Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 25

ISI KANDUNGAN

Perkara

Muka Surat

HALAMAN TAJUK

1.0 PENGENALAN

2.0 KONSEP

2.1 Konsep Transformasi

2.2 Konsep Kurikulum

3.0 ISU-ISU BERHUBUNG TRANSFORMASI KURIKULUM

4.0

MASALAH-MASALAH

DALAM

MELAKSANAKAN TRANSFORMASI

KURIKULUM 9

5.0 CABARAN DALAM MELAKSANAKAN TRANFORMASI KURIKULUM 13

6.0 RUMUSAN

18

BIBLIOGRAFI

19

TAJUK:

MERANCANG

TRANSFORMASI

KURIKULUM

SEKOLAH

SECARA KRITIS

DAN KREATIF: ISU, MASALAH DAN CABARAN

Dapatkan artikel lain yang berkaitan di: www.kulanzsalleh.com

1.0 PENGENALAN Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga

melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Ini adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya ia merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan bermakna mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat. Ini kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan

kepada proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut. Bahkan sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara, kurikulum pendidikan di abad ke-21, masyarakat dunia telah melalui satu lagi fasa penganjakan juga turut

mengalami berbagai-bagai transformasi atau perubahan. Kini setelah memasuki alaf baru paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep tempatan kepada ekonomi antarabangsa; hierarki kepada konsep jaringan; pendek ekonomi kepada dan perancangan jangka

perancangan jangka panjang (Mumtaz Begam dan rakan-rakan, 2002).

2.0 KONSEP 2.1 Konsep Transformasi Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "transformasi" bermaksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan. Dalam erti kata yang lain, ia merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain, berbeza daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna. Justeru transformasi juga boleh disebut sebagai satu bentuk perubahan. Terdapat pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan. Mengikut Jaafar Muhamad (1999), dalam keadaan biasa perubahan diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru. Sementara Stoner (1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001) mentakrifkan perubahan sebagai proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun tidak. Pertukaran situasi ini boleh berlaku terhadap empat aspek iaitu struktur organisasi, produk atau perkhidmatan, teknologi dan manusia. Keadaan yang sedia wujud digelar status quo. Status quo inilah yang akan bertukar kepada bentuk situasi yang baru. Mumtaz Begam dan rakan-rakan (2002) pula melihat perubahan sebagai suatu bentuk

peralihan daripada satu dimensi yang dapat diramalkan kepada dimensi yang lebih baik atau lebih sesuai dengan persekitaran sesuatu masyarakat. Perubahan ini mungkin berlaku dari beberapa aspek seperti perubahan falsafah, arah haluan, gerak tuju dan sistem.

2.2 Konsep Kurikulum Istilah kurikulum masih menjadi kekeliruan di kalangan pengamal pendidikan dan sering diertikan sebagai isi kandungan atau sukatan pelajaran yang perlu diajar bukannya produk atau proses seperti yang disarankan oleh Caswell & Campbell (1935 dalam Glatthorn, 1987). Kurikulum juga ditakrifkan sebagai pelajaran yang formal dan pelajaran yang tidak formal (Hargreaves dalam Hansen et al., 2002). Pelajaran yang formal termasuklah (1) kurikulum yang yang dirancang dan dihasratkan (matlamat dan rancangan yang ditetapkan oleh kementerian), (2) kurikulum yang dilaksanakan (berkaitan dengan cara bagaimana guru menterjemahkan kurikulum yang dihasratkan kepada amalan, aktiviti dan susunan) dan (3) kurikulum yang tercapai atau yang diterima, yakni apa yang pelajar sebenarnya capai

melalui pengalaman pendidikan (Martin & Kelly, 1998 dan Mayer, et el., 2000; Kelly, 1999). Manakala pelajaran yang tidak formal merujuk kepada kurikulum terpendam yakni pendidikan secara tidak langsung yang berlaku apabila pelajar belajar mengenai kuasa, pujian dan manusia (Hargreaves dalam Hansen et al., 2002). Apa yang pelajar terima merupakan hasil sampingan (by-product) daripada perancangan dan amalan guru (Kelly, 1999). Justeru itu, menurut Kelly, guru harus sedar dan bertanggungjawab dipelajari oleh pelajar melalui kurikulum tersembunyi. Ringkasnya, konsep kurikulum sekolah adalah sangat luas dan merangkumi bukan setakat isi kandungan atau pun sukatan pelajaran tetapi juga segala proses pembelajaran yang berlaku sama ada secara formal atau tidak formal yang boleh memberi pelbagai isi pengalaman dan impak kepada minda, emosi dan rohani pelajar di samping mempengaruhi masa depan pelajar. Amalan pengajaran dan pembelajaran ini amat mempengaruhi kandungan dan kemahiran yang akan disampaikan kepada mahupun diterima oleh pelajar. terhadap apa yang

