Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

http://pkpm.blogspot.com/2005/02/alat-pemadam-api.

html

ALAT PEMADAM API


ALAT PEMADAM API (FIRE EXTINGUISHER) Asas Pengenalan Adalah satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal. (fire aid firefighter) Dikendalikan secara manual Mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas api KELAS-KELAS API DAN MEDIA PEMADAMANNYA KELAS API BAHAN MEDIA PEMADAMAN KELAS A (Api pepejal) solid fire - Api kayu - Api kertas - Api Sampah - Api kain Air & Debu kering KELAS B (Api Cecair) Liquid Fire - Api Minyak - Api Cat - Api Varnish Buih, Debu kering dan Varpourising liquid

KELAS C (Api Wap dan Gas) gas &Stim Fire - Butana - Propane - Oxy acetalane - Gas (LPG) Debu kering, Karbon Dioksida (Co2) & Varpourising liquid KELAS D (Api Logam) Matel Fire - Potaosium - Sodium - Kalsium - Magnesium Soda Ash, Pasir, Debu Kering & Matel serta Powder Api Elektrik Kebakaran ini tidak termasuk dalam kelaas-kelas api dan boleh dipadam dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai. Debu Kering, Karbon Dioksida &Varpourising liquid ALAT PEMADAM API JENIS AIR Kandungan Air Biasa 9 Liter Jarak Pancutan 20 25 Jangkamasa Pancutan 60 120 Saat

KEBAIKAN KEBURUKAN - Mudah dikendalikan - Boleh mengawal/memadam apai di peringkat awal - Cecair yang digunakan tidak merbahaya - Hanya sekali digunakan - Tidak sesuai memadam kebakaran alat elektrik dan logam - Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku - Tidak boleh mengawal dan memadam kebakaran yang besar ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING (DRY POWDER) Kandungan - Sodium bikarbonat 97% - Magnesium stearote 11/2% - Magnesium karbonat 1% - Trikalsium karbonat % Jarak Pancutan 15 20 Jangkamasa Pancutan 2 Minit KEBAIKAN KEBURUKAN - Mudah dan senang dikendalikan - Boleh mengawal / memadam api kelas A,B,C dan sungguh berkesan - Pemadamannya lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis Co2 dan BCF - Pengeluaran (pancutan) boleh dikawal di Release Handle. - Hanya boleh sekli sahaja. - Debunya mendatangkan kerosakan pada bahan-bahan tertentu seperti enjin kereta,

bahan makanan dll - Tidak boleh memadam api logam - Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku Perhatian Penempatan alat-alat pemadaman api hendaklah diletakkan pada tempat yang boleh dilihat dan digantung supaya alat ini tidak rosak pada tabung dan juga isi kandungannya Pemeriksaan 1. Hendaklah diperiksa setiap bulan 2. Pastikan preasure guage pada tabung menunjukan kandungan penuh (hijau penuh & merah kosong). Sekiranya berlaku kekurangan tekanan udara hendaklah dihantar ke agen servis ALAT PEMADAM API JENIS GAS (Co2 & BCF) Kandungan - dalam tabung diisi dengan Co2 dalam bentuk cecair dalam tekanan. - Mempunyai ukuran antara 2 hingga 5 ibs beratnya. Jarak pancutan 8 ke 12 dan perkembangan nisbahnya ialah 1:450 Jangkamasa pancutan 8 hingga ke 30 saat KEBAIKAN KEBURUKAN - Mudah dikendalikan - Boleh mengawal/memadam kebakaran diperingkat awal dan berkesan - Gasnya bersih tidak membantu kebakaran - Gasnya tidak mengalirkan elektrik - Boleh menembusi tempat-tempat permukaan kecil

- Hanya sekali digunakan - Keberatan silindernya tidak sepadan dengan kandungan gas, berat 5.3 kg tetapi Cuma 2.2 kg sahaja. - Kandungan gas tidak dapat dilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk mengelakan kekurangan daripada 10% - Tidak sesuai memadam kebakaran api jenis A,B &D - Tidak boleh mengawal kebakaran yang sudah besar ALAT PEMADAM API JENIS BUIH (Foam) Sesuai untuk memadam api kelas B dan peranannya menyelimut dan menurunkan suhu dibawah suhu nyalaan (menyejukkan). Kandungan - Terdapat 2 tabung - Tabung dalam (Alauminium Sulphate) - Tabung luar (Sodium Bikarbonate / Stabilizer) Jarak Pancutan Lebih kurang 20 Jangkamasa Pancutan 30 hingga ke 90 saat.

