Professional Documents
Culture Documents
Pendidikan Palang Merah - Bulan Sabit Merah - UUKA
Pendidikan Palang Merah - Bulan Sabit Merah - UUKA
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) merupakan sebuah badan sokongan kepada kerajaan dan bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan)
Ikrar BSMM
Bahawa kami ahli PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Pemerintah-pemerintah di Negeri kami berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh kepada pelembagaan dan undang-undang PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA dan lain-lain undang-undang serta arahan PERSATUAN walau di mana kami berada Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan kepada PRINSIP BULAN SABIT MERAH seperti berikut: KEMANUSIAAN SAKSAMA BERKECUALI KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA BERSATU KESEJAGATAN
Pakaian Seragam
Semua peralatan hendaklah mengikut spesifikasi yang telah diluluskan oleh Majlis kebangsaan dan dibeli secara persendirian
Pakaian seragam BSMM hanya boleh dipakai semasa menjalankan tugas BSMM Tidak dibenarkan menukar warna atau fesyen pakaian seragam atau menokok-tambah atau mengubah pakaian dan peralatan yang digunakan Barang kemas tidak boleh dipakai semasa berpakaian seragam BSMM kecuali jam tangan dan cincin perkahwinan
Pakaian Seragam
Ahli yang diberhentikan atau meletakkan jawatan adalah dilarang memakai pakaian seragam atau lencana BSMM Hanya ahli yang beragama Sikh sahaja yang dibenarkan memakai sarban mengikut spesifikasi yang ditetapkan Pakaian Seragam Wanita No. 10 adalah pilihan untuk beragama Islam
Wanita
1. 2. 3.
Pakaian Istiadat Pegawai Pakaian Seragam Pegawai Pakaian Seragam Pegawai Pakaian Seragam PBS Pakaian Kawalan Kehormat PBS Belia Pakaian Seragam Ambulans Pakaian Seragam EMU Pakaian Seragam Belia / Link Pakaian Seragam Latihan
4A 4B 5A 5B
6. 7. 8. 9.
6. 7. 8. 9.
10.
Pakaian Istiadat Pegawai Pakaian Seragam Pegawai Pakaian Seragam Pegawai Pakaian Seragam PBS /Belia Pakaian Seragam PBS / Belia Pakaian Kawalan Kehormat PBS /Belia Pakaian Kawalan Kehormat PBS/Belia Pakaian Seragam Ambulans Pakaian Seragam EMU Pakaian Seragam Belia / Link Pakaian Seragam Latihan Pakaian Seragam Pilihan
Jean Henry Dunant (Jean Henri Dunant) (8 Mei 1828 30 Oktober 1910)
8 Mei 1828: Dunant dilahirkan di Geneva, Switzerland Bapanya, Jean-Jacques Dunant adalah seorang ahli perniagaan yang kaya dan berpengaruh di Geneva Ibunya, Antoinetta Dunant-Colladon merupakan anak seorang Pengarah Hospital, bersifat lemah lembut dan kuat beragama Banyak mendapat didikan daripada ibunya
Dibesarkan dalam keluarga berada tetapi turut dilatih berdisiplin dan bersikap bangsawan Ketika itu Geneva dipengaruhi kuat oleh sentimen keagamaan maka Dunant turut tidak ketinggalan, beliau amat mementingkan kepercayaan dan moral tinggi 1849: bekerja sambil belajar di sebuah bank di Geneva bagi mempelajari selok belok perbankan Zaman remajanya banyak dihabiskan menyertai beberapa pergerakan dan melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan dan kebajikan
Pergerakan disertai Dunant adalah Kesatuan Kristian dan Yahudi dan League of Aims bertujuan membantu golongan miskin, sakit dan sensara. Dunant selalu melawat ke penjara untuk menolong memulihkan banduan 30 November 1852: Membantu menubuhkan Kesatuan Pemuda-pemuda Kristian (The Young Mens Christian Union, YMCU) di Geneva dan lantik sebagai Setiausaha, Kesatuan ini bergerak di Switzerland, Perancis dan Belgium 1853: Dilantik sebagai Pengurus Besar salah sebuah anak syarikat bank di Algeria. Pada tahun itu juga beliau meletak jawatan untuk memulakan perniagaan sendiri 1854: Beliau wakil Compagnie genevoise des Colonies de Setif di Afrika Utara dan Sicily
Ogos 1855: Bantu YMCU bergabung dengan YMCA (Young Mens Christian Association) bagi membentuk Kesatuan Sedunia (World Alliance) sewaktu Persidangan Sedunia YMCA pertama di Paris. Ketika itu YMCA aktif di England, Scotland dan Ireland. Persidangan ini dihadiri oleh 99 deligasi dari 9 negara 1858: Dunant menerbitkan buku pertamanya berjudul An Account of the Regency in Tunis
Sebagai President sebuah sayrikat kewangan dan industri Mons-Gemila Mills di Algeria, Dunant berusaha memajukan tanah yang luas tetapi menghadapi masalah hak saliran air dan konsesi tanah maka beliau membuat keputusan untuk merayu kepada Maharaja Perancis, Napoleon III
Ketika itu Napoleon III berada di Lombardy di utara Itali memimpin gabungan tentera Perancis dan Sardinia melawan tentera Austria. Dunant bertolak ke utara Itali bagi menyampaikan rancangan perniagaannya kepada Napoleon III 24 Jun 1859: Dunant tiba di Solferino dan menyaksikan kesan Pertempuran Solferino Keadaan medan perang amat mengerikan di mana dipenuhi dengan 40,000 askar yang terkorban atau cedera. Pasukan perubatan tentera tidak mampu untuk merawat mereka maka beribu-ribu askar cedera dibiarkan begitu sahaja Dunant bersama penduduk setempat cuba menolong setakat yang boleh bagaimana tidak banyak dapat dilakukan kerana tidak terlatih atau berpengalaman
Kenangan pahit tersebut meninggalkan kesan mendalam kepada Dunant. Apabila kembali Geneva, beliau mula memikirkan cara-cara untuk mengelakkan atau mengurangkan kesengsaraan dalam peperangan
Berdasar pengalaman beliau, Dunant menulis sebuah buku berjudul A Memory of Solferino (Kenangan di Soferino) November 1862: Setelah 3 tahun menulis akhirnya buku tersebut berjaya diterbitkan Buku tersebut mendapat sambutan hangat dan cadangan-cadangan Dunant mula dibincangkan oleh orang ramai Mulai terkenal dan sering dijemput memberi ucapan dan menerangkan cadangan-cadangannya Beliau melawat hampir semua ibu kota di Eropah dan berjumpa dengan ramai orang yang berpengaruh yang mendengar dan menyetujui cadangannya
9 Februari 1863: Dunant membentangkan idea dan cadangannya kepada Geneva Society for Public Welfare yang bersetuju menubuhkan International Committee for the Relief of Wounded in time of war (Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan orang-orang cedera semasa perang)
Jawatankuasa ini lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima 1863: Dunant menerbitkan buku berjudul Slavery among Mohammedans and in the United States of America
22 Ogos 1864: 12 negara menandatangi Konvensyen Geneva Pertama sewaktu Persidangan Diplomatik
1866: Dunant menulis brosur Universal and International Society for the Revival of the Orient iaitu cadangan bagi mewujudkan koloni yang neutral di Palestin 1867: Dunant mengemukakan rancangan perusahan penerbitan International and Universal Library Akibat terlalu menumpukan perhatian kepada Jawatankuasa Belima, Dunant telah mengabaikan perniagaannya di mana akhirnya mengalami kerugian dan muflis 8 September 1867: Jawatankuasa Berlima bersetuju menerima perletakan jawatan Dunant sebagai Setiausaha dan Ahli
Dunant meninggalkan Geneva dan menuju ke Paris di mana beliau sering tidur di bangku awam. Bagaimana pun beliau dibawa ke Istana Tuileries oleh Maharani Eugenie (Maria Eugenia Ignacia Augustina de Palafox Portocarrero de Guzmany Kirkpatrick) bagi memujuk Dunant supaya memasukkan perihal peperangan di laut ke dalam Konvensyen Geneva Dunant juga dilantik sebagai ahli kehormat bagi Persatuan Palang Merah di Austria, Belanda, Sweden, Prussia dan Sepanyol 1870: Dunant turut memberi bantuan ketika Paris berada dalam kepungan tentera Prussia sewaktu Perang Perancis-Prussia (Franco-Prussian War). Beliau juga memperkenalkan badge (tanda pengenalan) supaya tentera yang terkorban boleh dikenali identitinya
1872: Dunant merantau ke London di mana beliau berusaha menganjurkan Persidangan Diplomatik bagi menubuhkan Universal Alliance for Order and Civilization yang membincangkan masalah tawaran perang. Ia mendapat galakan Tsar Russia tetapi tidak disokong England 1 Februari 1875: Atas inisiatif Dunant, Kongres Antarabangsa bagi Complete and Final Abolition of the Traffic in Negroes and the Slave Trade dibuka di London
Beliau kemungkinannya merantau ke Alsace, Jerman dan Itali di mana beliau hidup dalam kesusahan dan kemiskinan serta terpaksa bergantung kepada pemberian kawan-kawan untuk sara hidup. Ketika ini ramai yang ramai menyangka Dunant sudah meninggal dunia 1887: Dunant muncul di sebuah bandar kecil bernama Heiden, Switzerland dan menetap di situ 1890: Wilheim Sonderegger, guru di bandar tersebut menemui Dunant dan memaklumkan dunia bahawa Dunant masih hidup tetapi berita tersebut tidak mendapat sambutan
1892: Dengan usia yang tua dan kesihatan yang tidak menentu memaksa Dunant tinggal di hospital di Heiden iaitu dalam bilik bernombor 12 di bawah setiaan Dr.Hermann Altherr
1895: Dunant ditemui oleh seorang wartawan, Georg Baumberger yang akhirnya menemuramah beliau dan menyiarkan berita berkenaan penulis buku Kenangan di Solferino yang bertanggungjawab mewujudkan Palang Merah masih hidup dan tinggal di hospital 1901: Dunant menerima Hadiah Nobel Keamanan yang pertama dikongsi dengan Frederic Passy, warga Perancis. Disebabkan keadaan kesihatannya, Dunant tidak hadir ke Penganugerahan di Christianal, Sweden