3.0 ISU-ISU BERHUBUNG TRANSFORMASI KURIKULUM Tranformasi dalam kurikulum merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian adakalanya oleh pentadbir pendidikan. Walau bagaimanapun, pengurus pendidikan terpaksa berhadapan dengan beberapa isu yang berhubungkait dengan proses

transformasi tersebut. Antaranya sistem pendidikan Malaysia yang bersifat berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan. Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri. Sebagai contohnya, Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah menjadi satu dasar yang wajib dilaksanakan di sekolah. Guru tiada pilihan melainkan datang menghadiri kursus dalaman EteMS yang disertai guru selama tiga minggu atau terpaksa mengajar subjek lain. Akhirnya guru yang mempunyai kemahiran bertahun-tahun mengajar mata pelajaran tersebut tidak dapat melaksanakan pengajaran tersebut kerana bermasalah dengan penguasaan bahasa Inggeris. Situasi yang sama juga berlaku apabila program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

diperkenalkan. Guru mata pelajaran bahasa Malaysia dan subjek teras lain terpaksa bertungkus lumus memberi perhatian kepada pelajar yang terlibat dalam program berkenaan. Guru juga terpaksa membahagikan masa antara mengajar murid kelas perdana dan murid program KIA2M selain daripada terpaksa mengikuti kursus- kursus dalaman yang berkaitan dengan program berkenaan. Bagaimanapun, baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan program tersebut, akhirnya ia dimansuhkan dan digantikan dengan program Literacy and Numeracy Screening (LINUS). Maka sekali lagi guru-guru terlibat terpaksa pula bermula dari awal. Apa yang jelas, banyak masa guru diambil untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu program berbanding masa untuk melaksanakannya. Transformasi dalam kurikulum juga turut melibatkan sikap dan pemikiran guru. Persoalannya, sejauh manakah guru mempunyai pemikiran dan sikap yang positif terhadap sebarang usaha inovasi yang dirancang dan sejauh manakah dasar-dasar yang digubal dapat dihayati dan dilaksanakan oleh pengamal pendidikan yakni guru dalam bilik darjah? Kurikulum Bersepadu Sekolah. Sebagai contoh, Jika konsep dan objektifnya dapat dihayati, mengapakah

objektif KBSR untuk membasmi buta huruf itu tidak tercapai selepas 10 tahun pelaksanaannya? Begitu juga dengan pedagogi bestari yang diperkenalkan mulai tahun 2000 yang mengutarakan pelbagai kaedah pengajaran berpusatkan murid seperti pembelajaran konstruktivisme, kontekstual dan pembelajaran masteri. Isu kekangan ruang dan masa juga boleh menyukarkan usaha transformasi ke atas program kurikulum atau kokurikulum yang hendak dilaksanakan. Pelaksanaan P & P terancang di luar kelas sukar terutamanya bagi sekolah menumpang dan sekolah-sekolah dua sesi yang menghadapi kekangan ruang. Begitu juga dengan pengurusan kokurikulum yang memerlukan pelajar menghabiskan masa 180 minit untuk kelas bukan aliran Sains dan 120 minit untuk kelas aliran Sains. Kekangan ruang dan masa memerlukan kepimpinan yang kreatif untuk Kekurangan guru juga amat ketara di mewujudkan dan memantapkan budaya ownership.

sekolah ekoran daripada kursus anjuran PPG atau JPN dan juga program kokurikulum peringkat gabungan dan negeri yang diadakan secara berterusan. Guru-guru terpaksa meninggalkan sekolah dan akibatnya P & P terganggu. Semangat sepasukan sukar disemai kerana wujud rasa tidak puas hati di kalangan guru yang asyik mengganti kelas mereka yang sering berurusan rasmi di luar kawasan sekolah. Manakala guru-guru yang sering keluar pula tidak berupaya untuk menjual beli mahupun membuat kelas tambahan kerana kekangan

tempat dan masa dan merasakan diri mereka tidak dihargai mereka telah memberi sumbangan kepada organisasi.

oleh pemimpin

sedangkan

4.0

MASALAH-MASALAH

DALAM MELAKSANAKAN

TRANSFORMASI

KURIKULUM Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini (Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Justeru satu sistem pendidikan diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia, iaitu sistem pendidikan berpusat. Namun sama ada disedari mahupun tidak, kurikulum sekolah yang bersifat berpusat juga memperlihatkan kelemahan pelaksanaan dilaksanakan di kebanyakan pada tahun sekolah. 2003. dari segi Misalnya, kurikulum semakan baru yang Begitu juga,

