Faktor Masalah Perpaduan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya masalah perpaduan kaum.

i) Masyarakat Ibu bapa di Malaysia boleh memilih sama ada mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan. Tiadak ada sesiapa yang boleh memaksa atau menghalang mereka dalam membuat keputusan. Bagi rakyat yang peka kepada aspirasi dan identiti nasional, sudah tentu sekolah kebangsaan menjadi institusi pendidikan anak-anak. Bagaimanapun, apa yang kita lihat sekarang, terdapat ramai di kalangan ibu bapa kaum Cina dan India lebih berminat menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan bahasa ibunda masing-masing. Lama-kelamaan,ianya akan menjadi suatu gejala negatif di dalam masyarakat. Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkan masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain, mengakibatkan satu suasana segrasi dengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya. Dalam konteks ini, masyarakat harus peka dengan keadaan dan situasi yang berlaku. Tindakan perlu diambil bersama-sama untuk menjamin keharmonian sebuah negara. ii) Pihak Sekolah Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen dalam menyatupadukan rakyat. Selepas tercetusnya peristiwa berdarah pada 31 Mei 1969, sekolah aliran Inggeris telah ditukar kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu. Ianya bukan sahaja untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi juga cuba memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui penggunaan satu bahasa. Namun begitu, sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar bukan Melayu masih terus kekal bagi menjaga identiti kaum Cina dan India. Sehingga kini, kita masih lagi berhadapan dengan kekangan untuk memupuk integrasi nasional di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun di peringkat sekolah menengah, kaum Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain sama-sama mengikuti pembelajaran, tidak wujud semangat kekitaan yang menyeluruh. Masih wujud budaya prejudis dan stereotaip. Budaya ini berlanjutan hingga ke universiti di mana pelajar Melayu hanya bercampur dengan pelajar Melayu, manakala pelajar lain terus bersama kaumnya.Jadi, tidak hairan jika kita terus mendapati bahawa sehingga kini pengasingan kaum ini masih terus lagi wujud. iii) Media massa Pengaruh yang sangat mudah meresapi jiwa rakyat adalah media massa seperti televisyen, radio dan surat khabar. Elemen ini sepatutnya memainkan yang

besar dalam menyatupadukan rakyat yang berbagai kaum ini. Didapati setiap kaum lebih suka kepada rancangan atau program televisyen dan radio yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Begitu juga dengan akhbarakhbar yang dijual, permintaannya juga mengikut komposisi penduduk di mana setiap kaum cenderung memilih versi bahasa ibunda. Baru-baru ini akhbar mengetengahkan secara besar-besaran tentang tuntutan Tindakan Jawatankuasa Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) terhadap 83 perkara yang kononnya dibuat atas dasar kepentingan perpaduan dan kemajuan negara... sedangkan sebahagian besar daripada tuntutan itu jelas menyentuh hak dan keistimewaan orang Melayu. Ianya satu contoh tindakan ekstrem yang tidak patut dilakukan. Ianya telah mencetuskan bibit-bibit perbalahan yang membimbangkan. Ekoran daripada itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengemukakan pula tuntutan terbuka 100 perkara kepada kerajaan dan menganjurkan Perhimpunan Suara Rakyat di beberapa tempat di seluruh negara sebagai bantahan kepada tutututan Suqiu itu. 5. Definisi Mobiliti Sosial Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat mobiliti sosial. Ianya berkait rapat dengan stratifikasi sosial. Mobiliti sosial bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara kedudukan yang berbeza dalam hiraki stratifikasi sosial masyarakat. Mobiliti sosial boleh berlaku secara menegak iaitu pergerakan ke atas atau ke bawah dalam hiraki. Mobiliti mendatar pula ialah pergerakan dalam kelas sosial yang sama. Mobiliti sosial boleh berlaku dalam satu generasi atau antara generasi berlainan. Pada hari ini, kedudukan kelas dan pekerjaan selalu menjadi pengukur mobiliti sosial. Peranan pendidikan sebagai alat mobiliti sosial menegak sebelum kemerdekaan sangat terhad. Dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengekalkan struktur stratifikasi masyarakat di mana anak-anak setiap kaum masih meneruskan pekerjaan ibu bapa mereka. Ibu bapa Melayu sebenarnya tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Peruntukan Inggeris kepada sekolah-sekolah Melayu sangat kurang jika dibandingkan kepada sekolahsekolah Inggeris. Ini menyebabkan ramai anak-anak Melayu tidak bersekolah. Ini adalah selaras dengan dasar-dasar Inggeris mahu menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani seperti ibu bapa mereka. Keadaan yang sama juga berlaku kepada kaum India. Jika mereka tamat bersekolah pun, kebanyakan peluang adalah untuk menjadi buruh-buruh di jabatan kerajaan seperti di Jabatan Kerja Raya manakala selebihnya meneruskan kerja-kerja di ladang. Mereka yang bersekolah Cina, mobiliti

