Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1 1.

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ASAL USUL BAHASA MELAYU

1.1.1 KONSEP MELAYU a) Definisi awal istilah Melayu 1. Menurut pengkaji, bukti penggunaan bahasa Melayu sejak abad kedua. Geographike Sintaxis :Maleu-kolon 2. M. Ptolemy (100-150 masihi) menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis. Menurut Gerini, istilah ini diambil daripada kata Sanskrit malayakolam atau malaikurram, iaitu merujuk kepada suatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia. 4. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa. Menurut pengkaji, perkataan tersebut merujuk kepada Pulau Sumatera yang merupakan tempat asal bahasa Melayu. 3. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-loyeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi (zaman Dinasti Tsang. 4. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang. 5. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa Kun-lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno. 6. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan Malaya atau Melayu pada bahagian belakangnya. 7. Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.
Jenguk pandang tindai-tindai; Usul-usul asal-asal,jangan ditinggalkan. Bermaksud Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama b) Definisi Melayu dari segi etimologi kalau-kalau ada yang salah.

Kitab Purana : malaya dvipa


Tulisan cina :Mo-lo-yeu Catatan I Tsing : Mo-lo-yu

Definisi Melayu Dari Segi Etimologi Etimologi bermaksud kajian tentang asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna kata tersebut. 1. Zuber Osman : Perkataan melayu berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan hima alaya. Alaya bermaksud tempat manakala hima alaya bermaksud tempat bersalji. Etimologi Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut. 2. Perkataan Malayapura yang bermaksud kota Melayu atau kerajaan Melayu ditemui pada batu bersurat Bukit Gombak Satu, di Sumatera Barat. 3. Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud mengembara atau pergi ke mana-mana. 4. Mohd Dahlan Mansoer :Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu. 5. Van der Tuuk : perkataan Melayu bererti menyeberang, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.

c) Definisi Melayu berdasarkan Bangsa Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit. Pengertian yang luas 1. Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan The Malay Culture Study Project (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. 2. Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, Brunei, pantai Timur Sumatera, sepanjang Kalimantan Barat, Kalimantan Timur dan Kalimantan Selatan, Pulau-pulau di Kepulauan Melayu, kawasan selatan Thailand, selatan Filipina, kawasan Campa selatan Indo Cina, Singapura dan beberapa tempat lain di Nusantara. Pengertian yang sempit 1. Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: lazimnya berbahasa Melayu, berkebudayaan

Melayu dan beragama Islam (yang murtad, tukar kewarganegaraan : taraf Melayu hilang ) 2. Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik (keturunan biologi). Walaupun begitu, syarat berbahasa Melayu dan kebudayaan Melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidaklah semestinya beragama Islam. 3. Untuk maksud ini, orang-orang Melayu ialah orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia. Orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir Sumatera (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga ) ada beragama Budha, Kristian orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak ada beragama Kristian orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah ada yang tiada agama, agama-agama lain.
MELAYU (UNESCO ) Merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar PERLEMBAGAAN MALAYSIA MELAYU Orang yang berbahasa ibunda, dan bahasa Melayu, mempraktikkan cara hidup Melayu dan menganut agama Islam

You might also like