Contoh KKG Geografi 2012

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 26

PADANG SERAI, SATU TINJAUAN GEOGRAFI

Saya tinggal di 881 Lorong Kenari 1/2B, Taman Kenari, Kulim, Kedah. Pekan Kulim merupakan satu lokasi yang strategik dan sedang pesat membangun di kawasan Kedah Selatan Terletak 15 km dari Bukit Mertajam, 62 km dari Sungai Petani dan 26km dari Kepala Batas Seberang Perai. Pertumbuhan penduduk di sini telah meningkat secara mendadak, ekoran pertumbuhan pesat sektor perumahan di kawasan berkenaan. Sehingga kini, taman-taman perumahan di sini telah mencecah 100,000 unit, manakala sektor perumahan desa turut berkembangan seiringan.

Secara umumnya, bentuk muka bumi kawasan Bandar Kulim

merupakan

kawasan tanah pamah rendah beralun diselangselikan dengan bukit-bukit kecil yang banyak terdapat di sini. Kawasan tanah pamah di sini mempunyai ketinggian antara 10 100 meter. Keadaan ini menunjukkan kawasan berkenaan merupakan tanah pamah yang rendah dan mempunyai beberapa kawasan berbukit rendah yang beralun. Hampir kebanyakan kawasan ini memperlihatkan bentuk muka bumi yang beralun. Kawasan bukit-bukit kecil yang rendah dan sederhana dapat dilihat di kawasan bahagian tenggara Bandar Kulim Dari segi tanah tanih pula, sebahagian besar daripada kawasan yang dikaji terdiri daripada tanih laterit, selebihnya tanah jenis gambut dan tanah berpasir. Tanah tanih tersebut sangat sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.

KAEDAH KAJIAN.

Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah saya gunakan semasa membuat Kajian Geografi PMR ini, iaitu: 1. Kajian Rujukan.

Sebelum memulakan kajian, saya dan ahli kumpulan perlulah membaca dan merujuk beberapa bahan rujukan terlebih dahulu. Antara bahan rujukan yang sesuai termasuklah buku teks, buku rujukan di perpustakaan, majalah, surat khabar atau melayari internet. Saya dan ahli kumpulan juga membuat rujukan dengan membaca dan mentafsir peta topo kawasan Padang Serai.Data-data dan maklumat yang dapat kami kumpulkan itu sangat berguna dalam kajian saya ini. Tanpa data dan buktibukti kukuh, kajian ini akan dianggap lemah. Jika ada masalah, saya dan rakanrakan sentiasa berbincang dengan guru geografi kami terlebih dahulu.

2. Kajian Pemerhatian Tinjauan.

Kajian Tinjauan Pemerhatian ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Ahli kumpulan saya tinggal di kawasan yang berasingan dan berjauhan; oleh itu, kami telah mengagih-agihkan supaya setiap ahli meninjau kawasan masing-masing bagi mendapat data dan maklumat. Setelah semua ahli dapat berkumpul semula, semua data dan maklumat tadi akan diproses dan ditapis oleh ahli-ahli kumpulan. Hanya maklumat yang paling sesuai yang akan dipilih oleh ahli kumpulan. Kami juga dapat merakamkan gambar kawasan yang ditinjau tersebut.

3. Kajian Temubual ( Temuramah ). Dalam menjalankan temubual tersebut, saya dan rakan kumpulan telah memilih beberapa orang respondent untuk temubual. Mereka telah diajukan beberapa soalan berhubung pelbagai perkara bagi mendapatkan pandangan mereka. Kesemua respondent memberi kerjasama yang baik dalam kajian ini. 4. Kaedah Kaji Selidik A) MERANCANG SOAL SELIDIK. 1. 2. 3. Soal selidik ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Seboleh-bolehnya setiap individu dapat mengumpulkan 20 responden. Para responden boleh terdiri daripada peniaga, pengunjung perniagaan atau pemimpin-pemimpin tempatan yang berpengaruh di lokasi berkenaan. 4. Para responden mestilah seorang yang matang dan mampu memberi respons secara terbuka dan bersikap rasional. ( umur 25 tahun ke atas ).

B) 5.

MENGUMPUL HASIL SOAL SELIDIK. Kumpulkan hasil dapatan soal selidik.6. Masukkan data yang terkumpul ke

dalam satu jadual induk.

C)

membina jadual berasaskan data terkumpul.7.

