Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Perniagaan Runcit Di Setia Alam: Kajian Kes Perniagaan Pasar Malam Di Seksyen U13, Setia Alam.

Nama: Afiq Mifzal Hariz bin A.M. Halim Tingkatan: F 3S Sekolah: Sekolah Sri Tenby Angka Giliran: BH582N003


(Tandatangan Guru) (Tandatangan Murid)

Senarai Kandungan
Perkara/Butiran Muka Surat

Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Penghargaan

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan juga ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Dengan bantuan, dorongan dan tunjuk ajar mereka membolehkan saya menjalankan kerja kursus ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih ditujukan kepada pengetua sekolah saya iaitu Puan Lee Mei Ling kerana telah membenarkan saya menjalankan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran Geografi saya iaitu Puan Norihan binti Tajudin yang telah memberikan bimbingan sepanjang saya menjalankan kerja kursus ini. Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu A.M. Halim bin Arshad dan Fatimah binti Mat Noor yang telah membantu saya dari segi kewangan dan masa. Tidak dilupakan penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan saya yang telah membantu saya iaitu Chin Yu Zheng, Jason Choo Ting Hung dan Kaveenesh Robert. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang telah memberikan saya maklumat tentang kawasan Shah Alam.

Pendahuluan

Saya Afiq Mifzal Hariz bin A.M. Halim serta tiga lagi ahli kumpulan saya iaitu Chin Yu Zheng, Jason Choo Ting Hung dan Kavceenesh Robert telah memilih tajuk Perniagaan Runcit. Kami telah memilih tajuk ini kerana terdapat sebuah pasar malam yang berdekatan dengan sekolah kami. Jarak pasar malam itu dengan sekolah kami dianggarkan hanya kira-kira 5km. Kerja kursus ini akan dijalankan selama tiga bulan iaitu dari bulan Februari hingga bulan Mei. Tempoh masa yang diberikan amat mencukupi.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

(a) Menyatakan konsep dan jenis perniagaan runcit, (b) Menyatakan kepentingan perniagaan runcit, (c) Menyatakan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit, (d) Menyatakan kesan negatif perniagaan runcit, (e) Menyatakan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit, (f) Menyatakan penerapan nilai moral atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Kawasan Kajian

Setia Alam merupakan sebuah bandar yang telah dibuka pada tahun 2003 oleh syarikat SP Setia Berhad. Setia Alam dahulunya dikenali sebagai Hartanah Tinggi Utara yang dimiliki oleh syarikat See Hoy Chuan Group. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut akhirnya telah menjual tanah tersebut kepada SP Setia Berhad. Dari segi keluasan pula, Setia Alam mempunyai keluasan seluas 2500 ekar atau 10km2 tanah. Setia Alam terletak di dalam daerah Shah Alam. Kawasan ini terdapat pandang darat fizikal seperti bukit-bukau dan hutan simpan. Setia Alam mempunyai banyak kawasan perumahan seperti Setia Dagang, Setia Eco-Park, Setia Impian, Setia Sky City, Tanah Perumahan Setia, Tanah Perumahan Setia Damai dan sebagainya. Jumlah penduduk di Setia Alam dianggarkan seramai 20,000 orang. Jarak Setia Alam dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Persekutuan Kuala Lumpur mengambil masa selama 45 minit. Terdapat perniagaan pasar malam di sini yang dikenali sebagai Pasar Malam Setia Alam yang terkenal kerana pasar malam itu merupakan pasar malam yang terpanjang di Malaysia. Pasar malam tersebut juga mempunyai pelbagai barangan dan makanan yang boleh menarik ramai pengunjung.

Peta Daerah

Kaedah Kajian

(a) Pemerhatian: Saya telah membuat pemerhatian semasa saya berada di pasar malam itu, (b) Soal Selidik: Saya telah memberi borang soal selidik kepada peniaga yang berniaga di pasar malam tersebut, (c) Rujukan: Saya telah membuat rujukan di Internet dan juga pada surat khabar.

Dapatan Kajian
6.1 Konsep Dan Jenis Perniagaan Runcit Di Kawasan Kajian

Saya telah melawat Pasar Malam Setia Alam yang terletak di Jalan Setia Prima U13/A, Setia Alam, 40170, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Anggaran jarak pasar malam itu ialah 2.4km. Jenis perniagaan runcit di Setia Alam ialah pasar malam. Konsepnya adalah dengan menjual berbagai-bagai barang. Barang-barang yang dijual di situ adalah seperti makanan barat, makanan timur, barang-barang elektronik, pakaian dan banyak lagi. Ramai pengunjung yang melawat ke situ untuk membeli barang-barang keperluan harian.

6.2 Kepentingan Perniagaan Runcit Di Kawasan Kajian

Berdasarkan pemerhatian dan soal selidik, saya mendapati kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian adalah seperti yang berikut:

(a) Menyediakan peluang pekerjaan Pembukaan pasar malam di Setia Alam telah menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

(b) Meningkatkan taraf hidup dan pendapatan Peluang pekerjaan yang diberikan kepada orang ramai akan meningkatkan taraf hidup dan pendapatan seseorang. Disebabkan pasar malam itu dijalankan pada hujung minggu, ramai penduduk boleh mengambil peluang pekerjaan.

(c) Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan Pasar malam di Setia Alam memudahkan penduduk di Setia Alam membeli barangan keperluan harian kerana pasar malam itu yang berdekatan dengan kebanyakan kawasan perumahan serta harga yang murah dan berpatutan.

