Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.0 Pengenalan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak.

PKMM merupakan pertubuhan politik kebangsaan Melayu yang pertama ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua yang pernah dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy dan juga Ishak Haji Muhammad. Manakala, Yang Dipertua Agong PKMM yang pertama addalah Mokhtaruddin Lasso. Jawatan Naib Yang Dipertua Agong ialah Dr Burhanuddin walaupun beliau tidak hadir. Tetapi, Dr Burhanuddin pula mengambil alih tempat Yang Dipertua Agong PKMM selepas kehilangan diri Mokhtaruddin Lasso yang dipercayai kembali ke Indonesia. Manakala, Ishak Haji Muhammad dilantik sebagai Naib Yang Dipertua. Perjuangan politik sebelum pertubuhan PKMM adalah digerakkan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM). Pada sebelumnya, KMM digerakkan dengan memandukan idea hendak berjuang mencapai kemerdekaan Malaya dari perintah British, bersefahaman kiri, tidak bekerjasama dengan kerajaan, dan untuk mencapai Melayu Raya (gabungan Malaya dengan Gugusan Pulau-pulau Melayu). Tambahan pula, kebanyakan ahli jawatankuasa PKMM terdiri daripada anak-anak muda dari negeri Perak dan juga mereka yang pernah berjuang dalam KMM. Perjuangan PKMM adalah berasaskan fahaman kebangsaan. Tetapi, fahaman kebangsaan mereka adalah lebih berfokus kepada konsep Melayu Raya. Pembentukan Melayu Raya merupakan sebuah kesatuan politik yang menyatukan kesemua keturunan di rantau Melayu. Dr Buhannudin sentiasa menganggap Tanah Melayu, Singapura, Indonesia, dan Filipina sebagai satu kesatuan entiti politik dalam Dunia Melayu. Dunia Melayu yang telah dipecah-belahkan oleh penjajah-penjajah tetapi pada suatu masa harus kembali kepada perpaduan yang semula jadi seperti mana perahu lalu kiambang bertaut1. Angkatan Pemuda Insaf (API) yang diketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh juga merupakan cawangan PKMM. API dan AWAS ditubuhkan dengan tujuan yang sama dengan PKMM, iaitu menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British.

Dr Buhanuddin Al-Helmi, Pidato di Kongress Partai Rakyat, 1955 dalam Kamarudin (ed.).

2.0

Dr. Burhanuddin al-Helmy

2.1 Biodata Dr Burhannudin bin Ungku Muhammad Nor dilahirkan pada 29 Ogos 1911 2 di Changkat Tualang, Perak dan meninggal dunia di Taiping, Perak pada 25 Oktober 1969. Ibunya Sharifah Zaharah Bt. Habib Othman adalah golongan atasan masyarakat Melayu pada waktu itu. Manakala, bapanya, Haji Muhammad Nor pula dikatakan seorang bangsawan Melayu Jati 3 dan pernah menjadi murid kepada beberapa orang guru kenamaan di Makkah pada zamannya. Dr Burhanuddin AlHelmy mendapat pendidikan agama di Madrasah al-Masyhur, Pulau Pinang dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Aligarh, New Delhi, India. Beliau pernah menjelajah ke Asia Barat dan fasih dalam bahasa-bahasa Arab, Inggeris, Belanda, Jerman dan Urdu 4 . Di samping itu, beliau mula terlibat dalam kegiatan politik pada tahun 1930-an. Beliau telah menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan ini merupakan peringkat baru baginya. Dengan pendek kata, beliau bukan sahaja seorang pejuang kebangsaan, malahan juga tokoh yang sangat berjasa terhadap Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

2.2 Sumbangan terhadap Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Dr Burhanuddin banyak berjasa terhadap PKMM dan telah membawa PKMM ke arah kemuncak. Beliau sentiasa bercita-cita besar terhadap Melayu Raya. Hal ini demikian kerana, beliau ingin melihat bangsa Melayu kembali bersatu seperti sebelumnya dan menjadikan Nusantara sebagai sebuah Gagasan Kepulauan Melayu yang teragung dan selaras dengan perjuangan Melayu Raya
5

Ketokohannya bukan sahaja kerana komitmennya pada politik, malahan juga dari segi pemikiran dan kesarjanaannya. Dalam buku beliau yang berjudul