30 Oktober 1910: Dunant meninggal dunia di dalam bilik nombor 12 hospital di Heiden dengan hanya meninggalkan 2 perkara yang amat berharga kepada dunia iaitu Persatuan Palang Merah dan Konvensyen Geneva Dunant tidak membelanjakan duit anugerah yang diterimanya tetapi diberikan kepada individu yang menjaganya dan lain-lain tujuan kebajikan
Pertempuran Solferino
Pertempuran Solferino merupakan pertempuran terakhir di dalam Perang Kemerdekaan Itali Kedua Pertempuran antara gabungan tentera Perancis dan Sardinia dengan Austria Ia berakhir dengan Austria kehilangan sebahagian besar Lombardy kepada Sardinia-Piedmont dan membawa kepada usaha penyatuan Itali. SardiniaPiedmont pula menyerahkan Savoy dan Nice kepada Perancis
Pertempuran Solferino
4 Jun 1859: Setelah tewas dalam Pertempuran Magenta tentera Austria mula berundur ke arah timur manakala tentera Perancis dan Sardinia mula menyusut 24 Jun 1859: kedua-dua pihak bertembung di Solferino kira-kira 4 batu ke selatan Castiglione delle Stiviere, Lombardy
Pertempuran Solferino
Pertempuran Solferino berlangsung kira-kira selama 15 jam Pertempuran bermula kira-kira pada pukul 3 pagi
Pada pukul 6 pagi, pertempuran sengit mulai berlaku Semua unit kedua-dua tentera mulai terlibat pada waktu tengahari Pada waktu petang pula, unitunit tentera Austria mulai berundur dari medan perang
Pertempuran Solferino
Pada malamnya medan perang dipenuhi kira-kira 6,000 mayat dan tentera yang cedera. Pasukan perubatan kedua-dua pihak tidak berkeupayaan untuk merawat semua tentera cedera. Ramai ditinggalkan begitu sahaja Tentera yang cedera tetapi masih berkeupayaan untuk berjalan telah menuju ke arah bandar terdekat. Castiglione bagi mencari air, makanan, bantuan dan tempat berlindung. Hanya 9,000 orang yang berjaya sampai Di dalam gereja Chiesa Maggiore di Castiglione, Dunant bersama penduduk tempatan berusaha membantu tentera yang cedera dan mengembumikan yang terkorban selama 3 hari dan 3 malam
Pertempuran Solferino
Tentera Perancis-Sardinia: Dipimpin oleh Maharaja Napoleon III & Raja Victor Emmanuel II Kekuatan 130,000 orang 15,000 orang terkorban atau cedera 2,000 orang hilang atau ditawan
Tentera Austria: Dipimpin oleh Maharaja Francis Joseph I Kekuatan 120,000 orang 14,000 orang terkorban atau cedera 8,000 orang hilang atau ditawan
Angka-angka ini adalah anggaran dan terdapat pertikaian
Kenangan Di Solferino
Oh, how valuable it would have been to have had a hundred experienced and qualified voluntary orderlies and nurses! Such a group would have formed a nucleus around which could have been rallied the scanty help and dispersed efforts which needed competent.
Kenangan Di Solferino
Ditulis oleh Jean Henry Dunant berdasarkan pengalamannya ketika Pertempuran Solferino November 1862: Diterbitkan setelah 3 tahun usaha menyiapkannya Buku ini mengandungi 3 bahagian: Berkenaan pertempuran Keadaan medan perang setelah pertempuran berakhir Rancangan / Cadangan
Membentuk pertubuhan sukarelawan yang akan disiapkan di masa aman untuk menolong para perajurit yang cedera di medan perang Mengadakan perjanjian antarabangsa untuk melindungi perajurit yang cedera di medan perang serta sukarelawan dari pertubuhan tersebut pada waktu memberikan rawatan
Jawatankuasa Berlima
9 Februari 1863: Geneva Society for Public Welfare dipengerusikan oleh Gustave Moynier bersetuju dengan idea Dunant dan menubuhkan satu jawatankuasa 5 ahli 17 Februari 1863: kelima-lima ahli tersebut mengadakan mesyuarat pertama maka tertubuhlah International Committee for Relief of Wounded in time of war (Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orang-orang Cedera semasa perang) Jawatankuasa ini lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima Ahli Jawatankuasa Berlima Pengerusi: Jeneral Guillame Henri Dufour, tentera Setiausaha: Jean Henry Dunant, peniaga Ahli: Gustave Moynier, peguam Ahli: Dr. Theodire Maunoir, doktor Ahli: Dr. Loius Appia, doktor
Jawatankuasa Berlima
Matlamat Jawatankuasa ini ialah membuat apa sahaja yang boleh untuk melaksanakan dan mempraktikkan cadangan-cadangan yang terkandungan di dalam Kenangan di Solferino
Jawatankuasa Berlima
25 Ogos 1863: Jawatankuasa Berlima mengambil keputusan untuk menganjurkan International Geneva Conference (Persidangan Antarabangsa Geneva) bagi mengkaji keperluan dan penambahbaikan perkhidmatan perubatan tentera. Jemputan dihantar kepada semua kerajaan di Eropah dan beberapa individu berpengaruh
26 29 Oktober 1863: Persidangan Antarabangsa Geneva berlangsung di mana: 36 deligasi hadir termasuk 14 deligasi kerajaan, 6 deligasi pelbagai persatuan dan 7 individu
Jawatankuasa Berlima
Persidangan ini telah menerima dan bersetuju melaksanakan 10 resolusi dan 3 cadangan untuk merasmikan kelahiran Persatuan Palang Merah:
1.
Menubuhkan dalam tiap-tiap negara satu Jawatankuasa Bantuan yang boleh membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera di masa peperangan Pengecualian ambulans, hospital tentera dan kakitangan perubatan Mengesahkan satu jenis perseragaman lambang iaitu gelungan tangan (armband) putih berpalang merah
2.
3.
Jawatankuasa Berlima
Selepas beberapa bulan, Persatuan Kebangsaan pertama ditubuhkan di Wurtembung, the Grand Duchy of Oldenburg, Belgium dan Prussia. Kemudiannya diikuti oleh Denmark, Perancis, Itali, Mecklenburg-Schwerin, Sepanyol, Hamburg dan Hesse
Jawatankuasa Berlima
Kerajaan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Geneva 1863 memberikan idea kepada Jawatankuasa Berlima untuk menganjurkan Persidangan mewujudkan konvensyen berkenaan undang-undang peperangan 1 Februari 1864: Perang Jerman-Denmark (The German-Danish War / Second Schleswig War) meletus apabila tentera Austria dan Prussia menceroboh Denmark.
Jawatankuasa Berlima menghantar 2 orang deligasi ke medan perang untuk membantu yang cedera dan mengkaji kaedah untuk menerima pakai keputusan Persidangan Antarabangsa Geneva 1863: Dr Appla dihantar ke pihak gabungan tentera Austria dan Prussia Kapten Van de Veide ke pihak tentera Denmark
Jawatankuasa Berlima
6 Jun 1864: Kerajaan Switzerland menghantar surat jemputan kepada semua kerajaan di Eropah, Amerika Syarikat, Brazil dan Mexico bagi menghadiri Persidangan Diplomatik anjuran Jawatankuasa Berlima 8 28 Ogos 1864: Persidangan Diplomatik di hadiri oleh 16 negara 22 Ogos 1864: 12 negara menandatangani Konvensyen yang mengandungi 10 artikel yang dinamakan Geneva Convention for the Amelioration of the Condition of the Wounded in Armies in the Field (Konvensyen Geneva bagi Memperbaiki Keadaan Anggota-anggota yang Cedera di Medan Perang) di dalam Dewan Alabama, Hotel de Ville (City Hall), konvensyen ini kini dikenali sebagai Konvensyen Geneva Pertama
Jawatankuasa Berlima
Pada akhir tahun 1864, Konvensyen Geneva ini turut diterima oleh Perancis, Switzerland, Belgium, Itali, Sepanyol, Sweden, Norway, Denmark dan the Grand Duchy of Baden Jun 1866: Ujian kepada Konvensyen Geneva bermula apabila meletusnya Perang Austria-Prussia (The Austro-Prussian War). Pihak terlibat iaitu gabungan Prussia dan Itali telah menerima Konvensyen Geneva tetapi Austria dan beberapa sekutunya belum. Jawatankuasa Berlima bertindak supaya pihak Prussia dan Itali mematuhi Konvensyen Geneva dan berusaha memujuk Austria dan sekutunya supaya menerima atau mematuhi Konvensyen Geneva tetapi gagal.
Jawatankuasa Berlima
Austria hanya menerima Konvensyen Geneva pada 21 Julai 1866 setelah tewas 3 minggu sebelumnya 1867: Dunant meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Berlima 1867: Persidangan Antarabangsa Palang Merah pertama kali diadakan antara Jawatankuasa Berlima dengan Persatuan-persatuan Kebangsaan. Persidangan ini berlangsung tanpa kehadiran Dunant
Jawatankuasa Berlima
15 Julai 1870: Perang Perancis-Prussia (The Franco-Prussian War) meletus. Di dalam konfli inilah Jawatankuasa Berlima pertama kalinya mewujudkan International Agency for Aid to wounded Millitary Personnel dan Information Agency for Families of Wounded or Captured Soldiers
Jawatankuasa Berlima
Sewaktu Perang Perancis-Prussia ini Jawatankuasa Berlima menjalankan tugas-tugas yang akhirnya menjadi tugas teras sehingga kini: Menghantar deligasi ke kawasan perang Mengumpul senarai nama tawaran perang Menghantar pulang orang yang cedera Mengesan orang yang hilang Menghantar pesanan kepada orang-orang yang terpisah akibat perang Memberikan bantuan kepada mangsa konflik
Jawatankuasa Berlima
1875-1878: Krsis Timur di Baikan, (The Eastern Crisis) bermula apabila pemberontakan terhadap Empayar Uthmaniah (Ottaman Empire) berlaku di Herzegovina yang kemudiannya di Bosnia dan Bulgaria. Diikuti dengan pengisytiharan perang terhadap Empayar Uthmaniah oleh Montenegro dan Serbia. Jawatankuasa Berlima berusaha supaya Konvensyen diperakui oleh Montenegro dan Serbia 1867: International Committee for the Relief of Wounded in time of war ditukar nama kepada International Committee of Red Cross (Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah) ICRC 13 April 1877 31 Januari 1878: Perang Russia-Turki (The Russo-Turkish War) berlaku apabila Russia campur tangan dalam Krisis Timur dan memihak kepada Montenegro dan Serbia.