Bina satu jadual yang Jadual boleh dibina

mudah untuk data soal selidik yang telah dijalankan.8. menggunakan aplikasi microsoft excel.

D)

membina graf yang sesuai.9.

Berdasar jadual yang telah dikumpul

tersebut, bina satu graf dengan menggunakan kemudahan yang disediakan dalam excel berkenaan.

E)

menulis laporan.10. Sila salin ( copy ) jadual dan graf yang telah dihasilkan

di microsoft excel tersebut dan tampalkan ( paste ) ke dalam microsoft word, iaitu sambungan hasil dapatan kajian yang telah anda laksanakan.11. Tulislah laporan yang bersesuaian, berdasar data-data dan graf yang telah anda perolehi tersebut. Gunakan ayat yang ringkas, tepat dan bersesuaian dengan laporan kajian anda.

MENULIS HASIL DAPATAN KAJIAN: KONSEP PERNIAGAAN RUNCIT JENIS PASAR MALAM Saya memilih tajuk Perniagaan Runcit ( Perniagaan Pasar Malam ) di Kawasan .......... sebagai tema kerja kursus geografi PMR tahun ....... Hasil tinjauan yang saya dan rakan-rakan saya lakukan, aktiviti perniagaan runcit penjaja kecil memang terdapat di kawasan ...............

Antara lokasi yang dikenalpasti termasuklah: a) b) c) d) Pasar Malam Taman Selasih setiap hari selasa malam rabu. Pasar Malam Kelang Lama setiap hari khamis malam jumaat. Pasar malam Taman Saga setiap hari isnin malam selasa. Pasar Tani di Pekan Kulim setiap pagi jam 7.00 hingga 11.00 pagi.

PERNIAGAAN RUNCIT ( PERNIAGAAN PASAR MALAM ) Perniagaan runcit kategori penjaja kecil adalah kumpulan peruncit yang menjalankan aktiviti perniagaan barangan tanpa kedai atau premis yang tetap. Bentuk perniagaan adalah berskala kecil, barangan keperluan harian pengguna, berharga rendah mampu milik dan bercorak setempat. Hasil tinjauan yang dijalankan, aktiviti perniagaan runcit penjaja kecil memang terdapat di kawasan Bandar Kulim. Antara lokasi yang dikenalpasti termasuklah: a) b) c) d) Pasar Malam Taman Selasih setiap hari selasa malam rabu. Pasar Malam Kelang Lama setiap hari khamis malam jumaat. Pasar malam Taman Saga setiap hari isnin malam selasa. Pasar Tani di Pekan Kulim setiap pagi jam 7.00 hingga 11.00 pagi.

PERNIAGAAN RUNCIT ( PENJAJA KECIL ) Perniagaan runcit kategori penjaja kecil adalah kumpulan peruncit yang menjalankan aktiviti perniagaan barangan tanpa kedai atau premis yang tetap. Bentuk perniagaan adalah berskala kecil, barangan keperluan harian pengguna, berharga rendah mampu milik dan bercorak setempat.

KONSEP AKTIVITI PERNIAGAAN RUNCIT KATEGORI PENJAJA KECIL: 1. 2. tempatan. 3. 4. 5. 6. 7. buahbuahan dan barangan keperluan harian. Mendirikan gerai sementara atau menggunakan kenderaan beroda. Terdiri daripada penjaja menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Berbentuk milikan tunggal. Contoh aktiviti: jualan basah, jualan kering, makanan ringan, pakaian, Menjalankan aktiviti perniagaan tanpa premis tetap ( kedai ). Mempunyai lesen bagi menjalankan perniagaan dari pihak berkuasa

CIRI CIRI PERNIAGAAN RUNCIT KATEGORI PENJAJA KECIL.

1. a. b. c. d.

MODAL YANG KECIL. Wang simpanan peruncit sendiri. Atau Wang pinjaman daripada ahli keluarga / sahabat handai / bank. Cagaran harta tetap / harta mudah alih. Menggunakan modal institusi Tabung TEKUN / Amanah Ikhtiar.

2. a. b. c.

DIMILIKI SENDIRI ATAU BERKONGSI. Urusan perniagaan dikawal oleh pemilik sendiri. Memperoleh semua keuntungan selepas jualan. Cukai pendapatan yang dikenakan adalah rendah.

3. a. b. c. d. e.