Kursus dalaman yang dianjurkan masih belum dapat

menjamin penguasaan guru ke atas isi kandungan yang perlu disampaikan.

penyebaran maklumat melalui kursus yang berkaitan dengan kandungan pengajaran, pedagogi dan latihan kemahiran membuat jadual spesifikasi ujian (JSU) dan sebagainya sering tidak begitu berkesan. Ini berlaku mungkin kerana pencairan maklumat. Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi masalah dalam melakukan tranformasi pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi menempatkan mereka di sekolah masalah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau.

Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan

guru yang mengajar di sekolah menjadi bidan terjun. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan. Kekurangan guru dan masalah guru bukan opsyen juga boleh menimbulkan kesukaran memupuk budaya ownership kerana guru menganggap diri mereka dipaksa untuk mengajar subjek bukan opsyen. Kekurangan kemahiran guru dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum juga ditambah dengan kurangnya sokongan pihak pengurus sekolah dari segi bimbingan dan latihan akan menyukarkan semangat ownership dipupuk di kalangan guru. Sejauh manakah guru-guru bukan opsyen dan guru-guru penasihat ini diberikan latihan bagi membimbing mereka mengurus kurikulum mahupun kokurikulum? Bahan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada keberkesanan kurikulum sekolah. Bahan pengajaran dan pembelajaran mestilah cukup, boleh digunakan, berasaskan teknologi seperti ICT dan juga bersifat mesra pengguna. Bahan ini biasanya disediakan oleh guru-guru untuk memberikan impak yang optimum dalam pengajaran mereka. Sekiranya bahan pengajaran dan pembelajaran ini berkesan ini akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih baik, pembelajaran yang menyeronokkan bagi pelajar serta meningkatkan kecemerlangan akademik. Menurut Rohana Man dalam laporannya iaitu Konferensi Antarabangsa Pertama Pendidikan Guru 6-8 Mei 2002 yang lalu, guru yang cemerlang ialah mereka yang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Amalan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi aspek penentu keberkesanan kurikulum. Tenaga pengajar mestilah mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang terancang, menggunakan pelbagai teknik yang berpusatkan pelajar dan penilaian dijalankan berterusan ke atas amalan pengajaran dan pembelajaran. Rohana Man (2002) turut melaporkan bahawa ciri-ciri guru yang cemerlang ialah mereka yang boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan. Dengan wujudnya keadaan sedemikian, hasilnya proses pengajaran & pembelajaran menjadi berkesan, dapat meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar dan guru akan menjadi cekap dalam penyelesaian masalah.

Sokongan ibu bapa terhadap tranformasi kurikulum sekolah juga sangat penting. manakah ibu bapa menyokong program kokurikulum sekolah?

Sejauh

Sejauhmanakah mereka

menawarkan kemahiran dan kepakaran mereka untuk menjayakan aktiviti kurikulum di sekolah? Begitu juga dengan anak-anak yang masih tidak dapat menguasai kemahiran literasi asas, sejauhmanakah ibu bapa memikul tanggungjawab dalam hal pembelajaran anak? Yang jelasnya, penglibatan pelajar dalam program kurikulum masih lagi tidak menyeluruh. Bahkan ada ibu bapa yang menganggap suatu transformasi yang dilakukan itu sebagai satu seksaan. Misalnya bantahan terhadap dasar PPSMI oleh Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) melalui perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac 2009 dan bantahan daripada Gabungan Penulis Nasional (GAPENA).

5.0

CABARAN

DALAM

MELAKSANAKAN

TRANFORMASI

KURIKULUM Kejayaan pelaksanaan tranformasi kurikulum banyak bergantung kepada bagaimana pemimpin sekolah melibatkan seluruh organisasi yang terlibat dalam membuat keputusan, merancang, menilai dan melaksanakan program-program kurikulum baru. yang lebih jelas dan lebih diterima serta dihormati Perkongsian equal (equal bagi melaksanakan sebarang partnership) sebegini antara pentadbir dan organisasi di bawahnya akan menjadi satu suara program kurikulum. (Hubbard, 2003). Keputusan satu hala mahupun sesi latihan yang