Jawatankuasa Berlima
Ketika perang inilah ICRC memberikan persetujuan sementara kepada Turki untuk menggunakan lambang Bulan Sabit Merah 14 November 1885: Meletusnya Perang Serbia-Bulgaria (The SerboBulgarian War). Walaupun wujudnya Persatuan Kebangsaan di kedua-dua negara tersebut. ICRC telah meminta bantuan tambahan terutama teknik pembedahan medan dan urusan pertukaran tahanan perang
Jawatankuasa Berlima
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) akhirnya menjadi satu jawatankuasa yang amat berpengaruh di dunia
Pengenalan Lambang
Idea awal untuk menggunakan tanda pengenalan (lambang / emblem) atau warna untuk menandakan ambulans atau hospital bukannya direka oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Tanda-tanda yang berbagai saiz, rupabentuk dan warna telah digunakan oleh pelbagai negara beberapa tahun sebelum penubuhan ICRC Disebabkan kepelbagaiannya, tanda-tanda pengenalan tersebut sukar dikenali di luar negara-negara berkenaan atau oleh selain daripada tentera yang menghormati kenderaan-kenderaan dan bangunan-bangunan yang ditandakan dengan lambang-lambang yang di gunakan melainkan dengan perjanjian-perjanjian tertentu telah dibuat oleh pihak-pihak yang bersengketa Apabila terlalu banyak lambang yang digunakan maka kebanyakannya kehilangan nilai dan kuasa perlindungannya
Pengenalan Lambang
17 Februari 1863: Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orangorang Cedera semasa Perang sewaktu mesyuarat pertamanya mengemukakan cadangan supaya satu lambang digunakan oleh sukarelawan, ambulans dan hospital yang mana dihormati oleh semua pihak terlibat dalam konflik 26-29 Oktober 1863: Cadangan penggunaan lambang Palang Merah dikemukakan semasa Persidangan Antarabangsa Geneva 1863. Lambang ini secara khususnya ialah lambang palang berwarna merah yang diletakkan di atas permukaan berwarna putih
Lambang ini merupakan bendera Switzerland yang diterbaikkan warnanya yang merupakan penghormatan kepada negara tersebut. Berlatarkan warna putih kerana telah menjadi budaya di mana bendera putih adalah untuk gecatan senjata
Pengenalan Lambang
22 Ogos 1864: Diiktiraf sebagai lambang perkhidmatan perubatan dalam perang melalui Persidangan Diplomatik 1864 dan dimasukkan dalam peraturan peperangan Lambang ini dipakai pada bendera yang digunakan di hospital, ambulans dan pasukan penyelamat. Ia juga dipakai pada lengan menandakan si pemakainya berada di pihak neutral. Bangunan, kenderaan atau orang yang memakai lambang ini tidak boleh diserang malah sepatutnya diberi perlindungan dan pertolongan oleh mana pihak pun
Pengenalan Lambang
13 April 1877 13 Januari 1878: Perang Russia Turki (The Russo-Turkish War) meletus. Walaupun telah menandatangi Konvensyen Geneva I, Turki mengisytiharkan akan menggunakan lambang Bulan Sabit Merah tetapi pada masa sama masih menghormati penggunaan lambang Palang Merah oleh pihak lawan. ICRC memberikan persetujuan sementara kepada Turki untuk menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sewaktu konflik ini
Pengenalan Lambang
1929: Persidangan Diplomatik telah diadakan bagi menyemak Konvensyenkonvensyen Geneva. Persidangan bersetuju dengan cadang Turki.
Mesir dan Parsi untuk memberi pengiktirafan kepada lambang Bulan Sabit Merah dan lambang Singa dan Matahari Merah.
Lambang Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Singa dan Matahari Merah adalah setaraf di dalam Konvensyen Geneva
1949: Tiga cadangan dikemukakan sewaktu Persidangan Diplomatik yang akhirnya ditolak: Cadangan oleh Belanda supaya menggunakan satu lambang baru Cadangan supaya kembali menggunakan hanya lambang Palang Merah Cadangan oleh Israel supaya mengiktiraf lambang Perisai Merah David
Pengenalan Lambang
1980: Republik Islam Iran (dahulunya Parsi) mengisytiharkan pengguguran penggunaan lambang Singa dan Matahari Merah dan digantikan dengan lambang Bulan Sabit Merah. Bagaimanapun, Iran berhak untuk kembali menggunakan lambang Singa dan Matahari Merah 1992: Cornelio Sommaruga, Presiden ICRC ketika itu mencadangkan supaya dikemukakan satu lambang tambahan yang tiada kaitan dengan bangsa, politik dan agama
Pengenalan Lambang
1999: Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merahmengemukakan cadangan penubuhan Kumpulan Kerja Bersama Negara danPersatuan Kebangsaan (Joint Working Group of States and National Societies) bagi membentuk lambang yang boleh diterima oleh semua pihak.
2000: Kumpulan Kerja mengemukakan penyelesaian iaitu lambang tambahan. Rekabentuk lambang tambahan ini membolehkan: Memasukkan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Memasukkan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah sebelah menyebelah Memasukkan lain-lain lambang yang diiktiraf oleh Negara tersebut berdasarkan penerimaan Konvensyen Geneva dan ICRC
Pengenalan Lambang
Pengenalan Kristal Merah menyelesaikan isu yang timbul seperti: Negara yang enggan menerima pakai samada lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah kini boleh diterima sebagai anggota penuh kepada Pergerakan Penggunaan kedua-dua lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah secara bersama 2005: Protokol Tambahan III diterima sewaktu Persidangan Diplomatik yang diadakan di Geneva. Maka lambang Kristal Merah diiktiraf setaraf dengan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
Pengenalan Lambang
Palang Merah
Persidangan Diplomatik 1864
Kristal Merah
Persidangan Diplomatik 2005
Terdapat pelbagai lambang yang dicadangkan sebagai tambahan kepada lambang sedia ada tetapi lambang-lambang ini telah tidak diterima
Konvensyen Geneva
Konvensyen Geneva bagi Memperbaiki Keadaan Anggota-Anggota Tentera yang Cedera di Medan Perang
Tahun
1864
1899
Undang-undang & Tatacara Peperangan di Darat (Konvensyen II) Penerimaan prinsip-prinsip Konvensyen Geneva 1864 kepada peperangan di laut (Konvensyen III)
1906 1907 Undang-undang & Tatacara. Peperangan di Darat (Konvensyen IV) Penerima prinsip-prinsip Konvensyen Geneva 1906 kepada peperangan di laut (Konvensyen X)
Semakan & pembangunan Konvensyen Geneva 1906 (Konvensyen I) Penerimaan prinsip-prinsip Konvensyen The Hague (Konvensyen II 1899 & IV 1907) berkaitan layanan tawaran perang (Konvensyen II)
1929
Konvensyen Geneva
Semakan & pembangunan Konvensyen Geneva (Konvensyen I 1929) (Konvensyen I) Penerimaan & semakan prinsip-prinsip Konvensyen The Hague (Konvensyen X 1907) berkaitan anggota-anggota tentera yang cedera, sakit & terkandas di laut (Konvensyen II) Semakan & pembangunan Konvensyen Geneva (Konvensyen II 1929) (Konvensyen III) Penerimaan prinsip-prinsip Konvensyen The Hague (Konvensyen II 1899 & IV 1907) berkaitan perlindungan orangorang awam sewaktu perang (Konvensyen IV)
Tahun
1949
Konvensyen Geneva
Protokol Tambahan kepada Konvensyen Geneva 1949 berkaitan perlindungan mangsa-mangsa konflik bersenjata antarabangsa (Protokol 1) Protokol Tambahan kepada Konvensyen Geneva 1949 berkaitan perlindungan mangsa-mangsa konflik bersenjata bukan antarabangsa (Protokol II) Protokol Tambahan kepada Konvensyen Geneva 1949 berkaitan pengiktirafan lambang tambahan (Protokol III)
Tahun
1977
Prinsip-prinsip Asas
Berasaskan suatu kajian mendalam dan terperinci, Prinsip-prinsip Asas Pergerakan seperti terdapat pada hari ini diluluskan dan diterimapakai pada tahun 1965 sewaktu Persidangan Antarabangsa Palang Merah ke 20, yang telah juga membuat keputusan bahawa prinsip-prinsip tersebut hendaklah dibaca semasa pembukaan tiap-tiap Persidangan Antarabangsa Tanggungjawab Persatuan-persatuan Kebangsaan untuk menyebarkan pengetahuan berkenaan Prinsip-prinsip Asas telah ditegaskan di dalam syarat-syarat terkandung di dalam perlembagaan, manakala negara-negara telah diseru untuk menentukan komponen-komponen Pergerakan, menghormati dan mematuhi Prinsip-prinsip Asas Pergerakan yang telah diterimapakai ini
Keberkecualian (Neutrality )
Ketunggalan (Unity )
Kesejagatan (Universality )
Prinsip-prinsip Asas
Ketujuh-tujuh Prinsip Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa ini mencerminkan cita-cita kemanusiaan dan sentiasa dijadikan panduan kepada aktiviti-aktiviti Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Pengendalian prinsip: Menentukan objektif Pergerakan Kemanusiaan Kesaksamaan Menentukan dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan Keberkecualian Kebebasan Membolehkan bekerja dengan berkesan di seluruh dunia Khidmat Sukarela Ketunggalan /Bersatu Kesejagatan
Kemanusiaan
Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya terdapat, melindungi nyawa dan kesihatan, serta menentukan penghormatan sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang kekal antara semua manusia
Kemanusiaan
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa diwujudkan dengan hasrat memberi bantuan tanpa diskriminasi kepada orang-orang yang cedera di medan perang, mencuba dalam kedudukannya pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa mencegah dan meringankan penderitaan manusia walau di mana ia berada. Ditubuhkan atas dasar hormat menghormati sesama manusia, ini adalah prinsip yang utama sekali yang kaitannya tidak boleh dipisahkan daripada idea kedamaian. Prinsip yang merumuskan hasrat dan cita-cita Pergerakan ini dan menjadi teras semua prinsip yang lain
Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta memastikan wujudnya sikap hormat-menghormati sesama manusia.
