Kimpalan Gas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Kimpalan ialah mencantum dua kepingan logam sama ada dengan melebur atau tidak melebur dengan menggunakan

haba. Kimpalan yang digunakan melebihi takat suhu lebur dan logam itu melebur dikenali kimpalan lebur. Kimpalan yang tidak melebihi takat suhu lebur, tetapi menghampiri hingga logam itu mula berfungsi sebagai plastik disebut kimpalan tidak lebur. Keluli lembut melebur pada suhu 1400C. Logam yang mempunyai takat lebur rendah boleh dikimpal dan dilebur pada suhu yang lebih rendah. Berikut adalah contoh suhu takat lebur nagi setiap keluli. Keluli 327C, aluminium 850C hingga 1000C, loyang 900C-1020C,gangsa 960C, perak 960C dan kuprum 108

Tajuk: Mengimpal sambungan tindih @ lekap

Sambungan kembi Tee Meloyang TUJUAN @ OBJEKTIF 1.Boleh mengimpal sambungan tindih, sambungan kembi T dan meloyangdengan betul dan baik. 2.Mengetahui cara cara mengimpal tindih, sambungan kembi T dan meloyang pada plat 50mm x 100mm x 1.5mm 3.Mengetahui langkah langkah keselamatan semasa menjalankan kerja kimpalan tindih, sambungan T dan meloyang

.Kelengkapan kimpalan gas oksigen dan gas asetilena. 2. Gogle 3. Berus dawai 4.Glove / sarung tangan 5. Pakaian keselamatan 6.Logam penambah ( mild steel) 7.Logam penambah jenis loyang . 8.Pemetik bunga api ( spark lighter ) 9. 6 keping plat keluli lembut dan 1 keping plat tembaga berukuran 50mm x 100mm x 1.5mm 10.Bahan lakur / fluks 11.playar / penyepit logam 12.muncung sumpitan

angan nyalakan kimpla arka pada selinder gas. Jangan membuat kimpalan pada bahan yang mudah terbakar. Jangan mengimpal bekas bekas yang mengandungi bahan pembakaran. Jangan mengimpal dalam ruang yang terkurung tanpa alat pernafasan. Jangan memengang bahan kimpalan yang masih panas. Jangan halakan nyalaan api pada hos oksigen dan asetilena

Pastikan sambungan pada setiap peralatan kimpalan gas disambung dengan ketat dan baik. Jangan menggunakan mancis untuk menyalakan sumpitan api Mestilah memakai pakaian keselamatan seperti gogal, sarung tangan, safety boot dan baju keselamatan

LANGKAH KESELAMATAN DIBENGKEL BAGI PELAJAR Bengkel kawasan terhad,pelajar tidak boleh masuk tanpa

kebenaran pensyarah. Peralatan bengkel tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran pensyarah. Peralatan bengkel yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ketempat asal. Semua peralatan bengkel hanya boleh digunakan atas panduan dan arahan pensyarah.

Senua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. Ujukaji tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan pensyarah. Setiap kerosakan, pecah atau kemalangan perlu dulaporkan dengan segera kepada pensyarah atau staf yang berada dibengkel. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam bengkel.

Bengkel hendaklah kemas dan bersih selepas setiap waktu digunakan. Sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam sinki tetapi hendaklah dibuang didalam tong sampah yang disediakan. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam bengkel atau bilik persediaan.

Bersihkan kedua dua kepingan plat keluli lembut yang berukuran 50mm x 100mm x 1.5mm denagan menggunakan berus dawai. 2.Buka injap gas oksigen dan asetilena. 3.Laraskan nyalaan api oksi asetilena sehingga mendapat nyalaan yang sesuai iaitu nyalaan pertengahan. 4.Plat disusun diatas meja secara bertindih dengan kedudukan logam yang diletakkan di setengah bahagian yang sama atas kedua dua logam di bawahnya 5.Lakukan kimpal paku di kedua dua hujung plat logam.