MUDAH DITUBUHKAN. Tidak terdapat banyak peraturan dalam organisasi. Hanya memerlukan modal yang kecil. Perlu mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan. Mendapat lesen penjaja kecil daripada pihak berkuasa tempatan. Lulus pemeriksaan kesihatan dan kebersihan pegawai kesihatan.

4. a. b. c.

MUDAH DIURUS. Mudah diurus sendiri oleh pemilik perniagaan. Diuruskan / dikendalikan sendiri oleh pemilik dengan dibantu ahli keluarga. Bilangan pekerja bawahan adalah sedikit.

5. a. b. c.

PILIHAN LOKASI PERNIAGAAN YANG STRATEGIK / BERSESUAIAN. Menjalankan perniagaan di lokasi paling hampir dengan pelanggan. Pemilihan lokasi yang mempunyai banyak tarikan pelanggan. Pemilihan lokasi telah mengambil kira aspek kemudahan parkir, ciri-ciri

keselamatan dan keselesaan pelanggan.

6.

KOS OVERHEAD YANG MURAH.

a.

Bayaran sewa tapak perniagaan yang murah antara RM20 RM50 sahaja bagi satu-satu masa perniagaan.

b. c.

Tidak perlu menjelaskan cukai tanah atau premis perniagaan. Tidak memerlukan kos iklan yang tinggi.

KONSEP AKTIVITI PERNIAGAAN RUNCIT KATEGORI PENJAJA KECIL PASAR MALAM: 1. Menjalankan aktiviti perniagaan tanpa premis tetap ( kedai ).

2.

Mempunyai lesen bagi menjalankan perniagaan dari pihak berkuasa

tempatan. 3. Mendirikan gerai sementara atau menggunakan kenderaan beroda.

4.

Terdiri daripada penjaja menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

5.

Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

6.

Berbentuk milikan tunggal.

7.

Contoh aktiviti: jualan basah, jualan kering, makanan ringan, pakaian,

buah-buahan dan barangan keperluan harian. CIRI CIRI PERNIAGAAN RUNCIT KATEGORI PENJAJA KECIL PASAR MALAM.

1. a. b. c. d.

MODAL YANG KECIL. Wang simpanan peruncit sendiri. Atau Wang pinjaman daripada ahli keluarga / sahabat handai / bank. Cagaran harta tetap / harta mudah alih. Menggunakan modal institusi Tabung TEKUN / Amanah Ikhtiar.

2. a. b. c.

DIMILIKI SENDIRI ATAU BERKONGSI. Urusan perniagaan dikawal oleh pemilik sendiri. Memperoleh semua keuntungan selepas jualan. Cukai pendapatan yang dikenakan adalah rendah.

3. a. b. c. d. e.

MUDAH DITUBUHKAN. Tidak terdapat banyak peraturan dalam organisasi. Hanya memerlukan modal yang kecil. Perlu mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan. Mendapat lesen penjaja kecil daripada pihak berkuasa tempatan. Lulus pemeriksaan kesihatan dan kebersihan pegawai kesihatan.

4. a. b. c.

MUDAH DIURUS. Mudah diurus sendiri oleh pemilik perniagaan. Diuruskan / dikendalikan sendiri oleh pemilik dengan dibantu ahli keluarga. Bilangan pekerja bawahan adalah sedikit.

5.

PILIHAN LOKASI PERNIAGAAN YANG STRATEGIK / BERSESUAIAN.

a. b. c.

Menjalankan perniagaan di lokasi paling hampir dengan pelanggan. Pemilihan lokasi yang mempunyai banyak tarikan pelanggan. Pemilihan parkir, lokasi telah mengambil kira aspek kemudahan

ciri-ciri keselamatan dan keselesaan pelanggan.

6. a.

KOS OVERHEAD YANG MURAH. Bayaran sewa tapak perniagaan yang murah antara RM20 RM50 sahaja bagi satu-satu masa perniagaan.

b. c.

Tidak perlu menjelaskan cukai tanah atau premis perniagaan. Tidak memerlukan kos iklan yang tinggi.