Ia memupuk sifat saling persefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan antara manusia.
Kemanusiaan
Melihat dan sama-sama merasai penderitaan orang lain, mencegah dan meringankan ketika menghadapi kekerasan adalah satu tugas menyambung nyawa. Ia juga adalah satu tugas ke arah mencegah dan menghapuskan peperangan. Kemanusiaan adalah faktor penting dalam kedamaian sebenar antara manusiadan negara. Melalui Kemanusiaan ke arah Kedamaian
Kesaksamaan
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius sekali
Kesaksamaan
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa tidak membezakan bangsa, kaum, keturunan, fahaman agama, darjat atau kedudukan dan pendapat politik. Ia cuba meringankan penderitaan individu hanya berpandukan semata-mata oleh keperluan mereka dan memberikan keutamaan kepada keskeskesusahan yang paling memerlukan bantuan. Prinsip positif dalam membantu orang lain tanpa diskriminasi mengingatkan kita bahawa perbezaan tidak harus dikenakan kepada orang-orang yang di dalam kesusahan. Prinsip ini adalah bertentangan dengan perasaan tinggi diri atau tindakan diskriminasi yang selalu menjadi punca konflik
Keberkecualian
Untuk mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi
Keberkecualian
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang mana menjadikan usaha-usaha kemanusiaan diterima sebagai peranan orang tengah maka perlulah ia sentiasa bebas di dalam tindakannya. Hanya dengan sentiasa menguatkuasakan prinsip keberkecualian, Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah akan mendapat kepercayaan secara menyeluruh. Di dalam konflik, keberkecualian menggambarkan tidak melakukan tindakan yang memberi kelebihan kepada mana-mana pihak yang berkonflik atau bersengketa. Persatuan ditegah membantu atau menghalang gerakan tentera dengan apa cara sekali pun. Keberkecualian mencegah Pergerakan daripada memihak di dalam perbalahan politik, agama atau apa sahaja perbalahan supaya akan dapat melaksanakan tugasnya dengan sempurna
Kebebasan
Walaupun merupakan badan tambahan kepada pihak berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara, Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam segala tindakannya yang berasaskan perikemanusiaan
Kebebasan
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa adalah sebuah pertubuhan yang bebas. Persatuan Kebangsaan yang menjadi pertubuhan sokongan dalam perkhidmatan kemanusiaan kerajaan negaranya dan tertakluk kepada undang-undang negaranya, hendaklah sentiasa memelihara autonomi mereka supaya sentiasa dapat bertindak menurut Prinsip Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
Kebebasan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah daripada kuasa awam adalah penting demi kegiatan kemanusiaan. Ia membolehkan semangat kedamaian yang menjadi sifat Pergerakan bersemarak di sanubari setiap orang.
Tanpa mengasingkan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah daripada pergerakan yang lain, ia memberikan Pergerakan ini autonomi yang diperlukan untuk kerja-kerja kemanusiaan yang menjadikannya suatu kuasa menyatupadukan sesama manusia
Khidmat Sukarela
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung
Khidmat Sukarela
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa adalah satu badan bantuan sukarela yang diwujudkan bukan dengan hasrat mengaut keuntungan. Untuk memberi bantuan kepada sesama manusia dengan sukarela dan tanpa mementingkan diri sendiri, membuktikan kerelaan berkhidmat dan persaudaraan yang membuka pintu ke arah perdamaian
Ketunggalan/Bersatu
Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara
Ketunggalan/Bersatu
Hanya ada satu sahaja Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara Ia adalah terbuka kepada semua yang ingin menjadi ahli Ia hendaklah menjalankan kerja-kerja kemanusiaannya di seluruh wilayahnya Ia menyatupadukan semua rakyat dalam lingkungan sempadan negara berkenaan dan menjadi satu faktor keamanan
Kesejagatan
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, di mana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain
Kesejagatan
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah institusi antarabangsa. Semua Persatuan Kebangsaan mempunyai status yang sama dan berkongsi tanggungjawab dan tugas yang sama dalam membantu antara satu sama lain. Sifat kesejagatan Pergerakan ini adalah hasil daripada kesedaran ahli-ahli terhadap nilai-nilai bersama. Oleh kerana sifat ini ialah kewajipan saling bantu membantu antara satu sama lain, maka ia menggalakkan penyebaran nilai-nilai ini di semua negara dan menggalakkan tali persahabatan dan kedamaian sesama insan
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa merupakan rangkaian khidmat kemanusiaan terbesar di dunia Pergerakan ini meliputi setiap negara dan disokong oleh jutaan sukarelawan Pergerakan ini terdiri daripada 3 badan yang berasingan tetapi saling bekerjasama: 1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (The International Committee of the Red Cross) ICRC 2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (The International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) IFRC 3. Persatuan-persatuan Kebangsaan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (National Red Cross and Red Crescent Societies)
Institusi berkecuali yang dianggotai oleh rakyat Switzerland. Diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu
Penjaga Prinsip-prinsip Asas Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Pembangunan Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa Mengiktiraf penubuhan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Menghantar bekalan bantuan bencana Agensi Pengesanan Pusat Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan
17 Feb 1863: Ditubuhkan dengan nama asalnya International Committee for the Relief of Wounded in time of war (Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orang-orang Cedera semasa perang). 1876: Namanya ditukar kepada International Committee of Red Cross (JawatankuasaAntarabangsa Palang Merah) ICRC
16 Oktober 1990: Diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agung Bangsabangsa Bersatu
Presiden-Presiden ICRC
Presiden-Presiden ICRC
Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC)
Merupakan badan tetap perhubungan di antara Persatuan-persatuan Kebangsaan serta penyelarasan dan penyelidikan
Bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan khasnya untuk tujuan membaiki taraf Bertanggungjawab mengelola dan menyelaras bantuan kecemasan kepada mangsa bencana atau orang pelarian
1919: Ditubuhkan denga nama asalnya League of Red Cross Societies (Liga Persatuan-persatuan Palang Merah) di Paris atas cadangan Henry Davison 1939: Ibu Pejabatnya dipindahkan dari Paris ke Geneva 1963: Berkongsi menerima Hadiah Nobel Keamanan bersama ICRC 1983: Namanya ditukar kepada League of Red Cross and Red Crescent Societies (Liga Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah) 1991: Namanya ditukar pula kepada International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (Persekutuan Antarabangsa Persatuanpersatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah) - IFRC
Persatuan Kebangsaan
Peranan Setiap Masa Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa Memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam Pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan Melatih anggota-anggota Pertolongan Cemas dan Rawatan Peranan Masa Peperangan Membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera, menjaga yang cedera atau sakit dan menderita di kalangan tentera
Memberi perlindungan dan meringankan kesengsaraan manusia di mana jua, melindungi nyawa dan kesihatan
Memberi galakan perkhidmatan sukarela dan kesediaan berterusan untuk membantu ahli-ahli Pergerakan
Menentukan penghormatan diberi kepada manusia, terutamanya di waktu konflik bersenjata dan juga kecemasan Berusaha ke arah pencegahan penyakit-penyakit dan kebajikan sosial. Menghayati perasaan perpaduan yang menyeluruh kepada mereka yang memerlukan perlindungan dan pertolongannya Dalam mengejar matlamat ini, Pergerakan akan sentiasa berpandukan kepada Prinsip-prinsip Asasnya
Sehingga tahun 2009 sebanyak 152 Persatuan Kebangsaan menggunakan lambang Palang Merah, 33 menggunakan Bulan Sabit Merah dan 1 menggunakan Kristal Merah dan dianggotai oleh hampir 97 juta sukarelawan ahli sokongan dan kakitangan
Persidangan Antarabangsa
Persidangan Antarabangsa
ICRC, IFRC dan Persatuan-persatuan Kebangsaan adalah badan yang bebas dan tidak terikat antara satu sama lain tetapi saling bekerjasama. Ia membentuk Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa Pertemuan: Majlis Deligasi (Council of Delegates) biasanya setiap 2 tahun sekali Dihadiri oleh ICRC, IFRC dan Persatuan-Persatuan Kebangsaan Dimulai dengan Perhimpunan Agung (General Assembly) yang dihadri oleh IFRC dan Persatuan-Persatuan Kebangsaan Sesi Majlis Deligasi akan bermula sebail sahaja selepas Perhimpunan Agung
Persidangan Antarabangsa
Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (International Conference of the Red Cross and Red Crescent) biasanya setiap 4 tahun sekali Dihadiri oleh ICRC, IFRC, Persatuan-Persatuan Kebangsaan dan Negara-negara yang terlibat dengan Konvensyen Geneva Bagi membincangkan isu-isu semasa dan perancangan akan datang
Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah diurus oleh Suruhanjaya Tetap Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (Standing Commission of the Red Cross and Red Crescent) beribu pejabat di Geneva
Peridangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC)
Suruhanjaya Tetap
Persatuan Kebangsaan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Majlis Deligasi
Pergerakan Palang Merah & Bulan Sabit Merah Antarabangsa
Perhimpunan Agung
8 (1907) London, UK
9 (1912) Washington, AS 10 (1921) Geneva, Switzerland
Sejarah
April 1948: Palang Merah British membuka cawangan di Borneo Utara (sekarang Sabah) dan Sarawak (April/Mei 1984) dan beribu pejabat di London 1950: Cawangan Palang Merah British dibuka di Pulau Pinang 1951: Permukaan cawangan Palang Merah British di Perak, Terangganu dan Selangor 1952: Melaka, Johor dan Pahang turut menerima pembukaan cawangan Palang Merah British
Sejarah
1962: Satu akta Parlimen telah digubal dan diluluskan iaitu Akta # 4, Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya (Pemerbadanan) 1962 (Act # 4, The Federation of Malaya Red Cross Society (Incorpation) Act 1962). Maka Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya ditubuhkan dengan rasminya dan beribupejabat di Kuala Lumpur 4 Julai 1963: Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya Mendapat pengiktirafan rasmi daripada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) 24 Ogos 1963: Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya diterima sebagai ahli Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC)
Sejarah
1965: Apabila Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya digabungkan dengan cawangan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak melalui Akta # 47, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 (Act # 47, Malaysian Red Cross Society (Incorporation) Act 1965). Maka tertubuhlah Persatuan Palang Merah Malaysia
1975: Nama Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan lambang Palang Merah yang digunakan turut ditukar kepada lambang Bulan Sabit Merah melalui Akta # 162, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 (Act # 162, Malaysian Red Cross Society (Change of Name) dan dikuatkuasakan pada 4 September 1975. Nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia kekal sehingga hari ini
Sejarah
1995: Akta # 47, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pemerbadanan)1965 (Act # 47, Malaysian Red Cross Society (Incorporation) Act 1965) telah disemakdan digantikan dengan Akta # 540, Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia(Pemerbadanan) 1965 (Disemak 1995) (Act # 540, Malaysian Red Crescent Society (Incorporation)Act 1965 (Revised 1995)).