6.Lakukan kimpalan gas dengan mencairkan kedua dua plat logam sehingga menjadi satu sambungan yang kuat. 7.Bersihkan plat logam setelah selesai proses kimpalan sambungan tindih dengan menggunakan berus dawai Bersihkan kedua dua kepingan plat keluli lembut yang berukuran 50mm x 100mm x 1.5mm dengan menggunakan berus dawai. 2.Buka injap gas oksigen dan asetilena. 3.Laraskan nyalaan api oksi asetilena sehingga mendapat nyalaan api yang sesuai iaitu nyalaan api pertengahan.

4.Letakkan satu plat keluli diatas meja dan satu lagi didirikan mengikut panjang logam yang dibaringkan itu, pada sudut 90 diatas logam tersebut. 5.Lakukan kimpal paku di kedua dua hujung plat logam tersebut. 6.Lakukan proses kimpalan sambungan kembi T pada sudut sumpitan 60 mengarah ke hujung logam sambungan pada keadaan melintang. 7.Kedua dua plat logam hendaklah dicairkan pada satu masa yang sama untuk mendapatkan andoh kimpalan , barulah dibubuh rod

penambah. 8.Gerakakan sumpitan api hendaklah sekata untuk mendapatkan kumai yang baik

1.Bersihkan kedua dua kepingan plat keluli lembut yang berukuran 50mm x 100mm x 1.5mm dengan menggunakan berus dawai. 2.Buka injap hos oksigen dan asetilena.

3.Laraskan nyalaan api oksi asetilena sehingga mendapat nyalaan api yang sesuai iaitu nyalaan api pertengahan. 4.Letakkan kedua dua plat keluli yang telah dibersihkan di atas meja dengan kedudukan logam yang satu diatas logam yang satu lagi. Kedudukan logam yang diatas terletak disetengah bahagian yanga sama atas kedua dua logam di bawahnya. 5.Lakukan kimpal paku dikedua dua hujung plat tersebut. 6.Lakukan proses meloyang dengan memanaskan kedua dua kepingan plat logam sehingga merah. Setelah merah bubuhkan rod meloyang yang telah disalut dengan bahan lakur keatas logam tersebut. 7.Loyang yang dihasilkan mestilah cair bukan berbiji biji. LANGKAH LANGKAH MENGHIDUPKAN SUMPITAN API 1.Pastikan sumpitan diketatkan dengan sempurna

2.Pakai pakaian bengkel yang sempurna 3.Tentukan injap-injap pada sumpitan ditutup. Kemidian laraskan alatur untuk mendapatkan tekanan gas yang sesuai. 4.Buka injap asetilena pusingan dan nyalakan dengan menggunakan pemetik api. 5.Setelah api dinyalakan buka injap asetilena dengan keseluruhannya. 6.Kemudian buka injap oksigen secara perlahan lahan sehingga memperolehi nyalaan apineutral. 7.Dengan hujung sumpitan dalam keadaan menyala laraskan api kepada nyalaan neutral dan tekan tuas pancutan oksigen beberapa kali untuk menyasuaikan nyalaan. 8.Untuk memadamkan nyalaan , Lepaska tuas tutup injap asetilena dahulu dan diikuti dengan injap oksigen. PERBINCANGAN 1.Semasa proses mengimpal, letupadam dan nyalabalas sering berlaku.

2.Sudut sumpitan api semasa mengimpal tidak sekata. 3.Kelajuan pergerakan tangan tidak stabil dan sekata. 4.Muncung sumpitan api cepat tersumbat. 5.Logam belumbetul- betul panas. KESIM PULAN 1. Pelajar dapat menggunakan nyalaan yang sesuai bagi setiap kerja kimpalan yang di jalankan. 2.Setelah menjalani beberapa proses kimpalan, pelajar memperoleh pelbagai ilmu untuk mengimpal dengan baik dan sempurna. 3.Untuk mendapatkan kumai yang baik, pergerakan tangan hendaklah sekata, nyalaan api yang betul dan logam mestilah bersih daripada karat. 4.Pelajar dapat mempraktik segala langkah keselamatan semasa menjalakan kerja amali di bengkel kejuruteraan am

You might also like