JENIS-JENIS BARANGAN YANG DIJUAL DI PASAR MALAM / PAGI / PETANG / PASAR TANI:

Berdasar kajian yang dijalankan di 3 lokasi yang terpilih, data yang diperoleh adalah seperti berikut:

JENIS BARANGAN

BILANGAN GERAI PERNIAGAAN Taman TERLIBAT Taman Saga Pekan Kulim

Semarak Gerai barangan basah 1 daging / ayam / sayur-sayuran ) Gerai buah-buahan tempatan dan 2 buah-buahan import. Gerai makanan masak ( nasi/ 3 mee-bihun/laksa/ayam goreng) Gerai kueh-mueh. (apam balik / 4 murtabak /putu mayung/ kueh dll) Gerai pakaian / kain tudung / 5 6 7 8 9 pakaian bunder. Gerai barangan kering (ikan 6 kering/bawang dll) Gerai mainan kanak-kanak dan 3 aksesori. Gerai kasut / barangan plastik Gerai ubat tradisional serbaneka. FAKTOR-FAKTOR MENCEBURI PERNIAGAAN PASAR MALAM / PAGI / PETANG / PASAR TANI. ( sila tulis huraian ringkas bagi setiap isi utama ) 1. keluarga. 2. 3. Faktor merebut peluang dan dorongan kuat diri sendiri dan keluarga. Faktor sosio-ekonomi setempat yang menggalakkan aktiviti perniagaan ini Faktor desakan hidup dan keinginan untuk memperbaiki status ekonomi & gerai 2 1 4 2 1 4 4 2 5 4 2 4 6 3 6 10 6 10 6 3 8 (ikan / 12 4 8

dijalankan. 4. 5. Faktor kemudahan dan pemilihan lokasi perniagaan yang sesuai. Faktor bantuan kewangan dan bantuan politik yang diberikan.

ISU DAN MASALAH DALAM PERNIAGAAN PASAR MALAM / PAGI / PETANG / PASAR TANI.

1.

Para pengusaha gerai di Pasar Malam di sini diingatkan supaya lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di tapak perniagaan masing-masing serta tidak membuang atau melonggokkan sampah-sarap sesuka hati.

2.

Ketiadaan surau berdekatan kawasan pasar malam. Kebanyakan peniaga dan sebilangan pengunjung sukar menunaikan solat magrib kerana ketiadaan

kemudahan itu di kawasan berkenaan. Kemungkinan juga sesetengah peniaga tidak sempat menunaikan solat magrib memandangkan pada waktu itulah pengunjung paling ramai. 3. Masalah sampah dan pencemaran. Memandangkan aktiviti pasar yang kerap dalam seminggu, masalah pencemaran sampah sarap kerap berlaku. Sungguhpun pembersihan dilakukan setiap berakhirnya pasar, tetapi lebihan sampah itu sangat mengotorkan. Bau, terutama air ikan dan air kotoran dari sisa jualan tidak dapat dibersihkan sepenuhnya, menyebabkan tapak berkenaan hitam berminyak, berbau dan menjijikkan.

4.

Isu gangguan ahlong dan pemungut wang haram. Sesetengah peniaga menggunakan khidmat pinjaman Ahlong bagi membiayai perniagaan mereka.

Kerapkali

wakil-wakil

Ahlong

telah

bertindak

samseng

dan

mengancam

ketenteraman peniaga dan pengunjung. 5. Isu laluan utama terhalang. Kawasan pasar malam di Taman Semarak / Taman Selasih telah mengganggu urusan perniagaan di beberapa kedai dan sebuah pasaraya di deretan berkenaan. Laluan kereta ke pasaraya berkenaan telah terhalang dan kenderaan tidak dapat masuk. 6. Isu persaingan perniagaan dengan kedai-kedai runcit berdekatan. Kedai-kedai runcit mengadu bahawa aktiviti pasar malam telah mengganggu jualan mereka. Sesetengah barangan mereka tidak laris jualan dengan adanya alternative pembelian. 7. Kesesakan lalu lintas dan mengganggu ketenteraman penduduk. Pendudukpenduduk taman perumahan setempat juga terganggu lalu lintas dan keluar masuk. Aduan dari mereka sering diterima.

CONTOH BERITA RUJUKAN : (Bahan ini telah diubahsuai daripada sumber lain)

KULIM : Para pengusaha gerai di Pasar Malam di sini diingatkan supaya lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di tapak perniagaan masing-masing serta tidak membuang atau melonggokkan sampah-sarap sesuka hati. Exco Majlis Perbandaran Kulim, En. Ariffin Othman berkata, masalah sampah di tapak Pasar Malam itu bukan merupakan masalah baru, namun telah wujud sejak

beberapa tahun lalu walaupun pihak berkuasa tempatan ada menyediakan beberapa tong sampah besar di kawasan tersebut. Kita sedar akan masalah ini. Namun yang menghairankan adalah sikap para peniaga yang seolah-olah tidak mengendahkan soal kebersihan dengan

membiarkan sampah sarap bersepah di sekitar gerai mereka serta tidak menggunakan kemudahan tong sampah yang disediakan dengan sepenuhnya, ujar beliau. Tambahnya, walaupun pihak MPKK ada melantik kontraktor untuk memungut sampah di kawasan tersebut setiap kali waktu perniaga ditutup, namun mereka (peniaga) tidak harus menyerahkan tugas membersih kawasan perniagaan mereka bulat-bulat kepada kontraktor terbabit.