(d) Memudahkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan Pasar malam di Setia Alam juga memudahkan penduduk tempatan menjual barangan-barangan dengan mudah tanpa perlu pergi ke pasar malam yang jauh.

(e) Menyediakan barangan segar Terdapat pelbagai barangan atau makanan serta sayur-sayuran yang segar.

(f) Menjimat kos pengguna dan peniaga

Pengguna dapat menjimat kos perbelanjaan kerana barangan-barangan yang dijual oleh peniaga-peniaga di Setia Alam tidak sebegitu mahal.

6.3 Faktor Yang Mempengaruhi Perniagaan Runcit Di Kawasan Kajian

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian. Antaranya adalah seperti yang berikut:

(a) Modal Perniagaan runcit di pasar malam tidak memerlukan modal yang banyak untuk menjalankan perniagaan di situ. Peniaga tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk menjalankan sesuatu perniagaan dan mereka hanya perlu mempamerkan barangan-barangan jualan di atas meja.

(b) Pasaran tempatan Peniaga-peniaga yang menjual makanan seperti Nasi Lemak, Nasi Ayam atau Roti Canai dapat menarik pengunjung ke gerai mereka. Penduduk pula ditawarkan dengan pelbagai jenis makanan.

(c) Pertambahan penduduk Penduduk di Setia Alam semakin meningkat dan hal ini menyebabkan permintaan di pasar malam juga meningkat. Saya mendapati bahawa makanan seperti Nasi Lemak, Nasi Ayam dan Roti Canai selalu laris di pasaran.

(d) Peningkatan taraf hidup

Peningkatan taraf hidup membolehkan penduduk-penduduk yang bertaraf tinggi membeli pelbagai barangan dengan banyak berbanding dengan pendudukpenduduk yang bertaraf rendah.

6.4 Kesan Negatif Perniagaan Runcit Di Kawasan Kajian

Terdapat beberapa kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajia Antaranya adalah seperti yang berikut:

(a) Persaingan dengan kedai runcit tempatan Walaupun pasar malam ini hanya dijalankan pada hujung minggu, namun masih adanya berlaku persaingan di antara peniaga-peniaga pasar malam dan peniagapeniagaeo runcit. Justeru, peniaga-peniaga runcit perlu menarik perhatian sebanyak pengguna yang mereka boleh untuk mengaut keuntungan.

(b) Pencemaran Pencemaran berlaku kerana terdapat banyak kereta yang mengeluarkan asap di pasar malam itu. Ini menyebabkan peniaga-peniaga dan pengguna-pengguna berasa tidak selesa untuk ke pasar malam tersebut. Selain itu, terdapat juga banyak sampah di sekitar pasar malam selepas perniagaan pasar malam telah habis.

(c) Kesesakan lalu lintas Kesesakan lalu lintas berlaku kerana perniagaan runcit yang dijalankan menghalang jalan-jalan utama. Selain itu, kenderaan-kenderaan yang diletakkan untuk ke pasar malam itu juga menghalang jalan-jalan utama.

(d) Barangan tidak berkualiti

Kebanyakan barangan-barangan yang dijual di pasar malam itu tidak mempunyai kualiti yang tinggi atau tidak bermutu tinggi. Walaupun harga yang diletakaan pada sesuatu barang itu murah, namun ia tidak mungkin akan bertahan dengan lama.

6.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif

Terdapat beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan negatif. Anataranya adalah seperti yang berikut:

(a) Kuatkuasa undang-undang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu menguatkuasakan undangundang agar tiada seorang peniaga pun yang akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

(b) Menyediakan kemudahan asas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu menyediakan kemudahan asas dengan banyak supaya pengunjung-pengunjung di pasar malam itu berasa selesa untuk membeli barangan-barangan di pasar malam tersebut.

(c) Pengawalan harga Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu mengawal harga di pasar malam itu supaya tiada seorang pengunjung pun yang tertipu dengan harga yang mahal.

Soalan Berkenaan Pasar Malam

Kelebihan Ke Pasar Malam 1. Pelbagai Makanan 2. Murah/Berpatutan 3. Memudahkan Pembelian 4. Sayur, Ikan Dan Buah Segar 23 17 3 5 92% 68% 12% 20%

Kelebihan Ke Pasar Malam


25 20 15 10 5 0 Kelebihan Ke Pasar Malam

Kelebihan Ke Pasar Malam

Pelbagai Makanan Murah/Berpatutan Memudahkan Pembelian Sayur, Ikan Dan Buah Segar

Rumusan
Apa yang telah dapat saya rumuskan tentang perniagaan pasar malam di Setia Alam ialah pasar malam ini dapat menarik pelanggan kerana menjual baranganbarangan dengan harga yang berpatutan. Buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan-ikan juga dijual dengan segar. Namun begitu, perniagaan pasar malam ini juga terdapat kesan-kesan negatif seperti kesesakan lalu lintas, barangan yang tidak berkualiti dan sebagainya. Justeru, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta penduduk-penduduk tempatan perlulah bersatu-padu supaya kesan-kesan negatif yang berlaku dapat ditangani.

Lampiran

Rujukan
Buku: Abdul Rahim Md. Nor, 2009. Geografi Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Cerdik Publications Sdn. Bhd. Internet: http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2012/02/19/contoh-panduan-kerja-kursusgeografi-pmr-2012/ http://www.smkpuchongutama1.com/geografi/contoh-jawapan-kerja-kursus-geografipmr-2012

You might also like