerajaan perlu lebih komited dalam hal ini. Penemubual: Pada pandangan cikgu,adakah benar wujud jurang kualiti pendidikan antara sekolah cikgu dengan sekolah lain? Responden: Jurang kualiti itu tidak ketara.Contohnya,pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia,Penilaian Menengah Rendah,Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia lebih baik daripada beberapa sekolah di sekitar ini.Walaupun sekolah ini sekolah luar bandar tetapi dari segi kualiti pendidikannya lebih baik daripada sekolahsekolah di sekitarnya. Penemubual: Apakah pula cadangan cikgu untuk memperbaiki kualiti pendidikan luar bandar di Malaysia? Responden: Bagi saya,pertama dari segi kemudahan perlu standing dengan sekolah-sekolah bandar.Kerajaan patut mengambil berat dalam hal ini.Dari segi guru-guru pula,tempatkan guru-guru cemerlang,guru pakar di sekolah luar Bandar.Guru-guru perlu ubah stigma memandang rendah kepada pelajar-pelajar luar Bandar. sepatutnya mereka lebih bersemangat untuk mengajar di sekolah luar Bandar. Penemubual: Bagaimana hasrat ini dapat dicapai? Responden: Perlukan kerjasama dari semua pihak.Satu pihak sahaja hasrat tidak akan tercapai. Penemubual: Kalau begitu,nampaknya masih ada ruang untuk meningkatkan kualiti pendidikan di bandar dan di luar bandar. Responden: Ya,saya setuju. Penemubual: Sampai di sini sahaja temubual kita.Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas

kesudian cikgu meluangkan masa di sesi temubual ini. Responden: Sama-sama.Diharap apa yang telah saya kongsikan ini dapat membantu kajian saudari semua. Penemubual: Maklumat ini memang membantu kami.Kami mendoakan yang terbaik untuk cikgu dan semua guru-guru di sekolah ini.Semoga kualiti pendidikan antara luar bandar dan bandar dapat dikurangkan bukan saja di sekolah ini tetapi di seluruh Malaysia amnya. Responden: Amin. Penemubual: Terima kasih sekali lagi cikgu. Responden: Sama-sama.

You might also like