Seharusnya mereka sendiri lebih bersikap bertanggungjawab dalam membersih kawasan perniagaan masing-masing dan bukannya mengharapkan sepenuhnya pihak kontraktor terbabit, tegas beliau ketika dihubungi semalam.

Sehubungan itu, En. Ariffin meminta kerjasama para pengunjung Pasar Malam terbabit agar sama-sama menjaga kebersihan di tapak perniagaan tersebut dengan tidak membuat sampah sarap seperti bungkusan makanan dan minuman sesuka hati.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Peniaga Melayu Daerah Kulim, En. Ku Rashidi Ku Shaari ketika diminta mengulas masalah sama berkata, beliau telah menasihatkan para peniaga di Pasar Malam terbabit yang sebahagiannya

merupakan ahli persatuan supaya membersihkan kawasan perniagaan mereka selepas tamat waktu operasi.

Aspek kebersihan amat penting dan harus dititik-beratkan di semua premis perniagaan terutama yang berurusan dengan makanan dan minuman selain menjadi tumpuan orang awam yang datang untuk membeli-belah. Justeru, semua peniaga harus mengambil berat soal kebersihan di gerai mereka, ujarnya.

Pun begitu, katanya, tidak semua peniaga di kawasan terbabit yang bersikap sedemikian kerana ada segelintir peniaga turut dilihat membersihkan kawasan gerai mereka selepas tamat waktu perniagaan pada lewat malam. Sehubungan itu, MPKK memberi jaminan akan terus memantau situasi tersebut dari semasa ke semasa.

Pada hujung minggu yang lepas, saya dan rakan kumpulan berkesempatan meninjau ke tapak Pasar Malam tersebut selepas tamat waktu perniagaan, berasa amat terkilan dengan pemandangan yang begitu menjijikkan di tapak tersebut. Sepanjang tinjauan selama tiga jam di kawasan itu (selepas waktu perniagaan ditutup), tiada sebarang individu dilihat tampil membersihkan kawasan tersebut. Sampah sarap seperti bungkusan makanan dan minuman, sisa makanan dibiarkan berselerak tanpa dibersihkan terlebih dahulu oleh para pemilik gerai. Memburukkan keadaan tapak berkenaan terletak di tepi laluan utama yang sudah pasti boleh dilihat dengan jelas oleh orang yang lalu-lalang di jalan tersebut. Menurut seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Milah, pemandangan sebegini sudah menjadi kebiasaan sejak beberapa tahun lalu.

Sesetengah peniaga yang ada kesedaran sivik turut menyediakan tong sampah sendiri di kawasan gerai mereka, manakala yang lain lebih suka bersikap tak endah dan mencampak sampah sesuka hati, ujarnya. Sehubungan itu, beliau menggesa pihak MPKK melakukan se-suatu untuk mendidik peniaga yang tidak bertanggung-jawab demi menjaga tahap kebersihan dan imej keseluruhan peniaga di situ.

alangkah seronoknya kalau begini?

tetapi yang terjadi, begini...

CATATAN: Laporan Hasil Dapatan Kajian hendaklah diperkukuhkan dengan satu laporan kaji selidik. Lazimnya pelajar akan mencari 20 orang responden. Sediakan 1 set soalan kaji selidik dan minta kerjasama 20 responden tadi memberi respons kepada soalansoalan berbentuk Skala Likert. Responden memberi respons menggunakan kod yang ditetapkan.

Selepas semua data dapat dikumpulkan, bina satu jadual mudah bagi menerangkan data yang diperolehi. Pelajar juga digalakkan membina 2 jenis graf ( bahan grafik ) yang sesuai dengan jadual berkenaan.