Dr Burhanuddin Al Helmi, Falsafah Kebangsaan Melayu, (Bukit Mertajam: Pustaka Semenanjung, Disember 1954,6. 3 Istilah Melayu Jati ini popular di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua untuk membezakan keturunan Melayu tulen dengan keturunan Melayu yang berdarah kacukan Arab,India dan lain-lain lagi. 4 Bahasa Urdu adalah bahasa Indo-Eropah dan sebenarnya serupa dengan Bahasa Hindi. Ia digunakan oleh lebih kurang 100 juta masyarakat beragama Islam di Pakistan dan India. 5 Tokoh Perjuangan Kemerdekaan, Dr Burhanuddin Al-Hemly, muka surat 129.

Perjuangan Kita (1946), ia menyinggung empat resolusi dalam Kongress PKMM 19456, iaitu, 1) Malaysia adalah bahagian daripada Indonesia. 2) Sang Saka Merah Putih menjadi panji lambang kebangsaan 3) Menubuhkan sebuah Kesatuan Malaysia 4) Berhubungan baik dengan bangsa-bangsa yang ada di Malaysia.

Pada awalnya, beliau telah berusaha untuk membersihkan PKMM daripada pengaruh dan fahaman komunis. Selain itu, beliau juga berusha keras untuk meletakkan PKMM kembali ke landasan perjuangan yang lebih realistik dengan mengutamakan bangsa Melayu dan memerdekakan Tanah Melayu. Sarjana Barat, A.J. Stockwell telah mengakui bahawa penubuhan PKMM sebelumnya telah dipengaruhi oleh fahaman komunis, tetapi Dr Burhanuddin telah berusaha untuk membersihkan PKMM daripada fahaman komunis. Beliau memulakan usaha tersebut selepas mengambil alih jawatan Ketua Umum I daripada Mokhtarudin Lasso pada tahun 1947. Beliau telah berjaya membersihkannya dan mengembalikan kepada perjuangan asal PKMM. Ini merupakan salah satu sumbangan beliau yang besar dalam PKMM dan telah membawa PKMM ke arah perjuangan yang berkonsep kebangsaan.

Di samping itu, terdapat banyak karya dan akhbar telah diterbitkan oleh PKMM semasa pimpinan Dr Burhanuddin, seperti Perjuangan Kita, Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu yang memainkan peranan dalam menyebarkan pengaruh PKMM kepada masyarakat. Perjuangan Kita merupakan karya Dr Burhanuddin yang menggariskan pertumbuhan perjuangan Melayu sejak asalusulnya hingga kepada penubuhan PKMM, yang berteraskan semangat Melayu Raya.

Semasa pimpinan Dr Burhanuddin dalam PKMM, perjuangannya yang berasaskan kebangsaan telah mendapat sambutan dan tempat yang hangat dalam kalangan anak-anak muda Perak. Penubuhan cawangan telah dibuka di merata-rata negeri Perak seperti di Dinding (Sitiawan), Pasir Panjang, Taiping dan lain tempat di
6

Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran, muka surat 164

sekitar Perak. Cawangan Sitiawan dan Pasir Panjang merupakan antara cawangan yang sangat aktif serta mempunyai tempat melatih pemuda API untuk persiapan menentang penjajah Barat. Tambahan pula, keahlian PKMM di seluruh Tanah Melayu dianggar telah mencapai angka 53 380 orang7 pada akhir tahun 1947. Tidak boleh dinafikan, angka tersebut merupakan angka yang amat besar pada zaman itu. Beliau telah berjaya membawa PKMM ke arah kemuncak.