2007: Penjenamaan baru Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) telah dilaksanakan. Maka imej persatuan kini dikenali sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Pelembagaan
Perkembangan Akta
Akta # 4, Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya (Pemerbadanan)1962 / Act # 4, The Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act 1962
Menggabungkan cawangan-cawangan Palang Merah British diSemenanjung Malaysia bagi mewujudkan Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya.
Akta # 47, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pemerbadanan)1965 / Act # 47, Malaysian Red Cross Society (Incorporation)Act 1965
Menggabungkan Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya dengan cawangan-cawangan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak bagi mewujudkan Persatuan Palang Merah Malaysia. Akta # 4/1962 dibatalkan.
Akta # 162, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 / Act # 162, Malaysian Red Cross Society (change of name) Act 1975
Perkembangan Akta
Akta # 540, Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 (Disemak 1995) / Act # 540, Malaysian Red Crescent Society (Incorporation) Act 1965 (Revised 1995)
Akta # 47/1965 disemak dan dikemaskini. Akta # 47/1965 digantikan denganAkta # 540.
Akta # 162, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama)1975 / Act # 162, Malaysian Red Cross Society (change of name) Act 1975. Akta # 540, Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan)1965 (Disemak 1995) / Act # 540, Malaysian Red Crescent Society (Incorporation)Act 1965 (Revised 1995)
4 The objects of the Corporation are to provide an organization which shall be open, without any discrimination on the grounds of religion, race or politics, to all persons in Malaysia to enable them to give effect to the purposes of the Corporation as defined in section 5, and to do all other things as the Corporation or its Council may deem incidental or conducive to the attainment of such objects.
5 (a) in time of peace or war, to carry on and assist in work for the improvement of health, the prevention of disease and the mitigation of suffering throughout the world; 5 (b) in time of war, to furnish voluntary aid to the sick and wounded both of armies and non-belligerents, to prisoners of war and to civilian sufferers from the effects of war, in accordance with the spirit and covenants of the Geneva Conventions for the amelioration of the conditions of the wounded and sick in armed forces in the field, signed at Geneva on 12August 1949; 5 (c) to perform all the duties devolved upon a national society by each nation which has acceded to the said Conventions
Change of name
3 (1) Upon the commencement of this Act, the Corporation shall be known as the Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia or, in English, the Malaysian Red Crescent Society ; and all references in any written law to the Corporation shall be construed accordingly.
4 (1) Without prejudice to the rights of other persons, upon the commencement of this Act, the right to use the emblem of a red crescent on a white background, as depicted in the Schedule, and the words Bulan Sabit Merah or, in English, Red Crescent, shall vest in the Corporation, and the Corporation, shall use such emblem.
5 (1) It shall not be lawful for any person, other than the Corporation and its staff, officials and members, to use for the purpose of his trade or business, or for any other purpose whatsoever, in the Federation without the authority of the Minister, the emblem of a red crescent on a white background, as depicted in the Schedule and the words Bulan Sabit Merah or, in English, Red Crescent
Undang-undang dan Peraturan yang diterima pakai oleh BSMM adalah: Akta # 540, Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan)1965 (Disemak 1995) Akta # 162, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama)1975 Peraturan Perbadanan 2001 Buku-buku Panduan 2009 Perkeliling dan Surat yang dikeluarkan dari masa ke semasa
Organisasi
Struktur Organisasi
MAJLIS KEBANGSAAN IBU PEJABAT KEBANGSAAN
SEKRETARIAT KEBANGSAAN
ZON
NEGERI
CAWANGAN
SEKRETARIAT CAWANGAN
DAERAH
CABANG
SEKRETARIAT CABANG
Organisasi
Naib Presiden: YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Menteri Kesihatan YB Menteri Luar YB Menteri Belia dan Sukan YB Menteri Pelajaran YB Menteri Pengajian Tinggi
Majlis Kebangsaan
Majlis Kebangsaan merupakan Badan yang membuat polisi dan dasar BSMM.
Pengerusi Kebangsaan Timbalan Pengerusi Kebangsaan 4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan Bendahari Kehormat Kebangsaan 8 orang ahli 2 orang wakil setiap Cawangan 2 orang wakil agensi kerajaan (ex-officio): Ketua Perkhidmatan PerubatanAngkatan Tentera Malaysia Ketua Persatuan Perubatan Malaysia
Setiausaha Agung
Majlis Kebangsaan
Wakil kementerian
Kementerian Kesihatan
Kementerian Luar Kementerian Pelajaran Kementerian Belia dan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi
Lembaga Eksekutif Kebangsaan (NEB) merupakan Badan yang menjalankan polisi dan dasar yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan. NEB melaksanakan arahan Majlis Kebangsaan dan menjalankan aktivitiaktiviti seharian BSMM. NEB inilah yang menggerakkan Persatuan. Dianggotai oleh: Ahli yang dipilih (Elected Officials ) di dalam Majlis Kebangsaan: Pengerusi Kebangsaan Timbalan Pengerusi Kebangsaan 4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan Bendahari Kehormat Kebangsaan 8 orang ahli
Wakil zon Seorang wakil Zon Utara Seorang wakil Zon Tengah Seorang wakil Zon Selatan Seorang wakil Zon Pantai Timur Seorang wakil Zon Timur SetiausahaAgung (ex-officio)
Jawatankuasa Kebangsaan
Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan:
Belia
Kewangan
Kutipan Derma Latihan Pembangunan Organisasi Pentadbiran & Perjawatan Perhubungan Antarabangsa Perkhidmatan Ambulans dan Pengurusan Bencana Perkhidmatan Masyarakat Program Darah / HIV-AIDS dan Penyalahgunaan Dadah
Lembaga Tender
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Pengurusan
Jawatankuasa Ad-Hoc
Jawatankuasa-jawatankuasa Ad-Hoc:
Anugerah
Audit
Bangunan Lembaga Penyiasatan Lembaga Kajian Semula Lembaga Disiplin Lembaga Temuduga
Zon
Seorang wakil akan mewakili setiap zon di dalam Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
Zon Utara BSMM Cawangan Perlis BSMM Cawangan Kedah BSMM Cawangan Pulau Pinang
Zon Tengah BSMM Cawangan Perak BSMM Cawangan Selangor BSMM Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Zon
Zon Selatan BSMM Cawangan Negeri Sembilan BSMM Cawangan Melaka BSMM Cawangan Johor Zon Pantai Timur BSMM Cawangan Pahang BSMM Cawangan Terengganu BSMM Cawangan Kelantan
Zon Timur BSMM Cawangan Sabah BSMM Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan BSMM Cawangan Sarawak
Terdapat 15 cawangan BSMM iaitu di setiap Negeri dan Wilayah Persekutuan kecuali Putrajaya
Cabang BSMM ditubuhkan mengikut Daerah, Daerah Kecil, Pembandaran, Pentadbiran Tempatan, Institusi Pendidikan atau Korporat
Unit
Unit-unit BSMM Pasukan Bantuan Sukarela (Voluntary Aid Detachments) Terdiri daripada ahli-ahli yang berumur 18 tahun dan ke atas. Pasukan Kumpulan Kebajikan (Welfare Services Groups) Terdiri daripada ahli-ahli yang berumur 18 tahun dan ke atas. Belia (Youth) Terdiri daripada ahli-ahli yang berada di peringkat sekolah menengah. Kanak-kanak (Links) Terdiri daripada ahli-ahli yang berada di peringkat sekolah rendah.
Keahlian
Ahli Seumur Hidup Ahli Biasa (18 tahun ke atas) Ahli Bantuan Sukarela Ahli Kumpulan Kebajikan Ahli Belia Ahli Belia (13 - 18 tahun) Ahli Belia Terbuka (13 - 17 tahun) Ahli Kanak-kanak (Link) (9 12 tahun)
Yuran Ahli Seumur Hidup dan Yuran Tahunan Ahli ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan
Aktiviti
Perkhidmatan Ambulans
Tujuan bersama ICRC, Institut Henry Dunant (HDI), IFRC dan Persatuan Kebangsaan dalam penyebaran UUKA dan prinsip serta cita-cita Palang Merah diketahui dan dipakai serata dunia dan dengan itu memupuk semangat kedamaian di kalangan masyarakat antarabangsa.