KEBAIKAN KEBURUKAN - Mudah dikendalikan - Buih boleh menutup permukaan cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu kebakaran - Tidak terganggu daripada tiupan angin - Boleh mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal dengan berkesan. - Hanya sekali digunakan

- Tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D - Sekiranya percampuran bahan kimia tidak betul, buihnya tidak dapat memadam kebakaran dengan berkesan - Tidak sesuai digunakan dengan alat memadam api jenis dry powder kerana powder akan memecahkan buih. CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API Terdapat pelbagai jenis serta saiz alat pemadam api. Cara penggunaan atau pengendaliannya adalah seperti berikut:1. Pilih jenis alat pemadam api yang sesuai 2. Ikut arah angin semasa menggunakannya 3. Praktikkan penggunaan kaedah PASS KAEDAH/ SISTEM P.A.S.S P Pull Tarik / cabut pin keselamtan A Aim Arahkan nozel ke arah punca api S Squeeze Tekan pemegang leverdimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar S Sweep Layangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman

http://meltingpot.fortunecity.com/research/533/pertolongan_cemas.html

PERTOLONGAN CEMAS / BANTU MULA


Definisi: Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital. Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

1. 2. 3. 4.

Menyelamatakan nyawa Mengurangkan kesakitan Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:

1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.

2. 3.

Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya

sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.

4.

Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Tindakan serta merta pertolongan cemas:

1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.

2. 3. 4.

Memberikan rawatan renjatan dengan segera. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula: Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll. Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

5. 6. 7. 8. 9.

Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D] Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R] Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A] Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B] Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas


Luka/Pendarahan 1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku] 2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka 3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE. 4. 5. Tenangkan mangsa. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

Keracunan Tanda-tanda:

10. maklumat dari mangsa 11. mangsa sakit dengan tiba-tiba 12. kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir 13. anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.

Rawatan: 1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tandatanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah. 2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.

3. 4.

Segera hubungi hospital Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau

Terkejut Tanda-tanda:

14. badan berpeluh 15. pucat 16. rasa nak pengsan 17. resah 18. nafas kerap tapi tipis 19. kadar nadi bertambah tapi lemah

Rawatan 20. Baringkan mangsa 21. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga 22. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery' 23. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan 24. Selimutkan jika suhu badan menurun 25. Segera hantar ke hospital

Terbakar Klasifikasi terbakar 1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja a. Kemerah-merahan atau hilang warna b. bengkak sedikit dan rasa sakit c. cepat sembuh

2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf a. merah b. ada tanda-tanda gelembung [blisters] c. bengkak yang nyata [beberapa hari] d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak. 3. Third Degree a. kerosakan tisu lebih dalam b. kemusnahan pada lapisan kulit luar c. tisu-tisu dalam dapat dilihat. Important!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanakkanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital Rawatan 26. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk 27. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih 28. baringkan mangsa 29. jangan gerakkan bahagian yang terbakar 30. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar 31. hantar segera ke hospital

Melecur Rawatan 32. sejukkan dengan air sejuk 33. jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian 34. rawat seperti mangsa terbakar

Kejutan Elektrik 35. putuskan hubungan elektrik 36. periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti 37. rawat bagi terbakar jika ada

Terseliuh [dislocation] Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut. Rawatan: RICE 38. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest] 39. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice] 40. Balut tempat yang cedera [Compression] 41. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation] 42. Hantar ke hospital Ketegangan Otot Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak. Rawatan: RICE Terkehel Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut. Rawatan: 1. Berikan rawatan renjatan. 2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat

asal. 3. Jangan lakukan banyak pergerakan. 4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera. 5. Hantar segera ke hospital.

You might also like