Dalam usaha menentang Malayan Union, PKMM telah menyertai Kongress Melayu Se-Malaya pada Mac 1946. Dr Burhanuddin yang mewakili PKMM menghadiri Kongress Melayu kedua yang merasmikan penubuhan UMNO pada Mei 1946. Beliau dan Zulkifli Auni telah mewakili pihak PKMM untuk menandatangani piagam UMNO. Ia juga menandakan pergabungan antara PKMM dengan UMNO. Akhirnya, PKMM masih mengambil keputusan untuk menarik diri daripada UMNO selepas mesyuarat UMNO dengan sebab PKMM tidak sehaluan dari segi strategi politik dengan UMNO. Selepas keluar daripada UMNO, PKMM seterusnya bergabung dengan gerakan-gerakan politik Melayu yang dinamakan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) untuk menentang Persekutuan Tanah Melayu 1948. Antara organisasi yang menyertainya ialah PKMM, API, AWAS, Gerakan Angkatan Muda (GERAM), dan Majilis Agama Tertinggi (MATA). Selapas itu, PUTERA bergabung dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA). Dalam pergabungan kedua-dua pihak ini, mereka telah merangka satu set Cadangan Perlembagaan yang lebhi terperinci berbanding dengan set Jawatankuasa Kerja. Prinsip utama yang terkandung dalam Cadangan Perlembagaan Rakyat telah merangkumi soal kewarganegaraan, bahasa dan agama kebangsaan, hak keistimewaan Majlis Rajaraja dan lain-lain lagi. Ini merupakan salah satu perjuangan dan sumbangan yang besar Dr Burhanuddin dalam PKMM. Pergabungan dengan gerakan dapat menguatkan kuasa dan pengaruh PKMM ke arah perjuangan kebangsaan.

Bukan sahaja gabungan PUTERA-AMCJA, malahan Dr Burhanuddin juga membawa PKMM terlibat dalam penubuhan Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS) dan Majlis Islam Tertinggi Se-Malaya (MATA). Seterusnya, beliau juga memandu PKMM ke arah pembentukan parti politik Islam yang pertama, iaitu
7

Purata taburan statistik keanggotaan PKMM di seluruh Tanah Melayu mengikut sarjana Barat A.J. Stockwell.

Hizbul Muslimin (HM) pada tahun 1948 di Gunung Semanggol, Perak. Pada peringkat ini, perjuangan kebangsaan Dr Burhanuddin adalah lebih berunsur Islam. Beliau bercita-cita untuk menubuhkan sebuah parti politik Islam yang pertama di Tanah Melayu. Penambahan faktor politik Islam oleh beliau ini telah memperkuatkan lagi kedudukan kebangsaan Melayu di Nusantara. Selain itu, faktor politik Islam telah berjaya mengintergrasikan perjuangan kebangsaan dengan Islam dan telah membawa perubahan yang besar dalam perjuangan PKMM. Malangnya, gerakan politik radikal telah diharamkan dan pemimpin-pemimpin gerakan juga ditangkap. Tetapi, Dr Burhanuddin tidak ditangkap dan terpaksa berpindah semula ke Singapura.

Walaupun Dr Buhanuddin terpaksa berpindah ke Singapura, tetapi beliau masih tidak berputus asa dengan perjuangan PKMM dengan bergerak di belakang tadbir. Beliau terus menerbitkan akhbar Melayu Raya, yang sebagai sambungan akhbarakhbar terbitan PKMM sebelumnya dan terus menyebarkan pengaruh serta fahaman PKMM. Keadaan ini telah tercetusnya kejadian Natrah dan Dr Buhanuddin telah ditangkap oleh pihak British di Singapura. Peranan akhbar Melayu Raya dikatakan adalah salah satu penggerak rusuhan Natrah8.

Merujuk Nordin Hussin, Akhbar Melayu Raya dan Rusuhan Nadra di Singapura.

3.0

Ishak Haji Muhammad 3.1 Biodata Ishak Haji Muhammad dilahir pada 14 November 1909 di Kampung Bukit Seguntang, Temerloh, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Laki-laki Temerloh (Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah) pada tahun 1919. Selepas itu, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis pada tahun 1924 hingga 1928 dan telah lulus sijil persekolahan dari Sekolah Inggeris Raub pada tahun 1929. Pada tahun 1930, beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) untuk berlatih sebagai pegawai dalam Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (Malayan Civil Service). Beliau pernah menjadi guru bahasa dan dikenali sebagai Pak Sako. Nama Pak Sako sangat terkenal dalam bidang kesusasteraan dan telah menghasilkan banyak karya.