ICRC: Mengekalkan asas panduan dan prinsip Palang Merah dan kerja-kerja dalam peningkatan dan penerapan Konvensyen Geneva. HDI: Memberi pendedahan kepada ICRC, IFRC dan Palang Merah Swiss terhadap peralatan kajian dan penyelidikan, latihan dan pengajaran. IFRC: Membantu ICRC dalam memajukan peningkatan UUKA dan dalam penyebaran UUKA dan prinsip Palang Merah di kalangan Persatuan Kebangsaan. Persatuan Kebangsaan: Aktiviti penyebaran UUKA dan mendorong kerajaan dalam penyebaran UUKA
Penyebaran UUKA:
Ahli BSMM
Risalah
Persijilan Persijilan BSMM untuk Sekolah Persijilan Asas BSMM Persijilan Lanjutan BSMM Sijil Jurulatih BSMM Sijil Jurulatih Kanan BSMM
Kursus CPR
Kursus Renang Kursus Simulasi Kecederaan Kursus Masakan (Mass Cooking)
Latihan Menyelamat
Latihan Cegah Kebakaran Latihan Kawad Kaki Latihan Kawad Usungan Kursus Pengendalian Ambulans Kursus Komunikasi Radio Kursus Membaca Peta dan Kompas Pemerhatian Pesakit di Hospital Kursus Pengendalian Jenazah / Mayat
Perkhemahan / Kem Belia Perkhemahan Sukarelawan dan Belia (SukBel) Program Pertukaran Belia
Kutipan Derma
Kutipan Derma
Persembahan Amal
Kejohanan Sukan Amal Jualan Pakaian dan Barangan Terpakai
Lain-lain Aktiviti
Pertandingan Pertolongan Cemas Kawad Kaki & Kawad Usungan Kuiz Sukaneka Ceramah Kesihatan Pentadbiran Perkhemahan Lawatan Sambil Belajar
Kategori I Ahli Kehormat Seumur Hidup (Honorary Life Membership) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah BSMM kepada orang-orang yang terhormat yang telah mencurahkan khidmat-khidmat yang bernilai sejajar dengan Prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah. Tidak lebih daripada 4 anugerah dalam setiap tahun. Kategori II Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Distinguished Service Medal) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah BSMM kepada ahli-ahli yang telahmemberikan perkhidmatan yang bernilai kepada Persatuan dalamtempoh tidak kurang daripada 10 tahun.
Kategori III Pingat Kebaktian Terpilih (Excellent Service Medal) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokonganJawatankuasa Anugerah BSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapkan perkhidmatan terpilih sekurang-kurangnya selama 10tahun perkhidmatan selepas melepasi had umur 18 tahun
Kategori IV Pingat Jasa Terpuji (Meritorious Service Medal) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah BSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapkan perkhidmatan yang terpuji sekurang-kurangnya selama 5 tahun selepas melepasi had umur 18 tahun.
Kategori V Sijil Kepujian (Certificate of Merit) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah BSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapkan perkhidmatan khusus kepada Persatuan sekurangkurangnya selama 3 tahun selepas melepasi had umur 18 tahun. Kategori Khas (A) Pingat Keberanian (Gallantry Award) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan kepada mana-mana ahlidi atas keberaniannya
Melengkapi perkhidmatan yang berterusan selama 10 tahun iaitusetelah melepasi had umur 18 tahun dan 1BAR dianugerah bagi setiap 5 tahun selepasnya.
Kategori Khas (C) Anugerah Khas Dermawan (Special Award for Benefactors)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan kepada syarikat perdagangan, industri, firma persendirian atau orang perseorangan yang bermurah hati memberikan sokongan mereka kepada Persatuan yang mana Jawatankuasa Pengurusan Kebangsaan berpendapat bahawa mereka berhak menerima anugerah.
Kategori Khas (D) Anugerah Khas Istimewa (Special Award for Remarkable Services)
Dianugerahkan kepada ahli-ahli yang telah memberi khidmat istimewa khusus untuk sesuatu tugas yang menaikkan imejPersatuan dan juga menepati sepenuhnya keperluan 7 prinsip BSMM.
Kategori Belia (I) Pingat Jasa Terpuji Belia (Meritorious Service Medal Youth)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah BSMM / Jawatankuasa Anugerah Cawangan kepada ahli-ahli Belia yang telah melengkapi perkhidmatan yang terpuji sekurang-kurangnya selama 3 tahun.
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah BSMM / Jawatankuasa Anugerah Cawangan kepada ahli-ahli Belia yang telah memberikan perkhidmatan khusus kepada Persatuan
Dianugerahkan di atas penghormatan perkhidmatan kemanusiaan kepada orangorang pelarian. Dianugerahkan pada Isnin, 10 Oktober 1977, jam 4.30 petang Di Palais des Nations, Geneva, Salle XVII. Dimemenangi sebagai pengiktirafan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat dan orang-orang pelarian Vietnam.
Dianugerahkan kepada Datuk Ruby Lee (bekas SetiausahaAgung) pada tahun 2008 dan disampaikan pada tahun 2009
Undang-undang Kemanusia Antarabangsa menetapkan hak-hak dan kewajipan pihak yang terlibat sewaktu knoflik bersenjata manakala Undangundang Hak Asasi Manusia merangkumi ketika knoflik bersenjata dan ketika waktu aman
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa mengandungi Undang-undang Antarabangsa yang asal usulnya samada konvensional atau mengikut adat dan rekabentuk khas untuk menyelesaikan masalah-masalah kemanusiaan akibat daripada konflik bersenjata. Undang-undang ini menghadkan atas sebab-sebab kemanusiaan, hak-hak pihak yang bersengketa untuk menggunakan kaedahdan cara peperangan mengikut pilihan mereka sendiri dan melindungi orang-orang atau objekobjek yang terlibat atau mungkin terlibat dalam sengketa tersebut. Pada awal tahun 1950an, ICRC mula menggunakan perkataan Undangundang Kemanusiaan untuk melambangkan Konvensyen Geneva yang telah dianggap sebagai sebahagian daripada undang-undang peperangan.
Konvensyen Geneva melindungi anggota-anggota tentera, orang-orang yang tidak upaya berjuang dan orang-orang yang tidak mengambil bahagian dalam permusuhan. Konvensyen ini adalah perjanjian antarabangsa yang mengikat semua negara yang mengiktirafnya bagi maksud melindungi mangsa-mangsa peperangan dan akibatnya. Konvensyen The Hague menetapkan hak-hak dan kewajipan pihak-pihak yang sedang berperang dalam menjalankan operasi permusuhan dan menghadkan pilihan cara-cara melakukan kerosakan ke atas musuh
UUKA mengandungi Undang-undang Antarabangsa yang asal usulnya samada konvensional atau mengikut adat dan rekabentuk khas untuk menyelesaikan masalah-masalah kemanusiaan akibat daripada konflik bersenjata. UUKA menghadkan atas sebab-sebab kemanusiaan, hak-hak pihak yang bersengketa untuk menggunakan kaedah dan cara peperangan mengikut pilihan mereka sendiri dan melindungi orang-orang atau objek-objek yang terlibat atau mungkin terlibat dalam sengketa tersebut. Pada awal tahun 1950an, ICRC mula menggunakan perkataan Undangundang Kemanusiaan untuk melambangkan Konvensyen Geneva yang telah dianggap sebagai sebahagian daripada undang-undang peperangan.
Konvensyen Geneva melindungi anggota-anggota tentera, orang-orang yang tidak upaya berjuang dan orang-orang yang tidak mengambil bahagian dalam permusuhan. Konvensyen ini adalah perjanjian antarabangsa yang mengikat semua negara yang mengiktirafnya bagi maksud melindungi mangsa-mangsa peperangan dan akibatnya Konvensyen The Hague menetapkan hak-hak dan kewajipan pihak-pihak yang sedang berperang dalam menjalankan operasi permusuhan dan menghadkan pilihan cara-cara melakukan kerosakan ke atas musuh
Asal-usul UUKA
Sehingga pertengahan abab ke-19, perjanjian melindungi mangsa-mangsa perang merupakan berciri sementara di mana mengikat pihak-pihak pejanji sahaja berdasarkan kepada apa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Pada hakikatnya ia merupakan perjanjian tentera semata-mata dan berkuatkuasa dalam jangka masa tempoh sesuatu peperangan itu sahaja. Kelahiran UUKA berkait rapat dengan kemunculan pergerakan Palang Merah dimana ia telah menukar keadaan tersebut. Negara-negara telah terikat dengan perjanjian / triti sejagat yang digunakan sebilangan masa.
Asal-usul UUKA
Kesan daripada buku Kenangan di Solferino akhirnya membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orang-orang Cedera semasa perang yang kini dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC). Jawatankuasa inilah yang menganjurkan Persidangan Diplomatik 1864 bagi mewujudkan Konvensyen Geneva bagi Memperbaiki Keadaan Anggotaanggota Tentera yang Cedera di Medan Perang
Protection of Victims of Armed Conflicts Convention (I) for the Amelioration of the Condition of the Wounded and Sick in Armed Forces in the Field. Geneva, 12 August 1949.
Convention (II) for the Amelioration of the Condition of Wounded, Sick and Shipwrecked Members of Armed Forces at Sea. Geneva, 12 August 1949. Convention (III) relative to the Treatment of Prisoners of War. Geneva, 12 August 1949. Convention (IV) relative to the Protection of Civilian Persons in Time of War. Geneva, 12 August 1949. Protocol Additional to the Geneva Conventions of 12 August 1949, and relating to the Protection of Victims of International Armed Conflicts(Protocol I). Geneva, 8 June 1977.
Protocol Additional to the Geneva Conventions of 12 August 1949, and relating to the Protection of Victims of Non-International Armed Conflicts(Protocol II). Geneva, 8 June 1977 Protocol Additional to the Geneva Conventions of 12 August 1949, and relating to the Adoption of an Additional Distinctive Emblem (Protocol III).Geneva, 8 December 2005. Convention on the Rights of the Child. New York, 20 November 1989. Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the involvement of children in armed conflict. New York, 25 May 2000.
International Criminal Court Statute of the International Criminal Court. Rome, 17 July 1998. Protection of Cultural Property in the Event of Armed Conflict Convention for the Protection of Cultural Property in the Event of Armed Conflict. The Hague, 14 May 1954. First Protocol to the Convention of 1954 for the Protection of Cultural Property in the Event of Armed Conflict. The Hague, 14 May 1954. Second Protocol to the Convention of 1954 for the Protection of Cultural Property in the Event of Armed Conflict. The Hague, 26 March 1999. Environment Convention on the prohibition of military or any other hostile use of environmental modification techniques. New York, 10 December 1976
Weapons Protocol for the Prohibition of the Use of Asphyxiating, Poisonous or Other Gases, and Warfare. Geneva, 17 June 1925. Convention on the Prohibition of the Development, Production and Stockpiling of Bacteriological (Biological) and Toxin Weapons and on their Destruction. Opened for Signature at London, Moscow and Washington,10 April 1972. Convention on Prohibitions or Restrictions on the Use of Certain Conventional Weapons which may be deemed to be Excessively Injurious or to have Indiscriminate Effects. Geneva, 10 October 1980. Amended on21 December 2001. Protocol on non-detectable fragments (I). Protocol on prohibitions or restrictions on the use of mines, booby-traps and other devices (II).Amended on 3 May 1996. Protocol on prohibitions or restrictions on the use of incendiary weapons(III).