KAJIAN SOAL SELIDIK

PENTING : Pelajar dikehendaki menjalankan kajian soal selidik terhadap kumpulan responden ( sekurang-kurangnya 20 orang ) bagi mendapat beberapa maklumat berkaitan perniagaan runcit ( jenis pasar bergerak). Sebahagian responden mestilah daripada kumpulan peniaga runcit, selebihnya adalah orang awam. 1. 2. 3. 4. Faktor/ sebab yang mendorong mereka menjalankan perniagaan. Jenis-jenis barangan yang diniagakan. Masalah / isu berkaitan perniagaan yang ditanggung/ dihadapi. Harapan dan langkah penambahbaikan untuk masa hadapan.

Pelajar perlu menyediakan 1 borang soal selidik. Sila dapatkan bimbingan daripada guru geografi anda bagi mendapat penerangan yang lebih jelas untuk membina borang soal selidik tersebut.

Pelajar boleh merujuk artikel di bawah sebagai panduan umum. Instrumen Kajian ( Bahan ini telah diubahsuai daripada sumber lain )

Sila rujuk sumber asal bagi mengetahui lebih terperinci.

Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah soal selidik. Soal selidik diedarkan kepada para responden untuk mendapatkan maklum balas yang boleh

memenuhi objektif kajian. Menurut Tuckman (1985), menerusi kaedah ini responden mudah memberikan kerjasama. Responden juga boleh memberi maklum balas yang baik kerana mereka dapat menyatakan pandangan dan penilaian mengikut kehendak soal selidik.

Soal selidik yang dihasilkan mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi 5 item yang berkaitan dengan biodata peniaga di pasar malam. Manalaka Bahagian B pula mengandungi 4 skop seperti di bawah: 1. malam? 2. malam? 3. Adakah pengalaman di sekolah mendorong peniaga untuk berniaga di Adakah faktor pendapatan mendorong peniaga untuk berniaga di pasar Adakah pengaruh keluarga mendorong peniaga untuk berniaga di pasar

pasar malam? 4. Adakah pengalaman dalam menyertai latihan mendorong peniaga untuk

berniaga di pasar malam?

Dalam Bahagian B, pengkaji telah menggunakan Skala Likert untuk mengukur maklum balas responden. Menurut Mohd Najid Ghafar (1999), soalan skala kadar menggunakan kaedah Likert membolehkan responden berpeluang memilih jawapan dari satu kontinum. Beliau turut menyatakan bahawa menggunakan Kaedah Likert adalah sesuai kerana a) Soal selidik lebih mudah ditadbir setelah dibina dengan baik.

b) c) d)

Data yang banyak lebih mudah untuk didapatkan. Maklumat yang diperolehi daripada responden mudah dianalisis. Responden lebih mudah dan berani untuk memberikan tindak balas terhadap aspek dikaji.

Mohd Zahari (1997), Skala Likert memberi peluang yang lebih luas kepada responden untuk memilih jawapan yang lebih tepat. Pemeringkatan Likert digunakan disebabkan skala ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi sehingga 85%. Skala Likert mengandungi lima nilai skor yang perlu dijawab oleh responden bagi setiap item. Responden perlu menyatakan peringkat persetujuan atau peringkat tidak setuju terhadap pernyataan yang diberi, skor yang diberikan bagi setiap pernyataan.

RUMUSAN DAPATAN ITEM KAJIAN

Jadual 3 : Keputusan Keseluruhan Bagi Setiap Faktor Dalam Purata Peratusan Jadual 3 menunjukkan keputusan keseluruhan bagi setiap aspek kajian dalam peratusan. Daripada tiga aspek yang dikaji, faktor hasil pendapatan mencapai purata peratusan yang tertinggi, iaitu 87.89% (setuju) dan diikuti dengan pengaruh keluarga 80.73% (setuju). Manakala pengalaman di sekolah mencapai peratusan yang paling rendah, iaitu 15.51%.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor hasil pendapatan merupakan faktor yang agak penting di mana purata peratus yang diperolehi ialah 87.89%. Oleh itu, penyelidik berpendapat bahawa hasil pendapatan merupakan faktor yang agak penting dalam mendorong responden untuk berniaga di pasar malam.

Bagi pengalaman latihan dan kursus pula, bilangan responden yang pernah menghadiri kursus atau latihan adalah seramai 18 orang. Daripada responden yang dikaji, dengan kata lain responden yang pernah menghadiri kursus atau latihan, 82.41% setuju bahawa pengalaman dalam menyertai latihan dan kursus mendorong mereka berniaga di pasar malam.