3.2 Sumbangan Ishak Haji Muhammad memasuki ke alam politik sejak tahun 1934. Beliau merupakan seorang anak Pahang dan bekas pegawai pentadbir. Beliau meletakkan jawatan dan bercita-cita berjuang dalam politik. Beliau telah menjawat Naib Yang Dipertua PKMM manakala Dr Buhanuddin dipilih menjadi Yang Dipertua PKMM selepas kehilangan Mokhtarmuddin Lasso. Beliau telah bekerjasama dengan Dr Buhanuddin dalam memperjuangkan kebangsaan dan telah banyak menyumbang kepada PKMM sepanjang pemimpinannya. Apabila kongress ketiga PKMM yang diadakan di Singapura pada akhir tahun 1947, parti telah dibahagikan kepada dua golongan, ialitu golongan agama yang dipimpin oleh Dr Buhannudin dan golongan sekular yang dipimpim oleh Ahmad Boestamam. Akhirnya, pemimpin golongan agama iaitu Dr Buhanuddin telah dikalahkan oleh Ahmad Boestamam. Pak Sako telah dilantik menjadi Yang Dipertua dan Dr Buhanuddin selaku menjadi penasihat PKMM. Pak Sako mengambil peranan yang penting dalam pertubuhan PUTERA dan gabungan dengan AMCJA dalam usaha menentang Perjanjian Persekutuan 1948.

Pak Sako pernah banyak menghasilkan novel, rencana, cerpen dan memoir. Antaranya yang terkenal ialah, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila. Putera Gunung Tahan adalah bertema semangat kebangsaan dan rasa cemburu kepada pengaruh-pengaruh asing. Oleh itu, karya-karya Pak Sako adalah untuk 6

membakar semangat orang Melayu dan menyedarkan mereka tentang kedudukan mereka yang mundur dalam politik, ekonomi dan sosial. Novel ini adalah berfokus menanam semangat rakyat cinta akan tanah air dan mendorong rakyat berusaha membebaskan diri daripada kuasa asing. Manakala, Anat Mat Lela Gila bertemakan keadaan Masyarakat Melayu dengan kisah-kisah hasil pengalaman beliau mengembara ke seluruh Tanah Melayu. Isi-isi yang terkandung dalam novel tersebut kebanyakan melontarkan sindiran terhadap sikap tidak adil penjajah Inggeris dan pembesar-pembesar tanah air terhadap masyarakat Melayu. Ini dapat menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja seorang penulis yang bersifat idealistik, malahan juga seorang pejuang kebangsaan yang cinta akan tanah air.

PKMM telah menyertai Kongress Melayu Se-Malaya bagi tujuan menentang Malayan Union . Tetapi akhirnya PKMM tetap ingin menarik diri daripada UMNO. Perwakilan PKMM seperti Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam telah membuat keputusan untuk keluar daripada UMNO sejak mesyuarat UMNO pada tahun 1946 Peristiwa yang menyebabkan penarikan diri daripada UMNO ialah perselisihan faham tentang bendera UMNO. Hal ini demikian kerana, PKMM meminta bendera UMNO dengan merah-putih yang sama dengan bendera PKMM, tetapi bendera negara Republik Indonesia telah dijadikan bendera UMNO. Tambahan pula, PKMM telah berasa matlamat mereka berlainan dengan UMNO. Kedua-dua parti ini adalah tidak sehaluan. Dengan ini, perkara bendera merupakan satu helah PKMM untuk menarik diri daripada UMNO9.

Selepas keluar daripada UMNO, PKMM perlu berusaha untuk menarik perhatian dan sokongan daripada rakyat. Pada masa ini, agama telah dijadikan salah satu penggerak dalam perjuangan politik PKMM dan menjadikan golongan agama sebagai rakan seperjuangan10. Pada Mac 1947, satu Persidangan Ekonomi-Agama Se-Malaya telah diadakan di Gunung Semanggol dan dua pertubuhan telah berjaya dilahirkan, iaitu Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS) dan Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). MATA dirancangkan untuk menjadi sebuah organisasi yang menggabungkan semua persatuan dan individu Islam. Pada Mac

Sumber : Gerakan Politik Masa Aman (1946-48): Nasionalis Kiri Melayu, muka surat 67. Menyokong Gerakan Politik di Gunung Semanggol, Gerakan Politik Masa Aman (1946-48): Nasionalis Kiri Melayu, muka surat 72.
10

1948, MATA telah mengadakan mesyuarat keempat di Madrasah Al-Ehya Asshariff. Ishak Haji Muhammad turut menyertai persidangan MATA itu.