berbentuk one-off tidak mungkin dapat mewujudkan ownership ke atas program dan teknologi yang disampaikan. Justeru adalah menjadi cabaran pemimpin sekolah ialah mewujudkan ownership di kalangan guru, pelajar dan ibu bapa ke atas proses transformasi kurikulum dan produk yang dihasilkan dengan menggunakan sumber secara optimum bagi memastikan peningkatan kualiti yang berterusan. Guru, pelajar dan ibu bapa hanya akan berjaya menghayati dan mendapat manfaat daripada suatu transformasi apabila pandangan mereka dihargai. Begitu juga, apabila suatu program yang dirancang itu bersesuaian dengan keperluan organisasi secara keseluruhannya, maka ownership akan terhasil (Bimes-Michalak dalam Lewis, 1995). Jadi adalah menjadi cabaran kepada pihak pentadbir untuk mewujudkan ownership yang dimaksudkan agar satu sistem kepercayaan dan tabiat yang menggalakkan pekerja-pekerja berfikir dan bertindak sebagai owners atau pemilik dan melibatkan ciri-ciri rasa tanggungjawab bersama, komitmen, keahlian bersama dan perkongsian bersama (Mackins, 1995).

Pemimpin pendidikan juga berhadapan dengan cabaran yang berkaitan dengan jurang antara dasar dan realiti pelaksanaan; kekangan sumber manusia dan prasarana; dan sikap serta komitmen pihak pengurusan, guru dan komuniti. Sebagai contoh, selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan: Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; Perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; Latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan; Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan Bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru adalah menjadi cabaran kepada pemimpin pendidikan untuk memastikan sekolah mendapat kemudahan yang dimaksudkan menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT. Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan. Menurut Cohan dan Manion (1981), kajian yang dibuat ke atas pelajar sekolah menengah sukakan guru yang cekap (Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob, 1993).

Walaupun istilah ini terlalu umum, namun dapat dijangkakan bahawa yang dimaksudkan dengan cekap itu ialah kebolehan guru mengajar dengan berkesan kerana guru tersebut tahu kandungan pelajaran, menggunakan kaedah mengajar yang sesuai, dapat mengawal ketenteraman kelas, dan lain-lain kualiti yang dapat dinilai oleh pelajar secara cekap. Apabila guru dapat memenuhi aspek-aspek yang dinyatakan di atas, tentunya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi berkesan. Bagaimanapun berdasarkan apa yang dijelaskan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam sidang akhbar pada 2 Februari 2010 menyatakan, Kementerian Pelajaran akan melakukan perubahan dalam kurikulum sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan. Menurut menteri berkenaan, aspek penerokaan ilmu akan diberi penekanan dengan lebih banyak tumpuan kepada pelajar dan bilik darjah, bukan lagi dominasi oleh guru. Amat jelas yang transformasi ini berbeza dengan situasi bilik darjah yang dinyatakan oleh Cohan dan Manion di atas. Justeru, adalah menjadi cabaran kepada pentadbir pendidikan mewujudkan tranformasi seperti yang diharapkan oleh Menteri Pelajaran. Selain itu, layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza. Sebagai contoh, pelaksanaan Tawaran Baru (New Deals) atau juga dikenali sebagai Baiah yang dilaksanakan oleh KPM sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (National Key Result Areas) dalam usaha meningkatkan keberkesanan sektor awam. Pelaksanaannya sangat mengharapkan tranformasi dalam pengurusan pendidikan, khususnya di peringkat sekolah bagi memastikan bidang pengurusan dan pencapaian kurikulum selaras dengan matlamat yang diharapkan oleh KPM. Masalahnya, pencapaian atau kedudukan (ranking) setiap sekolah di negara ini ditentukan menggunakan standard atau piawaian yang sama, iaitu berdasarkan mampukah dan keputusan peperiksaan awam dan juga gred purata sekolah sekolah-sekolah luar bandar yang dan pedalaman yang serba Apa yang pasti (GPS) berdasarkan markah penilaian SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia). Persoalannya, infrastruktur kekurangan kekurangan bersaing dengan sekolah bandar atau sekolah elit yang mempunyai kemudahan pencapaian bidang kurikulum berbeza? prasarana, kekurangan sumber pengajaran dan kekurangan kakitangan di luar bandar sudah pasti menyumbang kepada pengurangan markah

sekolah- sekolah

SKPM tersebut. Oleh demikian adalah menjadi cabaran kepada pemimpin pendidikan di

sekolah terbabit dalam berusaha untuk mengurangkan seterusnya

jurang

perbezaan

tersebut

mampu melaksanakan sesuatu transformasi secara optimum.