Protocol on Blinding Laser Weapons (Protocol IV to the 1980 Convention).13 October 1995 Protocol on Explosive Remnants of War to the Convention on Prohibitions or Restrictions on the Use of Certain Conventional Weapons which maybe deemed to be Excessively Injurious or to have Indiscriminate Effects(with Protocols I, II and III). Geneva, 28 November 2003. Convention on the Prohibition of the Development, Production, Stockpiling and Use of Chemical Weapons and on their Destruction. Paris, 13 January1993. Convention on the Prohibition of the Use, Stockpiling, Production and Transfer of Anti-Personnel Mines and on their Destruction. Oslo, 18September 1997
Orang-orang yang tidak berupaya untuk berjuang dan mereka yang tidak menyertai secara langsung dalam permusuhan adalah berhak dihormati nyawa dan keutuhan fizikal dan moral mereka. Mereka hendaklah, dalam keadaan apa jua pun, dilindungi dan dilayani dengan berperikemanusiaan tanpa sebarang perbezaan Adalah dilarang membunuh atau mencederakan musuh yang menyerah diri atau yang tidak berupaya untuk berjuang. Orang-orang yang cedera dan sakit hendaklah dikumpul dan dirawat oleh pihak yang bersengketa yang berada di bawah kuasanya. Perlindungan juga meliputi anggota-anggota perubatan, pertubuhan, pengangkutan dan bahanbahan. Lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah tanda perlindungan tersebut dan mesti dihormati
Anggota-anggota pejuang dan orang awam ditawan di bawah kuasa pihaklawan adalah berhak dihormati dari segi nyawa, maruah, hak-hak peribadi dan kepercayaan mereka. Mereka hendaklah dilindungi daripada segala tindakan keganasan dan pembalasan. Mereka berhak berutus dengan keluarga mereka dan menerima bantuan. Setiap orang berhak menikmati faedah daripada asas panduan jaminan perundangan. Tidak seorang pun boleh dituduh bertanggungjawab di atas tindakan tidak dilakukannya. Tidak siapapun boleh diseksa dari segi fizikal atau mental, hukuman dera atau layanan zalim atau menjatuhkan maruah.
Pihak-pihak yang bersengketa dan anggota-anggota angkatan mereka mempunyai pilihan kaedah dan cara peperangan yang terhad. Adalah dilarang menggunakan senjata atau kaedah peperangan yang menyebabkan kerugian yang tidak munasabah atau penderitaan yang melampau.
Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mengenal pasti penduduk awam dan anggota-anggota pejuang untuk menyelamatkan penduduk awam dan hartabenda. Penduduk awam atau mana-mana orang awam tidak boleh menjadi sasaran serangan. Serangan hendaklah ditujukan semata-mata ke arah objektif tentera
Lambang (Emblem) ialah satu tanda pengenalan yang berbentuk dan berwarnamudah untuk menyampaikan sesuatu maksud. Terdapat 3 lambang rasmi yang diterimapakai iaitu Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal Merah
Kegunaan tanda sebagai penyampai sesuatu maksud di segi undangundangbukanlah sesuatu yang luar biasa. Kegunaan sesuatu tanda di dalam keadaan di mana maksud sebenar perlu disampai dan difahami dengan secepat mungkin adalah lebih sesuai kerana ia menjamin kefahaman secara sejagat tentang maksudnya dan tidak diragui kerana batasan bahasa atau kekecohan. Kegunaan lambang Palang Merah / Bulan Sabit Merah:
Kegunaan yang asal adalah untuk perlindungan yang lebih terpakai semasa peperangan atau konflik.
Kegunaan yang lebih baru adalah untuk pengenalan yang lebih terpakai semasa aman
Tanda Perlindungan
Perkhidmatan perubatan &
Tanda Pengenalan
Sewaktu Konflik
kakitangan agama angkatan tentera Kakitangan perubatan, unit perubatan & pengangkutan Persatuan Kebangsaan Dengan kebenaran kerajaan: hospital awam, unit perubatana wam & lain-lain badan khidmat sukarela, kemudahan perubatan, kakitangan & pengangkutan perubatan awam
berkaitan dengan Persatuan Kebangsaan, ICRC & IFRC Ambulans & pusat rawatan kecemasan percuma yang mendapat kelulusan Persatuan Kebangsaan
1.
Mengenal pasti seseorang atau objek sebagai tidak boleh diserang (tanda perlindungan) Memberitahu bahawa seseorang atau objek itu adalah di bawah perlindungan Undang-undang Kemanusiaan (tanda perlindungan) Menunjukkan bahawa orang atau objek berkenaan adalah berkaitan denganPergerakan Palang Merah / Bulan Sabit Merah (tanda pengenalan)
2.
3.
Lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah diiktiraf oleh seluruh dunia sebagai tanda perlindungan kemanusiaan. Lambang tersebut menjelaskan kepada semua yang berkenaan bahawa peraturan Undang-undang Antarabangsa boleh dikuatkuasakan terhadap orang-orang dan objek-objek yang berkaitan dengannya. Lambang tersebut mengandungi satu hubungan yang nyata di antara Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan semua komponen Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Lambang tersebut adalah satu alat penguatkuasaan peraturan undang-undang dan juga Prinsip-prinsip Asas Pergerakan
Lambang Perlindungan individu, bangunan, objek dan kenderaan Perkhidmatan Perubatan Lambang Perlindungan Pertahanan Awam Binaan penting untuk kesinambungan kehidupan awam seperti empangan, benteng dan stesen penjana nuklear Objek / tempat bersejarah / warisan & budaya
Konvensyen Geneva I
Melindungi askar-askar yang tidak bermaya, cedera dan menyerah diri dan tidak lagi terlibat dengan pertempuran (hors de combat). Fasal 3: Pertelingkahan Bukan Antarabangsa dan Fasal 12: Perlindungan hendaklah tidak berbelah bagi, tidak memilih jantina, keturunan, kaum, bangsa,agama dan fahaman politik serta lain-lain yang berkenaan. Dilayan dengan kemanusiaan, tidak dibunuh, diseksa atau dibuat ujian biologi,tidak dibiarkan tanpa perubatan dan tidak didedahkan kepada jangkitan penyakit. Fasal 15 16: Selepas pertempuran mereka hendaklah dikumpulkan, diberi jawatan dan dilindungi dari penjarahan (pillage) dan penganiayaan. Kumpulan yang berterlingkah hendaklah menghantar maklumat kepada Kuasa Pelindung dan Pusat Tahanan Perang
Konvensyen Geneva I
Konvensyen Geneva II
Fasal 12: Perlindungan hendaklah diberi tidak berbelah bagi dan layanan kemanusiaan hendaklah diberi secukupnya kepada mangsa kapal karam. Fasal 18: Mangsa hendaklah dicari, dikumpulkan dan diberi rawatan serta dilindungi dari penjarahan (pillage) dan penganiayaan. Fasal 22: Kapal Hospital tidak boleh digunakan untuk ketenteraan. Ia tidak boleh diserang atau ditahan. Fasal 14: Kapal Hospital boleh ditahan untuk memindahkan pesakit yang memerlukan rawatan yang lebih baik yang mana kemudahan tidak mencukupi dalam kapal tersebut. Fasal 21: Kapal pengangkutan awam / perniagaan boleh memberi bantuan kepada yang cedera dan karam serta sebagai berkecuali, mereka tidak boleh diserang dan ditangkap atau ditahan
Fasal 4: Istilah Tawanan Perang. Anggota-anggota tetap / sukarela angkatan bersenjata Anggota-anggota yang menyebelahi sesuatu pihak yang terbabit dengan konflik (militia / puak penentang)
Unit-unit di bawah perintah yang bertanggungjawab kepada kumpulan tersebut. Membawa senjata secara terbuka semasa pertempuran. Beroperasi berlandaskan undang-undang dan tatacara peperangan.
Anggota-anggota tetap angkatan bersenjata yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan yang tidak diiktiraf oleh Pihak Penakluk Mereka yang mengiringi angkatan bersenjata
Wartawan Perang Anggota-anggota awam yang menjadi anak kapal pesawat tentera Kontraktor peralatan / bahan Perkhidmatan kebajikan tentera
Penduduk wilayah yang belum ditawan bangun menentang kemaraan musuh tanpa sempat diserapkan ke dalam pasukan tetap bersenjata
Fasal 13, 17: Tawanan Perang hendaklah dilayan secara kemanusiaan dengan baik dan tidak dianiayakan, diseksa dan didera. Fasal 25 32: Kemudahan tempat tinggal, makan dan kesihatan hendaklah diberi dengan baik.
Fasal 34 37: Tawanan Perang dibenarkan mengamalkan acara keagamaan dan Guru Agama (Chaplain) dibenarkan melawat dan berhubung dengan mereka Fasal 70 72, 123: Nama-nama Tawanan Perang hendaklah dihantar kepada Agensi Pusat Pencarian dan mereka dibenarkan menghubungi keluarga. Fasal 49 57: Tawanan Perang tidak boleh dipaksa kerja untuk ketenteraan. Fasal 109 119: Tawanan Perang yang cedera dan sakit boleh dipulangkan kenegara asal. Semua Tahanan Perang hendaklah dibebaskan sejurus selepas tamat persengketaan. Fasal 125: Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) diberi hak istimewa untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan Tawanan Perang
Konvensyen Geneva IV
Fasal 27: Penghormatan, keselamatan, hak-hak kekeluargaan, kelaziman agama, gaya hidup dan adat resam orang awam mestilah dihormati. Fasal 13, 32, 34: Orang awam mestilah dilindungi daripada pembunuhan,penyeksaan dan mencacatkan. Orang awam hendaklah diberi layanan baik kemanusiaan tanpa berbelah bagi tidak mengira agama, bangsa, kaum, kewarganegaraan dan fahaman politik. Fasal 33, 49: Orang awam tidak boleh dihukum bersendirian atas kesalahan yang mereka lakukan bukan persendirian. Hukuman berkelompok (collective punishment) juga tidak boleh dikenakan terhadap mereka.
