Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEJARAH GAMELAN TERENGGANU

Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di Pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Pada hari ini,istilah gong dianggap lebih sinonim dengan gamelan di Bali,Lombok,Jawa pada lewat abad ke-18. Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan telah diperkenalkan di Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah bersama isteri kedua Sultan Muadzam Shah,Che Bedah telah meningkatkan muzik gamelan.Pada 1913, Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah .Mereka telah membawa gamelan ke Terengganu. Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan.Oleh sebab itu,pada 1915 set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah, Terengganu. Beliau telah melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain dan menari tarian gamelan. Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih para penari di Terengganu.Usaha tersebut telah dibimbing oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri. Selain itu En Wan Mohd, En.Wan Ahmad dan En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang telah bersama-sama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga tahun 1936, sultan dan permaisuri berjaya memiliki set gamelan sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu". Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan akibat zaman penaklukan Jepun,1941 serta kemangkatan Sultan Sulaiman pada tahun 1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama dua orang bekas penarinya, Cik Adnan Abdul. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan telah dipamerkan.

Asal-usul gamelan Gamelan adalah salah satu genre muzik yang amat popular di dunia. Ia dikatakan berasal dari kepulauan Jawa dan Bali di Indonesia. Gamelan sendiri berasal daripada perkataan Jawa Gaml yang bermaksud pukul atau tabuh. Ia bersempena dengan kebanyakan peralatan muzik atau Ricik dari jenis pukulan.

Muzik Gamelan menjelaskan kepercayaan dan perasaan yang mendalam terhadap kehidupan dalam masyarakat Indonesia. Ia selalu dikaitkan dengan upacara ritual kelahiran, perkahwinan dan kematian. Di kampung-kampung Gamelan dimainkan di berandar khas berbentuk 4 segi di hadapan rumah. Berbeza dengan Gamelan yang dimainkan di istana, Gamelan yang dimainkan di kampung adalah lebih mudah ianya dibuat daripada logam tembaga, kayu dan buluh sahaja.

Secara tradisionalnya Gemalan dimainkan oleh lelaki sahaja. Ianya dimainkan secara berkumpulan, dan tidak ada seorang pun pemain yang kelihatan menonjol dalam sesuatu persembahan. Gamelan diturunkan ke generasi berikutnya dengan cara peniruan dan ingatan sahaja. Namun hari ini teknik pengajaran yang lebih sistematik telah diwujudkan, antaranya dengan penulisan notasi menggunakan huruf dan nombor-nombor sebagai panduan pemain. Namun begitu notasi seperti ini tidak melambangkan bunyi sebenar kerana apa yang dicatat hanyalah melodi asas sahaja. Ianya perlu dianalisis oleh pemain terlebih dahulu sebelum dimainkan. Notasi tersebut perlu dianalisis kerana setiap alat dimainkan secara berbeza diantara satu sama lain.

Alat muzik Gamelan dibuat dalam satu set. Ini menyebabkan tiada keselarasan diantara satu set gemelan dengan set gamelan yang lain dari segi picnya.

Gamelan di Malaysia Terdapat 2 jenis gamelan yang terkenal iaitu Gamelan Johor dan Gamelan Terengganu. Kedua-dua gamelan ini berasal dari Jawa Indonesia. Gamelan Johor lebih dekat dengan gamelan asal yang terdapat di Jawa Indonesia. Ia didatangkan bersama penghijrahan kaum Jawa di Indonesia pada abad Ke-14 dan Ke-15. Gamelan Jawa ini terkenal di Johor dan Selangor dimana penempatan kaum Jawa berada. Gamelan Terengganu dikaitkan dengan muzik istana. Pada mulanya ia dibawa masuk ke Pahang selepas perkahwinan Raja Ahmad (Pahang) pada 1811 dengan puteri dari kerajaan Riau Lingga. Permaisuri Raja Ahmad, membawa set alat dan pemain gamelan dan ia kemudiannya menjadi terkenal di istana Pahang. Gamelan di Pahang menjadi malap selepas kematyian Sultan Ahmad. Puteri Sultan Ahmad membawa gamelan ke Terengganu apabila berkahwin dengan Tengku Zainal Abidin Terengganu. Sejak itu ia menjadi terkenal dan dimainkan dalam istana sahaja. Tahun 1970an Tan Sri Mubin Shepperd, berjaya membawa keluar muzik ini untuk menjadi muzik yang diterima oleh rakyat kebanyakan. Sejak itu gamelan ini mengalami banyak perubahan dan ianya lebih bercirikan Melayu dan akhirnya juga dikenali sebagai Gamelan Melayu.

Jenis-jenis gamelan Gamelan Melayu asalnya bertujuan untuk hiburan eksklusif Diraja serta mengiringi majlis-majlis tertentu istana dan tergolong sebagai 'Royal Regalia". Namun kini gamelan berubah fungsi sebagai salah satu alat dalam pelajaran subjek Muzik, mengiringi majlis-majlis rasmi seperti konvokesyen IPT, perkahwinan atau persembahan kepada para pelancong.Terdapat pelbagai jenis set gamelan,antaranya ialah: Gamelan Jawa Gamelan Bali

Gamelan Sunda Gamelan Banyuwangi Gamelan Kromong Gamelan Amerika(American Gamelan)

You might also like