Pada 12 Julai 1948, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengisytiharkan darurat di seluruh Persekutuan Tanah Melayu atas sebab pembunuhan oleh pengganas komunis di Johor, Pahang dan Perak. Walaupun PKMM tidak diharamkan oleh kerajaan, tetapi kerajaan masih mencurigai tindakan yang dilakukan oleh PKMM. Dengan sebab ini, Ishak Haji Muhammad dan beberapa orang ahli PKMM telah ditahan oleh kerajaan. Selepas enam tahun daripada pengisytiharaan darurat iaitu Februari 1955, Kongress Pemuda-pemudi telah diadakan di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh Datuk Onn Jaafar, bekas pemimpin PKMM, Dr Buharnuddin, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Walaupun Ishak Haji Muhammad baru dilepaskan daripada tahanan, tetapi beliau masih meneruskan perjuangan kebangsaan. Beliau telah memberi ucapan dalam kongress tersebut dan ketetapan yang penting dalam kongress itu ialah pemuda-pemuda Melayu akan menubuhkan bahasa11. Front Nasional dan berikrar bahawa matlamat perjuangan

kebangsaan Tanah Melayu ialah mendapatkan satu bangsa, satu negara dan satu

11

Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan, muka surat 258

4.0

Kesimpulan Secara kesimpulannya, kedua-dua tokoh tersebut merupakan perjuang kebangsaan yang banyak menyumbang kepada PKMM dan juga Tanah Melayu. Mereka masingmasing memainkan peranan yang penting dalam PKMM. Mereka telah menyumbang ketokohan mereka dari segi kepimpinan, kesarjanaan dan keilmuan dalam perjuangan kebangsaan. Menurut perbincangan di atas, kita dapat mendapati bahawa perjuangan Ishak Haji Muhammad adalah lebih mengutamakan penulisan. Karya yang diterbitkan oleh beliau banyak yang bertemakan kebangsaan. Tidak boleh dinafikan, beliau adalah seorang yang mempunyai semangat cinta akan tanah air yang kuat. Beliau bersungguhsungguh untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan tidak menunduk dengan tahanan kerajaan. Di samping itu, Dr Burhanuddin juga merupakan seorang tokoh PKMM yang penting dan sumbangannya terhadap PKMM memang tidak boleh diabaikan. Beliau memperjuangkan kebangsaan untuk membebaskan tanah air daripada penjajah dengan menggunakan saluran dan cara yang betul. Keadaan ini telah diakui oleh ahli Sejarah Ramlah Adam dengan melalui petikan: Dr Burhanuddin adalah seorang yang pejuang yang bergerak secara perlembagaan: beliau bergerak dan bergiat dengan cara mematuhi undang-undang negara. Beliau tidak memilih jalan kekerasan atau ketenteraan untuk menyatakan pendapatnya dan mempengaruhi orang ramai, Sebagai seorang yang berpendidikan Islam dan seorang yang terdidik dengan kebudayaan Melayu, beliau, walaupun dianggap sebagai pembangkang oleh perikatan, tetap menghormati institusi parlimen di negara ini. Walaupun Perikatan menuduh beliau cuba menubuhkan sebuah kerajaan buangan, ini tidak menjadikan beliau seorang penderhaka kepada negaranya. 12

Cita-cita beliau terhadap gagasan Melayu Raya masih tidak dilenyapkan walaupun menghadapi banyak halangan sepanjang perjuangannya. Pejuang-pejuang kebangsaan seperti Dr Burhanuddin dan Ishak Haji Muhammad sanggup berjuang untuk bangsa dan menghadapi tahanan daripada kerajaan. Mereka berani berjuang walaupun dikutuk, dikritik ataupun ditandai sebagai gerakan kiri. Oleh itu, jasa dan sumbangannya haruslah sentiasa diingati oleh masyarakat.

12

Malaysia 1945-2000: Tokoh Pejuang Kemerdekaan, muka surat 138

Rujukan Abdul Rahman Haji Abdullah (1997). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran. Jakarta: Gema Insani Press. Abdullah Zakaria Ghazali Adnan Haji Nawang (1997). Biografi Tokoh Pilihan Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah (1994). Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia 1511-1950. Kuala Lumpur : Penerbitan Kintan Sdn.Bhd. Haji Buyong Adil (1983). Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan-Abad 15-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ishak Saat (2009). Malaysia 1945-2000. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohamed Salleh Lamry (2009). Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

10

You might also like