Konvensyen Geneva IV
Orang awam juga tidak boleh diusir keluar negeri Penjarahan (pillage),mengambil tindakan balas dendam dan mengambil orang Tebusan dan memusnahkan harta benda adalah dilarang. Fasal 24: Kanak-kanak yatim piatu di bawah umur 15 tahun hendaklah diberi penjagaan. Fasal 40: Orang awam tidak boleh dipaksa bekerja untuk kepentingan ketenteraan penjajah. Fasal 55, 59: Pihak penjajah mestilah membekalkan makanan dan perubatan untuk keperluan penduduk atau mendapat bantuan daripada organisasi kemanusiaan seperti Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC
Konvensyen Geneva IV
Fasal 14: Hospital dan Zon Keselamatan mestilah diwujudkan untuk mereka yang sakit, kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dan ibu yang mengandung. Fasal 79 141: Peraturan berkenaan dengan orang tahanan penjara (internee). Fasal 89 91: Orang awam mestilah menerima makanan dan pakaian, rawatan perubatan yang mencukupi serta dilindungi dari risiko peperangan. Fasal 132: Kanak-kanak, wanita yang hamil dan ibu yang membawa bayi yang sakit yang telah lama dikurung mestilah dilepaskan dengan segera
Protokol Tambahan I
102 Fasal meluaskan perlindungan kepada penduduk awam, askar-askar dan pekerja-pekerja perubatan awam dalam persengketaan bersenjata antarabangsa. Meluaskan takrifan Tawanan Perang
Semua anggota angkatan bersenjata yang pihaknya terbabit dalam konflik Semua anggota kumpulan bersenjata dan unit-unit di bawah perintah yang bertanggungjawab kepada kumpulan tersebut.
Gerila yang tidak berpakaian seragam (walaupun unit-unit yang tidak diiktiraf oleh pihak lawan) turut mendapat manfaat daripada peruntukan ini. Anggota-anggota angkatan tentera hendaklah membezakan dirimereka daripada penduduk awam sekurang-kurangnya dengan membawa senjata secara terbuka semasa pertempuran
Protokol Tambahan I
Fasal 46: Pengintip Rahsia, askar yang bertugas sebagai pengintip rahsia jika tertangkap oleh pihak lawan, mereka tidak berhak sebagai Tawanan Perang.
Fasal 47: Askar Upahan (Mercenaries) tidak diiktiraf sebagai penempur dan tidak berhak menjadi Tahanan Perang. Walaupun Pengintip dan Askar Upahan tidak berhak diberi status Tawanan Perang, mereka masih akan mendapat manfaat daripada jaminan minimum bagi layanan kemanusiaan.
Protokol Tambahan I
Fasal 51, 54: Melarang serangan membuta tuli dan memusnahkan sumber makanan, air dan bahan-bahan untuk kehidupan penduduk awam. Fasal 53, 56: Empangan, benteng, stesen penjana nuklear, objek bersejarah dan tempat keagamaan tidak boleh diserang. Fasal 76, 77: Perlindungan khas kepada wanita dan kanak-kanak. Kanakkanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan diambil sebagai askar Fasal 15: Perlindungan kepada perubatan awam dan anggota agama. Fasal 79: Perlindungan kepada wartawan. Fasal 35: Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan kecederaan dan penderitaan yang melampau dan kemusnahan alam sekitar yang berpanjangan adalah dilarang.
Protokol Tambahan I
Fasal 85: Salahguna dan penggunaan emblem yang diperuntukkan dalam Persidangan Geneva untuk menipu pihak musuh (perdify) adalah jenayah perang
Protokol Tambahan II
Menghuraikan perlindungan kepada mangsa yang terperangkap dalam persengketaan bersenjata dalam risiko tinggi yang bukan antarabangsa tidak termasuk rusuhan, tunjuk perasaan dan pengganas. Fasal 4: Individu yang tidak terlibat secara langsung atau yang telah berhenti dari pertempuran hendaklah diberi penghormatan, muliakan dan mengamalkan keagamaannya. Mereka hendaklah dilayani secara kemanusiaan dengan tidak ada perbezaan. Adalah dilarang mengarahkan tidak ada yang dibenarkan hidup. Fasal 5, 7: Individu yang ditahan semasa pertelingkahan bersenjata dan yang luka dan cedera mestilah dilindungi, dihormati dan dilayan dengan baik.
Protokol Tambahan II
Fasal 6: Pendakwaan dan hukuman jenayah yang bersangkut paut dengan pertelingkahan bersenjata. Fasal 12: Lambang Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Singa dan Matahari Merah hendaklah dipamerkan oleh anggota perubatan dan keagamaan Fasal 13: Larangan menyerang dan menakut-nakutkan dengan keganasan terhadap penduduk awam. Fasal 14: Larangan memusnahkan benda yang mana kehidupan penduduk bergantung kepadanya. Fasal 15: Perlindungan kepada kerja-kerja, bangunan dan janakuasa tinggi yang membahaya.
Protokol Tambahan II
Fasal 16: Perlindungan kepada harta-benda kebudayaan dan warisan dan tempat-tempat keagamaan. Fasal 17: Larangan memindahkan penduduk awam. Fasal 18: Bantuan Pertubuhan Perkhidmatan Sukarela boleh dilaksanakan. Fasal 19: Protokol ini mestilah disebarkan seluas-luasnya
Memasukkan lain-lain lambang yang diiktiraf oleh Negara tersebut berdasarkan penerimaan Konvensyen Geneva dan ICRC
1868: Pengisytiharan St. Petersburg. Larangan terhadap penggunaan senjata motar tertentu sewaktu perang 1899: Konvensyen The Hague berkaitan undang-undang dan tatacara peperangan di darat dan penerimaan prinsip-prinsip Konvensyen Geneva 1864 kepada peperangan di laut 1907: Semakan Konvensyen The Hague 1899 dan penerimaan prinsipprinsip Konvensyen Geneva 1906 kepada peperangan di laut 1954: Konvensyen The Hague berkaitan perlindungan terhadap harta-benda kebudayaan dan warisan sewaktu perang 1999: Protokol kepada Konvensyen The Hague 1954
Konvensyen The Hague 14 Mei 1954: Konvensyen The Hague berkaitan perlindungan terhadap harta-benda kebudayaan dan warisan sewaktu perang (Convention for the Protection of Cultural Property in the Event of Armed Conflict. The Hague)
14 Mei 1954: Protokol Pertama kepada Konvensyen The Hague 1954 berkaitan perlindungan terhadap harta-benda kebudayaan dan warisan sewaktu perang (First Protocol to the Hague Convention of 1954 for the Protection of Cultural Property in the Event of Armed Conflict)
26 Mac 1999: Protokol Kedua kepada Konvensyen The Hague 1954 berkaitan perlindungan terhadap harta-benda kebudayaan dan warisan sewaktu perang (Second Protocol to the Hague Convention of 1954 for the Protection of Cultural Property in the Event of Armed Conflict)
Konvensyen Geneva 8 Jun 1977: Protokol Tambahan kepada Konvensyen Geneva 1949 yang berkaitan dengan perlindungan mangsa-mangsa konflik bersenjataan tarabangsa (Protocol Additional to the Geneva Conventions 1949, and relating to the Protection of Victims of International Armed Conflicts) Artikel 38 Artikel 53 Artikel 85 8 Jun 1977: Protokol Tambahan kepada Konvensyen Geneva 1949 yang berkaitan dengan perlindungan mangsa-mangsa konflik bersenjata bukan antarabangsa (Protocol Additional to the Geneva Conventions 1949, and relating to the Protection of Victims of Non-International Armed Conflicts). Artikel 16
Harta-benda warisan dan seni adalah mana-mana harta-benda boleh dialih atau tidak boleh dialih sangat penting kepada warisan budaya kepada semua seperti tugu peringatan, tapak akeologi, seni lukisan, buku atau bangunan yang mempunyai nilai warisan
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court ICC) diwujudkan melalui Statut Rom untuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Rome Statute of the International Criminal Court) Statut Rom yang bertarikh 17 Julai 1998 mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2002 setelah ditandatangani oleh 60 negara. ICC merupakan sebuah mahkamah tetap yang pertama, bebas dan berdasarkan triti ditubuhkan bagi membicarakan jenayah serius antarabangsa seperti penghapusan etnik, jenayah kemanusiaan dan jenayah perang Sebelum wujud ICC, biasanya diwujudkan tribunal bagi membicarakan jenayah perang. Tribunal ini diwujudkan berdasarkan keperluan dan untuk tempoh tertentu sahaja.
ICC tidak menggantikan sistem kehakiman sesebuah negara. Kes-kes yang dibawa ke ICC apabila kes tersebut tidak dapat dibicarakan atau tidak dibicarakan dengan adil melalui sistem kehakiman negara tersebut. ICC hanya membicarakan kes-kes yang amat serius sahaja Pihak pendakwaan (Prosecutor) ICC akan menyiasat kes-kes untuk dibicarakan berdasarkan: Negara-negara yang terlibat dengan ICC (ahli ICC) boleh mengemukakan situasi kes kepada pihak pendakwaan
Hanya melibatkan kes di dalam wilayah negara tersebut atau melibatkan warganya.
Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Security Council) boleh mengemukakan permintaan supaya siasatan dijalankan Pihak pendakwaan boleh menyiasat atas inisiatif sendiri (proprio motu) jika mendapat maklumat daripada sumber yang dipercayai
Kuasa ICC boleh membicarakan: Ketua negara, anggota kabinet, ahli parlimen, wakil rakyat yang dipilih dan pegawai awam Ketua atau komander tentera (boleh dibicarakan untuk jenayah yang dilakukan oleh individu yang berada di bawah kawalannya atau kuasanya). ICC tidak boleh membicarakan individu yang berumur di bawah 18 tahun sewaktu melakukan jenayah
Kredit
International Committee of Red Cross (ICRC) International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies(IFRC) Standing Commission of the Red Cross and Red Crescent Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM
BSMM Cabang UKM BSMM Cabang Tanjong Malim / Slim River BSMM Cabang Bandaraya Kota Kinabalu American Red Cross
Zuraini Zamri
Bunbe Semua yang secara langsung & tidak langsung menjayakan nota kuliah ini