sosial adalah terhad di lengkaran komuniti Cina sendiri kerana tiada peluang bagi mereka bekerja dengan pihak kerajaan British. Oleh itu, pada keseluruhannya lebih banyak mobiliti mendatar berlaku. Selepas kemerdekaan, peluang-peluang untuk mobiliti sosial memang nampak ketara. Adalah diakui, Malaysia telah mengalami pembangunan ekonomi yang pesat semenjak kemerdekaan. Rakyat tempatan telah mengambil alih perananperanan yang dahulunya dipegang oleh pegawai-pegawai Inggeris. Di sektor swasta, pertumbuhan perdagangan dan perindustrian yang pesat memerlukan pekerja-pekerja profesional, eksekutif, pengkeranian,pekerja mahir dan separa mahir, operator-operator pengeluaran dan buruh-buruh am lain. Sememangnya pendidikan menjadi asas dalam mobiliti sosial masyarakat Malaysia kerana kerjaya yang baik selalunya dikaitkan dengan pendidikan tinggi. 6. Menganalisis Isu Berdasarkan Tiga Konsep Sosiologi 6.1 Mobiliti Sosial Sekolah yang berbagai aliran sebenarnya terus menjadikan suatu bentuk mobiliti sosial yang berbagai rupa. Sememangnya walaupun selepas kemerdekaan, negara menuju kearah kemajuan ekonomi, pengenalan kaum mengikut sektor pekerjaan masih lagi tidak banyak berubah. Asas pembelajaran di peringkat rendah jauh berbeza di mana masing-masing menggunakan pendekatan sosio-ekonomi turun-temurun seperti kaum Melayu dengan sawahnya, kaum India dengan ladangnya dan kaum Cina dengan perniagaannya. Ini secara tidak langsung akan mengasingkan kelompok kaum dari satu generasi ke satu generasi. Keterasingan dalam sistem pendidikan membuatkan para pelajar terus menebal dengan semangat kebangsaan masing-masing. Pergaulan dan juga persefahaman antara kaum juga begitu terbatas di kalangan pelajar. Keterbatasan ini bukan sahaja di sekolah, malahan dalam kehidupan seharian. Ruang kehidupan yang terbatas ini akhirnya mencipta suatu identiti tersendiri yang sangat berbeza. Sehingga kini didapati mobiliti mendatar lebih banyak berlaku. Harapan untuk melihat persefahaman antara kaum melalui sektor pekerjaan yang sama tidak mencapai kejayaan yang memberangsangkan. Semangat kekitaan dalam satu masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem persekolahan yang menggabung terus ketiga-tiga aliran ini menjadi satu dapat direalisasikan. 6.2 Pendidikan dan Hubungan Etnik Etnik bermaksud kumpulan manusia atau bangsa . Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latarbelakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai kesamaan dari segi

sejarah,negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang rapat. Kumpulan etnik sememangnya membantu mengekalkan pertalian kumpulan dan mengukuhkan kedudukan etnik berkenaan dalam masyarakat. Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum telah menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal. Sungguhpun di peringkat menengah, murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang beraliran Bahasa Melayu, dapat dilihat dengan jelas tiga kelompok kaum yang berasingan antara satu sama lain. Merujuk kepada peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan juga kuota memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), ianya memang memihak kepada kaum bumiputera. Namun begitu, kini timbul rasa tidak puas hati kaum lain terhadap keutamaman yang diberikan ini. Isu ini amatlah sensitif kerana ianya menyentuh hak-hak keistimewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan. Kesannya amat berbahaya kepada perpaduan kaum di Malaysia. 6.3 Reformasi Pendidikan Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem persekolahan sehingga akhir tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama. Pertamanya, pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Kedua, pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiga, pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum. Sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus diperjuangkan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan. Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas di antara mereka, secara tidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. Jika perkara ini dapat dipraktikkan, maka masalah semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanamkan semangat perkauman dari awal lagi. Fenomena ini jugalah yang terjadi kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). 7. Cadangan Dan Kesimpulan Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan rakyat. Di negara kita, selepas tercetusnya peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Abdul Rahman Yaakoub telah mengarahkan penukaran

sekolah aliran Inggeris kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu yang bermula pada tahun 1970. Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh birlah dari rebungnya. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka. Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di negara ini menggunakan satu sistem berbanding pellbagai aliran ketika ini. Ia akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat bahasa ibunda kaum lain seperti yang dibimbangi selama ini. RUJUKAN Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim: Thinker's Library Sdn. Bhd. Mohd Salleh Lebar, 1998. Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Selangor Nurin Enterprise. Mohd. Salleh Lebar, 1992. Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Quantum Books. Berita Harian, 21hb Dis. 2001. Sekolah Satu Aliran Pupuk Perpaduan. Dewan Masyarakat, Jun 2001. Sekolah Satu Aliran Wajar Dilaksanakan.

You might also like