6.0 RUMUSAN Jelasnya, kecekapan pemimpin mengusahakan penglibatan organisasi dalam proses

transformasi kurikulum akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan. Dalam keadaan transisi tersebut, kepimpinan guru besar atau pengetua sebagai pempimpin utama kurikulum amat diperlukan bagi memastikan kefahaman di kalangan staf dan sokongan organisasi dalaman wujud. Pengetahuan mengenai asas teori dan model perubahan juga penting untuk dijadikan panduan. Ini penting supaya perubahan atau transformasi yang dilaksanakan itu boleh meningkatkan pencapaian organisasi dan pada masa yang sama ia boleh diterima oleh kakitangan tanpa menimbulkan sebarang halangan. Selain itu, pemimpin pendidikan juga perlu bersfat lebih kreatif dalam memperkenalkan sesuatu perubahan. Menurut Leo Ann Mean (1994), kreativiti membekalkan pandangan yang lain dan perspektif yang baru terhadap pengurusan rutin. Dalam bidang pendidikan, pengurus yang imaginatif, inovatif dan kreatif diperlukan untuk mengetuai institusi pendidikan dalam zaman yang serba mencabar dan sentiasa mengalami perubahan.

BIBLIOGRAFI Abdul Razak Wahid, (2001). Pengetua Sebagai Pemimpin Perubahan.

Artikel Jurnal Institut Pengetua, Jilid 1, Bil.1, Kuala Lumpur: Universiti

Malaya.

Abdul Shukor Abdullah, (1994). Penilaian Semula Pengurusan Sekolah.

Jurnal Pengurusan Pendidikan. Jilid 04, Bil.01. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Sekolah. Bentong: PTS Professional.

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan dan

Kurikulum, Tanjong Malim: Quatum Books.

Aini Hayati Mohamed, (2001). Pengurusan Perubahan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Fullan, M., (1982). The Meaning Of Educational Change. New York: Teacher College Press. Iliyas Haji Hashim, Sekolah (2002). Abad Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan

Kurikulum

Ke-21:

Pemikiran

Dalam Pendidikan. Universiti Malaysia

Sabah: Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.

Kelly, A.V., (1999). The Curriculum: Chapman Publishing Ltd

Theory & Practice.

4th Edition. London: Paul

Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusoff & Borhan Yusof. (2003).

Kepentingan dan Keperluan Aktiviti Kokurikulum di Sekolah. Shah

Alam: Karisma Publications Sdn Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Kepemimpinan dan Pengurusan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia. di

CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENDIDIKAN MENGHADAPI ALAF BARU Oleh Mohamad Bin Muda Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia.

"Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia Ketiga. Namun sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yang kedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baru hendaklah dicapai. (YAB Perdana Menteri, 1991)

Pendahuluan Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana uasaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kauliti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan peubahan aspek ekonomi, budaya dan politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Intellectual capital akan menjadi asas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budaya koperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam ucapan menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-40 baru-baru ini, telah meminta rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan negara mestilah seiring dengan

pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani. Kerap juga Perdana Menteri dalam ucapannya memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita sendiri".

Cabaran Alaf Baru Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.

a. a. Pembinaan Budaya Ilmu Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu

budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi keungkinan- kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.

b. b. Pembudayaan Masyarakat Malaysia Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang terpelihara. YAB Timbalan Perdana Menteri , Dato Seri Anwar bin Ibrahim, menganjurkan satu gagasan sosial yang memantapkan lagi bentuk acuan masyarakat maju Malaysia ialah dengan mengambil ciri-ciri madani. Mengikut takrif masyarakat madani ialah: "suatu sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat. Masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi. Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau keinginan individu menjadikan keterdugaan (predictability) serta ketelusan(transprency) sistem. Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity) secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat.

Peranan Pendidik

Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:

kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi) kekuatan minda (krestif dan proaktif) nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang) semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan ketrampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula: menguasai subjek (kandungan kurikulum) mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran) memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology) memiliki kemahiran kaunseling menggunakan teknologi terkini dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita. (1997) Para pendidik mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:

a. a. Membina Budaya Ilmu Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan perkembangan semasa, seperti:

Teknologi dan perkomputeran para pendidik seharusnya mengorak langkah dan

menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif pelajar-pelajar mestilah dididik

menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes Para pendidik

seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar

pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu:

@ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)

@ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran) @ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)

@ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)

Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak nilai-nilai murni menitikberatkan

perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri melahirkan generasi untuk pasaran

tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

a. a. Membentuk Masyarakat Madani

Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan dan

kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hitech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat madani merupa wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi perhatian:

o o Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat o o Mendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi o o Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undangundang dan bukan nafsu atau kepentingan individu o o Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani

Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.

Kesimpulan Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

You might also like