RUMUSAN KAJIAN

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mendorong peniaga pasar malam untuk berniaga di pasar malam Taman Semarak, Kulim, Kedah. Soal selidik diedarkan kepada para responden untuk mendapatkan maklum balas yang boleh memenuhi objektif kajian. Soal selidik dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A yang mengenai biodata diri responden dan bahagian B mempunyai item-item soalan berdasarkan empat soalan kajian yang dikaji.

Jawapan responden mengikut Skala Likert iaitu dari amat tidak setuju hingga amat setuju. Data yang telah dikumpul kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan keputusan terhadap kajian yang dijalankan. Penganalisaan maklumat adalah dibuat secara menggunakan Microsoft Excell bagi mendapatkan peratusan untuk setiap item. Semua item bagi setiap soalan kajian kemudiannya dikumpulkan dan dikirakan

purata peratusan keseluruhannya. Dari peratusan yang didapati, dapat dinyatakan pengaruh setiap faktor kepada peniaga yang dikaji.

Dapatan kajian menunjukkan lebih daripada separuh responden adalah peniaga lelaki. Kebanyakan responden mempunyai ahli keluarga yang membantu mereka dalam menjalankan dan menguruskan perniagaan mereka. Hampir separuh daripada responden berumur antara 41 hingga 45 tahun dan bertaraf pendidikan SRP atau PMR.

Secara keseluruhannya, hasil dapatan soalan kajian 1 menunjukkan majoriti responden setuju bahawapengaruh keluarga mendorong mereka untuk berniaga di pasar malam. Item yang mempunyai peratusan yang tertinggi ialah item 6, iaitu kebanyakan responden setuju bahawa keluarga mereka mengambil berat tentang perniagaan mereka. Item 1 mempunyai peratusan yang terendah jika dibandingkan dengan item lain, iaitu hampir separuh daripada responden setuju bahawa pengalaman membantu keluarga dalam menjalankan perniagaan mereka mendorong mereka untuk berniaga.

Hasil dapatan keseluruhan soalan kajian 2 menunjukkan majoriti responden setuju bahawa faktor pendapatan mendorong mereka untuk berniaga di pasar

malam. Faktor ini mencapai peratusan yang paling tinggi berbanding dengan 3 faktor yang lain. Item yang mendapat peratusan yang tertinggi ialah item 11, iaitu majoriti responden setuju bahawa pendapatan yang boleh menjamin kehidupan peniaga

mendorong mereka untuk berniaga. Item 9 menunjukkan peratusan yang terendah, iaitu mereka berniaga apabila melihat orang lain mendapat pendapatan yang tinggi dalam perniagaan mereka.

Secara keseluruhannya, soalan kajian 3 menunjukkan majoriti responden tidak setuju bahawa pengalaman di sekolah mendorong mereka untuk berniaga di pasar malam. Pengalaman di sekolah ini merupakan faktor yang paling lemah dalam mendorong peniaga untuk berniaga di pasar malam. Dengan kata lain, pengalaman di sekolah bukan faktor yang mendorong peniaga untuk berniaga di pasar malam. Item 16 mencapai peratusan yang tertinggi, majoriti responden yang dikaji tidak setuju bahawa penglibatan mereka dalam persatuan keusahawanan semasa di sekolah mendorong mereka untuk berniaga di pasar malam. Item 20 mencapai peratusan yang terendah, iaitu lebih daripada separuh responden tidak setuju bahawa mereka menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam perniagaan mereka.

Responden yang pernah menghadiri kursus atau latihan adalah 19.6% daripada responden yang dikaji, iaitu 18 orang daripada 92 orang. Secara keseluruhan, hasil kajian soalan kajian 4 menunjukkan secara puratanya majoriti responden yang pernah menghadiri kursus setuju bahawa pengalaman dalam menyertai kursus atau latihan mendorong mereka berniaga di pasar malam.

Semua responden setuju dengan item kursus yang dihadiri oleh mereka dapat membina keyakinan mereka, membantu mereka dalam menguruskan perniagaan dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang yang berkenaan. Manakala

item

, merupakan item yang mendapat peratusan yang terendah, iaitu kurang

daripada 30 % responden yang setuju bahawa setelah mereka menghadiri kursus, mereka mula berminat untuk menubuhkan perniagaan mereka.

BIMBINGAN MENJALANKAN KAJIAN GEOGRAFI UNTUK KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR

BAGAIMANA

MENJALANKAN

KAEDAH

KAJI

SELIDIK

GEOGRAFI?

