Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEJARAH TULISAN JAWI DI BRUNEI Tulisan jawi merupakan tulisan warisan bangsa Melayu sejak dahulu ini.

Kemunculannya secara langsung dengan kedatangan Agama Islam ke Nusantara. Ia telah digunakan dengan terutamanya dalam kitab-kitab ternama Agama Islam. Ianya berasal dari Tulisan Arab dan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan jawi merupakan tulisan asal dalam sejarah perkembangan bangsa Melayu. Menurut Sejarah, boleh dikatakan bahawa abad ke-15 hingga ke-18 tulisan jawi menjadi nadi kepada perkembangan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam kerana tulisan jawi bukan sahaja digunakan dalam urusan agama, tetapi juga sebagai tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan dan perhubungan dengan Negara-negara lain. Sebagai contoh, dalam abad ke-15 dan ke-16, semua persuratan kerajaan Brunei yang dikirim kepada kerajaan Sepanyol di Manila, Filipina, ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi. Surat-surat kerajaan Sepanyol yang dikirim kepada kerajaan Brunei pula dituliskan dalam bahasa Melayu kerana kerajaan Brunei tidak akan menerima surat yang ditulis lain daripada bahasa Melayu. PERKEMBANGAN TULISAN JAWI: Sebetulnya, kurang jelas tentang peranan sebenar yang dimainkan oleh tulisan jawi sejak awal-awal itu (disebabkan kekurangan bukti-bukti bertulis), akan tetapi daripada beberapa bukti tinggalan zaman-zaman selepas itu dapatlah digambarkan dan dibuat tafsiran bahawa tulisan jawi sejak kedatangan Islam ke negeri ini telah mempengaruhi kehidupan orang-orang Brunei dengan begitu berkesan sekali. Pengaruh dan peranan tulisan jawi itu tidaklah terbatas, baik dari peringkat kemasyarakatan mahupun dari aspek-aspek kehidupan seperti politik, ekonomi dan sosial. Secara umum tulisan jawi mempengaruhi dua peringkat sosial, iaitu peringkat perseorangan atau rakyat biasa dan peringkat atasan atau pemerintah. Diperingkat perseorangan tulisan jawi digunakan sebagai media bagi menyalurkan perasaan, pandangan, kehendak, kritik, ilmu dan ingatan seseorang. Unsur-unsur ini dijelmakan dalam tulisan-tulisan berbentuk sastera, catitan, surat, amanat, batu nisan dan sebagainya.

Itu mengenai perkembangannya secara umum. Seterusnya mari kita melihat pula perkembangannya dengan keadaan sekarang. Sebenarnya tulisan jawi hanya diajarkan sepenuhnya di sekolah-sekolah agama. semua buku teks agama, nota, dan sebagainya, termasuk kertas soalan peperiksaan serta jawapannya dimestikan menggunakan tulisan jawi. Peranan sekolah-sekolah agama amat penting kerana institusi itu membolehkan pelajar-pelajar menguasai tulisan jawi. Para ulama dan guru agama menyokong kuat tulisan jawi digunakan di sekolah-sekolah agama kerana tulisan jawi dapat mengungkapkan istilah-istilah agama dengan tepat, sedangkan tulisan Rumi, jika digunakan, boleh mengelirukan dari segi sebutannya yang juga membawa kepada makna lain. Dengan tulisan jawi, para ulama dan guru agama dapat menyusun kitabkitab agama atau menterjemahkan kitab-kitab agama daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Dari itu, dapatlah dikatakan bahawa sekolah agama berperanan penting untuk mempertahankan tulisan jawi daripada mengalami kemalapan terus dalam arus pendidikan moden yang keseluruhan mata pelajarannya menggunakan tulisan rumi. CABARAN TULISAN JAWI MASA KINI: Kedudukan pelajaran jawi sebagai salah satu mata pelajaran yang tersendiri adalah sama statusnya dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun pelajaran jawi kemudiannya diserapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Di peringkat sekolah menengah pula, mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam tidak memestikan penggunaan tulisan jawi dalam buku-buku, menjawab soalan-soalan dan nota-nota pelajaran. Tulisan jawi hanya digunakan untuk menulis ayat-ayat Al-Quran Al-Karim dan Hadis. Bahkan kadang-kadang digunakan tulisan rumi untuk mengeja bunyi-bunyi sebutan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis tersebut. Walau bagaimana pun, dengan tertubuhnya sekolah-sekolah Arab dan Agama, tulisan jawi digunakan sebagai sistem bahasa pengantar dalam pengajaran, penulisan dan lain-lain. Tulisan jawi bagi semua negara melayu disinonimkan sebagai tulisan Agama Islam. Hal ini terjadi kerana kitab Al-Quran dan Hadis semuanya dalam tulisan jawi-Arab. Orang Melayu mampu membaca dan mengeja serta menghayati Al-Quran dan Hadis dengan tulisan tersebut. Dapat dikatakan bahawa penganut Agama Islam yang tidak mengetahui banyak tentang tulisan jawi, mereka tidak dapat menghayati dan

membacanya dengan baik. Tidak salah kalau dikatakan bahawa seseorang yang buta jawi (penulisan, pembacaan) juga buta Al-Quran Al-Karim. Masyarakat Melayu madani sekarang banyak menyimpang dari ajaran-ajaran Agama kerana Al-Quran dan Hadis sudah mula direnggangkan. Soal maruah bangsa dan Agama sudah mula diabaikan. Kebudayaan berlandaskan Agama Islam yang telah diwarisi sejak dahulu lagi dianggap kuno. Senario negative ini dapat dilihat dengan jelas pada masa kini. Golongan remaja mula mendekatkan diri dengan budaya kuning dan menjauhkan diri dalam hal-hal keagamaan. Gejala-gejala sosial dikalangan remaja sudah semakin membimbangkan. Soal halal dan haram sudah mula dianggap remehtemeh. Penyalahgunaan Dadah, Lepak, Sumbang Mahram dan Tangkap Basah menjadi berita yang sensasi dalam media elektronik dan media cetak. Gejala ini berlaku ramai golongan muda tidak mendampingi Al-Quran Al-Karim dan ternyata masyarakat madani kini memerlukan kemahiran menggunakan tulisan jawi agar agar apa yang tersirat dan tersurat di dalam tulisan jawi itu betul-betul difahami dan dapat dimanfaatkan untuk kepentingan bersama dalam membentuk sebuah masyarakat yang menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna. KESIMPULAN: Selain berfungsi memaparkan identiti agama dan bangsa, tulisan jawi juga secara praktis diperlukan bagi kehidupan beragama Islam dan keperluan menimba pengetahuan tentang Agama Islam. Tulisan jawi tidak dapat dipisahkan dengan Islam dan tidak boleh juga direnggangkan dengan budaya melayu. Malah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku ketua Agama Islam sering memperingatkan rakyat dan penduduk negara ini akan kepentingan tulisan jawi, malah baginda sendiri memberikan perhatian dan sokongan langsung terhadap penggunaan tulisan jawi. Perkara ini dapat kita lihat dalam titah baginda Di Istiadat Menghadap dan Menggunakan Bintang-Bintang Kebesaran Sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-42 tahun di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman pada 15 Julai 1988, Baginda bertitah, antaranya:

Dalam pada ini, beta ingin mengingatkan usaha ke arah mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara tidak akan diabaikan. Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat dan penduduk di negara ini mengamalkan bahasa Melayu terutama dalam urusan-urusan rasmi menurut peraturan yang ditetapkan termasuklah juga meningkatkan penggunaan tulisan jawi.

You might also like