A)

MERANCANG SOAL SELIDIK.1. atau berkumpulan.2.

Soal selidik ini boleh dijalankan secara setiap individu dapat

individu

Seboleh-bolehnya

mengumpulkan 20 responden.3.

Para responden boleh terdiri daripada peniaga,

pengunjung perniagaan atau pemimpin-pemimpin tempatan yang berpengaruh di lokasi berkenaan.4. Para responden mestilah seorang yang matang dan mampu

memberi respons secara terbuka dan bersikap rasional. ( umur 25 tahun ke atas ).

B)

MENGUMPUL HASIL SOAL SELIDIK.5. Masukkan data yang

Kumpulkan hasil dapatan soal satu jadual induk.

selidik.6.

terkumpul ke dalam

C)

MEMBINA JADUAL BERASASKAN DATA TERKUMPUL.7.

Bina satu jadual Jadual boleh dibina Excel.

yang mudah untuk data soal selidik yang telah dijalankan.8. menggunakan aplikasi Microsoft

D)

MEMBINA GRAF YANG SESUAI.9.

Berdasar jadual yang telah dikumpul

tersebut, bina satu graf dengan menggunakan kemudahan yang disediakan dalam Excel berkenaan.

E)

MENULIS LAPORAN.10. Sila salin ( copy ) jadual dan graf yang telah

dihasilkan di Microsoft Excel tersebut dan tampalkan ( paste ) ke dalam Microsoft Word, iaitu sambungan Hasil Dapatan Kajian yang telah anda

laksanakan.11. Tulislah laporan yang bersesuaian, berdasar data-data dan graf yang telah anda perolehi tersebut. Gunakan ayat yang ringkas, tepat dan bersesuaian dengan laporan kajian anda.

CONTOH SOALAN KAJI SELIDIK

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

nyatakan POSKOD DAN ALAMAT LENGKAP . No. tel Sekolah: Tarikh: 16 MAC, 2012

Tuan / Puan / Saudara / Saudari,

SOAL SELIDIK KAJIAN GEOGRAFI PMR

Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan / Puan / Encik / Cik telah terpilih untuk satu projek Kajian Geografi. Adalah diharapkan agar pihak tuan / puan dapat memberi kerjasama sepenuhnya Terima kasih atas kesudian tuan / puan untuk menjawab soal selidik ini

Maklumat am responden: Jantina : ...... Bangsa/kaum: . Lingkungan umur:

Tuan

Puan

diminta

memberi

pandangan

masing-masing

berdasar

soalan/penyataan yang disediakan. Sila tandakan [P] bagi mana-mana pilihan jawapan di bawah menggunakan Nilai Skala Likert 1,2,3,4,dan 5 seperti yang disediakan di bawah ini. Nilai Skala Likert: setuju 3=tidak pasti 4=bersetuju 1=sangat tidak bersetuju 2=tidak

5=sangat bersetuju.

[ Soalan berikut adalah cadangan penulis sahaja. Pelajar boleh membina soalan lain yang bersesuaian dengan persekitaran tempat anda.] Bil PENYATAAN 1 1 Lokasi perniagaan runcit di sini adalah sangat sesuai dan strategik. 2 Pelbagai barangan keperluan harian pengguna memang terdapat di gerai-gerai jualan di sini. 3 Kawasan perniagaan runcit ini adalah selamat daripada aliran lalu lintas di sini. 4 Jumlah gerai yang disediakan adalah 2 3 4 5

mencukupi bagi menampung permintaan para pembeli.

5 Barangan yang dijual di sini adalah berkualiti dan dijanjikan jaminan jika berlaku kerosakan. 6 Para peniaga di sini sentiasa nengutamakan keselamatan dan kebersihan. 7 Para peniaga di sini memberi layanan khidmat mesra kepada para pembeli. 8 Peniaga-peniaga runcit di sini berpakaian

sopan dan sentiasa memastikan etika jual-beli dipatuhi. 9 Selepas menjalankan perniagaan, peniagapeniaga di sini memperolehi keuntungan

perniagaan yang memuaskan. 10 Kawasan perniagaan runcit di sini bebas daripada pengaruh anasir luar, dadah,

kumpulan samseng dan kegiatan ahlong.

Terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan.

SELAMAT MENCUBA.

SERAIDAMAI.

MENULIS HASIL DAPATAN KAJIAN TARIKH PENYERAHAN KERJA KURSUS

You might also like